You are on page 1of 15

1.

0 Pengenalan Titik tolak dalam perubahan sistem pendidikan di Malaysia telah bermula setelah tergubalnya Laporan Razak 1956 yang menuntut supaya semua jenis sekolah di Malaysia dicantumkan di bawah satu sistem pendidikan sekolah kebangsaan yang tunggal supaya dapat memupuk perpaduan dan integrasi nasional (Sufean Hussien, 2007). Hal ini berikutan terdapat

pelbagai jenis persekolahan yang dipisahkan mengikut ideologi dan kaum yang sedikitsebanyak telah menghalang proses integrasi daripada berlaku antara kaum di Malaysia ini. Paling ketara ialah ketika zaman British bertapak di Tanah Melayu, di mana sistem pendidikan vernakular telah diperkenalkan di mana setiap sekolah yang terdapat di Tanah Melayu telah diasingkan mengikut kaum utama yang terdapat di Tanah Melayu. Kaum

Melayu di Sekolah Melayu manakala kaum Cina di sekolah vernakular Cina dan kaum India ditempatkan di sekolah vernakular Tamil. Hal ini telah menjarakkan lagi jurang perhubungan sesama kaum di Tanah Melayu yang mana telah menyebabkan perpaduan dan integrasi sukar dipupuk dan dicapai. Atas kesedaran ini, syor di dalam Laporan Razak telah mencadangkan supaya semua sekolah vernakular dimansuhkan dan digantikan dengan satu sekolah yang bercorak kebangsaan yang disediakan untuk semua kaum di Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, tidak semua syor-syor dalam laporan ini diterima pakai malah ada yang telah ditambah baik dalam laporan yang dikeluarkan selepas laporan ini. Hasil daripada laporan ini dan Laporan Aminudin Baki (1960), sistem persekolahan di Malaysia telah mengalami sedikit perubahan di mana sistem sekolah kebangsaan telah diperkenalkan dan telah dibuka kemasukan ke sekolah ini kepada semua kaum di Malaysia. Pun begitu, sekolah yang berasaskan kaum masih lagi dikekalkan dengan tertubuhnya Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil atas tuntutan kaum tersebut. Sistem seperti ini berkekalan sehinggalah pada masa kini dengan melalui beberapa perubahan dan penambahbaikan. Apa yang membezakan sistem pendidikan kini dengan sistem pendidikan pada zaman British ialah kesemua sekolah kebangsaan mahupun jenis kebangsaan diletakkan di bawah satu pentadbiran kerajaan yang dikendalikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan diletakkan di bawah satu kategori iaitu sekolah hak milik persekutuan yang mendapat bantuan sepenuhnya daripada kerajaan Malaysia. Pun begitu, terdapat juga sekolah-sekolah yang tidak mendapat sepenuhnya bantuan daripada kerajaan persekutuan. Terdapat sekolah yang mendapat separuh bantuan ataupun bergerak atas kemampuan intitusi itu sendiri seperti Sekolah Agama Rakyat, sekolah persendirian, Sekolah Antarabangsa, dan sebagainya. Walaupun sekolah seperti ini tidak mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan, wajib bagi pentadbiran sekolah seperti ini

untuk mengguna pakai sukatan ataupun kurikulum yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia supaya semua jenis sekolah di negara ini menyediakan perkhidmatan pendidikan yang sama kepada semua pelajar. Selain itu, peperiksaan utama di sekolah ini juga perlu selaras dan mengguna pakai peperiksaan awam yang terdapat di sekolah-sekolah kerajaan di Malaysia seperti peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Setelah hampir separuh abad sistem pendidikan negara ini berjalan, timbul satu polemik atau isu di mana kebanyakan ibu bapa kurang memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan (SK) dan lebih memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan sekolah persendirian. Pelbagai faktor penarik dan penolak telah dikenalpasti yang menjadi punca utama polemik seperti ini berlaku. Faktor yang sering diperkatakan menjadi penyebab masalah ini ialah faktor guru, bahasa, keselamatan, dan kualiti pendidikan. Perkara ini telah menunjukkan bahawa rakyat Malaysia pada hari ini bebas memilih untuk menempatkan anak-anak mereka di institusi yang menjadi pilihan mereka sendiri. Selain itu, terdapat juga persoalan yang timbul berkaitan sejauh mana sistem pendidikan di negara ini pada hari ini mampu untuk menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini. Pada hari ini, pelbagai isu-isu yang dapat mencetuskan sensiviti kaum sering

diperdebatkan bukan sahaja secara akademik malah hal ini turut dibicarakan pada peringkat umum tanpa sebarang toleransi dan keraguan. Hal ini telah menunjukkan bahawa

perpaduan yang dihasratkan sekian lama dahulu masih belum mencapai tahap yang dikehendaki dan institusi yang pasti terkena tempias atas masalah ini sudah pastinya pusat persekolahan. Timbul satu pertanyaan kepada ahli-ahli akademik mengenai keberhasilan sistem pendidikan di negara ini sebagai satu tempat mencetuskan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Oleh hal demikian, tidak keterlaluan dikatakan bahawa sistem pendidikan yang sedia ada di negara ini memerlukan perubahan dan penambahbaikan secara total supaya dapat memenuhi keperluan masyarakat ke arah negara maju yang banyak sekali cabaran yang perlu dihadapi menjelang tahun 2020.

