You are on page 1of 12

MINGGU 7

Cara Penilaian Kemahiran Bahasa Melayu PENILAIAN KEMAHIRAN LISAN Kemahiran lisan melibatkan dua kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. 1. Kemahiran mendengar Kemahiran paling asas Berlaku pada peringkat penerimaan Murid yg telah menguasai kemahiran ini mampu bertutur, memahami, dan mentafsir apa yg didengar.

2. Kemahiran bertutur Melafazkan bunyi2 bahasa drpd alat2 artikulasi Peringkat penglahiran Perlu ditiru & diajuk Model bahasa lemah hasil ajukan yg lemah, tp model bahasa baik tidak semestinya menjamin ajukan yg baik. Tujuan kemahiran lisan: Menyebut perkataan / ayat dgn betul Melatih murid mendengar & memahami pertuturan org lain. Untuk berinteraksi dgn org lain (menyampaikan perasaan, kehendak, dll). Melatih murid agar berkeyakinan & percaya kpd diri (berani bercakap, menyatakan perasaan dan kehendak) Membolehkan murid bertutur menggunakan ayat yg tersusun, perkataan yg sesuai, & perbendaharaan kata yg luas. Kemahiran-kemahiran yang boleh diperoleh oleh murid: Bertutur dgn tenang menggunakan gaya yg betul Bertutur dgn nada, intonasi, & sebutan yg betul. Mendengar dgn baik, memahami perkara yg didengar, & menghormati pertuturan org lain. Bercerita & membuat laporan menggunakan bahasa yg menarik & betul.

MINGGU 7
Berkebolehan memberi arahan dgn berkesan. Mengunakan bahasa yg baik mengikut situasi. Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti yang berikut: bacaan kuat syarahan perbahasan bercerita perbincangan hafazan temu bual soal jawab nyanyian deklamasi sajak mendengar dan memberi respon secara lisan Penilaian lisan membolehkan guru : i. mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur secara gramatis. ii. iii. iv. v. vi. mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid. mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz. mengesan kelancaran dalam sebutan. mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta. Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan merangkumi soalan dan aktiviti yang memerlukan respon murid dalam bentuk lisan. Menyediakan Instrumen soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah difahami. aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea. pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan untuk merangsang murid berfikir. aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.

MINGGU 7
Penilaian lisan dibuat untuk mendapatkan maklumat hasil interaksi antara : pelajar dengan pendidik pelajar dengan pelajar\pelajar dengan bahan pembelajaran

Aspek yang boleh dinilai ialah : kefahaman konsep pengetahuan fakta pemikiran peringkat tinggi kecekapan mendengar penggunaan bahasa yang tepat kecekapan metematik gaya persembahan/ kelancaran berbahasa pertuturan dan sikap

Jenis-jenis mendengar a) Mendengar pasif Tidak berupaya memahami keseluruhan perkataan yg diujuarkan Faktor bahan tidak menarik, tidak bermakna, persekitaran

b) Mendengar secara bertelau-telau Berlaku pd pelajar bahasa ke-2 Lemah dlm bahasa yg dipelajari & tidak didedahkan kpd suasana bahasa tersebut.

c) Mendengar tanpa tindak balas Mendengar tetapi tidak bertindak balas Tidak beremosi dan tidak memahami

d) Mendengar secara menebuk-nebuk Berlaku pd pelajar bahasa ibunda

MINGGU 7
Pasti dan yakin telah menguasai bahasa tersebut tetapi sebenarnya tidak

e) Mendengar secara beremosi Mendengar dan mampu meransang emosi Merasa sesuatu dan bertindak balas

f)

Mendengar secara berhati-hati Mendengar teliti (kata demi kata, ayat demi ayat) Memahami ujaran dengan tepat

g) Mendengar secara kritikal Mampu membezakan yg benar & palsu (berfikir kritis dan analitis) Pengajaran dan pmbelajaran KBKK

h) Mendengar secara pengamatan Murid sudah mampu berfikir kritikal Mendengar berdasarkan pengalaman (membuatkan apa yg didengar lebih bermakna)

i)

Mendengar secara kreatif Mengulas, mengritik, menilai Mencapai penguasaan bahasa yang baik

Peringkat kemahiran mendengar beserta contoh: a. Peringkat awal Melakukan sesuatu yg disuruh Bertindak terhadap soalan-soalan mudah Mengecam, mengajuk & memilih bunyi

MINGGU 7
b. Peringkat pertengahan Mengecam dan mengingat fakta (tepat dan terperinci Mengesan urutan Mengenal sebab dan akibat

c. Peringkat maju Mengenal isi-isi penting Mengenal peranan dan perhubungan org yg bercakap Mentafsir maksud Memberitahu tekanan dan intonasi

Konsep Bertutur Gabungan bunyi-bunyi bahasa Berlaku pd peringkat penglahiran (setelah penutur belajar drpd pengalaman berbanding kecerdasan otak) Aspek fizikal, kesihatan, persekitaran, jantina, dll mempengaruhi pertuturan Pertuturan dikuasai dgn menumpukan aspek fonologi, struktur, intonasi, dan penguasaan sistem bunyi.

