You are on page 1of 10

Peraturan KOAM

Kasut / spike
Pelari boleh memakai kasut atau tidak memakai

kasut. Kasut yang dibenarkan mempunyai 6 paku dengan panjang paku tidak melebihi 25cm dan diameter tidak melebihi 4mm.

Baju dan Seluar


Ringan dan tidak serap air supaya tidak wujud

halangan ketika berlari. Pakaian bersih dan tidak menjolok mata. Peralatan Tidak memerlukan blok permulaan.

Lari jarak sederhana 800 meter

Pengenalan
Boleh dilakukan di atas trek berturap atautrek

berumput. peserta harus membahagikan larianya kerana pelari tidak boleh berlari pada kelajuan maksimum sepanjang lariannya. Dua ciri utama yang perlu ada pada pelari 800 meter ialah kelajuan dan ketahanan.

Contoh..
Pelari diperingkat antarabangsa akan berusaha

mengekalkan ketahanan larian masing-masing hampir sepanjang larian dan pada masa yang sama cuba meningkatkan kelajuan terutama pada jarak 200 atau 100 meter terakhir.

Fasa -fasa
Permulaan
Peserta peserta ditentukan lorong masing-masing

melalui undian. Peserta akan mara ke garisan permulaan masingmasing . Permulaan larian ialah gaya berdiri. Peserta berlari dalam lorong masing-masing hanya untuk 100meter pertama sahaja.

Pelari pada lorong pertama mempunyai kelebihan

iaitu dapat melihat pergerakan setiap peserta-peserta lain kerana kedudukan peserta-peserta lain adalah dihadapannya. Selepas peserta melepasi 100 meter pertama ,mereka akan memotong masuk ke lorong pertama. Peserta dilorong luar hendaklah berusaha secepat mungkin memotong masuk mengikut satu garisan lurus.

Semasa Larian : Teknik membuat Larian


Pergerakan kaki
Menggunakan permulaan cara berdiri memberi

peluang pada kaki untuk diletakkan paling dekat dengan garisan permulaan dan tangan bebas bergerak serentak dengan pergerakan kaki. Pengangkatan kaki yang baik akan menghasilkan satu sudut diantara paha kaki yang dapat menghasilkan jarak jangkauan kaki tanpa melangkah terlalu jauh.

Untuk mempercepatkan pusingan dan jangkauan

kaki , dada mestilah dalam kedudukan mendepan dengan lengan mengayun supaya dapat memberikan memberikan kuasa kepada seluruh badan. Mengangkat kaki sehingga ke punggung membolehkan pelari menigkatkan kelajuan dan pergerakan kaki ke depan tanpa menggunakan tenaga yang banyak. Apabila pelari hendak menukarkan kakinya ,seeloknya tapak kaki hendaklah menyentuh trek pada masa yang sama bagi menjimatkan tenaga. Jangan menggunakan hujung kaki atau tumit sahaja.

You might also like