2.0 Faktor Ibu Bapa kurang berminat menghantar anak-anak ke Sekolah Kebangsaan (SK) berbanding Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dan sekolah persendirian.

Kita boleh lihat kepada polisi sistem pendidikan negara kita pada hari ini di mana, setiap ibu bapa mempunyai kebebasan untuk memilih sama ada mahu menghantar anak-anak mereka mendapatkan pendidikan di sekolah kebangsaan ataupun sebaliknya (Utusan Malaysia, 21.3.2001). Pun begitu, disebabkan kebebasan yang diberikan ini telah menimbulkan satu polemik yang negatif kepada sistem pendidikan kebangsaan sendiri di mana sekolah kebangsaaan pada hari ini kurang mendapat sambutan berbanding sekolah-sekolah yang lain termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Persendirian, Sekolah Agama Swasta, dan Sekolah Antarabangsa. Apa yang lebih menyedihkan, terdapat juga segelintir ibu bapa daripada kalangan kaum Melayu sendiri turut memilih untuk menghantar anak-anak mereka bagi mendapatkan pendidikan di sekolah selain daripada sekolah kebangsaan. Hal ini sudah pastinya akan menyebabkan reputasi tinggi sekolah kebangsaan yang selama ini dianggap sebagai institusi utama bagi anak-anak Malaysia untuk memenuhi aspirasi dan memiliki aspirasi nasional akan terjejas akibat kekurangan kepercayaan daripada ibu bapa pada hari ini. Sekolah kebangsaan pada hari ini hanyalah menjadi pilihan majoriti bangsa Melayu sahaja. Slogan 1 Malaysia yang dilaung-laungkan demi perpaduan rakyat Malaysia pada hari ini terasa begitu hambar apabila kita berhadapan dengan realiti sebegini di mana kurangnya interaksi dalam kalangan rakyat Malaysia semenjak mereka masih di peringkat sekolah lagi (Azmil Anuar, 2009). Lebih-lebih lagi apabila institusi persekolahan telah diangkat menjadi satu ajen perpaduan rakyat Malaysia. Keberkesanan hasrat ini tidak dapat diterjemahkan sekiranya sekolah kebangsaan terus dipinggirkan dari hari ke hari. Perkara seperti ini timbul adalah disebabkan beberapa faktor penarik dan penolak yang menyebabkan ibu bapa lebih memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah selain daripada sekolah kebangsaan. Ada yang memberi pendapat bahawa sekolah

kebangsaan tidak berjaya menarik perhatian ibu bapa khususnya yang berketurunan bukan Melayu akibat pandangan negatif terhadap prestasi guru-guru yang mengajar di situ. Guruguru dikatakan tidak bermotivasi untuk mengajar selain tidak mempunyai sikap tolak ansur apabila berhadapan dengan murid-murid daripada kaum bukan Melayu yang bermasalah selain daripada beberapa faktor lain. Apabila dikelaskan faktor-faktor masalah ini secara terperinci, kita boleh bahagikan kepada dua kategori iaitu faktor penolak dan faktor penarik.

Faktor penolak merupakan satu faktor kekurangan yang terdapat pada sistem sekolah kebangsaan yang menyebabkan ibu bapa kurang berminat untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini. Perkara yang sering menjadi isu utama sudah semestinya isu Jika dilihat dalam kajian yang

keselamatan dan disiplin pelajar di sekolah kebangsaan.

dijalankan oleh Khairil Mahali (2006), masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan pelajar sekolah rendah kebanyakan berlaku di sekolah-sekolah kebangsaan di luar bandar. Menurut Khairil (2007) lagi, masalah-masalah seperti kes buli, ponteng kelas, kecurian, dan peras ugut merupakan masalah disiplin yang biasa berlaku dalam kalangan pelajar di sekolah kebangsaan terutamanya di kawasan luar bandar. Kajian ini jelas menunjukkan bahawa masalah-masalah disiplin di sekolah rendah kerap berlaku dalam kalangan pelajar di sekolah kebangsaan berbanding sekolah harian yang lain. Hal ini telah menyebabkan ibu bapa berasa kurang yakin terhadap keselamatan anak-anak mereka apabila dihantar ke sekolah kebangsaan akibat khuatir anak-anak mereka tidak berada dalam suasana yang selamat dan kondusif. Selain itu, mereka juga bimbang anak-anak akan terpengaruh

dengan rakan-rakan yang mempunyai masalah disiplin yang mana akan memberi pengaruh negatif kepada perkembangan anak-anak mereka. Di samping itu, soal keselamatan anakanak sepanjang masa persekolahan juga turut menjadi sebab ibu bapa tidak berminat menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan. Hal ini kerana, persekitaran

