You are on page 1of 5

ANIZAN BT MD NOH PPG SAINS 2

2012

Usaha kerajaan Malaysia dalam memupuk keharmonian hubungan etnik dari segi ekonomi dan pendidikan Malaysia merupakan sebuah negara yang amat beruntung kerana didiami oleh pelbagai kaum yang terdiri daripada pelbagai etnik yang mempunyai budaya,agama dan kesenian yang pelbagai dan unik. Di samping itu, Malaysia juga telah menjadi salah satu negara yang maju walaupun baru mencecah separuh abad usia kemerdekaan. Ini mampu dicapai dengan wujudnya perpaduan dan adanya hubungan yang baik antara semua etnik yang ada. Hubungan ini telah terbentuk sejak dahulu lagi dimana kita telah melihat bahawa kemerdekaan kita sendiri berjaya dicapai dengan adanya perpaduan dan tolak ansur antara semua etnik. Kecemerlangan ini telah berlanjutan dengan membolehkan Malaysia terus bangun dari peralihan zaman sehingga kini telah mencapai status negara membangun yang mana semakin menghampiri kepada taraf status negara maju. Dengan adanya perpaduan dan hubungan yang baik ini, pelbagai kejayaan telah dicapai. Dengan kepesatan kemajuan dan pembangunan, peningkatan pencapaian ekonomi, kemanan dan keharmonian yang mana bertunjangkan perpaduan etnik telah membawa Malaysia jauh lebih maju dihadapan berbanding negara-negara serantau yang juga mempunyai etnik yang berbilang kaum. Menjadi satu kebiasaan mendengar pujian dan kekaguman pelancong asing dan orang luar terhadap keharmonian dan hubungan antara etnik-etnik di Malaysia dimana setiap orang tanpa mengira kaum,agama,warna kulit dan budaya dapat duduk semeja tanpa merasa terancam dari segala segi. Dengan keamanan inilah kita menjadi sebuah negara bangsa yang berjaya dan dikagumi. Tetapi persoalannya sejauh manakah kerajaan Malaysia berjaya memupuk keharmonian hubungan etnik dari segi ekonomi dan pendidikan? Ekonomi merupakan nadi bagi sesebuah negara dan menjadi penggerak utama kemajuan. Jika kita lihat, sistem ekonomi kita sejak kita mencapai kemerdekaan adalah tidak stabil dan sama. Cabaran dari segi ekonomi yang pertama ialah perbezaan dari segi pekerjaan. Perbezaan pekerjaan ini sebenarnya wujud akibat dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh kerajaan British semasa mereka memerintah di tanah Melayu. Kerajaan British telah memisahkan kaumkaum di tanah Melayu mengikut pekerjaan dan tempat tinggal mereka. Kaum Melayu

ANIZAN BT MD NOH PPG SAINS 2

2012

yang kebanyakannya tinggal di kawasan kampung dan luar Bandar sebagai petani atau nelayan, orang india kebanyakan menjadi buruh di estet-estet dan ladingladang manakala orang cina pula berada di Bandar sebagai pelombong dan peniaga. Ini telah menwujudkan perasaan curiga antara kaum dan telah menwujudkan jurang ekonomi antara kaum serta polarisasi antara kaum. Akibat dari dasar itu masih lagi dapat dilihat pada masa sekarang dimana sector perniagaan masih lagi di dominasi oleh orang cina dan kebanyakan orang India masih lagi tinggal di lading-ladang. Disamping wujudnya jurang ini, semua etnik berusaha untuk mengaut keuntungan secara maksimum dari apa yang telah tersedia. Masing-masing mementingkan etnik sendiri terlebih dahulu dalam mengejar kekukuhan tapak dalam sektor ekonomi. Ini dapat dilihat dalam sektor awam sendiri. Rujuk lampiran 2. Selain itu, dalam perniagaan, etnik dan kaum sendiri diberikan peluang dan bukannya dari etnik lain. Seperti terjadinya satu kes baru-baru ini dimana seorang Melayu telah berkunjung ke sebuah restoran iaitu Old Town white coffe untuk memohon membuka francais restoran itu. Namun maklum balas yang diterima ialah pihak Old Town tidak memberi peluang ini untuk orang Melayu Islam. Ini jelas menunjukkan terdapatnya unsur mementingkan kaum sendiri dalam membuka peluang perniagaan. Begitu juga dalam member peluang pekerjaan dimana kebanyakannya memilih pekerja dari bangsa sendiri untuk diambil bekerja. Ini bukan sahaja menghalang pembentukan dinamika ekonomi, ia juga akan menggagalkan usaha untuk memupuk hubungan etnik. Walaubagaimanapun kerajaan Malaysia telah berusaha untuk menangani setiap cabaran tersebut dalam memastikan keharmonian hubungan etnik tidak terjejas. Dari sini lahirlah beberapa usaha yang boleh dikatakan telah berjaya. Objektif utama ke arah pencapaian perpaduan adalah mengimbangi kedudukan dan taraf sosioekonomi antara kaum dan wilayah serta mengurangkan pengenalan kaum dalam satu-satu sektor ekonomi. Kerajaan telah merangka pelbagai dasar ekonomi semenjak selepas merdeka sehingga kini bagi menjamin perpaduan hubungan pelbagai etnik. Dasar yang dimaksudkan ialah Dasar Ekonomi Baru. Beberapa perkara harus diambil kira dalam strategi ekonomi . Pengimbangan taraf sosioekonomi antara kaum dan wilayah perlu diusahakan tanpa merugikan mana-

ANIZAN BT MD NOH PPG SAINS 2

2012

mana pihak. Penjelasan yang sewajarnya hendaklah diberi oleh semua pihak supaya salah anggapan dapat diperbetul dan dapat dibendung

