You are on page 1of 30

SZRZ6014 RESEARCH METHODS IN EDUCATION

BAB 1

1.0

Pengenalan Mata pelajaran matematik sentiasa mengalami anjakan paradigma dengan perubahan

kurikulum KBSR kepada KSSR.

Penambahbaikan didalam sukatan pelajaran turut

memenuhi kehendak dan cabaran masa hadapan murid. Pengajaran dan pembelajaran matematik KSSR perlu dirancang dan dikendalikan dengan berkesan bagi mewujudkan suatu pengalaman yang menyeronokkan dan mencabar bagi pelajar. Pengalaman, kebolehan, minat, daya dan gaya murid yang berbeza-beza perlu diambil kira dan diberi perhatian.

Matlamat pendidikan matematik sekolah rendah ialah untuk membina dan mengembangkan kefahaman murid dalam konsep nombor dan kemahiran asas mengira (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1995). Sehubungan dengan itu, program Matematik sekolah rendah memberi tumpuan kepada kemahiran mengira iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi dalam penyelesaian masalah harian secara berkesan dan penuh tanggungjawab. Penekanan terhadap aspek kemahiran berfikir secara kreatis dan kreatif yang berteraskan penyelesaian masalah juga dimasukkan ke dalam Sukatan Pelajaran Matematik. Justeru itu, penyelesaiaan masalah ialah fokus kurikulum dan menjadi tujuan utama semua pembelajaran dan aktiviti matematik. Oleh yang demikian, penyelesaian masalah bukanlah satu topik yang berasingan tapi satu proses yang meliputi seluruh program pengajaran.

SZRZ6014 RESEARCH METHODS IN EDUCATION

1.1

Latarbelakang Kajian Di dalam memenuhi pengajian ini, pengkaji akan cuba memperkenalkan proses

visualisasi di dalam pembelajaran dan pengajaran menyelesaikan masalah ayat matematik. Penyelesaian masalah ialah satu bidang matematik yang tersendiri dan istimewa kerana perkara ini lebih berkait rapat dengan situasi dan pengalaman harian. Penyelesaian masalah merupakan kemuncak dalam matematik kerana ianya menguji kepintaran berfikir dan kemahiran lain seperti kemahiran dalam fakta asas, menaakul masalah, operasi, menyusun data, menggunakan pelbagai konsep matematik dan menyemak secara logik. Kajian ini akan dijalankan kepada murid-murid sekolah rendah di mana pengkaji bertugas.

1.2

Pernyataan Masalah Penyelesaian masalah ialah satu bidang matematik yang tersendiri dan istimewa

kerana perkara ini lebih berkait rapat dengan situasi dan pengalaman harian. Penyelesaian masalah merupakan kemuncak dalam matematik kerana ianya menguji kepintaran berfikir dan kemahiran lain seperti kemahiran dalam fakta asas, menaakul masalah, operasi, menyusun data, menggunakan pelbagai konsep matematik dan menyemak secara logik. Murid-murid yang mengalami kesukaran dalam memahami konsep dan kemahiran matematik perlu dikenalpasti bidang kelemahan mereka seawal yang mungkin. Dengan membuat diagnostik pada peringkat awal, program-program pemulihan yang bersesuaian dapat dilakukan sebelum mereka melangkah ke tahap matematik yang lebih tinggi lagi. Guru seharusnya bijak menggunakan pendekatan yang menarik minat murid-murid agar

pembelajaran matematik dapat bermula daripada kekuatan yang ada pada murid yang bermasalah itu. Jika murid-murid mengalami masalah pembelajaran dalam matematik dapat dibantu dan diberi bimbingan yang sewajarnya dari awal lagi mereka dikhuatiri akan
2

SZRZ6014 RESEARCH METHODS IN EDUCATION

menghadapi kegagalan yang berterusan. Pada akhirnya, murid-murid ini akan kehilangan motivasi untuk belajar matematik dan seterusnya membenci dan melupakan mata pelajaran ini.

