You are on page 1of 2

1. elaskan maksud penggabungjalinan dan berikan tiga contoh 2. 3.

Penggabungjalinan merupakan proses penyampaian beberapa kemahiran

dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Satu strategi yang telah disarankan untuk mencapai taraf pencapaian murid yang maksimum ialah penggabungjalinan. Penggabungjalinan ialah satu proses menggabungkan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan satu pelajaran yang integratif dan menyeluruh. Ia merupakan integrasi beberapa kemahiran yang berkaitan secara bersepadu serta menyeluruh dalam suatu proses P & P. 4. Penggabungjalinan bertujuan membantu murid dalam penguasaan pelbagai kemahiran secara serentak dalam satu proses P & P dan meningkatkan keberkesanan proses P & P. Penggabungjalinan juga penting untuk menarik minat murid terhadap proses P & P dan menjadikan proses P & P lebih bermakna kepada murid. Proses penggabungjalinan ini juga memberi ruang dan peluang bagi pertumbuhan dan perkembangan murid secara seimbang dan menyeluruh melalui aktiviti yang dilaksanakan di dalam kelas yang melibatkan murid secara aktif. Penggabungjalinan akan mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran utama akan diberikan fokus yang lebih berbanding fokus yang digabungjalinkan. Kemahiran diintegrasikan saling kukuh mengukuh antara satu sama lain.
5. 6. 7. 8. Terdapat tiga jenis bentuk penggabungjalinan kemahiran iaitu: 9. 1) Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran 10. 11. a. melibatkan kemahiran lisan atau pertuturan, membaca, menulis, mengira,

melukis, mewarna dan lain-lain. 12. b. memerlukan sekurang-kurangnya dua kemahiran yang digabungkan dalam sesuatu proses P & P. 13. c. Kemahiran ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu kemahiran fokus dan kemahiran sampingan.
14. 15. 2) Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain 16. 17. a. memerlukan penggabungan kemahiran-kemahiran yang terdapat di dalam

sesuatu mata pelajaran lain ke dalam mata pelajaran yang diajar.


18. 19. 3) Penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum. 20. 21. a. Melibatkan kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam kurikulum seperti

kemahiran belajar untuk proses pembelajaran murid, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dan kemahiran penyelesaian masalah. 22. Contoh-contoh:

23. 1) Menggabungkan kemahiran mengambil lajak dalam permainan lompat

jauh dengan mengambil lajak permainan lompat tinggi. 24. 2) Penggabungjalinan Matematik: Penggunaan nombor semasa mengira bilangan jaringan yang telah dilakukan oleh pelajar A semasa mengajar kemiharan menjaring bola permain bola jaring. 25. 3) Penggabungjalinan kemahiran Sains: Guru menerangkan tujuan badan direndahkan semasa mengajar kemahiran hantaran - permainkan hoki.

Contoh soalan Salah satu daripada objektif pdp Bahasa Melayu sek rendah adalah menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik, dan semangat kewarganegaraan. a) Nyatakan 3 aktiviti beserta contoh yang dapat dihasilkan berdasarkan objektif tersebut. b) Senaraikan 4 kemahiran bahasa yang menjadi teras kepada penguasaan Bahasa Melayu. Membaca, mendengar bertutur, menulis. Kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca bahan sastera dan bukan sastera, dengan sebutan intonasi dan kelancaran yang betul dan memahami ayat dan teks yang dibaca. a) Nyatakan 2 jenis bacaan yang terdapat dalam kemahiran membaca. b) Huraikan 3 perbezaan bagi setiap kemahiran membaca tersebut.

You might also like