You are on page 1of 2

v

ABSTRACT

The Standard Method of Measurement is used for the measurement of construction works. It allows quantity surveyors to measure works in a standard format and uniform basis for easy preparation of a Bills of Quantities, tender comparisons and embodies the essential good practice. Standard Method of Measurement for Industrial Engineering Construction (SMMIEC) was first published in 1984 with an objective to provide measurement principles for the estimating, tendering, contract management and cost control aspects of industrial engineering construction which include oil and gas construction industry. The research was conducted to identify if there is any Standard Method of Measurement used by the industry players in the oil and gas construction industry in Malaysia and the current practice to prepare quantity taking off in this industry. The research was focused on the quantity surveyors and engineers who are working in the contracting and client firms in the industry. 30 sets of interview form were sent via email to the quantity surveyors and engineers who possess at least 5 years working experience in the industry. The data were then collected and analysed by descriptive analysis. The findings revealed that almost all respondents were not aware on the existence of SMMIEC. The method of measurement practiced is based on individual preferences and experience which may not suitable to other players in the industry. This has led to disputes as a result of the discrepancy and inconsistency of the quantity taking off generated by each party. It can be concluded that there is no particular Standard Method of Measurement document or any similar form that is widely used or known to the industry players in the oil and gas development project in Malaysia.

vi

ABSTRAK

The Standard Method of Measurement merupakan dokumen yang digunakan untuk pengukuran kerja-kerja pembinaan. Ia membolehkan juruukur bahan untuk mengukur kerja-kerja binaan di dalam format piawai dan seragam untuk memudahkan penyediaan Senarai Kuantiti, perbandingan tender dan menetapkan amalan penting yang baik. Standard Method of Measurement for Industrial Engineering Construction (SMMIEC) pertama kali diterbitkan pada tahun 1984 dengan objektif untuk menyediakan prinsip-prinsip pengukuran untuk membantu membuat anggaran kos, penyediaan tender, pengurusan kontrak dan kawalan kos pembinaan kejuruteraan industri termasuk industri pembinaan di dalam minyak dan gas. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti jika terdapat sebarang Standard Method of Measurement yang digunakan oleh pengamal-pengamal ikhtisas di dalam industri pembinaan minyak dan gas di Malaysia dan apakah amalan semasa untuk menyediakan senarai kuantiti kerja di dalam industri ini. Kajian ini memberi tumpuan kepada jurukur-jurukur bahan dan jurutera-jurutera yang bekerja dalam syarikat pembinaan dan klien di dalam industri ini. Sebanyak 30 set borang temuduga telah dihantar melalui email kepada jurukur bahan dan jurutera-jurutera yang memiliki sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman bekerja di dalam industri. Data kemudiannya dikumpul dan dianalisa melalui analisis deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa hampir semua responden tidak menyedari tentang kewujudan SMMIEC. Kaedah pengukuran yang diamalkan adalah berdasarkan kepada amalan individu dan pengalaman masing-masing. Ini mungkin tidak sesuai untuk diamalkan oleh pihak lain di dalam industri ini. Ini telah membawa kepada pertikaian akibat daripada percanggahan dan kuantiti yang tidak konsisten yang disediakan oleh setiap pihak. Ianya dapat disimpulkan bahawa tidak ada dokumen Standard Method of Measurement atau yang serupa yang digunakan secara meluas atau diketahui oleh pengamal-pengamal ikhtisas industri di dalam projek pembangunan minyak dan gas di Malaysia.

You might also like