You are on page 1of 22

HBML1203

FAKULTI
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER / TAHUN MEI/MAY 2012 SMP KOD KURSUS HBML 1203 TAJUK KURSUS PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : :

710810065380002 710810-06-5380 019-9419268 zaimilong@yahoo.com.my PUSAT PEMBELAJARAN PAHANG

HBML1203

PENGENALAN: Yang kurik itu kundi, Yang merah itu saga; Yang cantik itu budi, Yang indah itu bahasa. Begitulah indahnya dan puitisnya pantun yang berkait rapat dengan bahasa. Bahasa dihasilkan melalui alat artikulasi manusia yang disebut sebagai pertuturan, ujaran atau disebut kalimat merupakan satu sistem bunyi yang teratur atau percantuman bunyi yang hadir secara berulang-ulang atau berurutan. Fonetik dan fonologi sebenarnya berkait rapat dengan ilmu linguistik. Ilmu linguistik pula merupakan satu bidang kajian tentang bahasa secara saintifik. Apakah pula yang dimaksudkan dengan fonologi? Fonologi membawa pelbagai

maksud seperti pendapat yang diterjemahkan oleh beberapa tokoh ilmu fonologi. Antaranya, pendapat (Parker, 1974:112), menjelaskan bahawa ilmu fonologi ialah ....suatu bidang yang mengkaji sesuatu bahasa, iaitu yang berkaitan rumus-rumus atau pertuturan yang menentukan sebutan. Kamus Linguistik (Harimau kridalaksana, 1984:61), menjelaskan bahawa ilmu fonologi merupakan bidang linguistik yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya. Selain itu, (Abdullah Hassan, 1993:40), menerangkan fonologi ialah ilmu mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa itu. Seterusnya, (Clark dan Yallop, 1995:5), menyatakan bahawa phonology is concerned with the organisation of speech within specific languages. Menurut World Book of Dictionary (Barnhart dan Barnhart, 1981:1567), ilmu fonologi sebagai the systems of sounds used in a language. The study of the distinctive sound units of a language, the patterns they form, and the rules which regulate their use, pula adalah definisi fonologi yang diberikan oleh Phonetics (Roach, 2001:111). Berdasarkan pendapat-pendapat ahli fonologi tersebut, dapatlah ditakrifkan bahawa ilmu fonologi sebagai ilmu linguistik yang mengkaji bunyi bahasa manusia secara saintifik. Selain itu, fonologi juga mengkaji bunyi bahasa pada aras yang lebih tinggi daripada fonetik.

HBML1203

Fonetik pula berasal daripada bahasa Greek yang bermaksud bunyi dan disebut sebagai phone iaitu kajian berkaitan bunyi-bunyi ujaran manusia. Terdapat pelbagai definisi berkaitan fonetik yang telah ditakrifkan oleh tokoh-tokoh ilmu fonetik. Kamus Dewan (2005:354), menyatakan fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. The study of the physical characteristics of human speech sounds, pula takrif yang diberikan oleh International Encylopedia of Linguistics(1992:194). Selain itu, Abdullah Hassan(1993:40), menjelaskan bahawa fonetik sebagai ilmu yang mengkaji bunyi bahasa daripada segi penyebutan, pendengaran atau sifatnya. Marsono(1981:1), menyatakan bahawa ilmu fonetik ialah ilmu yang mengkaji bunyibunyi bahasa tanpa meneliti fungsi bunyi itu sebagai pembeza makna dalam sesuatu bahasa. Berdasarkan takrif atau definisi yang diterjemahkan oleh tokoh-tokoh ilmu fonetik, dapatlah didefinisikan bahawa ilmu fonetik adalah kajian yang ditinjau daripada segi bahan fizik atau jisim yang mewujudkan bentuk ucapan serta berkaitan dengan organ pertuturan, sifat bunyi bahasa (akustik) dan pendengaran (auditori). Persamaan antara fonetik dan fonologi adalah merupakan salah satu aspek utama dalam bahasa yang mengkhusus kepada kajian bunyi bahasa namun terdapat perbezaan juga antara fonetik dan fonologi. Fonetik mengkaji kejadian bunyi atau pertuturan manusia seluruhnya. Selain itu, bidang fonetik menjadi dasar kepada kajian fonologi manakala

