You are on page 1of 11

3/30/2014

Share

BM Pengurusan(Sukan)
0

More

Next Blog

Create Blog

Sign In

BM Pengurusan(Sukan)
Daily Calendar
Wednesday, August 25, 2010

Pengenalan(Sukan)
March 2014 Su M Tu W Th F Sa 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22
Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi. Terdapat pelbagai jenis sukan, dan kebanyakannya mengorbankan masa, wang, dan keinginan manusia sama ada sebagai peserta atau pun sebagai penonton. Takrifan sukan Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sebahagian besar kegiatan lapang, surat khabar, dan televisyen diberikan kepada sukan. sukan dapat juga menjadi sumber pendapatan. Pendekatan pragmatik dalam mendefinisikan sukan ialah dengan melihat kegunaan umum istilah tersebut.

Blog Archive 2010 (12) August (12) Pengenalan(Suka n) Asal usul Sukan di Malaysia Profil Datuk Lee Chong Wei Kejayaan Sukan Simbol Sukan Peranan Sukan Kebaikan Sukan Kemudahan Sukan di Malaysia Kemudahan Bertaraf Antarabangsa Cara Memaju Sukan Di Malaysia
http://sukanbm.blogspot.com/

Sukan ialah aktiviti yang mengandungi: Latihan kemahiran berguna secara rekreasi. Peraturan-peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan. Kecemerlangan yang dimaksudkan ialah kemampuan untuk mengatasi tanda ukuran (benchmarks) terdahulu, catatan masa, rekod dunia, dan sebagainya. Contoh-contoh kemahiran yang bertukar kepada sukan ialah: Gladiator di Rom berjuang dan berbunuhan untuk penonton dan bukannya untuk melindungi empayar Rom. Berlayar menjadi salah satu sukan air dan bukannya sebagai pengangkutan dan sebagainya. Berlari dilakukan untuk panjang dan tempoh masa tertentu, dan bukannya untuk aktivitiaktiviti seperti mengejar bas dan sebagainya Sukan fizikal menggunakan sifat sifat seperti kekuatan, stamina, kelajuan, dan beberapa kemahiran lain manakala sukan-sukan lain contohnya iaitu sukan akal menggunakan kemahiran berfikir seperti pemikiran strategik dalam catur. Walaubagaimanapun, rencana ini akan menumpukan perhatian kepada aspek fizikal sesuatu sukan. Perbezaan antara sukan, permainan, dan latihan. Aktiviti itu dikira sukan jika melibatkan peserta yang berkemahiran. Permainan pula tidak mempunyai tujuan yang jelas tetapi boleh berubah kepada sukan. Latihan pula ialah aktiviti yang bertujuan membina kemahiran dan kemampuan seseorang dalam aktiviti sukan.
1/11

3/30/2014

BM Pengurusan(Sukan)

Memajukan Sukan Bertaraf Antarabangsa PENUTUP

About Me nesh_just1ce View my complete profile

Sejarah sukan Rencana utama: Sejarah sukan Sejarah pembangunan sukan boleh mengajar kita mengenai perubahan sosial yang berlaku dan sifat sukan tersebut. Untuk itu, kita akan kembali ke masa lampau sehingga zaman pra sejarah untuk mengkaji sukan dan manusia. Semangat kesukanan Semangat kesukanan menggambarkan aspirasi atau etos yang aktiviti sukan itu akan dinikmati semata-mata kerananya tetapi selalunya tekanan pertandingan, kejayaan individu, atau pengenalan pada teknologi akan menyebabkan perkara yang sebaliknya berlaku pada peserta. Dengan kata lain, dalam sesuatu pertandingan, kekalahan akan menyebabkan rasa kecewa dan kesedihan. Penggiat sukan rekreasi selalunya akan mendapatkan pengiktirafan sebagai satu jenis sukan daripada persatuan sukan seperti Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) atau dengan mewujudkan badan penyelaras mereka sendiri. Dengan ini, sukan berubah daripada aktiviti rekreasi kepada sukan yang lebih formal. Contoh sukan yang baru muncul ialah berbasikal BMX, meluncur dan sebagainya. Profesionalisme dan peraturan sukan Rencana utama: Sukan profesional Aspek hiburan dalam sukan, media massa yang meluas dan pertambahan waktu lapang telah membawa kepada profesionalisme dalam sukan. Ini telah menyebabkan beberapa konflik, di mana bayaran dilihat lebih penting daripada aspek rekreasinya atau sukan telah menjadi lebih menguntungkan dan terkenal yang akhirnya menyebabkan kehilangan tradisi bagi sesetengah orang atau masyarakat. Contoh yang paling ketara ialah bola sepak telah mengubah pengisian masa lapang bagi hampir seluruh populasi dunia. Posted by nesh_just1ce at 5:43 PM No comments:

Music Playlist at MixPod.com

Recommend this on Google

Asal usul Sukan di Malaysia

Sebelum kedatangan pengaruh pendidikan barat, sistem pendidikan Malaysia merupakan sistem yang tidak formal seperti kelas agama dan Al-Quran, kelas kesenian dan pertukangan. Sistem ini tidak memberatkan ciri-ciri pendidikan secara formal. Oleh itu, pelajaran Malaysia tidak ada langsung pendidikan jasmani. Sistem pendidikan yang formal diperkenalkan di Negara kita selepas kedatangan Inggeris di negerinegeri Selat. Sekolah yang pertama terdirikan di Tanah Melayu ialah Penang Free School yang ditubuhkan pada tahun 1816. Sekolah itu ialah dibawah pentadbiran inggeris. Pada masa itu, Pendidikan jasmani tidak dijalankan lagi. Sehingga tahun-tahun 1920-an masih belum ada sistem dan sukatan pelajaran yang formal walaupun pelajaran pendididkan jasmani mula diajar secara tidak formal. Keutamaan diberi kepada aktiviti senaman, latihan kawat dan permainan yang membawa pengaruh penjajahan Inggeris. Pada tahun 1924 kerajaan baru melantik seorang pengusaha pendidikan jasmani untuk negeri-negeri Selat. Sungguhpun begitu, sukatan pelajaran pendidikan jasmani belum tersusun. Guru-guru yang tidak pernah menerima latihan pendidikan jasmani telah ditugaskan mengajar pelajaran itu. Tahun-tahun 1930_an pihak kerajaan barulah berusaha merancangkan pendidikan jasmani masuk dalam pelajaran sekolah.Sukatan pelajaran itu merupakan asas untuk pelajaran pendidikan jasmani di Malaysia. Ia berdasarkan kepada sukatan pelajaran latihan fizikal bagi sekalah-sekolah Inggeris di England yang
http://sukanbm.blogspot.com/ 2/11

3/30/2014

BM Pengurusan(Sukan)

telah diperkenalkan dalam tahun 1933. Siri buku-buku Jefferson, How To Teach Physical Training dijadikan asas sukatan pelajaran pendidikan jasmani Malaysia. J.W.Jefferson yang dilantik sebagai penguasa pendidikan jasmani dalam tahun 1932, beliau telah melancarkan rancangan latihan guru pendidikan jasmani ke seluruh Negara. Kursus-kursus dalam perkhimatan jasmani telah diadakan di seluruh Negara. Tahun 1946 sehingga 1948, pejabat pendidikan negara telah melaporkan satu sukatan yang formal untuk sekolah-sekolah rendah dan menengah. Sukatan ini diterbitkan oleh Maktab perguruan Sultan Idris, (MPSI), Tanjung Malim (Universiti Pendidikan Sultan Idris kini). Sistem latihan guru pendidikan jasmani dilancarkan secara berperingkat-peringkat.

Penubuhan persekutuan Tanah Melayu menunjukkan pengaruh penjajahan Inggeris dalam perkembangan pendidikan jasmani. Gimnastik, sukan dan rentakrama merupakan bahagian program-program yang terdapat di sekolah-sekolah rendah, sementara itu, di sekolah-sekolah menengah, Inggeris memajukan satu program yang serupa yang terdapat di negara-negara Asia di bawah penjajahan British Komanwel. Bola sepak, bola keranjang, berenang dan tenis adalah popular tetapi permainan badminton paling popular di seluruh Negara.