sekolah kebangsaan yang hanya dikawal oleh beberapa orang pengawal keselamatan tidak cukup untuk meyakinkan mereka bahawa anak-anak mereka akan terselamat daripada pelbagai kemungkinan yang akan berlaku. Selain itu, bilangan pelajar yang terlalu ramai di sekolah kebangsaan sudah pastinya akan menyebabkan setiap pelajar tidak akan mendapat pelindungan keselamatan kerana tenaga kerja pengawal keselamatan yang terhad dan kurang mendapat latihan khusus. Atas alasan tidak mahu mengambil risiko inilah telah

menyebabkan mereka lebih yakin dan percaya untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah lain terutamanya sekolah persendirian dan sekolah antarabangsa yang mana kawalan keselamatannya lebih terjamin dan selamat. Sementara itu, konsep pendidikan sekular iaitu konsep yang memisahkan pembelajaran akademik dan agama yang diamalkan di sekolah kebangsaan juga telah menyebabkan segelintir ibu bapa yang beragama Islam lebih tertarik untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama swasta yang mana setiap pengajaran dan pembelajaran lebih menumpukan kepada pemupukan akidah dan nilai Islam dalam diri anak mereka. Menurut Sharil Anuar Pamin (2007), ibu bapa pada masa kini lebih berminat untuk menghantar anakanak mereka bersekolah di sekolah yang menggunakan kurikulum pendidikan agama. Minat mereka ini adalah juga disebabkan saban hari kita mendengar banyak berlakunya kes-kes salah laku remaja di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah yang tersiar di dada-

dada akhbar. Oleh hal demikian, bagi mengurangkan kerisauan ini maka mereka mengambil jalan berwaspada dengan menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang beraliran pendidikan agama. Biarpun mereka akan dikenakan bayaran yang lebih tinggi daripada bayaran di sekolah kebangsaan, mereka tidak terlalu memandang berat akan hal ini kerana bagi mereka apa yang penting ialah anak mereka akan dipupuk dengan nilai-nilai murni Islam, berakhlak mulia dalam diri mereka, dan menjadi contoh kepada ahli keluarga yang lain. Perkara sebegini sukar didapati di kebanyakan sekolah-sekolah kebangsaan yang

mana fokus utamanya adalah lebih menumpukan kepada pencapaian akademik pelajar. Selain itu, bilangan pelajar yang terlalu ramai di sekolah kebangsaan juga telah menyebabkan ibu bapa lebih memilih untuk menghantar anak mereka ke sekolah seperti persendirian atau antarabangsa kerana bimbang akan pencapaian akademik anak-anak mereka. Hal ini kerana, mereka bimbang sekiranya anak mereka akan tercicir atau

ketinggalan dalam sesuatu mata pelajaran disebabkan bilangan pelajar yang ramai di dalam sesebuah kelas. Apabila pelajar terlalu ramai di dalam sesebuah kelas, guru tidak dapat memberikan sepenuhnya tumpuan kepada pelajar secara individu kerana kekangan masa dan mahu menyelesaikan obejktif sesuatu pembelajaran tersebut. Apabila terdapat sesuatu perkara yang tidak difahami dan sekiranya tidak dapat dikenalpasti, hal ini semestinya akan memberikan kesan kepada pelajar itu sendiri dan akan mengakibatkan pelajar tersebut mengalami keciciran atau ketinggalan dalam . Oleh hal demikian, bagi memastikan anakanak mereka mendapat suasana pembelajaran yang efisien dan lebih produktif selain dari mengelakkan anak-anak mereka dari keciciran, ibu bapa lebih memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah persendirian atau sekolah antarabangsa yang mana bilangan pelajar di dalam sesebuah kelas telah ditetapkan dalam jumlah yang terhad dan mudah untuk anak mereka mengikuti pembelajaran secara lebih kondusif. Faktor pembudayaan ilmu yang tidak jelas turut menjadi sebab ibu bapa kini tidak lagi menjadikan sekolah kebangsaan sebagai satu pilihan utama bagi pendidikan anak-anak mereka. Hal ini dapat dilihat di kebanyakan sekolah kebangsaan hari ini kurang memberikan penekanan terhadap beberapa perkara seperti mementingkan budaya ilmu seperti membaca, mementingkan ketetapan masa, dan budaya ingin sentiasa mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang. Penekanan terhadap elemen ini dapat membuka minda dan memberi murid satu ilmu baharu yang dapat melahirkan modal insan kelas pertama seperti yang dihasratkan Kementerian Pendidikan. Tidak dinafikan bahawa di

sekolah kebangsaan, elemen-elemen ini didedahkan kepada murid, namun keberkesanan dan pelaksanaan budaya ini tidak begitu menyeluruh dan tidak memberikan respon yang positif terhadap semua murid. Hal ini jauh berbeza dengan sekolah seperti SJK, yang Sebagai contoh, kita

sangat mementingkan budaya ini terhadap kesemua murid-murid.

