You are on page 1of 22

ALATAN JAHITAN ASAS

Terdiri daripada:

- Alat mengukur dan menanda seperti pita ukur, kayu ukur, tolok ukur, roda surih dan kertas karbon - Alat memotong seperti gunting fabrik, gunting benang, gunting sulam, gunting bergerigi dan gunting lubang butang.

Terdiri daripada:

- Alat menjahit seperti jarum dan benang. - Alat menekan seperti seterika, bod seterika dan kain lembap

2. ALAT MENGUKUR DAN MENANDA

Pita ukur Panjang - pita ukur yang biasa ialah 150cm - Gunakan pita ukur yang berkualiti, iaitu tidak mudah memeri dan berbulu. - Pilih pita ukur yang bertanda dengan terang dan berlogam pada kedua-dua hujungnya

Pita pengukur

3. GUNTING FABRIK
- Gunakan gunting yang diperbuat daripada keluli berkilat. - Panjang gunting hendaklah tidak kurang daripada 20 cm dan bermata tajam. Gunakannya untuk mengunting fabrik sahaja. - Kesat mata gunting supaya bersih dan kering sebelum simpan.

Gunting Fabrik

4. RODA SURIH - Roda surih digunakan bersama-sama kertas karbon untuk menanda garisangarisan pola pada selapisan fabrik atau lebih

5. PEMBARIS

-Kayu ukur diperbuat daripada kayu atau plastik. -Kayu ukur didapati dalam ukuran panjang 100cm. -Ada beberapa jenis kayu ukur iaitu kayu Siku-Siku, kayu pembentuk

Pembaris

6. KAPUR TANDA
Kapur tanda digunakan untuk menandakan tanda-tanda pola pada fabrik buat sementara. Tanda-tanda ini akan tertanggal apabila fabrik dicuci. Kapur tanda boleh didapati dalam pelbagai warna seperti putih, hitam, merah, biru dan kuning. Ia berukuran 6cm serta berbentuk tiga atau empat segi.

Kapur Tanda

7. JARUM JAHITAN TANGAN


- Saiz jarum ditentukan mengikut nombornya. - Jarum yang kasar bernombor besar. - Jarum bernombor 7 9 digunakan untuk jahitan tangan biasa. - Simpan jarum di dalam kertas pembungkusnya atau di dalam kotak jarum.

Jarum Jahitan Tangan

8. PENETAS JAHITAN - Digunakan untuk menanggalkan benang jelujur atau menetaskan jahitan. - Selepas digunakan mata penetas harus disarungkan dengan penutup semula untuk mengelakkan sebarang kemalangan.

Penetas Jahitan

9. JIDAL - Jidal digunakan untuk menutup atau melindungi jari hantu semasa menjahit dengan tangan

- Jidal diperbuat daripada keluli atau plastik

Jidal

10. BENANG JAHIT -Pilih benang yang sesuai dengan fabrik yang hendak dijahit.

-Gunakan benang nombor 40 atau 50 untuk jahitan biasa dan nombor 70 untuk fabrik halus.

Benang Jahit

11. JARUM PENITI

-Jarum peniti yang baik adalah jarum yang : - halus - tajam - dibuat daripada keluli berkilat -Jarum peniti digunakan untuk menyemat pola kertas dan lapisan fabrik untuk menetapkan kedudukannya.

Peniti

You might also like