You are on page 1of 9

PENDAHULUAN

Asal nama Sarawak dikatakan tidak dapat dibuktikan secara saintifik dan mutlak tetapi wujud beberapa pendapat yang mengatakan bahawa nama Sarawak itu berasal daripada nama Batang Sarawak atau sungai Sarawak. Sarawak ialah salah satu negeri di Asia Tenggara yang diduduki oleh manusia kira-kira 40000 tahun dahulu. Penemuan arkeologi seperti tulang manusia, tembikar, dan bekas perkuburan membuktikan bahawa manusia telah mendiami Sarawak sejak sebelum Masihi lagi. Sarawak pada kurun ke-10 hingga kurun ke-13 dikatakan berada di bawah kekuasaan Kerajaan Srivijaya. Kerajaan Majapahit seterusnya menguasai Sarawak pada kurun ke-13 setelah keruntuhan kerajaan Srivijaya. Seterusnya, pada kurun ke-16 Sarawak telah berada di dalam kekuasaan Kesultanan Melayu Brunei di bawah pemerintahan Sultan Bolkiah dan seterusnya berada dalam kekuasaan Raja Putih Brooke pada kurun ke-19. Sarawak dalam kekuasaan Brooke telah mengalami perubahan yang sangat ketara ekoran dasar-dasar Barat yang telah disesuaikan dalam masyarakat Sarawak. Persoalannya di sini, bagaimanakah keadaan masyarakat di Sarawak pada abad ke-19 sebelum kedatangan penjajahan Barat. Hal ini pastinya akan menyentuh pelbagai aspek kehidupan masyarakat Sarawak baik dari segi

politik, ekonomi dan sosial. KEADAAN POLITIK


Sebelum kedatangan penjajah ke Sarawak pada abad ke 19, sudah terdapat satu sistem politik yang boleh disifatkan sebagai sistem politik yang teratur. Ini boleh dilihat dengan wujudnya satu hierarki masyarakat yang ditadbir oleh Kesultanan Brunei yang menguasai kawasan Sarawak pada ketika itu. Susunan hierarki ini serupa dengan susunan masyarakat Brunei ketika itu, iaitu terdiri daripada tiga kelas dengan kelas pertama diduduki oleh Sultan dan golongan bangsawan. Kelas kedua pula diduduki oleh rakyat jelata yang bebas dan

merdeka manakala kelas yang terbawah sekali diduduki pula oleh golongan hamba1. Hal ini menunjukkan kepada kita bahawa sudah wujud satu institusi politik dalam masyarakat Sarawak pada masa itu iaitu adanya golongan yang memerintah dan yang diperintah, Selain daripada sistem politik yang dibawa daripada pengaruh Kesultanan Brunei, masyarakat peribumi Sarawak yang tinggal jauh di pedalaman khasnya masyarakat Iban juga mempunyai sistem politik yang tersendiri, tetapi bersifat kesukuan. Keadan ini boleh dilihat dalam rumah panjang atau yang dibina oleh mereka. Rumah panjang ini diketuai oleh seorang ketua yang dikenali sebagai Tuai Rumah. Tuai rumah ini berperanan penting dalam menyelesaikan hal-hal penting dalam rumah panjang seperti mengendalikan upacara memuja, adat istiadat, menjadi hakim dan memelihara keamanan kampung. Selain itu, Tuai Rumah juga mengetuai peperangan dalam menghadapi musuh dan mempunyai ramai anak buah. Kewujudan Tuai Rumah sebagai ketua yang mempunyai ramai anak buah dalam rumah panjang menunjukkan bahawa sistem politik yang bersifat mikro sudah wujud di kalangan penduduk peribumi Sarawak sebelum kedatangan penjajah. Sistem politik yang sama juga didapati dalam suku-suku yang lain seperti suku kaum Kayan, Kenyah, Punan, Penan dan bidayuh. KEADAAN EKONOMI Kegiatan ekonomi tradisional. Kegiatan ekonomi masyarakat di Sarawak sebelum kedatangan penjajah lebih banyak bergantung kepada kegiatan ekonomi sara diri. Masyarakat di Sarawak ketika itu banyak melakukan aktiviti pertanian seperti penanaman padi dan penternakan. Penanaman padi di kalangan masyarakat Sarawak terbahagi kepada dua iaitu, penanaman padi bukit atau padi huma dan pertanian padi sawah. Pertanian padi huma ini banyak diusahakan oleh masyarakat Iban dan Murut yang hidup berpindah-randah. Perpindahan ini ada kaitannya dengan kesuburan sesuatu kawasan pertanian itu. Apabila mereka sudah terlalu kerap
1