dapat lihat kepada komitmen yang ditunjukkan oleh guru-guru di SJK C dalam meningkatkan prestasi murid. Guru di SJKC lebih komited dan berdedikasi dalam membangunkan prestasi murid apabila mereka berjaya menunjukkan kecemerlangan dalam kaedah pembelajaran subjek Sains dan Matematik serta mampu mengawal disiplin murid dengan terkawal. Di samping kecemerlangan akademik, sekolah seperti SJKC juga turut memastikan muridmurid mereka mencapai kecemerlangan dalam bidang kokurikulum dengan memperketatkan undang-undang kepada murid dengan mewajibkan murid hadir dalam setiap kegiatan kokurikulum yang diadakan di sekolah. Faktor sebegini cukup menarik perhatian ibu bapa dan hal ini sedikit sebanyak telah mengurangkan tarikan sekolah kebangsaan pada pandangan mereka. Selain daripada faktor penolak, sudah pastinya terdapat faktor penarik ataupun faktor yang menarik minat ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah selain dari sekolah kebangsaan. Perkara utama yang dipertimbangkan oleh ibu bapa semestinya berkaitan

dengan kualiti pendidikan yang akan diterima oleh anak mereka di sekolah. Hal ini kerana, sejauh mana kualiti pendidikan yang ditawarkan di sesebuah institusi ataupun sekolah akan memberi kesan yang berbeza kepada anak mereka. Menurut Aripin Yudin (2008) dalam penulisan tesisnya telah menyatakan bahawa keputusan bagi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dari tahun 2003-2008 telah menunjukkan keputusan yang dicapai oleh pelajar di SJKC lebih baik berbanding dengan keputusan yang dicapai oleh pelajar di SK. Hal ini sudah jelas membuktikan bahawa terdapat institusi ataupun sekolah selain daripada SK yang menawarkan kualiti pendidikan yang lebih baik berbanding SK. Ini kerana, kualiti pendidikan yang baik sudah pastinya akan diperlihatkan melalui keputusan penilain yang memberangsangkan. Di samping itu, kualiti guru-guru yang mengajar juga turut diambil berat oleh ibu bapa. Bagi kebanyakan ibu bapa, mereka lebih mempercayai kredibiliti dan

komitmen guru-guru di sekolah seperti sekolah persendirian dan sekolah antarabangsa yang mana lebih berkualiti berbanding segelintir guru di sekolah kebangsaan. Oleh hal demikian, ibu bapa kini merasakan bahawa mereka mempunyai pilihan untuk memastikan anak-anak mereka mendapatkan pendidikan yang berkualiti di samping memastikan anak-anak mereka mampu bersaing dalam mencapai kualiti pencapaian yang bermutu dengan menghantar anak-anak mereka ke sekolah seperti SJKC, sekolah antarabangsa dan sebagainya. Faktor kemudahan dan infrastruktur juga memainkan peranan yang penting kenapa ibu bapa lebih memilih untuk menghantar anak mereka untuk mendapatkan pendidikan di sekolah selain sekolah kebangsaan terutama sekolah persendirian ataupun sekolah antarabangsa. Hal ini kerana, kemudahan dan infrsruktur yang lengkap sudah pastinya akan memberikan persekitaran pendidikan yang kondusif kepada anak-anak mereka. Menurut Marland (1975), persekitaran bilik darjah boleh menjadi musuh atau kawan dalam sesuatu poses pengajaran

dan pembelajaran (PdP). Oleh itu, persekitaran bilik darjah yang serba lengkap dan kondusif sudah pastinya akan memberikan keselesaan terhadap murid-murid yang mana akan membantu meningkatkan minat dan tumpuan mereka untuk belajar. Di sekolah persendirian atau antarabangsa contohnya, kemudahan-kemudahan pembelajaran yang disediakan kepada pelajar berada pada tahap yang cukup baik dan pelbagai. Sebagi contoh, muridmurid di sekolah seperi ini tidak mempunyai masalah untuk menjalankan satu uji kaji sains yang memerlukan peralatan yang mahal kerana di sekolah tersebut telah disediakan kemudahan-kemudahan ini. Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu semua pelajar

mencapai tahap pembelajaran melalui pengalaman sebagaimana yang diperkenalkan oleh Jean Piaget dan Lev Vygotsky. Selain itu, bilangan pelajar bagi setiap kelas di sekolah

seperti sekolah pesendirian dan sekolah antarabangsa telah dihadkan kepada bilangan yang minimum. Sebagai contoh, Sekolah Antarabangsa Labuan (LIS) telah menetapkan bahawa setiap pelajar di dalam sesebuah kelas di dalam institusi tersebut mestilah tidak melebihi 20 orang bagi setiap kelas. Apabila bilangan pelajar bagi sesebuah kelas tidak terlalu ramai, maka proses PdP akan mudah diikuti oleh murid-murid tanpa perlu bimbang akan keciciran atau masalah ketinggalan dalam pelajaran. Kemudahan dan peluang yang lebih baik

terhadap semua pelajar telah menarik minat ibu bapa khusunya golongan yang berada untuk mengantar anak-anak mereka ke sekolah seperti ini berbanding ke sekolah kebangsaan. Sementara itu, kelebihan menguasai bahasa ketiga di sekolah-sekolah selain daripada sekolah kebangsaan turut menjadi faktor penarik ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah tersebut. Menurut Presiden Pesatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN)

