You are on page 1of 18

RUANG

Pengenalan

Ruang bermaksud kawasan kosong di sekeliling sesuatu objek, jarak di antara dua objek ataupun rongga yang terdapat dalam sesuatu objek. Ruang wujud dalam alam nyata dan dalam karya seni visual. Perbezaan saiz dapat menimbulkan ruang dekat dan jauh. Ruang timbul dan tenggelam mengikut susunan dan tindakan warna yang tertentu. Warna objek di hadapan adalah lebih jelas, manakala objek di belakang pula semakin kabur. Warna, jalinan, rupa, bentuk dan garisan mempunyai kekuatan yang membantu mewujudkan ilusi ruang dalam karya seni visual.

Jenis-Jenis Ruang
Ruang Fizikal Wujud di persekitaran sebenar Terbahagi kepada 2: (a) Ruang terbuka ruang bagi kawasan lapang seperti padang, taman bunga, pantai dan lain-lain.

(b) Ruang tertutup ruang bagi kawasan yang sempit seperti di dalam bilik atau di dalam sesebuah bangunan.

Ruang Fizikal

Ruang Ilusi Wujud dalam karya seni seperti lukisan, catan, cetakan dan grafik. Terbahagi kepada 3 : (a) Ruang dalam ruang yang memperlihatkan kesan perspektif hasil daripada penggunaan elemen asas seni reka seperti dalam catan landskap. (b) Ruang cetek ruang dalam kawasan terbatas seperti di dalam bilik. (c) Ruang rata karya seni visual yang memperlihatkan olahan pada satah atau permukaan yang sama.

Ruang Ilusi

Ruang dan Perspektif

Perspektif ialah kesan ilusi objek dalam kedudukanarah mata dengan kaki langit (titik lenyap). Objek-objek akan kelihatan lebih besar apabila kedudukan lebih dekat dengan penglihatan berbanding akan lebih kecil apabila lebih jauh. Garisan perspektif digunakan untuk panduan melukis sesuatu objek agar kelihatan ruang dekat dan juah di samping kedudukan objek lebih tepat dari segi kedudukan. Terdapat 3 aras pandangan mata dalam perspektif :

Aras Atas Aras Tengah Aras Bawah

Jenis-Jenis Perspektif

Terdapat 3 jenis perspektif : Perspektif satu titik lenyap Perspektif dua titik lenyap Perspektif tiga titik lenyap

Perspektif Satu Titik Lenyap

Perspektif Dua Titik Lenyap

Perspektif Tiga Titik Lenyap

Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

Latihan
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling tepat. 1. Ruang ialah _____ yang wujud di antara objek. 2. Ruang dalam karya seni visual ialah _____. 3. Ruang _____ merupakan ruang yang terdapat di sekeliling kita. 4. _____ merupakan objek sama saiz yang kelihatan lebih kecil apabila berada di belakang berbanding di hadapan. 5. Perbezaan ton warna dalam suatu gubahan dapat menghasilkan _____.
Jawab soalan-soalan berikut. 1. Nyatakan 3 jenis perspektif dalam karya seni visual. 2. Senaraikan 3 jenis ruang dalam ruang ilusi.

You might also like