fonologi pula mengkaji sistem bunyi-bunyi tertentu dalam pertuturan bagi sesuatu bahasa di samping merumus, menghurai dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa secara terperinci. Ini bertujuan bagi menentukan bentuk bunyi dan peraturan secara spesifik. Fonetik terbahagi kepada tiga cabang utama iaitu Fonetik Artikulasi, Fonetik Akustik dan Fonetik Auditori. Fonetik Artikulasi: Bidang fonetik yang mengkaji bagaimana bunyi-bunyi bahasa dihasilkan disebut sebagai Fonetik Artikulasi. Organ-organ seperti paru-paru, larings, rongga mulut, hidung dan bibir akan terlibat dalam proses penghasilan sesuatu bunyi. Ini bermaksud fonetik artikulasi merupakan bidang yang mengkaji penghasilan bunyi bahasa bermula dari tekanan udara dalam paru-paru sehinggalah udara melepasi dua bibir. Bidang kajian ini banyak

HBML1203

menyumbangkan kepada para guru untuk menyebut dan membunyikan sesuatu huruf dengan tepat semasa proses pengajaran dan pembelajaran bahasa di bilik darjah. Fonetik Akustik: Ilmu yang mengkaji gelombang bunyi bahasa dan ciri-ciri fizikal bunyi adalah disebut sebagai Fonetik Akustik. Ilmu ini berkaitan bunyi yang kuat, frekuensi dan jarak bunyi.Alat yang dipanggil spektrogram yang menghasilkan graf gelombang bunyi digunakan untuk mengukur dan menganalisis semua gelombang bunyi bahasa. Bidang ini banyak memberi sumbangan untuk membantu penutur menuturkan bahasa dengan nada dan intonasi yang tepat dan betul. Fonetik Auditori: Bidang ini bertujuan untuk kaedah pemulihan dan rawatan khas dalam masalah pendengaran bahasa. Ini kerana bidang ini mengkaji berkenaan dengan pendengaran. Ia meliputi semua alat atau organ pendengaran dalaman dan luaran telinga. Kajian pula melibatkan proses memungut rangsangan ke otak dan menganalisis. ORGAN ARTIKULASI Terdapat 20 organ artikulasi yang mewujudkan bunyi bahasa. Antaranya ialah: 1. Bibir atas 2. Bibir bawah 3. Gigi atas 4. Gigi bawah 5. Gusi 6. Lelangit keras 7. Lelangit lembut 8. Anak tekak 9. Hujung lidah 10. Hadapan lidah 11. Tengah lidah 12. Belakang lidah 13. Akar lidah 14. Epiglotis 15. Pita suara 16. Rongga tekak 17. Rongga hidung 18. Rongga mulut 19. Rahang 20. Tenggorok

HBML1203

Penghasilan bunyi-bunyi konsonan dan vokal bahasa Melayu: Apakah maksud konsonan? Konsonan merupakan bunyi-bunyi bahasa yang apabila dikeluarkan bunyi-bunyi ini menerima sekatan, sempitan, dan geseran sama ada di bahagian rongga mulut, tekak dan hidung. Selain itu, konsonan juga ialah bunyi selain bunyi vokal. Bunyi-bunyi konsonan ada yang bersuara dan tidak bersuara. Konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari paru-paru menggetarkan pita suara ialah konsonan bersuara manakala konsonan yang terjadi apabila udara dari paru-paru tidak menggetarkan pita suara disebut sebagai konsonan tidak bersuara. A. Penghasilan bunyi konsonan: Terdapat dua jenis konsonan dalam Bahasa Melayu iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. Apakah yang dimaksudkan dengan konsonan asli? Sebenarnya terdapat lapan belas konsonan asli termasuklah dua konsonan separul vokal. Selain itu, dalam Bahasa Melayu , konsonan pula dibahagikan kepada tujuh jenis seperti letupan (p,b,t,d,k,g), letusan (c,j), geseran (s,h), getaran (r) , sisian (l) , sengauan (m,n,ny,ng) , separuh vokal (w,y). Rajah 1 : Carta Konsonan Bahasa Melayu Daerah sebutan Cara sebutan Letupan Letusan Sengau Geseran Getaran Sisian Separuh vokal Pb M W bibir Gigi-gusi Td N S R L Cj (ny) Y Lelangit keras Lelangit lembut Kg (ng) H Glottis