Professor Madya Dr. Mohd Ali Hassan (2010), wujudnya kesedaran terhadap kepentingan bahasa Mandarin dalam kehidupan dan kerjaya anak mereka kelak di samping prestasi murid di SJKC lebih baik berbanding SK telah menjadi salah satu faktor ibu bapa hari ini lebih memilih SJKC berbanding SK. Hal ini telah menunjukkan bahawa ibu bapa kini telah sedar akan kepentingan menguasai lebih dari dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan Inggeris dengan menguasai bahasa-bahasa yang dapat memberikan kebaikan pada masa hadapan anak-anak mereka kelak. Seperti yang kita semua maklum, kebanyakan sektor swasta pada hari ini lebih senang memilih calon pekerja yang menguasai banyak bahasa terutama bahasa yang banyak digunakan dalam urusan perniagaan dan perdagangan. Oleh itu, atas kesedaran ini, mereka telah mengambil langkah dengan menghantar anak-anak mereka ke sekolah seperti SJKC, sekolah persendirian, dan sekolah antarabangsa yang menawarkan pengajaran bahasa-bahasa antarabangsa yang lain seperti bahasa Mandarin, bahasa Perancis, bahasa Jerman, dan sebagainya. Faktor yang seterusnya ialah berkait rapat dengan faktor kerohaniaan dan keagamaan. Ibu bapa pada hari ini khususnya yang beragama Islam lebih memilih untuk menghantar anak-

anak mereka ke sekolah yang memberi lebih pendidikan agama demi membentuk peribadi anak mereka supaya menjadi insan yang berakhlak mulia. Tidak dinafikan bahawa di

sekolah kebangsaan juga disediakan mata pelajaran Pendidikan Islam kepada semua murid Islam. Pun begitu, murid-murid hanya didedahkan berkaitan agama Islam hanyalah ketika waktu Pendidikan Islam sahaja sedangkan waktu yang diperuntukkan bagi mata pelajaran ini di sekolah tidak banyak seperti subjek-subjek teras seperti bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Segelintir ibu bapa mahukan anak-anak mereka didedahkan dengan pemahaman Islam secara menyeluruh kerana mereka yakin melalui pendekatan seperti ini, anak-anak mereka akan mudah memahami dan mengamalkan akhlak-akhlak Islam dalam kehidupan. Oleh hal demikian, mereka telah memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang lebih memberikan tumpuan terhadap pendidikan Islam seperti sekolah agama rakyat dan sekolah agama persendirian. Secara keseluruhannya, pelbagai faktor yang dapat diperdebatkan atau dibincangkan sekiranya ingin mengupas polemik ini dengan lebih mendalam. Oleh itu, pihak-pihak yang mempunyai autonomi dalam bidang ini haruslah memikirkan satu anjakan paradigma yang perlu segera diwujudkan dalam sistem persekolahan di negara ini supaya reputasi sekolah kebangsaan sebagai institusi yang dapat mencetuskan perpaduan dalam kalangan rakyat di negara ini kekal berada pada kemuncaknya.

3.0 Keupayaan Sistem Pendidikan Kebangsaan menyatupadukan rakyat Malaysia. Apabila berbicara mengenai perpaduan melalui pendidikan, kita semua sedar maklum bahawa hal ini telah diusahakan sejak zaman pasca-Merdeka lagi melalui penggubalan Laporan Razak 1956 (Sufean Hussin, 2007). Hal ini dapat dilihat dengan jelas di dalam matlamat penggubalan laporan ini sendiri di mana ia bertujuan untuk menyatupadukan murid-murid di sekolah melalui sistem pendidikan kebangsaan yang seragam untuk semua, bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama, dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah di negara ini (Chean Lean Keow, tgok buku edu 3101). Melalui laporan ini, kita dapat lihat bahawa usaha untuk memupuk perpaduan dan integriti nasional dalam kalangan rakyat Malaysia telah dimulakan sejak zaman pasca-merdeka lagi dan usaha ini terus berjalan sehingga hari ini. Walaupun matlamat untuk membentuk serta mengukuhkan perpaduan rakyat Malaysia terus diperjuangkan sejak dahulu, namun alternatif dan inisiatif telah diambil dalam cara yang berbeza mengikut peredaran masa. Setelah laporan razak dibentangkan, banyak laporan-laporan yang lain telah diperkenalkan selepasnya dan diambil menjadi dasar pendidikan negara termasuklah Laporan Rahman Talib 1961, Laporan Kabinet 1979, dan Laporan Mahathir 1985 sehinggalah kepada tercetusnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada 1988. Kesemua laporan-laporan ini berkait rapat dengan

usaha memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Sehinggalah pada hari ini, usaha untuk memupuk perpaduan dan menyatupadukan kaum di negara ini menjadi satu negara bangsa yang harmoni masih menjadi agenda utama penggubal dasar pendidikan. Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2008), Sistem Pendidikan Kebangsaan yang telah diwujudkan secara jelas mengarah kepada landasan yang tepat demi mewujudkan masyarakat yang harmonis. Hal ini adalah kerana, asas yang dijadikan dasar dalam

orientasi dan falsafah pendidikan negara menggunakan acuan tempatan contohnya, dari segi bahasa pengantar, sukatan mata pelajaran, dan kurikulumnya. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa sistem pendidikan yang diamalkan di negara kita merupakan satu platform yang berupaya menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang ras dan etnik ini. Hal ini kita dapat lihat dalam strategi utama yang telah digubal sejak pengenalan Laporan Razak 1956 lagi iaitu menjadikan bahasa kebangsaan bahasa pengantar utama di sekolah. Menurut Siti Hajjar Aziz (2011), peranan bahasa Melayu sebagai alat perpaduan tidak dapat dipertikaikan lagi. Melalui penggunaan bahasa Melayu ini, perpaduan kaum dapat dicapai apabila Dalam

masyarakat berlainan bangsa berinteraksi sesama mereka melalui satu bahasa.