Mazlan Abdullah, 1978, Sejarah Malaysia Timur. Utusan Publications & Distributors,Kuala Lumpur, hlm. 14.

mengusahakan sesuatu kawasan tanah pertanian itu, maka kesuburan tanah itu akan berkurangan. Oleh itu, mereka akan berpindah lagi mencari kawasan pertanian yang sesuai dan subur. Pertanian padi sawah pula banyak diusahakan oleh masyarakat Melanau yang lebih suka tinggal menetap di lembah Sungai Oya dan Mukah. Penternakan haiwan ternakan juga dijalankan oleh masyarakat peribumi Sarawak. Antara haiwan yang diternak ialah seperti khinzir, ayam dan kerbau. Khinzir dan ayam ini lebih gemar diternak oleh masyarakat Iban, Punan, dan Penan yang suka berpindah rendah manakala kerbau pula lebih digemari oleh masyarakat Melanau untuk tujuan dagingnya dan membantu dalam aktiviti pertanian padi sawah. Aktiviti memburu juga dijalankan oleh penduduk Sarawak. Mereka biasanya memburu buruan seperti rusa, kijang, babi hutan, monyet, burung-burung dan sebagainya. Mereka menjalankan aktiviti pemburuan dengan menggunakan jerat dan sumpitan. Masyarakat Iban dan Orang Ulu merupakan suku kaum yang terkenal dengan kehebatan menyumpit dan membuat sumpitan. Selain itu, aktiviti perikanan turut dijalankan di pesisiran pantai yang dijalankan oleh masyarakat Melayu. Ikan yang ditangkap oleh masyarakat ini disalai dan dijeruk supaya tahan lama dan hanyalah untuk keluarga mereka. Masyarakat melayu juga turut bercucuk tanam secara kecil-kecilan di samping menangkap ikan dengan menggunakan jala, bubu dan pukat. 3.2 Perdagangan. Aktiviti perdagangan juga turut dijalankan oleh masyarakat tempatan sebelum kedatangan penjajah. Ini dapat dibuktikan dengan penemuan wang-wang logam Cina yang berasal dari Wangsa Hsin dan Han. Wang-wang logam ini telah ditemui di kuala Sungai Sarawak. Ini mungkin boleh dikaitkan dengan penemuan bekas tapak sebuah kampung tempat kediaman dan tempat berdagang orang Cina yang ditemui di Santubong oleh pihak Muzium Sarawak dan ini turut diyakini kerana mereka turut menjumpai beberapa tembikar-

tembikar Cina2. Masyarakat Melanau juga dikatakan mengusahakan pokok mulung yang telah menjadi hasil utama yang didagangkan bagi perdagangan dalam dan luar negeri.3 Selain daripada itu, sistem barter iaitu pertukaran barangan antara satu pihak dengan satu pihak yang lain juga turut berlaku dalam masyarakat Sarawak pada ketika itu. Antara barang yang ditukarkan ialah haiwan ternakan seperti ayam ditukarkan kepada garam, padi ditukarkan kepada buah-buahan dan sebagainya. 3.3 Aktiviti pelanunan. Masyarakat Dayak Laut atau Iban yang tinggal di kawasan lembangan Batang Lapor dan Saribas4, selain orang Melayu5 banyak melakukan aktiviti pelanunan. Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti bagi sumber ekonomi mereka kerana hasil daripada aktiviti ini seperti merompak dan merampas harta benda daripada kapal-kapal perdagangan yang membawa barang-barang seperti teh, sutera, emas6 dan lain-lain.Hasil ini seterusnya akan menjadi simpanan untuk keperluan mereka walaupun dikatakan lanun-lanun Dayak ini lebih teruja dengan pemburuan kepala.7 Antara pedagang yang dikatakan selalu dirompak oleh lanun-lanun ini ialah kapal-kapal Cina dan India. Orang Cina dan India akhirnya meninggalkan Sarawak kerana mengalami kerugian besar kerana dirompak dan diancam. Aktiviti pelanunan ini telah membawa kepada kemarahan penjajah sehingga mereka ini akhirnya menyerah dengan penentangan penjajah sendiri terhadap aktiviti pelanunan mereka. 4.0 KEADAAN SOSIAL MASYARAKAT SARAWAK 4.1 Kepelbagaian Etnik Satu keistimewaan Sarawak yang amat penting ialah keadaan negerinya yang mempunyai pelbagai etnik. Negeri Sarawak dikatakan mempunyai lebih kurang 20 suku etnik
2 3

