You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN PALONG 9 (F), 73430 GEMAS, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Tel Faks : 06-4668384 : 06-4668182

KURSUS / MESYUARAT TEMPAT TARIKH NAMA PEGAWAI

MINIT CURAI Taklimat Saringan LINUS 2.0 /2013 Daerah Jempol Bilik Mesyuarat PKG Bahau 23 September 2013 Salmi binti Salleh

BUTIRAN KURSUS / MESYUARAT BIL BUTIRAN KURSUS / AGENDA YANG DIBINCANGKAN


Pengerusi Mesyuarat: Tn. Hj Ibrahim bin Yunus (Pegawai FasiLINUS) 1 Ucapan Pengerusi. - Alu-aluan kepada yang hadir. - Tujuan perjumpaan menerangkan tatacara pentadbiran saringan 2 kerana terdapat ketidakakuran berdasarkan manual am. - Mengharapkan pencapaian 100% dalam saringan 2 terutama murid Tahun 3. Taklimat Tatacara Pentadbiran Saringan LINUS oleh Pn Jamaliah bt Ahmad (Pegawai FasiLINUS) - Menerangkan istilah saringan dalam literasi (membaca dan menulis) dan numerasi (lisan dan bertulis). - Saringan menulis dan bertulis pada 29 September hingga 11 Oktober 2013. - kemasukan data pada 22 Oktober hingga 31 Oktober 2013. - Kaedah pentadbiran perlu merujuk kepada manual am, manual pentadbiran dan instrumen saringan.pentadbiran. - Saringan dijalankan pada waktu P&P dan guru perlu mengajar seperti biasa mengikut perancangan. Saringan boleh dijalankan selepas 30 minit pengajaran secara kumpulan (3 orang) atau individu. - Bagi saringanmenulis dan bertulis boleh ditadbir secara kelas. Bagi murid yang kurang menguasai ditadbir secara individu atau kumpulan(3 orang). - Pastikan manual am dan manual instrumen ada bersama guru semasa saringan dijalankan. - Menggunakan keseluruhan lampiran yang terdapat dalam instrumen. - Konstruk yang diuji hendaklah mengikut urutan. - Grafik yang terdapat dalam item boleh dijelaskan kepada murid. - Catatkan penguasaan saringan dalam borang BPI dan BPPI. - BPI tidak boleh dilupuskan sehingga murid tamat Tahap 1. Hal-hal lain - Kemasukan data akan dibuat secara berpusat di PPD. - Murid yang keluar masuk pastikan telah didaftar dalam APDM. - Murid yang mempunyai masalah untuk menguasai kemahiran wujudkan fail khas.

24.09.2013

(SALMI BINTI SALLEH)

You might also like