proses interaksi ini, mereka bukan sahaja dapat berkomunikasi sesama kaum malahan dapat mengenai budaya, adat resam, dan nilai-nilai bangsa mereka yang seterusnya mampu menyemai semangat kekitaan dan kerjasama tanpa mengira kaum dan etnik. Oleh hal

demikian, bahasa kebangsaan Malaysia iaitu bahasa Melayu telah dijadikan bahasa

pertuturan utama di sekolah-sekolah supaya pelajar-pelajar yang berlainan bangsa di sekolah dapat mengenali sesama mereka dan seterusnya mampu membentuk masyarakat Malaysia yang bersadu-padu dan harmonis. Demi menyeragamkan sistem pendidikan kebangsaan, pihak kementerian telah mewajibkan supaya diadakan satu kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah yang terdapat di negara ini sama ada sekolah bantuan penuh kerajaan mahupun sekolah yang bergerak secara persendirian. Sebagai contoh, pada hari ini kita dapat lihat kepada penggubalan kurikulum kebangsaan yang baharu iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang telah mula dilaksanakan di seluruh sekolah rendah pada tahun 2011. Kurikulum ini merupakan satu panduan kepada semua warga pendidikan di Malaysia mengenai perkara-perkara yang akan dan dapat dipelajari oleh semua pelajar tanpa mengira latar belakang kaum dan ekonomi. Melalui penggunaan satu kurikulum yang seragam,

perpaduan dapat dipupuk melalui pengajaran yang telah tersedia di dalam kurikulum tersebut terutama melalui subjek yang berada di dalam elemen nilai murni dan kewarganegaraan. Setiap murid akan mempelajari perkara yang sama, menerima nilai yang seragam, dan akan berinteraksi sesama mereka melalui satu kurikulum yang seragam. Selain itu, langkah kerajaan dalam melaksanakan dasar pendemokrasian pendidikan juga boleh dikatakan sebagai satu inisiatif yang dapat menyemai semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Pendemokrasian pendidikan merupakan satu proses

pendemokrasian supaya setiap individu diberikan peluang dan hak yang sama untuk mendapat pendidikan serta kemudahan yang disediakan. Dalam erti kata lain, di bawah proses mendemokrasikan pendidikan, setiap individu diberi peluang yang sama untuk mendapat pendidikan dan hak memilih jenis sekolah untuk belajar tanpa mengira status ekonomi, sosial, keistimewaan, jantina, kaum, dan agama. Melalui dasar ini, setiap kaum di Malaysia dapat merasai peluang pendidikan yang sama dan adil supaya setiap rakyat di negara ini mendapat pendidikan yang sewajarnya biarpun dari golongan yang rendah taraf ekonominya dan tinggal di luar bandar. Oleh hal demikian, setiap kaum di negara ini mampu untuk mendapatkan pendidikan tanpa sebarang alasan lagi. Melalui interaksi pelbagai kaum di sekolah hasil daripada pendemokrasian pendidikan ini, perpaduan sesama mereka dapat dipupuk melalui pelbagai aktiviti yang dilakukan seperti aktiviti bersukan, semasa proses PdP dan sebagainya. Sementara itu, kecenderungan pelajar yang berbilang kaum di negara ini bukanlah hanya kepada kepada pencapaian akademik semata-mata. Hal ini selaras dengan apa yang

dinyatakan oleh Howard Gardner iaitu, kanak-kanak mempunyai pelbagai kecerdasan yang berbeza. Oleh itu, setiap pelajar boleh meningkatkan potensi mereka melalui pelbagai

aktiviti yang berbeza mengikut kecerdasan masing-masing.

Berbalik kepada situasi di

negara kita, terdapat juga pelajar yang lebih berpotensi untuk memperkembangkan potensi diri mereka dalam bidang luar akademik seperti bidang sukan dan sebagainya. Sedar akan kebenaran aplikasi teori kecerdasan Gardner ini, pihak kementerian telah menyediakan satu bidang lain daripada akademik di sekolah yang dikenali sebagai bidang ko-kurikulum. Bidang ko-kurikulum memberi peluang kepada pelajar untuk memperkembangkan potensi mereka dalam bidang yang mereka minati. Pelbagai aktiviti telah disediakan seperti aktiviti badan beruniform, kelab dan persatuan, dan sukan dan permainan. Melalui aktiviti seperti ini, interaksi sesama pelajar lebih mudah berlaku dan pelbagai nilai-nilai murni dapat mereka pelajari. Sebagai contoh, semangat kerjasama dapat dipupuk melalui aktiviti sukan dan