Baretta-Lorton (1997) juga menegaskan bahawa keadaan ini berlaku kerana penyelesaian masalah ayat matematik memerlukan tahap pemikiran yang tinggi. Selain itu juga, ia memerlukan kefahaman teks dan arahan serta proses mengira. Sekiranya muridmurid dapat mengatasi masalah tersebut, lazimnya kegagalan mereka dalam menyelesaikan masalah ayat matematik disebabkan oleh kecuaian atau kesilapan dalam penyusunan data atau langkah mengira. Justeru itu, tumpuan kajian ini ialah untuk membincangkan tentang masalah pemahaman ayat matematik di dalam soalan penyelesaiaan masalah bagi tahun 2 dengan menggunakan kaedah visualisasi.

1.3

Tujuan Kajian Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan murid

murid menghadapi kesukaran dalam menyelesaikan masalah bercerita. Kajian ini akan menganalisis punca kesilapan yang dilakukan oleh murid-murid ketika menyelesaikan masalah ayat matematik. Tumpuan kajian ini adalah ke atas empat operasi asas matematik iaitu penambahan, pengurangan,pendaraban dan pembahagian. Selain daripada itu, kajian ini juga cuba menentukan pilihan teknik atau kaedah yang bersesuaian untuk menangani permasalahan tersebut. Seterusnya dapat mengubah amalan pengajaran guru terhadap aspek pengajaran khasnya didalam kemahiran penyelesaian masalah.

SZRZ6014 RESEARCH METHODS IN EDUCATION

1.4

Persoalan Kajian Untuk mencapai tujuan dan objektif kajian, pengkaji telah berjaya memperolehi jawapan kepada soalan-soalan berikut : 1.4.1 Adakah wujud perbezaan jumlah pencapaian ujian pra dalam kumpulan rawatan? 1.4.2 Adakah wujud perbezaan jumlah pencapaian ujian pra dan ujian pos di kalangan murid-murid dalam kumpulan rawatan? 1.4.3 Adakah wujud perbezaan jumlah pencapaian ujian pasca di kalangan murid-murid dalam kumpulan kawalan dan rawatan?

1.5

Hipotesis Kajian

Bagi soalan kajian 1 Didapati murid-murid masih tidak dapat melaksanakan soalan penyelesaian masalah bagi semua operasi belum mencapai tahap yang diharapkan iaitu 70 % ke atas daripada jumlah bilangan soalan.

Bagi soalan kajian 2 Pendekatan visualisasi dalam pengajaran guru dapat membantu murid-murid memahami dan dapat melaksanakan soalan penyelesaian masalah. Disini jelas terdapat hubungan diantara minat murid-murid terhadap pendekatan pengajaran guru dalam menyelesaikan soalan ayat matematik.

SZRZ6014 RESEARCH METHODS IN EDUCATION

1.6

Kepentingan Kajian Semua ahli dalam sistem pendidikan termasuk guru, murid-murid dan ibu bapa

mengambil berat tentang pencapaian murid-murid dalam peperiksaan. Kementerian Pelajaran juga berusaha untuk menarik minat murid-murid dalam mata pelajaran matematik sebagai salah satu langkah membentuk masyarakat Malaysia yang saintifik dan berpengetahuan dalam teknologi. Cara utama untuk menarik minat murid-muird dalam subjek matematik ialah melalui peranan guru menggunakan kaedah tertentu semasa menjalankan aktiviti pembelajaran dan pengajaran secara berkesan serta berupaya meningkatkan pencapaian murid-murid.

Kajian ini juga, dapat memberikan panduan kepada guru dalam mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid di tahap 1 lagi agar permasalahan ini tidak berlarutan sehingga ke tahap 2. Disamping itu, murid-murid dapat mencuba dan meneroka teknik pembelajaran yang baik dan membantu perkembangan diri murid-murid itu sendiri. Selain itu, ianya diharapkan dapat memberikan maklumbalas mengenai tahap penguasaan murid-murid terhadap soalan penyelesaian masalah. Dengan maklum balas ini, guru dapat memberi penekanan yang lebih kepada kaedah untuk membantu murid-murid sehingga menguasai kemahiran tersebut melalui kaedah visualisasi.

