You are on page 1of 1

Bincangkan sebab musabab pengajaran dan pembelajaran pergerakan harus mengambil kira faktor perkembangan murid.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pengajaran dan pembelajaran pergerakan harus mengambil kira faktor perkembangan murid kerana setiap murid mempunyai pengalaman, kemahiran dan keupayaan yang berbeza mengikut peringkat umur. Peningkatan usia murid menyebabkan perkembangan kognitif, mental dan fizikal mereka bertambah matang. Oleh itu mengambil kira faktor perkembangan murid adalah sesuatu yang penting. Kemahiran pergerakan dibahagikan kepada tiga fasa pembelajaran utama iaitu fasa kognitif, fasa bersekutu dan fasa autonomous. Fasa kognitif mempamerkan persembahan murid yang tidak konsistens di peringkat awal pembelajaran tetapi ketika berada di fasa bersekutu persembahannya menjadi lebih konsisten kerana pada masa ini proses motor mereka sedang terbentuk. Di sini mereka akan mempamerkan penguasaan yang lebih baik dan terkawal bagi kemahiran-kemahiran yang mudah tetapi bagi kemahiran yang lebih kompleks mereka memerlukan perhatian daripada orang yang lebih dewasa. Fasa autonomous merupakan peringkat akhir pembelajaran. Di sini, persembahan murid telah menjadi konsisten dan lancar serta mempunyai nilai estetik sendiri. Fokus pembelajaran boleh ditumpukan kepada aspek teknik dan taktik seiring dengan perkembangan kemahiran murid yang telah berkembang. Ia mesti sentiasa diamalkan untuk mengukuhkan program motor. Oleh itu, konsep asas pergerakan harus diberi penekanan di peringkat awal perkembangan kerana ia membantu murid memahami dan menghargai seni dalam pergerakan di samping bermanfaat dari sudut kesihatan fizikal kerana dapat membangunkan kemahiran social, emosi dan kognitif.

2. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya bersetuju dengan pendapat yang cikgu berikan. Selain daripada itu, perkembangan kanakkanak dapat dipecahkan kepada 5 aspek iaitu aspek kognitif, rohani, jasmani, emosi dan sosial (kajian ahli psikologi) berasaskan dua faktor utama iaitu faktor baka dan faktor persekitaran. Ahli psikologi berpendapat bahawa tiada individu di dunia ini mempunyai kadar perkembangan yang sama dan menjadikan factor baka dan persekitaran sebagai penyebab kadar perkembangan yang tidak sama. Justeru itu, proses pengajaran dan pembelajaran pergerakan harus mengambil kira faktor perkembangan murid bagi membantu guru melaksanakan proses pergerakan mengikut kesesuaian tahap murid. Tidak semua murid dapat melakukan proses pergerakan yang diajarkan disebabkan faktor perkembangan murid yang tidak seimbang.

You might also like