permainan walaupun berbeza latar belakang kaum. Hal ini telah menunjukkan satu anjakan yang positif dalam pemupukan perpaduan antara murid melalui penglibatan mereka dalam aktivtii-aktiviti kokurikulum yang dijalankan. Di samping itu, pihak kementerian pendidikan juga telah memperkenalkan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) iaitu kerjasama antara sekolah pelbagai aliran dalam semua program pelajar dan guru. Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2008), empat obektif utama RIMUP adalah untuk menggalakkan penyertaan guru dan murid dalam kegiatan bersama, mewujudkan kerjasama dan tolong-menolong, melahirkan persefahaman dan bertolak ansur antara murid pelbagai kaum di sekolah, dan berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga, dan kepakaran untuk kegiatan kelas. Langkah ini diperkenalkan demi meningkatkan lagi hubungan etnik dalam kalangan pelajar. Apabila hubungan sesama

pelajar semakin erat, maka mudahlah proses perpaduan berlaku antara mereka. Kesimpulannya, dalam konteks perpaduan dalam kalangan rakyat negara ini, Sistem Pendidikan Kebangsaan yang dibina berasaskan acuan tempatan sememangnya berada pada landasan yang tepat untuk membawa generasi masa kini dan masa hadapan sebagai generasi yang bersatu-padu membentuk satu negara bangsa Malaysia yang harmonis. Pendekatan yang dibawa dalam sistem pendidikan kebangsaan ini dibawa kepada masyarakat dalam bentuk holistik. Dasar ini selaras dengan dasar semasa ke arah

pembinaan insan yang unggul menuju wawasan 2020.

4.0 Cadangan menambah baik sistem pendidikan kebangsaan dalam menuju ke arah negara maju menjelang 2020. Tahun 2020 merupakan satu era yang akan menentukan sejauh mana keberhasilan matlamat negara Malaysia menuju negara maju melalui satu dasar yang dinamakan Wawasan 2020. Menurut Mior Khairul Azrin Jamaludin (2011), Wawasan 2020 telah

dicetuskan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat iaitu Tun Mahathir bin Mohamad, pada 28 Febuari 1991 yang akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian dan negara maju menjelang tahun 2020. Bagi merealisasikan wawasan ini, antara sasaran yang mahu dicapai adalah mengenai perpaduan masyarakat di negara ini di mana sektor pendidikan telah dijadikan satu peneraju yang paling utama. Hal ini kerana, dalam sektor pendidikan, sistem persekolahan yang sempurna boleh dijadikan satu platform dalam usaha untuk memastikan terpupuknya perpaduan dalam kalangan masyarakat. Tema perpaduan dalam sistem persekolahan amat dititikberatkan kerana hanya melalui perpaduan sesama kaum di negara ini matlamat untuk mencapai Wawasan 2020 dapat direalisasikan. Pun begitu, dalam tempoh masa kita menyediakan diri menghadapi wawasan ini, timbul satu persoalan tentang bagaiman kita semua bersedia untuk menghadapi segala cabarannya. Hal ini kerana, pada masa kini masih lagi wujud permasalahan mengenai hubungan masyarakat negara ini yang masih lagi belum mencapai tahap yang memberangsangkan. Oleh itu, perlunya satu pendekatan baharu dalam menambah baik sistem pendidikan yang sedia ada pada hari ini supaya generasi-genarasi yang akan dihasilkan lengkap dengan ciriciri masyarakat yang bersedia dalam membawa negara mencapai matalamat Wawasan 2020. Peranan kerajaan dalam melakukan satu transformasi dalam sistem pendidikan kebangsaan kini memang tidak dapat dinafikan kerana kerajaan merupakan satu badan yang penuh kuasa dalam menentukan dasar pendidikan yang akan digunakan di seluruh negara. Dasar pendidikan yang diamalkan pada hari ini perlu dikaji semula terutamanya mengenai sistem sekolah rendah pelbagai aliran yang berasaskan kaum. Sistem seperti ini dilihat tidak lagi releven pada hari ini kerana dengan adanya sekolah-sekolah yang berasaskan kaum, perpaduan antara rakyat sukar untuk dicapai. Oleh itu, kerajaan perlu merangka satu pelan untuk menggabungkan Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan menjadi satu jenis sekolah satu aliran di negara ini dapat dipupuk sejak awal lagi. Untuk memastikan setiap kaum menerima keputusan seperti ini, satu pendekatan win-win situation perlu diambil di mana kerajaan perlu mewajibkan pelajaran subjek bahasa Melayu dan memberi pilihan kepada semua pelajar untuk mempelajari bahasa Cina dan Tamil. Selain itu, sistem

persekolahan baharu ini juga perlu dijalankan melalui penggabungan elemen-elemen tertentu seperti kebudayaan, pemakanan, dan adat resam yang dapat memberi pendedahan