SZRZ6014 RESEARCH METHODS IN EDUCATION

1.7

Batasan Kajian Kajian ini tidak dapat dijalankan ke atas semua pelajar tetapi hanya tertumpu

kepada kepada sampel kajian yang kecil dan terbatas kepada 30 orang pelajar dari tahun 2 di sekolah berkenaan. Oleh yang demikian, hasil dapatan kajian ini tidak dapat digeneralisasikan kepada semua pelajar tahun 2. Keputusan kajian ini hanya berdasarkan ujian bertulis. Untuk mendapatkan hubungan yang lebih khusus mengenai perhubungan motivasi, minat dan sikap murid-murid terhadap mata pelajaran matematik perlu dijalankan melalui borang kaji selidik.

1.8

Rumusan Bab ini menghuraikan latar belakang , pernyataan masalah, tujuan, persoalan,

hipotesis, kepentingan dan batasan kajian. Antara lain, bab ini merumuskan kepentingan penguasaan kemahiran matematik yang boleh diaplikasikan melalui kaedah proses visualisasi yang menekankan proses mencari maklumat, daya imaginasi dan konteks soalan sewaktu proses pembelajaran menyelesaikan masalah ayat matematik.

SZRZ6014 RESEARCH METHODS IN EDUCATION

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 2.0 Pengenalan Kebolehan menyelesaikan masalah matematik dianggap sebagai pemahaman secara matematik oleh Schoenfeld (1985). Beliau telah mengenal pasti empat kategori pengetahuan yang mempengaruhi kebolehan menyelesaikan masalah matematik. Pertama ialah sumber, iaitu pengetahuan asas matematik murid. Kedua, murid juga memerlukan heuristik yang melibatkan kemahiran penyelesaian masalah yang luas. Ketiga ialah kawalan sumber, iaitu kebolehan murid memilih maklumat yang diperlukan. Pengetahuan terakhir ialah system kepercayaan murid dalam situasi masalah. Kaedah pengajaran dan pembelajaran guru seperti chalk and talk menyebabkan guru tidak berfungsi sebagai fasilitator, tetapi hanya bertindak sebagai penyampai maklumat untuk menghabiskan tajuk dalam sukatan pelajaran tanpa memberi pertimbangan terhadap keperluan atau potensi pelajar. Hal ini merupakan cabaran kepada Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mempelbagai dan mentransformasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam matapelajaran Matematik. Penyelesaian masalah pemahaman ayat matematik dalam soalan penyelesaian masalah boleh dipraktikkan menggunakan Model Polya, iaitu dengan melalui peringkatperingkat berikut; i. ii. iii. iv. Memahami Masalah Merancang Strategi Melaksanakan Strategi Menyemak Jawapan
7

SZRZ6014 RESEARCH METHODS IN EDUCATION

2.1

Tinjauan Literatur 2.1.1 Masalah Pemahaman Ayat Matematik Dalam kajian Aziz Omar (2001) dari Universiti Kebangsaan Malaysia yang mengkaji

tentang transformasi masalah matematik berayat dan ayat matematik pecahan dalam kalangan murid tahun lima, beliau merumuskan bahawa terdapat perhubungan antara penguasaan transformasi masalah matematik berayat dengan penguasaan transformasiayat matematik pecahan dan bahawa terdapat perbezaan antara sikap terhadap masalah matematik berayat, penguasaan transformasimasalah matematik berayat dan penguasaan transformasi ayat matematik pecahan antara jantina. Kajian beliau dijalankan dengan menggunakan tiga jenis instrumen, iaitu soal selidik sikap, masalah matematik berayat pecahan dan masalah ayat matematik pecahan. Menurut Jamil Adimin (1992), transformasi kaedah penyelesaian masalah pemahaman ayat matematik dalam ujian objektif aneka pilihan ialah dengan mengubah format jawapan daripada jawapan akhir kepada langkah pengiraan. Disebabkan kaedah ini belum pernah digunakan dalam peperiksaan di Malaysia, adalah mustahak untuk mengetahui kesesuaiannya sebagai alat pengujian pencapaian pelajar. Untuk menguji sejauh mana kesesuaian format tersebut, kajian ini telah membandingkan beberapa ciri ujian bagi keduadua format tersebut, antaranya ialah indeks kesukaran dan indeks diskriminasi item serta kebolehpercayaan dalaman ujian. Dapatan kajian adalah seiring dengan rumusan Spratt dan Forsyth (1980) yang menyatakan bahawa tiada perbezaan antara ketiga-tiga ciri-ciri ujian tersebut dalam kedua-dua format yang dinyatakan. Oleh itu, penggunaan format langkah pengiraan adalah sesuai digunakan untuk menguji kemahiran menyelesaikan masalah dalam matematik.
8