HBML1203

Penghasilan Bunyi Konsonan Bahagian mulut seperti lidah, bibir, dan gigi digunakan untuk menghasilkan bunyi. Semua bahagian tersebut dinamakan artikulator. Terdapat tiga faktor yang perlu untuk menghasilkan bunyi konsonan. Antaranya ialah titik artikulasi yang mana tempat artikulator itu berada sama ada didekatkan atau dirapatkan. Cara penghasilan bunyi konsonan asli Konsonan Letupan: Letupan Dua Bibir Tidak Bersuara[p] dan Letupan Dua Bibir bersuara [b] Untuk menghasilkan konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p], lelangit lembut mesti dinaikkan serta bibir dirapatkan. Seterusnya, udara tersekat pada dua bibir dan udara dipaksa keluar. Jika mulut dibuka dengan cepat, keluarlah bunyi [p]. Penghasilan konsonan ini terjadi dan dinamakan sebagai letupan dua bibir tidak bersuara kerana kerana pita suara tidak bergetar. Manakala jika pita suara bergetar, bunyi itu dinamakan letupan dua bibir bersuara [b]. Perbezaannya hanyalah dengan pita suara dirapatkan, arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara. (Rujuk rajah 2)

Rajah 2: Konsonan letupan [p] dan [b] Konsonan Letupan Gusi Tidak Bersuara [t] dan Letupan Gusi Bersuara [d] Untuk menghasilkan konsonan letupan gugi tidak bersuara [t], dua bibir dirapatkan dan ini bukan sahaja membuatkan udara akan tersekat tetapi juga mengenakan hujung lidah pada gusi, lelangit lembut dinaikkan dan udara tertahan. Jika sekatan udara dilepaskan, maka bunyi [t] iaitu letupan gusi tak bersuara terhasil. Seterusnya, jika pita suara digetarkan, terhasillah bunyi konsonan letupan gusi bersuara [d]. (Rujuk Rajah 3)

HBML1203

Rajah 3: Konsonan letupan [t] dan [d] Letupan Lelangit Lembut Tidak bersuara [k] dan Bersuara [g] Cara membunyikan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k], adalah apabila belakang lidah dirapatkan dengan lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi menyekat arus udara ke rongga hidung. Manakala untuk membunyikan letupan lelangit lembut bersuara [g], langkah yang sama seperti konsonan [k] digunakan untuk menghasilkan bunyi tersebut. Bezanya ialah pita suara dirapatkan, arus udara yang keluar melalui rongga mulut menggetarkan pita suara. (Rujuk Rajah 4)

Rajah 4: Konsonan letupan [k] dan [g] Konsonan Geseran: Geseran Gusi Tidak Bersuara [ s ] Konsonan geseran ini dihasilkan dengan cara iaitu dengan menaikkan lidah ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara ke rongga hidung. Manakala pita suara direnggangkan. Maka terhasillah bunyi [s], iaitu bunyi geseran gusi tidak bersuara di mana arus udara melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. (Rujuk Rajah 5)
7

HBML1203

Rajah 5: Geseran Gusi Tidak Bersuara [s] Geseran Glotis [h] Glotis terbuka luas.Lelangit lembut dinaikkan untuk menyekat perjalanan udara ke rongga hidung. Arus udara ditekan keluar dari paru-paru dan melalui sempitan dilakukan pada bahagian glotis supaya semasa udara keluar melalui ruang tersebut,akan terhasil bunyi geseran. Adakalanya [h] disampaikan sebagai vokal tak bersuara, yang sama daerah artikulasi dengan vokal-vokal yang lain. (Rujuk rajah 6)

Rajah 6: Geseran Glotis [h] Konsonan Letusan: Letusan Gusi Lelangit Keras[c],[j] Apabila depan lidah ditemukan dengan lelangit keras, bunyi letusan akan dihasilkan. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara yang keluar dari paruparu melalui rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan depan lidah dan gusi. Bagi menghasilkan bunyi letusan gusi lelangit keras bersuara [ j ] ,pita suara digetarkan manakala letusan bunyi yang tidak bersuara [ c ] terhasil apabila pita suara tidak digetarkan. Kedua-dua konsonan ini hadir pada awal dan tengah perkataan sahaja dalam Bahasa Melayu Asli tetapi konsonan ini hadir pada akhir perkataan hanya pada perkataan-perkataan pinjaman. (Rujuk rajah 7)
8