Haji Buyong bin Adil, 1974, Sejarah Sarawak, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm 2. Ibid, hlm 6 4 Profesor Datuk Zainal Abidin Wahid, 1979, Sejarah Malaysia Sepintas Lalu, Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur hlm 145. 5 Joan Rawlins, 1965, Sarawak 1839-1968, London Mcmillan Ltd, hlm 39. 6 Joan Rawlins, 1965, Sarawak 1839-1968, London Mcmillan Ltd, hlm 38. 7 Ibid, hlm 39.

peribumi. Etnik-etnik ini merupakan bumiputera asli di Sarawak. Bumiputera asli Sarawak itu ialah orang suku bangsa yang disebut sebagai Orang Ukit, Orang Bukitan, Orang Punan dan Orang Dayak. Orang Ukit pula mempunyai pecahan puak yang banyak dan mempunyai pelbagai nama. Semua suku bangsa yang disebutkan ini ialah orang liar dan tinggal di dalam hutan.8 Selain daripada orang liar, golongan peribumi seperti Iban, Bidayuh, dan kelompok-kelompok kecil seperti Kayan, Kenyah, Kelabit, Bisaya, Penan, Punan, yang dikenali sebagai Orang Ulu tidak sedikit bilangannya jika digabungkan dengan masyarakat peribumi.9 Etnik yang paling dominan di Sarawak ialah suku kaum Iban yang mendiami kawasan seperti Serian, Sungai Saribas, Sungai Sekrang, Sungai Batang Lupar dan Sungai Rajang. Orang Iban ini dikatakan satu puak bangsa berketurunan Melayu Jati atau disebut dalam Bahasa Inggeris sebagai Proto-Malays. Bahasa yang mereka gunakan mempunyai persamaan bunyi dengan Bahasa Melayu. Ada ahli sejarah yang berpendapat bahawa Orang Iban Ini berasal dari bahagian Barat Nusantara iaitu di Sumatera atau Gugusan Kepulauan Riau Lingga. Penjajah Sarawak menyebut mereka sebagai Dayak Laut tetapi hal ini tidaklah benar kerana Orang Iban bukanlah bangsa pelaut atau tinggal di tepi laut.10 Suku kaum Kedayan juga merupakan suku kaum dominan selepas Iban yang menduduki Sarawak yang kebanyakkan daripada mereka tinggal di Mukah, Oya, Bintulu dan Sibu. Orang Kedayan ini dikatakan berasal dari Brunei yang telah melarikan diri dari pemerintahan kerajaan Brunei yang telah menzalimi mereka.11 Orang Kayan dan Kenyah pula merupakan golongan minoriti dan dipercayai oleh sejarawan bahawa suku kaum ini berasal dari Kepulauan Melayu atau pada masa kini disebut sebagai Indonesia. Ada juga teori lain yang mengatakan bahawa mereka ini berasal dari tanah Bugis dan mendiami kawasan-kawasan seperti lembah Batang Kayan, Batang Beram,

8 9

Haji Buyong bin Adil, 1974, Sejarah Sarawak, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur hlm 5. Nidzam Sulaiman, 2006, Pakatan dalam politik Sarawak, UKM , Bangi, hlm 24. 10 Haji Buyong bin Adil, 1974, Sejarah Sarawak, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm 7. 11 Ibid, hlm 6.