SZRZ6014 RESEARCH METHODS IN EDUCATION

Rahim Hj. Mohd. Nor (2002), dalam kajiannya telah merumuskan bahawa kemahiran menyelesaikan masalah dalam matematik merupakan satu kemahiran yang perlu dimiliki seseorang pelajar untuk menguasai matematik dengan baik. Kemahiran tersebut dinilai dengan menggunakan skala pemarkahan analitik Charles dan Lestar (1987) dan hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar bermasalah dalam menterjemah masalah matematik dalam bentuk perkataan dan keterangan ke dalam bentuk ayat matematik. 2.1.2 Soalan Penyelesaian Masalah

Menurut Mohd. Rais Selamat (2000), kebanyakan guru yang mengajar di luar bandar, terutamanya, kurang mendapat pendedahan yang meluas tentang strategi pengajaran terkini. Mereka banyak bergantung kepada pengalaman sendiri, rakan-rakan atau bergantung sepenuhnya kepada buku teks sebagai sumber utama. Justeru, para guru seharusnya diberikan peluang untuk bertemu dan berbincang tentang masalah yang mereka hadapi. Satu usaha intervensi antara para penyelidik dan guru-guru perlu diadakan untuk membolehkan mereka mengemukakan masalah, membina bahan pengajaran dan seterusnya diakhiri dengan seminar untuk membantu para guru membuat refleksi. Melalui program seperti ini, mereka dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran bagi membimbing pelajar yang lemah dan sederhana. Untuk membantu murid menyelesaikan masalah matematik berayat, kemahiran soalan, menentukan operasi dan penguasaan dalam membuat transformasi merupakan tiga kemahiran asa yang penting dan perlu dititkberatkan oleh guru. Hanifah Hussin (1999) dari Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim menyimpulkan bahawa soalan penyelesaian masalah ayat metematik merupakan aktiviti yang melibatkan perbuatan menyoal, merenung, menaakul masalah, memerhati, menyelidik, meneroka alternatif mencari jawapan dan menyoal jawapan semula dalam usaha mencari satu keputusan untuk bertindak menyelesaikan masalah. Ini menunjukkan bahawa kaedah memahami soalan

SZRZ6014 RESEARCH METHODS IN EDUCATION

penyelesaian masalah dapat membimbing para pelajar dalam membentuk kefahaman yang betul tentang sesuatu konsep yang baru dipelajari atau membetulkan kerangka alternatif yang sedia ada.

2.2

Kajian Berkaitan Setelah membuat tinjauan terhadap beberapa kajian yang hampir sama dengan tajuk

kajian ini, penulis mendapati bahawa beberapa orang pengkaji telah memberikan pelbagai pandangan dan kaedah mengikut pemahaman tersendiri dalam mencari jalan penyelesaian pemahaman ayat matematik. Kajian tindakan bagi isu ini juga pernah dijalankan oleh Samsudin Drahman dalam kajian beliau bertajuk Visualisasi: Satu Anjakan Dalam Teknik Penyelesaian Masalah Matematik KBSR. Kaedah-kaedah lain yang ditemui ialah Model Polya dan Newman. Melalui pembacaan yang telah dilakukan, penulis amat tertarik dengan kaedah visualisasi bagi menyelesaikan permasalahan pemahaman ayat matematik. Penulis akan cuba menghuraikan kaedah-kaedah yang efektif dalam proses visualisasi bagi menyokong fakta yang terdapat dalam kajian ini. Visualisasi merupakan satu teknik berguna dalam menyelesaikan masalah matematik. Moses (1982) menyokong pandangan bahawa visualisasi berguna dalam proses penyelesaian masalah matematik dan berguna pada setiap peringkat. Menurut beliau, pada peringkat memahami masalah, murid boleh memahami masalah dengan lebih baik apabila mereka dapat menghasilkan imej visual yang mewakili situasi dalam masalah matematik. Visualisasi boleh membantu murid dalam menyatakan semula maksud soalan dengan menggunakan perkataan mereka sendiri dan juga membantu murid mewakili serta membina model konkrit bagi situasi yang dinyatakan.

