You are on page 1of 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN TUGASAN PROJEK TAJUK PROGRAM

: PISMP NAMA KURSUS : NAMA PELAJAR : SEMESTER : 5 (Ambilan Januari 2012)

Pentaksiran dan Pengurusan Mata Pelajaran Pendidikan Moral (ELM3103)


TARIKH MULA I. Tugasan : 30 Januari 2014

TARIKH HANTAR

Tugasan : 1 Mac 2014

Hasil Pembelajaran Kursus 1. Membina instrumen dan item pentaksiran secara formal dan tidak formal dalam pendidikan moral 2. Menghuraikan masalah-masalah yang dihadapi dalam pentaksiran formal dan tidak formal dalam pendidikan moral 3. Mendapat gambaran skop pengajaran matapelajaran Pendidikan Moral di sekolah 4. Mengenalpasti peranan dan tanggungjawab guru pendidikan moral dalam merealisasikan aspirasi negara Kerja kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 1 dan 2

II.

Objektif Kerja Kursus Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut : 1. Membincangkan hubungan domain tingkahlaku dengan pentaksiran pendidikan moral 2. Mengemukakan beberapa jenis instrumen tidak formal bagi mengumpul informasi tentang penghayatan nilai- nilai murni dalam kalangan murid-murid sekolah/pelajar-pelajar IPG 3. Menghasilkan rumusan penghayatan nilai-nilai murni di kalangan murid murid/pelajar-pelajar dengan menggunakan instrumen pentaksiran tidak formal. 4. Menghasilkan refleksi daripada pengalaman menyiapkan kerja kursus

III.

Tugasan Projek (100%)

Pentaksiran pendidikan moral bukan sahaja dinilai daripada aspek domain penaakulan moral dan perasaan moral tetapi juga domain tingkahlaku moral. Bina instrumeninstrumen pentaksiran tidak formal bagi mentaksir penghayatan nilai-nilai moral dalam kalangan pelajar-pelajar IPG/murid-murid sekolah di sekolah yang ingini. Tadbirkan instrumen tersebut bagi memperolehi dapatan yang boleh dijadikan penambahbaikan kepada penghayatan nilai-nlai moral (100%)
1. Bincangkan hubungan domain tingkah laku dengan pentaksiran pendidikan moral. (20 markah)

2. Pilih beberapa nilai dalam sukatan pelajaran pendidikan moral sekolah rendah bertujuan untuk mentaksir domain tingkah laku murid-murid/pelajar-pelajar IPG terhadap nilai-nilai tersebut. Daripada nilai-nilai yang dikenalpasti kemukakan beberapa jenis instrumen yang sesuai untuk mendapatkan informasi tentang penghayatan mereka. Terangkan mengapa jenis-jenis instrumen tersebut menjadi pilihan. (30 markah) 3. Tadbirkan jenis-jenis instrumen tersebut dalam kampus IPG KPT/sekolah dan buat analisis dengan menggunakan statistik yang sesuai. Pindahkan dapatan statistik anda dalam bentuk jadual, carta, graf dan sebagainya. (20 markah) 4. Daripada dapatan tersebut jelaskan cadangan-cadangan yang akan diambil oleh anda bagi menambaik amalan mereka (10 markah) 5 Refleksi pengalaman anda dalam menyiapkan kerja kursus. (10 markah) 6. Bentangkan dapatan kajian secara kreatif (10 markah) IV. Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus 1. Tugasan ini adalah tugasan individu dan kumpulan. 2. Anda boleh mengumpul data secara kolaboratif. 3. Format penulisan tugasan adalah seperti yang berikut : i. ii. iii. iv. v. vi. Muka depan hendaklah mengikut template terkini Font Arial Saiz huruf ialah 11 Langkau satu setengah baris Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association) Lampiran

4. Hasil penulisan hendaklah tidak kurang 1500 2000 patah perkataan. 5. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50%. 6. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali. V. Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria yang berikut : 1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci. 2. Bukti-bukti, bahan-bahan dan citation yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan. 3. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan ketulenan hasil kajian dan sokongan ilmiah. 4. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren. 5. Penulisan akademik harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemah maklumat secara kritikal dan analitikal serta tiada kesalahan ejaan. 6. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan sahih serta memenuhi kehendak tugasan (sekurang-kurangnya sumber daripada 3 buah buku, dan 2 dari bahan yang lain).