Tidak dinafikan,sukan bermula popular di Negara selepas kemerdekaan. Atlet-atlet tempatan telah dihantar ke luar Negara untuk menyertai pelbagai pertandingan sukan seperti Sukan Asia, Sukan Komenwel dan sebagainya. Mereka juga memenangi banyak pingat dan menyerlahkan nama negara ke antarabangsa. Secara tegas, sebagai generasi baru, kita patut menglibatkan diri dalam sukan dengan aktif, maka budaya sukan akan semakin maju! Posted by nesh_just1ce at 5:36 PM No comments:

Recommend this on Google

Profil Datuk Lee Chong Wei


Datuk Lee Chong Wei (Cina Ringkas: ; Cina Tradisional: ; pinyin: L zng wi, lahir pada 21 Oktober 1982 di George Town, Pulau Pinang[1]) ialah seorang pemain badminton professional dari Malaysia yang kini menetap di Bukit Mertajam.[2] Lee merangkul pingat perak di temasya Sukan Olimpik 2008, maka menjadi rakyat Malaysia pertama yang layak ke pusingan akhir acara perseorangan lelaki, sekaligus menamatkan kemarau pingat Olimpik Malaysia sejak tahun 1996. Pencapaian ini mengurniakan gelaran Datuk kepadanya, serta sanjungan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai wira kebangsaan.[3] Lee menduduki tangga teratas dalam ranking pemain badminton lelaki perseorangan pada 21 Ogos 2008.[4] Beliau ialah pemain badminton Malaysia ketika yang mencapai tangga teratas selepas Rashid Sidek dan Roslin Hashim (semenjak ranking rasmi dimulakan pada 1980an), dan juga satu-satunya jaguh badminton Malaysian yang mempertahankan kedudukan
http://sukanbm.blogspot.com/ 3/11

3/30/2014

BM Pengurusan(Sukan)

teratasnya selama lebih dua minggu.

Datuk Lee Chong Wei


Lee Chong Wei.jpg

Maklumat peribadi Nama penuh Tarikh lahir Tempat lahir Tinggi Berat 21 Oktober 1982 (umur 27 ) Pulau Pinang, Malaysia 1.74 m (5 ft 812 in) 60 kg (130 lb/9.4 st) Perseorangan lelaki Negara Tangan kegemaran Jurulatih Kanan Misbun Sidek Malaysia

Ranking tertinggi 1 (24 Ogos 2006) Ranking terkini 1 (6 November 2008)

BWF ID: 50152

Posted by nesh_just1ce at 5:32 PM

No comments:

Recommend this on Google

Kejayaan Sukan

http://sukanbm.blogspot.com/

4/11

3/30/2014

BM Pengurusan(Sukan)

http://sukanbm.blogspot.com/

5/11

3/30/2014

BM Pengurusan(Sukan)

Posted by nesh_just1ce at 5:20 PM

No comments:

Recommend this on Google

Simbol Sukan

http://sukanbm.blogspot.com/

6/11

3/30/2014

BM Pengurusan(Sukan)

Posted by nesh_just1ce at 1:10 AM

No comments:

Recommend this on Google

Peranan Sukan
(PATRICK THEN CHU SHENG 205318) Aktiviti sukan meletakkan kemenangan dan kegagalan pada perspektif yang betul. Idelogi sosial aktiviti sukan ialah pembinaan sahsiah dan pembaikan keseimbangan emosi.. Melalui sukan, kita dapat mempelajari apa itu menang dan kalah. Oleh itu,sikap bertolak ansur dapat dilahirkan. Keperibadian yang unggul juga dapat dilahirkan kerana sukan boleh menghasilkan semangat yang positif dan ingin berjaya serta perjuangan yang kuat. Selain itu,kegiatan sukan juga boleh membentuk tingkah laku disiplin dalam kalangan anggota seseorang individu.Ini adalah kerana setiap permainan mempunyai peraturan tersendiri yang harus dipatuhi oleh setiap peserta yang terlibat. Sukan sebagai alat perpaduan dan perpaduan antarabangsa Malaysia terdiri daripada berbagai kaum dan kumpulan etnik. Aktiviti sukan melibatkan pelbagai etnik menyediakan peluang untuk bekerjasama dan saling memahami di samping mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Selain itu,kegiatan sukan juga boleh menyumbang ke arah perpaduan serta dapat mengikis segala gejala sosial yang kurang diingini dalam pembangunan negara seperti diskriminasi, pengasingan dan sebagainya. Pada peringkat antarabangsa pula,pelancaran aktiviti sukan secara global juga dapat
http://sukanbm.blogspot.com/ 7/11