10

SZRZ6014 RESEARCH METHODS IN EDUCATION

Selain itu, teknik penyelesaian masalah matematik secara visual membabitkan penggunaan imej visual yang wujud samada dalam bentuk gambar atau tanpa gambar. Pada peringkat merancang strategi dan melaksanakan penyelesaian, seseorang individu mungkin perlu untuk memfokus kepada gambar, gambarajahatau lakaran. Justeru, melalui fokus terhadap perwakilan diagramatik atau simbolik yang mewakili maklumat yang diberi dalam masalah matematik memudahkan tugas seseorang individu merancang strategi penyelesaian.

2.3

Rumusan Menerusi tinjauan literatur yang dibuat, diharapkan lebih banyak kajian dan

penyelidikan dapat diusahakan bagi memantapkan lagi kepastian mengenai keberkesanan kaedah visualisasi dalam membantu para pelajar menguasai kemahiran asas matematik. Kaedah ini merupakan satu kaedah yang amat bersesuaian dalam memantapkan penguasaan pelajar untuk mengatasi masalah kerangka alternatif yang telah terbentuk sejak sekolah rendah lagi. Oleh itu, kajian mengenai tahap penguasaan kemahiran asas matematik pelajar melalui kaedah visualisasi yang melibatkan sampel tempatan, merupakan salah satu daripada objektif kajian.

11

SZRZ6014 RESEARCH METHODS IN EDUCATION

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.0

Pengenalan Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penguasaan ayat matematik

dalam soalan penyelesaian masalah melalui kaedah visualisasi.

Didalam kajian ini,

metodologi yang digunakan bertumpukan kepada penguasaan kemahiran memahami ayat matematik dan bagaimana mengesan tahap penguasaan kemahiran tersebut setelah menggunakan kaedah visualisasi. Kaedah yang dipilih dharapkan dapat mendatangkan kesan yang positif kepada pelajar terhadap penguasaan kemahiran asas matematik. 3.1 Rekabentuk Kajian Peningkatan penguasaan ayat matematik dalam soalan penyelesaian masalah dikaji dengan membuat ukuran terhadap pencapaian beberapa orang pelajar yang telah dipilih untuk menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran berpandukan Dokumen Standard Matematik Tahun Dua menggunakan kaedah visualisasi. Kajian dijalankan semasa waktu persekolahan melibatkan pengkaji , sebagai guru yang mengajar menggunakan kaedah visualisasi,

bertindak sebagai penyelia bagi memantau teknik pengajaran dan para pelajar yang dipilih untuk dijadikan sampel kajian. Sewaktu kajian dijalankan , para pelajar yang terlibat berada didalam kelas masing-masing yang telah sedia ada sepertimana yang yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian penyelidikan ini menggunakan rekabentuk kumpulan kawalan tidak serupa dan tidak memilih persampelan secara rawak antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Rekabentuk ini dipilih memandangkan terdapat kesukaran untuk memindahkan pelajar kekelas lain dan mengganggu sesi pembelajaran mata pelajaran lain di sekolah berkenaan.
12

SZRZ6014 RESEARCH METHODS IN EDUCATION

Rekabentuk kumpulan kawalan tidak serupa merujuk kepada sekurang-kurangnya salah satu cirri di antara kumpulan-kumpulan akan mempunyai nilai jangkaan yang berbeza walaupun sesuatu kajian tidak memberi kesan (Cook dan Campbell,1979). Antara factor yang memberi kesan kepada perbezaan asal ialah tahap kebolehan pelajar dalam aspek kemahiran memahami ayat matematik yang juga merupakan petunjuk kepada pencapaian matematik dalam kajian ini. Pemerhatian yang dibuat bertumpukan kepada perkara-perkara berikut : i. ii. iii. iv. Apakah jenis maklumat yang dikaitkan dengan imej visual ? Apakah gambaran yang dilukis oleh subjek ? Adakah pelajar melakukan kesilapan sewaktu menyelesaikan sesuatu masalah ? Adakah pelajar membuat sebarang gambaran visual, melukis gambar atau gambarajah semasa atau selepas membaca soalan? v. Bagaimana pelajar menggunakan rajah atau gambar yang dilukis dalam memilih operasi dan memahami maksud soalan?

