You are on page 1of 6

TEMPAT : AQUARIA KLCC TARIKH : 7 OKTOBER 2010 MASA : 8.00 PAGI 1.

30 PETANG

PETANG

PENGENALAN
Program lawatan sambil belajar merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan setiap tahun di dalam Program Prasekolah, Sekolah Kebangsaan Taman Koperasi Polis. Program ini merupakan lawatan sambil belajar yang pertama bagi tahun 2010 yang akan diadakan di Aquaria, KLCC Kuala Lumpur.

Program ini diadakan bersesuaian dengan pendidikan prasekolah yang menitikberatkan pendekatan belajar melalui bermain yang tidak formal dalam proses pengajaran pembelajaran untuk membantu murid belajar dan menghadapi dunia sebenar dalam keadaan yang menggembirakan, selesa, selamat dan tiada tekanan.

Lawatan ini juga bersesuaian serta berkaitan dengan pendidikan prasekolah yang mempunyai pendekatan bertema antaranya ialah haiwan di air.

Menerusi program ini juga, diharapkan mereka memperolehi pengetahuan dan kemahiran serta menyemai rasa tanggungjawab dan sayang terhadap alam sekitar agar dapat mengambil bahagian dalam usaha melindungi alam sekitar secara aktif selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Di samping itu juga, program lawatan ini bertujuan untuk memupuk tahap disiplin murid-murid prasekolah dan menjadikan satu proses pembelajaran yang menyeronokkan dan

menggembirakan.

OBJEKTIF

Memberi pendedahan kepada murid-murid supaya dapat belajar dengan berkesan melalui lawatan ini. Mendedahkan dan memperkenalkan murid-murid dengan mercu tanda Negara iaitu bangunan KLCC. Membentuk dan memupuk sikap cintakan Negara. Member ilmu pengetahuan secara tidak langsung melalui kaedah pemerhatian, inkuiri dan penghayatan nilai murni ke tempat yang dilawati. Memberi kesoronokan kepada murid dengan pendekatan belajar melalui bermain. Meningkatkan nilai patriotisme di kalangan murid-murid. Mengeratkan hubungan di kalangan guru-guru, murid-murid dan ibu bapa.

MATLAMAT

Memberi peluang kepada murid-murid prasekolah merasai suasana kehidupan dunia luar. Memberi peluang kepada murid-murid prasekolah meneroka sesuatu topik dengan cara yang lebih mendalam. Memberi lebih banyak pilihan dan motivasi untuk menimbulkan kepuasan belajar. Memberi peluang kepada murid-murid prasekolah berkomunikasi dan berinteraksi dengan masyarakat di persekitarannya. Membentuk masyarakat yang lebih peka dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar.

SASARAN
Murid-murid prasekolah.

JUMLAH MURID
25 orang

GURU PENGIRING
1. Puan Siti Fairuz binti Ghazali 2. Cik Roslina binti Che Noh (PPM)

PENGANGKUTAN
Bas berhawa dingin (sewa)

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL
1.

PERBELANJAAN
Bas sekolah berhawa dingin

JUMLAH
RM 250.00

2.

Tiket masuk Rm18.80 x 25 orang murid

RM 470.00

JUMLAH

RM 720.00

JADUAL PERJALANAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR PRASEKOLAH SKTKP 2010 AQUARIA, KLCC KUALA LUMPUR 10 OKTOBER 2010
8.00 am 9.45 am 10.15 am 10.45 am 11.00 am - Berkumpul di dalam kelas prasekolah. - Taklimat ringkas mnegenai lawatan. - Bacaan doa. - Bertolak dari SKTKP ke KLCC, Kuala Lumpur. - Tiba di destinasi. - Aktiviti lawatan ke Aquaria. - Aktiviti mewarna haiwan di air. 12.45 pm - Aktiviti lawatan ke KLCC, Skybridge. - Makan tengahari. 1.00 pm 1.30 pm - Bertolak pulang ke SKTKP. - Tiba di SKTKP.

PENUTUP
Umumnya diharapkan agar program Lawatan Sambil Belajar ini dapat dijayakan dengan lancar serta dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan. Di samping dapat menggembirakan murid-murid Prasekolah. Sesungguhnya program ini sangat bermanfaat dan dapat memberikan maklumat yang sangat berguna kepada murid-murid prasekolah di dalam mengharungi kehidupan mereka yang sebenar.

Selain itu, program ini juga diharapkan sedikit sebanyak dapat mengeratkan hubungan di antara murid dengan masyarakat sekeliling., di samping lebih peka pada alam sekitar seterusnya meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif.

Disediakan oleh :

(SITI FAIRUZ BINTI GHAZALI) Guru Prasekolah, SK Taman Koperasi Polis, 68100 Kuala Lumpur.

You might also like