3/30/2014

BM Pengurusan(Sukan)

mewujudkan hubungan diplomatik antara sebuah negara dengan negara yang lain.Keamanan Negara dapat dicapai jika setiap negara menitikberatkan fungsi sukan dalam membentuk perhubungan global yang baik. Sebagai asas dalam pembentukan PENDIDIKAN JASMANI dan KEGIATAN KOKURIKULUM Kewujudan aktiviti sukan juga mendorong pelancaran Pendidikan Jasmani di sekolahsekolah rendah dan menengah sertapun pusatpusat pengajian tinggi.Pendidikan Jasmani ini adalah terdedah kepada semua pelajar bahawa fungsi-fungsi sukan secara berfokus kepada fizikal dan mental seseorang dan juga mengajar mereka bagaimana melakukan setiap aktiviti sukan dengan tatacara yang betul supaya tidak membahayakan diri sendiri.Selain itu,kegiatan kokurikulum juga diperkenalan selepas kewujudan sukan.Kegiatan kokurikulum juga dilaksanakan di kebanyakan institusi-institusi pengajian tinggi.Kegiatan-kagiatan yang dijalankan adalah seperti aktiviti sukan yang biasanya kita jalankan. Sebagai satu industri dan perdagangan serta penyumbang pendapatan negara Sukan berkembang menjadi satu industri seperti yang terdapat di negara-negara maju. Contohnya : Amerika Syarikat memperolehi sebanyak RM135 billion sebagai pendapatan negara kasar bagi pengeluaran alat-alat sukan pada 1987.Industri sukan sahaja menyumbangkan kira-kira 1% hingga 2% pengeluaran negara kasar di negara-negara perindustrian yang memperlihatkan kadar pertumbuhan yang lebih pesat. Malaysia pula memperohlehi kira-kira RM45.41 juta hasil daripada eksport alat-alat sukan baru-baru ini. Contoh alat-alat sukan : Raket Yonex, kasut Reebok dan kasut bolesepak Puma. Perkembangan industri sukan telah meningkatkan pasaran antarabangsa untuk pengeluaran, perniagaan dan pengedaran alat-alat sukan, barangan dan perhidmatan yang berkait dengan industri sukan. Pasaran dunia untuk alatan sukan melebihi RM50 billion pada tahun-tahun 1980an. Menyediakan peluang pekerjaan Melalui aktiviti bersukan, peluang pekerjaan profesional dan bukan professional dapat diwujudkan.Pada 1980, terdapat kira-kira 300,000 pekerjaan dan 7,000 buah syarikat yang menceburi dalam French Federation of Sporting Industries. Di Jerman pula, terdapat kira-kira 45,000 orang pekerja yang terlibat dalam sektor sukan. Di antara pekerjaan yang diwujudkan melalui aktiviti sukan adalah pemain bolasepak, pengurus pasukan, jurulatih, pegawai perubatan sukan, peguam sukan dan pemain badminton. Ini adalah baik untuk mereka yang tidak pandai dalam bidang akademik.

http://sukanbm.blogspot.com/

8/11

3/30/2014

BM Pengurusan(Sukan)

Kegiatan sukan juga dapat mengurangkan kos perubatan untuk rakyat Bersukan dapat menjadikan tubuh badan seseorang individu sihat dan cergas.Sehubungan dengan itu,kerajaan dapat mengurangkan peruntukan kewangan untuk membeli bahan-bahan perubatan dan teknologi yang canggih bagi mengubati penyakit rakyat.Manakala,kerajaan dapat mengalihkan modalmodal yang berlebihan ke sektor-sektor yang lebih penting dalam mencapai hasrat wawasan 2020 terutamanya sektor industri dan pembangunan.Jika dilihat dari segi perspektif individu sebdiri,seseorang itu juga dapat menjimatkan perbelanjaannya terhadap bahan perubatan kerana tubuh badan yang sihat disebabkan bersukan secara kerap.Manakala,individu berkenaan juga boleh menggunakan pendapatan yang berlebihan untuk membeli keperluan asas seperti makanan,minuman,pakaian dan lain-lain bagi menjamin kesejahteraan kehidupannya. Posted by nesh_just1ce at 12:28 AM 1 comment:

+1 Recommend this on Google

Kebaikan Sukan

Sukan harus menjadi subjek wajib di sekolah. Pelajar hari ini mempunyai gaya hidup yang tidak menentu. Mereka menghabiskan kebanyakan masa mereka di dalam kelas dan rumah. Tekanan mereka semakin meningkat akibat ujian yang diberi oleh guru dan harapan yang tinggi daripada ibu bapa mereka. Justeru, Kementerian Pendidikan harus menetapkan sukan sebagai mata pelajaran wajib di sekolah. Dengan itu, pelajar boleh meluangkan masa untuk mengadakan aktiviti sukan di padang dan luar dari kelas agar dapat menjamin kesihatan mereka. Selain itu, sukan juga sangat penting bagi kesihatan kita. Bersukan boleh menguatkan otot dan tulang kita serta membolehkan jantung dan paru-paru berfungsi dengan lebih baik. Bersukan juga meningkatkan peredaran darah. Pada masa yang sama, tubuh boleh mengeluarkan karbon dioksida yang berbahaya dengan lancar. Oleh itu, kita dapat dicegah penyakit seperti SARS, flu burung dan sebagainya.

http://sukanbm.blogspot.com/

9/11

3/30/2014

BM Pengurusan(Sukan)

Tambahan pula, sukan dapat membantu pelajar mengurangkan tekanan. Kini, jumlah orang yang menghadapi tekanan semakin meningkat. Aktiviti sukan membolehkan seseorang memperoleh tidur yang lebih lena. Seseorang akan bersemangat sekiranya dapat tidur dengan baik. Pemikiran akan menjadi tenang dan segar sekiranya dapat tidur dengan lena. Sekiranya pelajar melibatkan diri dalam aktiviti sukan, mereka dapat menggunakan masa lapang mereka dengan bermanfaat. Mereka tidak akan menghabiskan berjam-jam untuk menonton program TV, bermain permainan komputer dan bergosip melalui telefon dengan rakan-rakan mereka. Sebaliknya, sekiranya mereka menjalankan aktiviti sukan, mereka akan menghabiskan masa lebih bermanfaat dengan melakukan latihan sukan di taman atau gym dengan rakan-rakan mereka. Sebuah badan yang sihat membawa kepada fikiran yang sihat. Sukan juga boleh mengelakkan remaja daripada melepak di kompleks membeli-belah tanpa tujuan. Di samping itu, pelajar-pelajar yang mempunyai bakat luar biasa dalam sukan akan mewakili sekolah mereka di peringkat dalam negara atau antarabangsa untuk mengambil bahagian dalam sukan dan seterusnya boleh mengharumkan nama baik sekolah dan negara. Baru-baru ini, pemain skuasy negara kita, Nicole David telah membuat semua bangga dengan menjadikan Malaysia sebagai Juara Dunia Wanita di skuasy. Kesimpulannya, saya bersetuju bahawa sukan adalah baik untuk pelajar dan harus menjadi subjek wajib di sekolah. Manfaat latihan adalah tidak terbatas. Orang yang melakukan latihan sukan akan memiliki kesihatan yang lebih baik daripada orang yang kurang bersukan. Jadi, apa yang anda tunggu? Marilah kita bersukan mulai hari ini!

Posted by nesh_just1ce at 12:24 AM

No comments:

Recommend this on Google

http://sukanbm.blogspot.com/

10/11

3/30/2014

BM Pengurusan(Sukan)

Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Older Posts

Fish

Followers
Join this site
w ith Google Friend Connect

Members (1)

Already a member? Sign in

Awesome Inc. template. Template images by Ollustrator. Powered by Blogger.

http://sukanbm.blogspot.com/

11/11

You might also like