Data bagi kajian telah diperolehi melalui ujian pra dan ujian pos. Ujian pra dijalankan terhadap kedua-dua kumpulan untuk menentukan tahap kebolehan mereka dan bertujuan untuk menyelaraskan perbezaan asal antara kumpulan. Manakala pembolehubah bersandar bagi kajian ini ialah pencapaian penguasaan kemahiran proses sains dalam ujian pos terhadap penggunaan kaedah visualisasi semasa proses pembelajaran dan pengajaran. Reka bentuk penyelidikan ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan penggunaan kaedah visualisai dalam meningkatkan penguasaan kemahiran asas matematik.

13

SZRZ6014 RESEARCH METHODS IN EDUCATION

3.2

Pembolehubah Kajian melibatkan dua jenis pembolehubah, iaitu : i. Pembolehubah bersandar, iaitu skor min pencapaian pelajar dalam ujian yang merujuk kepada perbezaan pencapaiaan antara keputusan ujian pra dan pos. ii. Pembolehubah bebas, iaitu kaedah pembelajaran yang merujuk kepada kaedah visulisasi yang digunakan dalam kajian ini.

3.3

Populasi Populasi ialah kumpulan sasaran penyelidik supaya sesuatu dapatan kajian dapat

diaplikasikan (Fraenkel&Walten,1990). Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah di Daerah Kubang Pasu, Kedah. Populasi kajian adalah terdiri daripada pelajar dari Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi iaitu sebuah sekolah bantuan penuh kerajaan.

3.4

Pemilihan Sampel Terdapat dua buah kelas Tahun Dua di Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi, iaitu Tahun

2 Bestari dan Tahun 2 Pintar dengan jumlah murid seramai 54 orang. Memandangkan jumlah sampel yang diperlukan hanyalah 30 orang maka pemilihan secara rawak dilakukan terhadap kedua-dua kelas tersebut dengan melibatkan kedua-dua jantina.

14

SZRZ6014 RESEARCH METHODS IN EDUCATION

3.5

Instrumen Kajian Bagi mengumpul data kajian, kaedah kuantitatif digunakan memandangkan ianya

bersifat sistematik, piawai dan mudah dianalisis. Oleh itu pengkaji menggunakan : 3.5.1 Ujian Pra Ujian Pra diberi kepada kedua-dua kumpulan. Ianya digunakan untuk mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran memahami ayat matematik yang sedia ada dan mengenalpasti pengrtahuan pelajar dalam kemahiran asas matematik yang ingin dikaji. Sampel kajian perlu menjawab tiga set soalan kemahiran memahami ayat matematik yang dipilih dari tajuk tertentu. 3.5.2 Ujian Pos Ujian Pos hanya diberikan kepada kumpulan rawatan yang telah melalui proses pembelajaran menggunakan kaedah visualisasi bagi mengesan sama ada terdapat perubahan dalam keputusan ujian mereka. Selain daripada menjalankan ujian pra dan pos, pengkaji terlebih dahulu menjalankan satu tinjauan melalui temuramah bersama guru-guru matematik yang mengajar pelajar-pelajar yang terlibat dengan kajian ini. Mereka juga diberi borang maklumat pelajar untuk diisi meliputi nama, jantina dan band yang tertinggi.

15

SZRZ6014 RESEARCH METHODS IN EDUCATION

3.6

Prosuder Pengumpulan Data 3.6.1 i. Fasa 1 Mengadakan pertemuan dengan Guru Besar, Guru Panitia Matematik, dan guru-guru matematik Tahun Dua sekolah berkenaan untuk memaklumkan kajian yang akan dijalankan.

ii.