HBML1203

Rajah 7: Konsonan letusan [j], [c] Konsonan Getaran: Getaran Gusi Bersuara [ r ] Untuk menghasilkan bunyi konsonan ini, hujung lidah diletakkan dekat dengan gusi sehingga melalui antara lidah dan gusi. Kemudian, lidah bergetar. Lelangit lembut pada ketika itu dinaikkan maka terhasillah bunyi getaran gusi bersuara [r] (Rujuk rajah 8)

Rajah 8: Konsonan Getaran Gusi Bersuara [r] Konsonan Sisian: Sisian Gusi [ l ] Untuk menghasilkan konsonan ini, hujung lidah dinaikkan sehingga sampai ke bahagian tengah gusi. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara dari rongga mulut hanya boleh keluar melalui kedua-dua belah tepi atau sisi lidah. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. (Rujuh rajah 9)

HBML1203

Rajah 9: Konsonan Sisian Gusi [I] Konsonan Sengauan(nasal): Terdapat 4 jenis bunyi sengau atau nasal dalam Bahasa Melayu iaitu sengau dua bibir [ m ] ,sengau gusi [ n ],sengau lelangit keras[ ny] dan sengau lelangit lembut [ng]. Bunyi-bunyi nasal dapat dibezakan apabila berlaku daerah udara disekat yang berlaku pada rongga mulut. Pita suara digetarkan dan lelangit lembut dinaikkan. Konsonan Sengauan Dua Bibir [m] Bunyi ini terhasil apabila dua bibir dirapatkan manakala lelangit lembut diturunkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.(Rujuk rajah 10)

Rajah 10: Konsonan Sengauan Dua Bibir [m] Konsonan Sengauan Gusi [n] Konsonan sengauan gusi [n] ini terhasil apabila hujung lidah dinaikkan ke gusi serta lelangit lembut diturunkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.(Rujuk rajah 11)

10

HBML1203

Rajah 11: Konsonan Sengauan Gusi [n] Konsonan Sengauan Gusi-Lelangit Keras[ny] Depan lidah ditemukan ke lelangit keras. Lelangit lembut diturunkan. Arus udara dari paruparu keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Konsonan Sengauan Lelangit Lembut [ng] Belakang lidah diangkat ke lelangit lembut. Lelangit lembut diturunkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Sengauan Gusi Lelangit Keras [ny] Depan lidah ditemukan dengan lelangit keras.Lelangit lembut diturunkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Konsonan Separuh Vokal: Penghasilan bunyi separul vokal terjadi apabila kedudukan lidah tidak tetap tetapi bergerak dan membuat luncuran. Terdapat dua jenis bunyi separuh vokal iaitu separuh vokal dua bibir bersuara [w] dan separuh vokal lelangit keras [y]. Separuh Vokal Dua Bibir Bersuara [w] Bibir dan belakang lidah mengambil kedudukan seperti menghasilkan vokal [u],iaitu bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin. Kemudian berlaku geluncuran ke arah kedudukan vokal yang mengikutinya [0]. Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara bergetar.(Rujuk rajah 12)

11

HBML1203

Rajah 12: Separuh vokal dua bibir[w] Separuh Vokal Lelangit Keras [y] Bibir dan lidah mengambil kedudukan seperti menghasilkan vokal [i] iaitu bibir dihamparkan dan hujung lidah diangkat setinggi-tingginya. Kemudian ,berlaku geluncuran ke arah vokal yang mengikutnya [e]. Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara bergetar. (Rujuk rajah 13)

Rajah 13: Separul Vokal lelangit Keras [y] KONSONAN PINJAMAN Geseran Bibir Gusi Tidak Bersuara [f] dan Bersuara [v] Bunyi-bunyi tersebut dihasilkan dengan merapatkan dua bibir sehingga apabila udara melalui terdapat geseran. Lelangit lembut dinaikkan. Pita suara tidak bergetar untuk membunyikan [f] iaitu bunyi geseran bibir gusi tidak bersuara manakala bunyi [v] terhasil apabila pita suara bergetar. (Rujuk rajah 14)

Rajah 14: Konsonan Pinjaman Geseran Bibir Gusi Tidak Bersuara [f], Bersuara [v]

