You are on page 1of 4

Kelemahan perubahan sistem ejaan.

Penyusunan fonem Melayu tidak tepat & tidak jelas .

Penulis tidak mengetahui sistem fonologi Melayu yang sebenar.

Gabungan bunyi, ejaan dan fonem tidak sempurna & sesuai.

Aspek fonem

Menggunakan kata asal bahasa lain seperti Belanda, Inggeris, Itali dan sebagainya. proses penukaran huruf dibuat daripada tulisan jawi yang sistemnya tidak dapat menggambarkan enam bunyi vokal Melayu baku.

Pengejaan vokal sering tidak tepat

RUMUSAN
Sistem ejaan baru telah dirasmikan pada 16 ogos 1972. Ini bermakna sudah hampir 37 tahun ejaan baru dilaksana dan digunakan. Sistem Ejaan Rumi yang dilaksanakan pada tahun 1972 itu adalah hasil kesepakatan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia, bagi pihak kerajaan Malaysia dan pemerintah Indonesia. Badan yang ditugaskan menyelaraskan ejaan tersebut ialah Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia yang dilantik oleh Menteri Pelajaran, dan Jawatankuasa ini diletakkan di bawah Dewan Bahasa dan Pustaka.

Perubahan dan penyusunan semula ini telah dapat membantu pengguna Bahasa Melayu mengeja atau menulis kata-kata dengan ejaan yang betul dan tepat. Apa yang jelas ialah pelaksaanaan sistem ejaan baru itu telah banyak membantu mempertingkatkan lagi martabat bahasa Melayu . Satu perkara yang menarik dalam sistem ejaan baru bahasa Melayu ini ialah tidaklah banyak atau jauh berbeza, kecuali beberapa perubahan dan penyelarasan yang telah dibuat.

CONTOH PERUBAHAN
Salah satu perubahannya ialah huruf gabungan yang digunakan dalam sistem ejaan Rumi Zaba, iaitu ch, dh, dz, sh, dan th telah diubah menjadi "c, d, z, sy, dan s".

Contoh: chinchin = cincin / dharab = darab / dzalim = zalim / sharat = syarat / mithal = misal contoh lain : ayer = air
Selain itu, angka 2 untuk kata ganda, tanda (- ) untuk kata sendi telah digugurkan.

You might also like