Mengadakan perbincangan dengan guru-guru matematik tentang masalah yang dihadapi oleh pengajar dan pelajar. Hasil perbincangan dapat membantu

pengkaji mengenalpasti masalah yang dihadapi dan membantu merangka soalan yang sesuai untuk ujian serta merangka aktiviti pemulihan yang sesuai untuk pelajar.

iii.

Memilih sampel kajian seramai 30 orang dan membahagikan mereka kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan.

3.6.2 i.

Fasa 2 Kedua-dua kumpulan diberikan ujian pra yang meliputi soalan Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C bagi kertas soalan Matematik Tahun Dua. Masa yang Diperuntukkan adalah selama satu jam.

16

SZRZ6014 RESEARCH METHODS IN EDUCATION

3.6.3 Fasa 3 i. Pembelajaran dan program pemulihan bagi kemahiran memahami ayat matematik menggunakan kaedah visualisasi dijalankan bagi kumpulan rawatan.

iii.

Pembelajaran dan pengajaran dijalankan selama empat minggu, iaitu 30 minit x 2 waktu x 4 minggu.

3.6.4 i.

Fasa 4 Ujian pos diberikan kepada kedua-dua kumpulan selepas sesi pembelajaran dan pengajaran selama 4 minggu selesai.

ii.

Masa untuk menjawab ialah selama 60 minit bagi ujian pos, skor dari ujian pra akan dibandingkan dengan skor ujian pos, bagi melihat perbezaan pencapaian mereka selepas dua kaedah pembelajaran diaplikasikan kepada kedua-dua kumpulan tersebut.

iii.

Data yang diperolehi akan dikumpulkan dan akan dianalisis.

17

SZRZ6014 RESEARCH METHODS IN EDUCATION

3.7

Kaedah Pengumpulan Data Penganalisaan data kuantitatif dilakukan dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferens. Analisis deskriptif adalah kaedah analisis bagi tujuan menerangkan statistik sampel tanpa membuat sebarang pentadbiran ke atas parameter populasi. Data-data bagi ujian pra dan pos akan dikumpulkan berdasarkan markah individu yang dijadikan markah kumpulan. Statistik deskriptif dilakukan untuk menentukan min, sisihan piawai, frekuensi dan peratusan bagi membandingkan ujian pra dan ujian pos antara kumpulan rawatan dan kumpulan.

3.8

Rumusan Kajian ini hanya menyingkap gambaran tentang pelajar yang mempelajari visualisasi antara pelajar kawalan dan pelajar rawatan dari aspek kebolehan

menyelesaikan masalah matematik. Justeru itu, satu usaha yang berterusan daripada semua pihak sangat diperlukan untuk menjayakan pelaksanaan pembelajaran kaedah visualisasi supaya dapat meningkatkan prestasi matematik di sekolah rendah. Pengkaji berharap agar penguasaan kemahiran visualisasi akan memberi keyakinan kepada para pelajar dalam menyelesaikan ayat matematik. Sekaligus dapat menarik minat seterusnya berupaya meningkatkan kebolehan dan pengetahuan pelajar terhadap ayat penyelesaiaan masalah.

18

SZRZ6014 RESEARCH METHODS IN EDUCATION

Rujukan

19

SZRZ6014 RESEARCH METHODS IN EDUCATION

20

SZRZ6014 RESEARCH METHODS IN EDUCATION

21

SZRZ6014 RESEARCH METHODS IN EDUCATION

22

SZRZ6014 RESEARCH METHODS IN EDUCATION

23

SZRZ6014 RESEARCH METHODS IN EDUCATION

24

SZRZ6014 RESEARCH METHODS IN EDUCATION

25

SZRZ6014 RESEARCH METHODS IN EDUCATION

26

SZRZ6014 RESEARCH METHODS IN EDUCATION

27

SZRZ6014 RESEARCH METHODS IN EDUCATION

28

SZRZ6014 RESEARCH METHODS IN EDUCATION

29

SZRZ6014 RESEARCH METHODS IN EDUCATION

30

You might also like