12

HBML1203

Geseran Gigi-[th] dan [dh/dz] Untuk menghasilkan geseran gigi-[th] dan [dh/dz] ,hujung lidah berada di antara gigi atas dan gigi bawah manakala lelangit lembut dinaikkan . Udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan bergeser di daerah gigi. Jika glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, bunyi yang terhasil ialah bunyi geseran tidak bersuara [th]. Jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, bunyi yang terhasil ialah bunyi geseran bersuara [dh]. Konsonan Geseran Gusi Bersuara [z] Konsonan Geseran Gusi Bersuara [z] dihasilkan apabila hujung lidah ditemukan dengan daerah gusi. Lelangit lembut dinaikkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser di pertemuan hujung lidah dengan gusi. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, bunyi yang terhasil ialah bunyi konsonan geseran bersuara,[z].(Rujuk rajah 15)

Rajah 15: Geseran Bersuara [z] Geseran Gusi Lelangit Keras Tak Bersuara[sy] Hadapan lidah dinaikkan ke arah gusi lelangit keras untuk menyekat perjalanan udara yang keluar melalui rongga mulut. Lelangit lembut dinaikkan untuk menghasilkan bunyi geseran lelangit keras bersuara. Glotis direnggangkan, pita suara tidak digetarkan dan terhasillah bunyi geseran tidak bersuara [sy]. Geseran Lelangit Lembut [kh] dan [gh] Untuk menghasilkan bunyi konsonan ini,belakang lidah dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara dari rongga tekak keluar ke arah rongga mulut melalui ruang yang telah mengalami sempitan pada lelangit lembut. Bagi menghasilkan geseran bersuara [kh ], glotis

13

HBML1203

dirapatkan, pita suara digetarkan manakala bagi menghasilkan bunyi geseran lelangit lembut tidak bersuara [ gh ], glotis direnggangkan dan pita suara tidak digetarkan. PENGHASILAN BUNYI VOKAL BAHASA MELAYU VOKAL Apakah itu bunyi vokal? Vokal merupakan bunyi oral tetapi ada yang dinasalkan. Selain itu, vokal juga adalah bunyi bersuara. Untuk menghasilkan vokal, udara keluar melalui rongga oral tanpa sekatan dan sifatnya ditentukan oleh kedudukan lidah dan keadaan bibir. Vokal dihasilkan tanpa apa sekatan semasa diujarkan. Semua vokal dalam Bahasa Melayu bersuara, bermakna pita suara bergetar dan aliran udara keluar tanpa sekatan. Menurut Mohamad Yunus Maris(1964), terdapat lapan buah vokal dalam Bahasa Melayu iaitu empat vokal depan dan tiga vokal belakang dan satu vokal tengah. Vokal Hadapan

Rajah 1: Kedudukan bunyi vokal dalam Bahasa Melayu Gambar rajah di atas menjelaskan tentang kedudukan lidah mengikut bahagian-bahagiannya. Bahagian di sebelah kiri terdiri daripada bahagian hadapan lidah, bahagian sebelah kanan merupakan bahagian belakang lidah manakala bahagian tengah merupakan bahagian tengah lidah. Ini membuktikan bahawa lidah merupakan alat artikulasi yang penting dalam penghasilan bunyi-bunyi vokal dan pembahagian bunyi-bunyi vokal. Menurut Abdul Hamid Mahmood (1996) keadaan bibir semasa menghasilkan jenis-jenis vokal adalah seperti berikut:

14

HBML1203

Gambar rajah di atas menunjukkan keadaan kedudukan bibir semasa. Vokal Hadapan Sempit [i] Penghasilan vokal hadapan sempit terjadi apabila hadapan lidah dinaikkan tinggi tetapi tidak menyentuh lelangit keras manakala lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dapat menggetarkan selaput suara. Contoh: ikan, lihat, pili. (Rujuk rajah 2)

Rajah 2: Vokal Hadapan Sempit [i] Vokal Hadapan Separuh Sempit [e] Untuk menghasilkan bunyi ini depan lidah dinaikkan, tetapi lebih rendah daripada bunyi vokal [i] sementara alat-alat lain sama sahaja peranannya. Vokal ini terletak di tengah bahagian mulut. Pita suara dirapatkan. Contoh: eka, merah, kol. (Rujuk rajah 3)

Rajah 3: Vokal Hadapan Separuh Sempit [e]