VI.

Kriteria Pentaksiran Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik yang disediakan.

Tugasan disediakan oleh:

Disemak oleh:

(ZAKARIA BIN AHMAD) Pensyarah Akademik Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG Kampus Pendidikan Teknik

(DR SAKHILAH BT SHAHKAT ALI) Pakar Bidang Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG Kampus Pendidikan Teknik

Disahkan oleh:

(ILIAS BIN EMBONG) Ketua Jabatan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG Kampus Pendidikan Teknik

RUBRIK PEMARKAHAN KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU (KKBI) PENULISAN ILMIAH TAJUK :

Pembinaan berbagai jenis instrumen petaksiran tidak formal bagi mentaksir

amalan nilai-nilai moral di kalangan pelajar-pelajar/murid-murid.

SKALA

WAJARAN (100%)

KRITERIA LIPUTAN DAN KANDUNGAN Liputan kandungan tepat, relevan dan terperinci Skop literatur luas dan komprehensif dipilih dan sesuai. Hubungkait idea jelas ditunjukkan KUALITI REVIU Reviu kritikal yang sangat baik Analisis idea dan isu tepat, komprehensif dan lengkap ORGANISASI Susun atur terbaik, logikal dan koheren. Idea dikembangkan secara menyeluruh dan jelas dengan contoh-contoh sesuai, penerangan dan huraian tambahan KUALITI SUMBER Kemahiran membuat rujukan dan bibliografi sangat baik Mempunyai pelbagai sumber utama dan sekunder

Amat Cemerlang 90 - 100

60 70%

LIPUTAN DAN KANDUNGAN Liputan kandungan relevan dan sangat cukup Skop literatur yang luas dipilih dan digunakan dengan sesuai Perhubungan idea yang jelas KUALITI REVIU Reviu kritikal yang baik Analisis idea tepat dan padat Cemerlang 80 89 46 59% ORGANISASI Susun atur baik dengan kesilapan yang sedikit/ minimum Idea dikembangkan dengan baiknya dan mengandungi fakta atau contoh yang cukup untuk menyokong hujah KUALITI SUMBER Kemahiran membuat rujukan dan bibliografi sangat baik dengan sedikit kesilapan Mempunyai bahan sumber utama dan sekunder yang lebih daripada cukup

Kepujian 65 - 79

36 45%

LIPUTAN DAN KANDUNGAN Liputan kandungan relevan dan baik Jumlah tinjauan literatur relevan memuaskan. Perhubungan idea agak jelas KUALITI REVIU Reviu kritikal yang baik Analisis idea agak tepat dan mendalam

ORGANISASI Susun atur agak baik dengan beberapa kesilapan Idea dikembangkan dengan agaknya baik dan mengandungi fakta/ contoh sokongan yang agak cukup KUALITI SUMBER Kemahiran membuat rujukan dan bibliografi baik Mengandungi jumlah bahan sumber utama dan sekunder yang mencukupi

LIPUTAN DAN KANDUNGAN Liputan kandungan cukup dan relevan Hanya bilangan kecil literatur dipilih dan digunakan. Sebahagian perhubungan idea jelas. KUALITI REVIU Reviu kritikal cukup Analisis idea cukup Lulus 50 - 64 20 35% ORGANISASI Susun atur memuaskan dengan beberapa kesilapan signifikan Beberapa idea dikembangkan dengan sokongan fakta/ contoh-contoh KUALITI SUMBER Kemahiran membuat rujukan dan bibliografi agak baik dengan beberapa kesilapan Mempunyai bilangan bahan sumber yang tidak cukup

LIPUTAN DAN KANDUNGAN Liputan kandungan tidak cukup dan tidak relevan Perhubungan idea tidak jelas KUALITI REVIU Sedikit atau tiada reviu kritikal Analisis idea tiada logikal dan tidak meyakinkan <20% ORGANISASI Susun atur lemah dengan kesilapan yang nyata. Idea dikembangkan secara lemah dengan sedikit atau tiada huraian tambahan KUALITI SUMBER Kemahiran membuat rujukan dan bibliografi lemah Kekurangan bahan sumber utama dan sekunder

Gagal 0 - 49

You might also like