dan Batang Rejang. Suku-suku yang lain pula terdiri daripada suku kaum Melanau yang mendiami kawasan di antara Tanjung Kedorong dan Kuala Rejang. Suku kaum Murut juga turut mendiami kawasan Lawas dan Limbang. Suku bangsa yang juga turut dianggap sebagai suku bangsa dominan di Sarawak ialah bangsa Melayu yang mendiami kawasan lembah, Kuala Sungai dan pesisiran pantai seperti di Kuching, Sadong, dan Pusa. Orang Melayu dipercayai sudah ada di Sarawak pada zaman kerajaan Majapahit yang bertitiktolaK dengan penghijrahan seorang putera Raja Majapahit yang bernama Raden Menteri Dipati Jepang atau Datu Merpati Jepang pada kurun ke-15. Baginda telah berkahwin dengan Datu Permaisuri anak Perempuan Raja Perempuan Raja Jarum Jawa atau Raja Andi di Johor sebelum berhijrah ke Sarawak12. Daripada keturunan tersebut muncullah golongan bangsawan Sarawak yang bergelar Abang dan memegang jawatan seperti Datu Patinggi, Datu Temenggung, Datu Bentara pada zaman pemerintahan Raja Brooke. Satu teori lagi yang amat berbeza sedikit dengan pendapat ini iaitu orang Melayu ini berasal dari Minangkabau yang diketuai oleh Datuk Andi Atau Raja Jarum yang berketurunan keluaraga diraja Minangkabau untuk memerintah Sarawak. Datuk Andi ini mempunyai beberapa orang anak yang telah dewasa dan lima daripada mereka telah diketahui nama mereka. Anak-anak Datuk Andi ini telah dilengkapi dengan angkatan masing-masing dan disuruh oleh Datuk Andi pergi memerintah buah tempat di Sarawak. Anaknya yang tua bernama Datuk Permaisuri diletakkan oleh Datuk Andi memerintah Sarawak(

Kuching,Sarawak). Anak yang kedua bernama Datuk Kembali memerintah Saribas, anak yang ketiga yang bernama Datuk Terewah memerintah di Lembahan Sungai Samarahan, anak yang keempat yang bernama Datuk Sabtu memerintah di Sungai Rajang dan anak yang

12

Katama Ronald, 2008, Opunso Tinau Atagak Kointutunan Om Koubasanan, Kota Kinabalu Sabah, hlm 1.

kelima iaitu Datuk Makam memerintah Bahagian Hulu Sungai Sarawak dan tinggal di tempat bernama Emperuh.13 Orang Cina juga juga turut mendiami Sarawak pada era Kerajaan Majapahit tetapi mempunyai bilangan yang sedikit. Orang Cina telah menetap dan berniaga secara besarbesaran di kawasan pinggir pantai sarawak. Orang cina yang berdagang ini terdiri daripada golongan Orang cina Fochow. Hal ini dapat dibuktikan dengan penemuan wang-wang logam cina dari Wangsa Hsin dan Han di Kuala Sungai Sarawak serta beberapa tembikar buatan Cina. 4.2 Agama dan kepercayaan Masyarakat Sarawak sebelum kedatangan penjajah kebanyakannya masih

mengamalkan kepercayaan turun-menurun nenek moyang mereka iaitu kepercayaan animisme dan beragama pagan. Orang Iban misalnya percaya kepada Tuhan yang digelar sebagai Singlang Burung atau Tuhan Peperangan dan Pulang Gama atau Tuhan Bumi selain mempercayai roh dan hantu. Selain itu, masyarakat Sarawak juga banyak menghasilkan dan menampilkan figura atau ukiran-ukiran yang menyerupai manusia. Figurafigura ini dikatakan menggambarkan semangat dan ketuhanan. Contohnya motif yang didapati daripada bakul bayi di kalangan suku kaum Kayan dan Kenyah yang dikenali sebagai Kalong Kelunan atau Nang Klinge. Mereka percaya bahawa bahawa motif atau ukiran ini memberi perlindungan kepada bayi. Mereka juga percaya bahawa jika bakul ini diberikan kepada orang lain, boleh membawa kepada kematian atau sakit. Suku kaum Bidayuh pula percaya kepada ukiran-ukiran yang berbentuk wajah manusia yang hodoh. Mereka meletakkan ukiran wajah hodoh ini di penjuru-penjuru rumah panjang. Mereka percaya bahawa ukiran wajah hodoh ini boleh mengelak sebarang penyakit dan juga menakutkan semangat yang boleh membawa mudarat kepada mereka14. Orang Iban juga turut mempunyai ukiran yang hampir serupa tetapi mereka meletakkan ukiran
13 14