Usaha kerajaan bagi membasmi kemiskinan secara besar-besaran dimulakan dengan Dasar Ekonomi Baru dalam Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) yang menyatakan salah satu objektifnya ialah pembasmian kemiskinan. Matlamatnya ialah mengurangkan kadar kemiskinan daripada 49.3 peratus pada tahun 1970 kepada 16.7 peratus pada tahun 1990 (Malaysia,1973:73). Malaysia adalah antara beberapa buah negara membangun yang dikatakan telah berjaya mengurangkan kemiskinan. Sepanjang tempoh DEB, sejumlah RM329,000 juta telah diperuntukkan untuk pembasmian kemiskinan yang meliputi Rancangan Malaysia Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima. Perbelanjaan ini meliputi 73.1 peratus daripada perbelanjaan pembangunan kerajaan bagi tempoh berkenaan (Malaysia, 1989). Proses pelaksanaan dasar dan strategi pembasmian kemiskinan lebih banyak melalui proses atas-bawah yang melibatkan perancangan dan pelaksanaan agensi pusat seperti Unit Perancang Ekonomi, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, kementerian-kementerian dan agensi-agensi di bawahnya, Unit Perancang Ekonomi Negeri dan Jawatankuasa Tindakan Negeri dan Daerah (Chamhuri Siwar, 1995). Kerajaan menubuhkan beberapa agensi bagi menggerakkan usaha pembasmian kemiskinan seperti FELDA (Federal Land Development Authority), FELCRA (Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority) dan RISDA (Rubber Industry Smallholders Development Authority).
Dari segi aspek pendidikan pula,sejak mula mencapai kemerdekaan Pemisahan ini berlaku pada asalnya apabila kerajaan british memperkenalkan sistem sekolah vernakular iaitu sekolah mengikut bahasa ibunda masing-masing dalam menjalankan P&P. Terdapat 3 jenis sekolah vernakulaar iaitu mengikut kaum, Melayu, Cina dan Tamil. Sekolah Tamil ditubuhkan di kawasan estet memandangkan kaum India mendiami kawasan estet. Setiap kaum lebih suka menghantar anak-anak ke sekolah kaum etnik masing-masing yang mana menyebabkan perpaduan melalui pendidikan tidak dapat dijalankan. Ini akan

ANIZAN BT MD NOH PPG SAINS 2

2012

melahirkan generasi yang tiada semangat perpaduan yang utuh. Ini kerana mereka hanya berinteraksi dalam kalangan mereka ketika disekolah. Kekurangan interaksi ini akan meghalang mereka menenali bangsa-bangsa lain dan membina kepercayaan terhadap kaum lain. Oleh itu, kerajaan Malaysia telah berusaha untuk menghapuskan jurang yang telah sedia ada ini. Dengan itu, kerajaan telah merangka Dasar Pendidikan Negara. Sehingga hari ini dasar ini telah mengalami beberapa perubahan mengikut keperluan semasa. Peranan sistem pendidikan meliputi aspek menyediakan persekitaran serta kemudahan sosialisasi di kalangan sebilangan rakyat Malaysia. Dalam mencapai usaha itu beberapa aspek yang diberi perhatian iaitu menggalakkan wujud sistem satu persekolahan dari peringkat pra hingga universiti, satu bahasa perantaraan, kurikulum dan kokurikulum yang seragam serta peperiksaan yang sama sekaligus jenis pensijilan yang mempunyai pengiktirafan yang sama. Penyediaan kemudahan pengajaran dan pembelajaran bahasa kaum-kaum utama di negara ini di peringkat sekolah menengah dan rendah . Sekolah satu kaum sahaja (SJK) diberi peluang untuk berinteraksi dengan pelajar serta guru sekolah kebangsaan melalui penyertaan acara sukan dan kokurikulum, acara sosial, khemah kerja dan sebagainya. Kurikulum sekolah rendah dan menengah diberi tumpuan dalam aspek pembinaan negara bangsa dan sejarah negara, budaya dan adat resam kaum2 di Malaysia, agama dan kepercayaan utama Negara. Pendidikan dan kokurikulum menerapkan sikap dan nilai yang mendokong kepada pencapaian perpaduan negara. Pendidikan sepanjang hayat melalui program pendidikan yang dijalankan oleh pelbagai pihak dan agensi dan pihak di luar sistem pendidikan formal . Sebagai kesimpulannya, kerajaan Malaysia telah berusaha sepenuhnya untuk memupuk keharmonian hubungan etnik antara kaum dalam bidang ekonomi mahupun pendidikan. Kitasebagai warganegara Malaysia seharusnya berbangga dan bersyukur dengan apa yang kita kecapi pada hari ini. Kita harus bersama-sama menjaga keharmonian yang telah wujud sejak sekian lama. Hubungan etnik yang harmonis akan membawa kestabilan politik dan ekonomi. Usaha yang berterusan diperlukan untuk memupuk dan mengekalkan keharmonian ini. Sebagai rakyat yang hidup dalam masyarkat majmuk, kita harus peka dan faham keperluan dan kehendak rakyat kumpulan majoriti disekeliling kita. Kepelbagaian etnik seperti

ANIZAN BT MD NOH PPG SAINS 2 Malaysia memerlukan tolak ansur, faham memahami, hormat menghormati,

2012

setiakawan, tolong menolong sama ada negara diwaktu senang ataupun susah. Trens konsep Satu Malaysia yang diamalkan masakini amat sesuai untuk menyatu padukan rakyat tanpa mengenal etnik, agama dan anutan ideologi politik.

You might also like