15

HBML1203

Vokal Hadapan Separuh Luas [] Untuk menghasilkan vokal ini, hadapan lidah dinaikkan separuh luas iaitu lebih rendah daripada cara membunyikan vokal [e] yang bergerak ke arah lelangit keras iaitu hujung lidah mencecahi gigi dan gusi sebelah bawah. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung dan pita suara bergetar. Kedudukan alat pertuturan adalah sama seperti semasa mengeluarkan bunyi vokal [i] dan [e]. Contoh: tauke, gelek, gesek, gerek (Rujuk rajah 4)

Rajah 4: Vokal hadapan Separuh Luas [] Vokal Hadapan Luas [ a] Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, hadapan lidah dinaikkan sedikit sahaja ke arah lelangit keras, anak tekak dan lelangit lembut menutup rongga hidung serta pita suara bergetar. Merupakan vokal yang paling banyak terdapat dalam Bahasa Melayu. Contoh: ambil, nanas, supaya. (Rujuk rajah 5)

Rajah 5: Vokal Hadapan Luas [a] Vokal Belakang Sempit [u] Penghasilan bunyi vokal ini terjadi apabila bahagian belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut untuk menyempitkan rongga mulut tetapi tidak mencecah lelangit lembut. Sementara itu, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan pita suara bergetar. Contoh: baru, tiru,pupus. (Rujuk rajah 6)
16

HBML1203

Rajah 6 : Vokal Belakang Sempit [u] Vokal Belakang Separuh Sempit [o] Terhasil apabila belakang lidah dinaikkan separuh sempit kea rah lelangit lembut.Sementara lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung dan pita suara digetarkan. Contoh: obor, oleh, boleh.(Rujuk rajah 7)

Rajah 7 : Vokal Belakang Separuh Sempit [o] Vokal Belakang Separuh Luas Untuk menghasilkan vokal ini, belakang lidah dinaikkan separuh luas ke arah lelangit lembut. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung dan pita suara digetarkan. Wujud kerana pengaruh dialek daerah serta merupakan vokal yang terluas sekali dalam bahasa Melayu. (Rujuk rajah 8)

Rajah 8 : Vokal Belakang separuh Luas [ ]

17

HBML1203

Vokal Tengah [] Vokal ini hanya terdapat di awal dan di tengah suku kata sahaja. Dihasilkan dengan meletakkan lidah seperti biasa di lantai rongga mulut. Bahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya. Contoh: enam, empat, perahu.(Rujuh rajah 9)

Rajah 9: Vokal Tengah [] PERBEZAAN DI ANTARA FONEM DAN ALOFON DALAM SISTEM FONOLOGI BAHASA MELAYU Fonem Fonem iaitu unit bahasa yang terkecil serta merupakan perkataan yang terdiri daripada beberapa unit bunyi. Contoh kata yang dapat menjelaskan fonem ini ialah perkataan balu. Perkataan ini terdiri daripada empat unit yang berbunyi iaitu b, a, l, u yang disebut sebagai fonem iaitu unit terkecil yang berfungsi. Misalnya, b diganti dengan m, maka balu akan bertukar menjadi malu. Oleh itu , b dan m adalah unit terkecil yang berfungsi kerana dapat membezakan maksud ujaran. Selain itu, fonem juga boleh diertikan sebagai unit yang terkecil yang membezakan maksud. Perbezaan ini dapat dilihat pada pasangan terkecil perkataan

seperti, padang dengan palang. Dalam pasangan minimal padang dengan palang itu terdapat bunyi yang berbeza iaitu bunyi d dan bunyi l. Perkataan padang dikatakan hampir sama dengan perkataan palang namun hanya dibezakan dengan bunyi d dan l.Justeru,

bunyi d dan l merupakan bunyi yang distingtif .Oleh itu, bunyi d dan l adalah bertaraf fonem yang berbeza dan bunyinya diletakkan dalam kurungan fonem iaitu /d / dan /l/. Seterusnya, ialah pasangan minimal perkataan bayang dan sayang. Pasangan minimal bayang dan sayang ini dibezakan oleh fonem b dan s. B dan s merupakan unit terkecil yang membezakan makna pasangan minimal bayang dan sayang. Maka b dan s merupakan unitunit terkecil yang membezakan makna. Oleh itu, b dan s dikategorikan sebagai unit-unit terkecil yang membezakan makna pasangan minimal bayang dan sayang. Oleh yang
18

HBML1203

demikian b dan s ini diletakkan dalam kurungan fonem iaitu /b/ dan /s/. Terdapat banyak lagi contoh fonem seperti berikut: I. Sarat Darat

