You are on page 1of 5

KONSEP STRATEGI Strategi pengajaran dan pembelajaran merupakan satu operasi yang melibatkan sebutan, bacaan, tulisan dan

mendengar. Jika diperluas dari segi pedagogi, konsep strategi merujuk pada satu set aksi pengajaran yang bertujuan untuk mencapai matlamat yang diperlukan oleh guru. Strategi juga merupakan satu aktiviti pengurusan dalam pengajaran. Selain itu konsep strategi ini merupakan kaedah yang digunakan untuk mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran. Pengabungjalinan Kementerian Pelajaran menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan adalah untuk membina dan mengukuhkan minat murid-murid terhadap pembelajaran serta membimbing mereka supaya bersedia menerima pelajaran seterusnya berupaya pula meneruskannya sendiri. Satu strategi yang telah disarankan untuk mencapai taraf pencapaian murid yang maksimum ialah penggabungjalinan. Strategi ini memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Beberapa kemahiran dapat dikuasai oleh murid. Malahan, strategi ini mampu mengelakkan rasa bosan murid terhadap pembelajaran yang berlangsung. Bahan-bahan yang digunakan ketika menjalankan strategi ini adalah daripada unsur lain. Misalnya, mata pelajaran Sains, Kejadian Tempatan, Pendidikan Moral dan Pendidikan Seni. Setiap ilmu dalam mata pelajaran lain akan digabungkan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Tujuan penggabungjalinan dijalankan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ialah penguasaan kemahiran secara serentak oleh murid-murid. Malahan bentuk pengajaran akan menjadi lebih menarik dan berkesan. Murid juga dapat menggunakan kemahiran secara semula jadi. Prinsip-prinsip penggabungjalinan ialah pengajaran yang mudah diubah dan bergantung pada matlamat dan objektif yang hendak dicapai. Seseorang guru perlu mengetahui jenis dan berapa kemahiran yang ingin digabungjalinankan. Guru juga perlu memastikan kemahiran fokus utama dan fokus sampingan dirancang dengan sempurna. Pada masa yang sama, guru tidak boleh mengetepikan kebolehan dan pencapaian murid yang diajar. Penggabungjalinan terbahagi kepada tiga bentuk iaitu penggabungjalinan kemahiran, penggabungjalinan bahan dan penggabungjalinan aktiviti. Penggabungjalinan kemahiran ialah dalam satu mata pelajaran terdapat beberapa kemahiran diajarkan misalnya, Bahasa Melayu terdapat kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Selain itu, pengajaran dalam satu mata pelajaran mengabungkan mata pelajaran lain misalnya Pendidikan Muzik, Sains dan sebagainya.

Penggabungjalinan aktiviti ialah mengabungkan dua aktiviti atau lebih mengikut keperluan dan kesesuaian pengajaran. Selalunya aktiviti yang dijalankan

merangkumi aspek lisan, bacaan dan kefahaman dan tulisan. Untuk melaksanakan penggabungjalinan ini, kita perlu merancang dengan aktiviti-aktiviti yang mempunyai urutan yang baik

PENGGABUNGJALINAN

KONSEP Mengikut Buku Panduan Am Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), penggabungjalinan ialah suatu proses penyampaian beberapa kemahiran di dalam sesuatu pelajaran. Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran.Strategi ini perlu bagi mengelakkan guru daripada mengajar sesuatu kemahiran bahasa itu dengan memecahmecahkan atau mengasing-asingkan bahagian-bahagian bahasa yang berkait rapat. Dalam konteks KBSR, kemahiran dapat digabungjalinkan, sama ada kemahirankemahiran dalam satu mata pelajaran atau kemahiran dari beberapa mata pelajaran. Sebagai contoh, strategi pengajaran dan pembelajaran dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah digunakan untuk menggabungjalinkan beberapa kemahiran asas seperi mendengar, bertutur, membaca, menulis. Penggabungjalinan ini perlu supaya pembelajaran berlaku secara bersepadu dan menyeluruh dalam sesuatu waktu pelajaran bahasa. RASIONAL Melalui proses penggabungjalinan, beberapa kemahiran dapat dikuasai secara serentak. Selain itu, berbagai-bagai kemahiran dalam sesuatu pelajaran dapat disampaikan secara harmoni dan bersepadu, sama ada dalam satu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran lain. Melalui program terpadu ini, satu pengajaran melalui aktiviti yang menarik dan bermakna dapat diciptakan. Ia juga dapat menimbulkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan. Di samping itu, ia membolehkan kemahiran-kemahiran saling kukuhmemperkukuh dan dapat diterapkan antara satu sama lain.