Aspek-aspek pertuturan i. Sebutan murid-murid telah diajar dan dilatih mengenal huruf dan bunyi setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat Semua ini bertujuan untuk melatih murid-murid supaya dapat menyebut sesuatu dengan tepat dan seperti yang sepatutnya mengikut bunyi, ejaan dan makna. ii. Tekanan Satu cara menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu. Biasanya dilakukan pada suku kata.

MINGGU 7
Bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan itu. Lambangnya ialah /?/. Dalam BM, tekanan tidak membezakan makna dan digunakan untuk menyedapkan ayat sahaja seperti dalam sajak.

iii.

Panjang-pendek (Mora)(Harakat)

Kadar sesuatu bunyi itu diucapkan Lambangnya ialah [:] , [::] adalah 2 mora , [.] adalah setengah mora.

iv.

Kefasihan boleh bercakap dan membunyikan kata dalam bentuk yang kemas, teratur, lancar, tepat dan jelas.

v.

Laras bahasa kemampuan mengguankan bahasa dalam pelbagai konteks, suasana, atau situasi yang sesuai melatih pelajar menggunakan bahasamengikut larasnya. Bertujuan untuk berkomunikasi.

vi.

Tatabahasa merupakan satu sistem pertuturan atau undang-undang yang menggabungkan perkataan untuk membentuk ayat-ayat. Tatabahasa terdiri daripada fonologi, morfologi, dan sintaksis fonologi, murid harus boleh membunyikan kata dan menyebut dengan tepat. morfologi, mereka harus memilih, membina, dan menggunakan perkataan dengan tepat dan betul. sintaksis, murid harus boleh membina ayat-ayat dengan menggunakan tatabahasa yang betul, jekas dan kemas. Penggunaan intonasi, tekanan, jeda, gaya, dan sebagainya haris sesuai dengan bahasa yang dituturkan.

MINGGU 7
vii. Jeda jeda = persendian digunakan untuk memisahkan elemen-elemen linguistic seperti perkataan, rangkai kata atau ayat. Dalam sesuatu ayat yang digunakan, jeda digunakan sebagai hentian sebentar. lambang /#/ (apabila digunakan ia boleh membawa makna yang berbeza) /+/ = lambang pemisah antara suku kata atau perkataan.

viii.

Intonasi merupakan bunyi yang menaik atau menurun. juga disebut sebagai nada suara intonasi ayat dalam bahasa Melayu biasanya tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis ayat yang dituturkan. intonasi boleh menaik, menurun, mendatar, meninggi, dan sebagainya.

ix.

Nada nada ialah keadaan bunyi yang menrik atau menurun sewaktu sesuatu perkataan atau suku kata dilafazkan. nada tidak bersifak fonemik.

x.

Kelancaran bermaksud boleh bertutur atau bercakap dengan baik dan kemas. murid boleh mengeluarkan idea, pendapat, dan pandangan dengan baik dan menuturkannya dengan baik dan dalam bahasa yang kemas, licin, dan teratur.

Gaya bahasa berdasarkan nada: Gaya yg sederhana Memberi arahan, perintah, pelajaran, bahan kuliah, dll. Bertujuan utk menyampaikan maklumat, bahasa utk menyentuh perasaan atau menghasilkan suasana tertentu. Gaya bahasa mulia & bertenaga

MINGGU 7
Bertujuan utk menggerakkan pendengar / pembaca utk bertindak Menekankan aspek tenaga yg ada pd bahasa melului pilihan atau susunan kata tertentu. Gaya menengah Bertujuan untuk menghasailkan suasana yg tenang dan damai. Nada bersifat lemah lembut, penuh kasih sayang, dan mengandungi sifat lucu. Cth situasi : pesta dan rekreasi

Faktor yang mempengaruhi pertuturan: 1. Kecerdasan kemampuan menghasilkan bahasa 2. Kesihatan kanak-kanak sakit (penguasaan bahasa terganggu) 3. Fizikal alat artikulasi 4. Alam sekeliling sosioekonomi dan perhubungan keluarga 5. Jantina perempuan cepat, lelaki lambat 6. Dwibahasa ekabahasa lebih cepat 7. Umur kelembutan & kebolehan menghasilkan bunyi mengikut umur 8. Kematangan alat artikulasi.