kepada semua murid untuk memahami murid-murid yang berlainan kaum di sesebuah sekolah tersebut. Hal seperti ini akan dapat mengeratkan lagi perhubungan antara kaum melalui interaksi antara mereka yang berlaku pada peringkat awal persekolahan lagi. Walaupun pendekatan seperti ini bakal berdepan satu isu baharu seperti bantahan daripada kaum-kaum lain, kerajaan perlu bertindak dengan segera supaya matlamat untuk mencapai perpaduan antara kaum dapat direalisasikan melalui pengenalan satu sistem persekolahan baharu ini. Selain itu, pihak kerajaan juga perlu memastikan bahawa kurikulum yang digunapakai dalam sistem pendidikan hari ini mampu memupuk semangat cintakan negara dan perpaduan dalam kalangan murid-murid. Hal ini kerana, pengisian kurikulum dan ko-kurikulum yang sedia ada perlu seiring dengan keperluan masyarakat pada hari ini dengan lebih menekankan nilai-nilai jati diri, patriotisme, dan bertoleransi dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Melalui penekanan terhadap nilai ini, masyarakat yang berminda kelas pertama dapat dilahirkan seterusnya mampu bergabung tenaga sesama mereka menepis segala cabaran-cabaran dalam merealisasikan Wawasan 2020. Sebagai contoh, dengan

mewajibkan syarat lulus subjek Sejarah dalam Sijil Pelajaran Malaysia dan mewajibkan subjek Pendidikan Sejarah pada peringkat sekolah rendah, jati diri pelajar sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara dapat diperkukuhkan lagi melalui penghayatan dalam mata pelajaran tersebut. Selain itu, guru perlu disarankan agar sentiasa menerapkan unsur-unsur patriotisme dan perpaduan dalam proses PdP kepada murid-murid supaya nilai ini sentiasa melekat dan kukuh dalam sanubari mereka. Sementara itu, jika dilihat dalam cabaran negara dalam merealisasikan Wawasan 2020, terdapat halangan dan cabaran untuk mewujudkan masyarakat penyayang dan mempunyai budaya menyayangi. Oleh itu, dalam mengambil tanggungjawab sebagai pencorak insan yang bersedia menghadapi Wawasan 2020, pihak sekolah perlu memainkan peranan yang jitu dalam usaha untuk mewujudkan masyarakat yang penuh kasih sayang dan mempunyai budaya saling menyayangi antara satu sama lain tanpa mengira budaya, agama, dan bangsa. Dalam erti kata lain, pihak sekolah perlu pastikan setiap pelajar di sekolah tersebut mempunyai semangat persaudaraan yang tinggi antara mereka sehinggakan wujudnya situasi seperti cubit peha kiri, paha kanan juga terasa yang menunjukkan semangat saling menyangi antara mereka. Semangat ini boleh disemai melalui pelbagai program-program jati diri dan motivasi yang boleh dirangka pihak sekolah sendiri dengan mendapat sokongan penuh daripada kerajaan. Program yang dirangka ini perlu mempunyai aktiviti-aktiviti ke arah pembentukan masyarakat yang penyayang. Hal ini kerana, dengan adanya sifat ini dalam diri setiap masyarakat pada hari ini, isu-isu jenayah dan keganasan akan dapat dielakkan dan hal ini juga dapat mewujudkan satu situasi yang aman damai dalam negara.

Dalam menuju era maju menjelang tahun 2020, negara kita sangat memerlukan ahli-ahli sains yang dapat mengkaji sesuatu ilmu ataupun penemuan yang baharu supaya matlamat negara untuk menjadi negara industri yang mengeluarkan produk sendiri akan tercapai. Dalam hal ini, pihak kerajaan juga perlu memainkan peranan penting dalam melahirkan masyarakat yang cintakan ilmu dan berdaya saing seperti negara-negara maju yang lain seperti Jepun dan Britain. Oleh itu, pihak kerajaan perlu memperbanyakkan lagi biasiswa pendidikan untuk menggalakkan rakyat Malaysia melanjutkan pelajaran dalam bidangbidang saintifik dan teknikal seperti bidang teknologi maklumat, kejuruteraan, bioteknologi, dan sebagainya. Peruntukan yang disediakan perlu diperbesarkan lagi untuk

memperbanyakkan lagi kepakaran tenaga manusia dan kemudahan R&D (Kajian dan Peneyelidikan/ Research and Development). Hal ini kerana, usaha R&D negara telah

banyak memberi sumbangan kepada peningkatan hasil pengeluaran komoditi terutamanya kelapa sawit dan getah. Apabila hasil pengeluaran domestik meningkat, hasil eksport

produk ke luar negara juga akan meningkat dan hal ini akan dapat memantapkan ekonomi Malaysia seperti negara-negara maju yang lain. Secara keseluruhannya, banyak inisiatif yang boleh diambil oleh semua pihak dalam menyediakan suatu sistem pendidikan yang dapat melahirkan generasi yang dapat memimpin usaha dalam merealisasikan matlamat Wawasan 2020. Pun begitu, segala

dasar-dasar yang dirancang perlulah bergerak selari dengan komitmen masyarakat untuk melaksanakan dasar tersebut kerana tanpa sokongan daripada masyarakat, dasar-dasar yang diperkenalkan ini hanyalah akan menjadi seperti melepaskan batuk di tangga sahaja.

5.0 Penutup

You might also like