Contoh penggabungjalinan kemahiran asas Cara ini juga menyediakan peluang-peluang menggunakan bahasa secara semula jadi, dan bukan hanya setakat mengamalkannya. Ia juga berupaya mewujudkan berbagai-bagai aktiviti

kerja kumpulan, dengan ini dapat melibatkan lebih ramai pelajar. Pelajar-pelajar diandaikan boleh belajar lebih baik kerana mereka berpeluang melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang terdiri daripada satu kemahiran. Strategi penggabungjalinan juga mampu untuk menjadi alat pengukuhan kepada kemahiran yang diperoleh daripada mata pelajaran lain.Kemahiran sampingan yang terdapat dalam penggabungjalinan dapat membantu penguasaan kemahiran fokus sebagai yang dikehendaki dalam objektif pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ia mampu menggalakkan proses pertumbuhan dan perkembangan murid-murid secara seimbang,harmonis dan bersepadu selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ciri-ciri Penggabungjalinan Penggabungjalinan merupakan intergrasi beberapa kemahiran yang terdapat dalam satu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran.Proses penggabungjalinan berlaku antara kemahiran yang berkaitan dengan secara bersepadu serta menyeluruh. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu pelajaran adalah dipelbagaikan dengan cara yang menarik. Antara berbagai-bagai kemahiran yang digabungjalinkan, salah satu kemahiran merupakan fokus, iaitu kemahiran utama, dan kemahiran-kemahiran lain merupakan kemahiran sampingan. Organisasi kemahiran-kemahiran adalah fleksibel. Turutan kemahiran-kemahiran yang digabungjalinkan boleh berubah mengikut situasi. Bagaimanapun, kemahiran utama tetap diberi penekanan yang lebih. Kemahiran-kemahiran yang diintegrasikan melalui strategi penggabungjalinan adalah saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Contoh Penggabungjalinan Dalam konteks KBSR, penggabungjalinan dalam pengajaran dan pembelajaran dibahagikan kepada dua:

Penggabungjalinan kemahiran-kemahiran dalam satu mata pelajaran


Penggabungjalinan kemahiran dari beberapa mata pelajaran

Penggabungjalinan Kemahiran Dalam Satu Mata Pelajaran

K1 : Kem. mendengar K2 : Kem. bertutur K3 : Kem. membaca K4 : Kem. menulis

Dalam

pengajaran bahasa, empat kemahiran ini sering dijalankan dalam kelas sama ada digabungkan beberapa kemahiran atau kesemuanya sekali dalam satu-satu pengajaran tertentu.

Penggabungjalinan Kemahiran Daripada Beberapa Mata Pelajaran Dalam Satu Pelajaran

Strategi jenis ini melakukan penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa mata pelajaran dalam satu mata pelajaran. Sebagai contohnya, dalam pelajaran bahasa, kemahiran boleh digabungjalinkan dengan kemahiran pendidikan seni dan muzik di mana kemahiran bahasa sebagai kemahiran fokus sementara kemahiran pendidikan seni dan muzik sebagai kemahiran sampingan.

K.B : K. Bahasa K.M : K. Muzik

K.S : Pend. Seni

Contoh Penggabungjalinan: Sebagai contohnya, seorang guru ingin mengajar bahasa dengan tajuk kawan saya di mana kemahiran bahasa yang boleh diterapkan ialah dengan cara bercerita, membaca, atau menulis mengenai kawan saya. Kemahiran seni yang boleh digabungjalinkan pula mungkin dalam bentuk melukis gamabar kawan saya atau mewarnakannya begitu juga dengan kemahiran muzik, guru boleh mempelbagaikan dan menggabungjalinkan pengajaran dengan cara menyanyikan lagu mengenai kawan saya dengan tujuan untuk mengukuhkan perbendaharaan kata yang digunakan dalam petikan lagu.

You might also like