PENILAIAN KEMAHIRAN MEMBACA penggunaan bahasa yang tepat. kelancaran berbahasa yang baik. penggunaan intonasi yang betul. sebutan dan jeda yang tepat.

Pelbagai teknik boleh digunakan oleh pelajar untuk memudahkan pemahaman pembacaan bahan antaranya : Contoh teknik: SQ3R, 1H+5W, SKIMMING SCANNING,KWLH Konsep membaca:

MINGGU 7
Satu proses di mana seseorang melihat dan memahami apa yang ditulis (WILLIAMS 1984).Membaca ialah satu proses di mana seseorang mendapat maklumat dari bahan yang dibaca. Ia adalah kebolehan memahami simbol-simbol atau tulisan yang dilihat. Tujuan: Mengetahui isi-isi penting. Menentukan apakah fakta, konsep dan contoh penting yang perlu difahami dan diingati. Memastikan pelajar dapat memahami dan seterusnya dapat membuat nota ringka supaya mudah diingati dan difahami.

Cara Gaya Pembacaan: Membaca mesti dilakukan ditempat yang sesuai dengan kaedah dan gaya pembelajaran anda. Persediaan yang cukup. Tumpukan perhatian, minat dan fikiran Gunakan satu alat/teknik sebagai penunjuk semasa membaca.

Peringkat bacaan: i. ii. iii. iv. v. vi. Kesediaan membaca Prabacaan Membaca mekanis Membaca mentalis Bacaan Intensif Bacaan Ekstensif

Aspek berkaitan dnegan kemahiran membaca: Kadar kelajuan Pergerakan mata Mengenal pasti struktur ayat Membaca secara kuat

MINGGU 7
Membaca secara aktif Menunjuk Motivasi Gerak hati atau jangkaan Keadaan fizikal

Peringkat Pemahaman: Peringkat Lateral o o o o o o o Menilai o o o o Peringkat analisis dan sintesis Membentuk soalan atau mampu memahami soalan peringkat tinggi mengikut Pengetahuan dan pemahaman murid Mengingat semula isi karangan dan perlu mempunyai kelebihan memahami

Interpretasi Murid mampu mentafsir makna berdasarkan pembacaan ringkas Menentukan sebab petikan tersebut ditulis Menggabungkan fakta untuk membuat rumusan

Inferens Murid mampu berfikir sendiri tentang isi petikan Menentukan sebab dan akibat

Taksonomi Bloom Mampu membezakan yang baik dan buruk. Mempunyai pendapat tersendiri.

Teknik SQ3R: Diperkenalkan oleh Robinson (1961). Satu kaedah yang memerlukan seseorang mempersoalkan kesesuaian maklumat yang terdapat dalam sesuatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan. S Survey (Kaji)

i.

MINGGU 7
Mengumpul maklumat yang diperlukan supaya anda boleh fokus kepada apa yang dibaca dan fikirkan apa yang mahu dicapai melalui pembacaan.

ii.

Q Question (Soal) Menyoal diri sendiri untuk membantu minda anda fokus kepada apa yang sedang anda lakukan. R Read (Baca) Baca untuk mengisi maklumat ke dalam struktur pengetahuan yang telah anda bina melalui langkah S dan Q. R Recite (Lafazkan semula) Melatih minda anda supaya fokus dan belajar sambil membaca. R Review (Ulang) Menyusun maklumat yang anda telah perolehi di dalam minda dan mula proses untuk mengingat.

iii.

iv.

v.

Kelebihan: Dapat melatih diri menjadi seorang yang berkesan dalam melakukan tugas sebagai pelajar. Dapat membaca buku dalam masa yang singkat dan ingat serta faham lebih banyak maklumat. Lebih fokus terhadap apa yang kita baca.

PENILAIAN KEMAHIRAN MENULIS Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil penulisan murid seperti

MINGGU 7
Karangan Laporan projek/kerja kursus/folio Latihan dan ujian bertulis Huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta. Instrument penilaian menulis. Digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa dan

perkembangan intelek murid yang meliputi kemahiran seperti yang berikut : Kemahiran menulis Menyusun idea Penggunaan tanda baca Perbendaharaan kata Mengaplikasi Mentafsir Menilai Perlu diingat, dalam menyediakan soalan-soalan yang sahih, perkara berikut perlu diambil kira : Soalan menepati kemahiran yang hendak diuji Bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami Bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan. Aras kesukaran soalan dipelbagaikan Skema pemarkahan disediakan

Bentuk item: 1. Bentuk Item Objektif 2. Bentuk Item Subjektif

You might also like