/s/ dan /d/ merupakan fonem yang berbeza. II. Malam Kalam

/m/ dan /k/ merupakan fonem yang berbeza III. Lari Tari

/l/ dan /t/ merupakan fonem yang berbeza IV. Lada Dada

/l/ dan /d/ merupakan fonem yang berbeza V. Baru Garu

/b/ dan /g/ merupakan fonem yang berbeza

Alofon Alofon ialah anggota-anggota kepada satu fonem serta merupakan kelainan bunyi antara satu sama lain tetapi masih tergolong ke dalam satu fonem. Kelainan bunyi ini terjadi akibat dipengaruhi oleh bunyi tertentu. Misalnya fonem /k/ dalam Bahasa Melayu terdapat beberapa kelainan bunyi (alofon) kerana terpengaruh oleh bunyi di sekelilingnya. Contohnya alofon k, k dan . Bunyi alofon k terjadi akibat kehadiran dalam perkataan kiri (atau k yang diikuti oleh vokal depan i). Bunyi k terjadi kerana kehadirannya dalam perkataan kuda (iaitu k yang diikuti oleh vokal belakang u). Bunyi terjadi kerana kehadirannya diakhiri kata dalam suku kata tertutup seperti dalam perkataan kaka. Dalam hal ini, alofon k, k dan adalah alofon daripada keluarga bunyi yang sama, iaitu fonem /k/. Ketiga-tiga bunyi k, k, adalah bunyi yang mempunyai kesamaan fonetik. Maknanya bunyi-bunyi alofon tersebut hampir sama dari segi cara pengucapannya dan penghasilannya. Ketiga-tiga bunyi itu saling melengkapi. Selain itu, alofon juga boleh ditakrifkan sebagai fonem yang terdiri daripada anggota fonem. Contohnya, fonem p dalam perkataan palu, lupa dan luap. Bunyi fonem p dalam perkataan palu dan sebagai letupan bibir yang sempurna, manakala perkataan luap, bunyi p diujarkan sebagai letupan bibir yang tidak sempurna yakni tidak diletupkan. Maka dengan itu, fonem p mempunyai dua alofon. Alofon juga boleh terjadi daripada bunyi yang bervariasi bebas. Dengan bervariasi bebas bermaksud walaupun bunyi-bunyi itu berbeza dalam perkataan tertentu misalnya bilik

19

HBML1203

dengan /bili?/ tetapi perbezaan bunyi tidak membawa makna yang berbeza maknanya yang sama.

CIRI-CIRI SUPRASEGMENTAL BAHASA MELAYU DAN KEPENTINGANNYA DALAM PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN Apakah suprasegmental? Suprasegmental adalah kajian tentang bunyi kerana setiap satu bunyi merupakan satu segmen atau penggalan daripada arus tuturan. Setiap hari, kita bertutur dan pertuturan kita itu kadang kala dalam pelbagai intonasi, tekanan dan nada. Terdapat empat unsur bahasa atau disebut suprasegmental yang perlu kita perhatikan iaitu tekanan, nada, jeda dan panjang-pendek. I. Tekanan merupakan kelantangan sesuatu suku kata yang menandakan keras atau lembutnya penyebutan sesuatu suku kata. // adalah lambang untuk tekanan yang mana lambang itu diletakkan di atas suku kata yang menerima tekanan. Dalam bahasa Melayu, tekanan tidak membezakan makna. II. Nada kadar tinggi atau rendah pengucapan sesuatu perkataan. Nombor 1(rendah), 2(biasa), 3(tinggi) dan 4(paling tinggi) sesuatu nada itu ditandai. III. Jeda bermaksud persendian iaitu unsur hentian yang memisahkan antara unsurunsur linguistik seperti perkataan, ayat atau frasa. Lambang jeda ialah #. Unsur jeda boleh membezakan makna. IV. Panjang-pendek menunjukkan kadar panjang atau pendek sesuatu bunyi yang diucapkan. Lambang fonem ini ialah[:] yang dinamakan mora. Lambang [:] menunjukkan satu mora, [: :] menunjukkan 2 mora dan [.] setengah mora. Berdasarkan penjelasan mengenai suprasegmental di atas, jelas menunjukkan bahawa suprasegmental sangat penting dalam pengajaran kemahiran lisan bahasa Melayu. Antara kepentingan suprasegmental ini dalam kemahiran lisan adalah: 1. Menunjukkan kepada pelajar bagaimana untuk melontarkan dan menyebut sesuatu suku kata itu mengikut tekanan atau sebutan yang jelas dan tepat. Dengan sebutan mengikut tekanan yang tepat, sesuatu perkataan itu mudah difahami. Selain itu, suprasegmental sangat penting untuk membolehkan seseorang murid itu melafazkan atau melontarkan percakapan dan pengucapan dengan nada, tekanan dan intonasi yang berbeza mengikut situasi atau keadaan. 2. Pelajar dapat memahami arahan dengan lebih jelas sama ada arahan yang berbentuk suruhan, larangan, dan sebagainya. Dengan menggunakan nada yang berbeza, guruguru dapat menyampaikan arahan kepada murid dengan mudah serta murid lebih
20