Haji Buyong bin Adil, 1974, Sejarah Sarawak, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm 8. Ismail Ibrahim, 2007, Warisan Motif dan Corak Etnik Sabah, Universiti Malaysia Sabah. Hlm 10.

tersebut di tangga rumah panjang bertujuan sebagai penjaga rumah dan juga penyambut kepada pahlawan-pahlawan yang baru pulang. Selain itu, orang Iban juga membuat tatu di tubuh mereka yang dipercayai boleh mewujudkan semangat boleh terbang kepada pihak musuh bagi melemahkan mereka. Selain daripada kepercayaan animisme, agama Islam juga sudah bertapak di Sarawak. Ada pendapat yang mengatakan bahawa agama Islam ini dibawa oleh Datuk Andi atau Raja Jarum yang diceritakan sebelum ini. Antara kaum-kaum yang menganut Agama Islam ialah orang Melayu, Melanau, Kedayan dan Bisaya. Seterusnya, sumber yang boleh dipercayai tentang adanya agama Islam di Sarawak ialah melalui kerajaan Brunei yang diasaskan oleh Awang Alak Bertaba atau Sultan Muhammad. Dalam era Sultan Bolkiah pada kurun ke-16, Sarawak mula dieksploitasi. Ini terbukti melalui fungsi Sarawak sebagai sumber bekalan Brunei dalam membekalkan hasil-hasil hutan, kapur barus, sarang burung dan rotan. Hubungan kedua-dua pihak ini telah menyebabkan penyebaran agama Islam secara langsung di Sarawak. Agama Hindu-Buddha juga dipercayai telah bertapak di Sarawak pada zaman Kerajaan Majapahit yang telah menguasai Sarawak pada masa itu. Antara bukti yang dijumpai adanya pengaruh Hindu-Buddha di Sarawak ialah melalui gambar manusia yang terukir pada sebuah batu besar yang sedang meniarap mendepangkan tangan dan kaki terkangkang yang menunjukkan sedang menderita diseksa.15 Gambar ini ditemui di Santubong yang dipercayai peninggalan Zaman Hindu di Sarawak. Selain daripada bukti ini, satu lagi bukti yang menunjukkan adanya pengaruh Hindu-Buddha ialah Orang Iban puak Bidayu di Sarawak menyebut tuhan mereka sebagai Jewata. Perkataan ini sebenarnya telah diadaptasikan daripada bahasa Sanskrit iaitu Dewata.

15

Haji Buyong bin Adil, 1974, Sejarah Sarawak, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm 3.

ANALISIS DAN KESIMPULAN Setelah dikaji tentang sistem masyarakat tradisional di Sarawak sebelum penjajahan barat pada kurun ke-19, jelas menunjukkan bahawa masyarakat sarawak mempunyai sistem masyarakatnya yang tersendiri. Sistem masyarakat ini ada yang masih diamalkan dan ada yang tidak diamalkan ekoran perubahan yang telah dialami oleh masyarakat tersebut. Jika dahulu masyarakat di Sarawak mengamalkan kehidupan nomad, sekarang mereka mula tinggal menetap bagi membolehkan mereka mengamalkan corak hidup yang lebih teratur. Perubahan juga amat ketara dalam sistem ekonomi yang pada mulanya bersifat tradisional kepada ekonomi komersial melalui campur tangan Kesultanan Brunei pada awal abad ke-16. Sistem kepercayaan mereka juga turut berubah.

You might also like