HBML1203

memahami apakah arahan guru. Contohnya: Jangan bising. Jika nada yang digunakan oleh seseorang guru itu kuat atau tinggi, murid-murid sudah dapat memahami maksud guru tersebut. Jika sebaliknya, guru menggunakan nada yang rendah untuk arahan tersebut, tentulah pelajar akan menganggap arahan itu tidak serius. 3. Dapat menunjukkan dengan lebih jelas kepada murid bagaimanakah untuk membezakan sesuatu jenis frasa atau ayat. Seperti ayat tanya, ayat seruan, ayat perintah dan ayat penyata. Contohnya, semasa pengajaran ayat seruan seperti Wah, tingginya bangunan itu!. Nada dan tekanan semasa guru menyebut perkataan itu memudahkan murid-murid yang mendengar dan membuat jangkaan tentang maksud ayat dan seterusnya menjelaskan tentang ayat tersebut. 4. Menyampaikan dengan lebih jelas keadaan atau suasana, jenis-jenis petikan yang diperdengarkan sama ada sedih, gembira dan sebagainya. Semua itu melalui intonasi yang terdapat dalam unsur suprasegmental.

Kesimpulan: Apabila memperkatakan tentang topik fonologi dan fonetik, sebenarnya perkara yang dibicarakan itu adalah mengenai ilmu linguistik yang mana ilmu tersebut berkaitan tentang bahasa secara saintifik. Bidang fonologi dan fonetik walaupun nampak sama namun mempunyai banyak perbezaan kerana fonologi adalah bidang yang mengkaji sistem bunyi bahasa pada aras lebih tinggi daripada fonetik yang berkait dengan penyebutan kata dan lambang-lambang yang menunjukkan sebutannya. Alat artikulasi atau juga disebut artikulator merupakan organ tutur manusia yang terlibat dalam kajian fonetik dan fonologi. Organ tutur manusia sangat penting dalam menghasilkan bunyi bahasa. Antara organ tutur manusia yang penting adalah seperti lidah,bibir, gusi, lelangit, anak tekak, gigi, rongga dan pita suara dan rahang. Setiap satu daripada alat artikulasi berkenaan mempunyai fungsi yang tersendiri. Misalnya, dan bibir yang boleh berfungsi menyekat atau menghalang perjalanan udara serta lidah yang berperanan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa. Penghasilan bunyi konsonan dan vokal pula sama ada yang bersuara dan tidak bersuara adalah dihasilkan oleh alat artikulasi manusia yang sangat penting iaitu pita suara. Selain itu, suprasegmental merupakan sifat bunyi atau ciri-ciri bunyi yang menindih atau menumpang kepada sesuatu fonem. Tekanan, jeda, nada dan panjang-pendek merupakan unsur-unsur yang dinamakan suprasegmental. Kesimpulannya, untuk mendapatkan atau
21

HBML1203

menghasilkan sesuatu bunyi bahasa yang tepat, alat artikulasi atau organ tutur manusia memainkan peranan yang amat penting.

Bibliografi: Abdullah Hassan Dan Ainon Mohd (1994). Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Aziz, S.H (2008). In S.P. Guru, Bahasa Melayu 1. Kuala Lumpur:Chee Leong Sdn. Bhd. Dr. Ali Mahmood,Mashudi Bahari,Lokman Abd Wahid (2012). HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: OUM http://www.scribd.com/doc/13416756/Fonetik-Dan-Fonologi-Vokal http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htm

22

You might also like