You are on page 1of 11

1. Definisi Sumber semulajadi merupakan punca terdapatnya bahan-bahan yang terjadi dengan sendirinya, bukan buatan manusia.

Bahan yang dibuat oleh manusia tidak dipanggil sumber semulajadi. Ia dipanggil sumber buatan. Sumber-sumber semulajadi di Malaysia dapat dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu; Sumber Mineral Sumber Hutan Sumber Laut 2 Sumber Mineral Sumber mineral adalah sumber yang terbentuk dari sebatian semulajadi yang dibentuk menerusi proses geologi. Terdapat banyak sumber mineral yang terdapat di Malaysia. Sumber mineral yang penting adalah seperti berikut; Petroleum Gas Asli Bijih Timah Emas 2.1 Petroleum Petroleum merupakan sumber minyak mentah yang terdapat di perut bumi. Petroleum terbentuk dari fosil-fosil hidupan bumi dan memakan masa berjuta tahun untuk membentuk. Petroleum digali di tengah laut dan juga digali di kawasan daratan di sesetengah tempat. Hasil tapisan petroleum ialah petrol, diesel, kerosin, tar dan lain-lain.

Salah satu syarikat yang mengeluarkan petrol untuk kenderaan Diesel yang dikeluarkan oleh syarikat tempatan Kerosin digunakan sebagai bahan bakar kapal terbang Pelantar petroleum

2.2 Bijih Timah Bijih Timah dilombong di kawasan lombong bijih timah. tempat yang popular dengan bijih timah adalah Kinta dan Kuala Lumpur. malaysia memang terkenal dengan hasil bijih timah yang bermutu tinggi. Kaedah yang digunakan untuk melombong bijih timah adalah kapal korek dan mendulang. Bijih timah boleh digunakan untuk menyadur tin, membuat tin aluminium dan mematri alat-alat elektronik

Kaedah melombong bijih timah, mendulang Kaedah moden melombong bijih timah; kapal korek 2.3 Gas Asli Gas asli merupakan sumber penting yang terdapat di perut bumi. Cara melombong gas asli adalah sama dengan cara melonbong petroleum. Gas asli digunakan untuk menjadi bahan bakar. Contoh: Gas untuk memasak Tabung gas 2.4 Emas Malaysia juga kaya dengan pengeluaran emas. Emas sangat beharga dan mahal harganya. Emas digali di kawasan daratan seperti di Kelantan dan Johor. Emas boleh dibuat barang kemas seperti cincin, rantai dan juga perhiasan-perhiasan lain. Batang emas Perhiasan yang diperbuat daripada emas

3. Sumber Laut Malaysia terkenal dengan laut yang biru dan terkenal dengan hasil lautnya. Laut China Selatan seluas 531.1 km persegi memisahkan Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak, Selat Melaka memisahkan Semenanjung Malaysia dengan Pulau Sumatera, Indonesia dan Selat Teberau memisahkan Malaysia dengan Singapura. Sumber laut dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu; Makanan Pelancongan Kemudahan Harian 3.1 Makanan Rakyat Malaysia telah dianugerahkan dengan dengan bermacam-macam sumber makanan laut. Sumber makanan ini telah menjadi punca rezeki untuk segelintir masyarakat Malaysia yang menjadi nelayan. Industri ini telah menjadi antara penyumbang ekonomi Malaysia, antaranya Malaysia mengeksport hasil laut ke Singapura. Hasil tangkapan laut para nelayan Antara produk hasil laut

3.2 Perlancongan Perlancongan adalah antara penyumbang ekonomi utama Malaysia sekarang. Malaysia bertuah kerana memiliki antara pulau-pulau yang tercantik di dunia dan berjaya menarik ribuan pelancong asing dari

luar dan dalam negeri. Antara pusat perlancongan yang terkenal di dunia iaitu Pulau Sipadan dan Pulau Redang. Keindahan tempat pelancongan di Malaysia Aktiviti skuba diving yang menjadi tarikan pelancong

3.3 Kemudahan Harian Seperti yang kita tahu, air merupakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seharian kita. Tanpa air banyak perkara yang tak dapat kita lakukan contohnya tidak dapat memasak, membasuh dan lainlain. Penggunaan air paip harian

4. Sumber Hutan Hutan di Malaysia merupakan hutan jenis hutan hujan khatulistiwa (Tropika) dan dianggap yang tertua di dunia. Bumi Malaysia masih diliputi dengan sejumlah 61 % peratus Hutan Hujan Khatulistiwa. Malaysia mempunyai keluasan hutan kira-kira 77.4 % (20.36 Hektar) daripada jumlah kawasan keseluruhanya. Disamping kaya dengan Flora dan Faunaya, hutan di Malaysia menyediakan sumbersumber yang lain. Sumber-sumber tersebut adalah : Perabut dan Kraftangan Makanan Rempah- ratus Hutan Hujan Khatulistiwa Hasil Balak

4.1 Perabut dan Kraftangan Banyaka produk-produk perabut dan kraftangan yang dapat dihasilkan daripada hasil hutan di neegara kita. Ianya bukan sahaja cantik, malah berkualiti tinggi, kayu- kayu seperti jati, cengal , dan meranti merupakan kayu yang mempunyai pasaran yang tinggi. Produk daripada hasil hutan

4.2 Makanan Pada zaman dahulu, manusia mencari sumber makanan di merata-rata tempat.salah satu tempatnya adalah hutan. Hutan di Malaysia menyediakan pelbagai jenis makanan seperti buah-buahan, ulam-

ulaman , haiwan-haiwan dan sebagainya. Ulam-ulaman 4.3 Rempah ratus Dahulu, Tanah Melayu dijajah oleh barat. Barat mengkehendaki Tanah Melayu kerana kawasan pelabuhan yang strategik. selain itu, barat amat tertarik dengan hasil buminya. Salah satu hasil bumi atau hutan yang amat berharga ialah rempah ratus. Rempah ratus amat berguna dalam menyedapkan rasa makanan, mamanaskan badan dan juga bau yang dapat menenangkan fikiran.

Sumber Mineral Sumber mineral adalah sumber yang terbentuk dari sebatian semulajadi yang dibentuk menerusi proses geologi. Terdapat banyak sumber mineral yang terdapat di Malaysia. Sumber mineral yang penting adalah seperti berikut; Petroleum Gas Asli Bijih Timah Emas

1. Petroleum Petroleum minyak batu merupakan sejenis cecair gelap dan pekat yang juga dipanggil emas hitam. Istilah "petroleum" pertama kali digunakan di dalam karya bertajuk De Natura Fossilium, diterbitkan pada tahun 1546 oleh seorang pakar mineralogi berbangsa Jerman bernama Georg Bauer, juga dikenali sebagai Georgius Agricola.Petroleum biasanya merupakan sebatian pelbagai hidrokarbon dan biasanya didapati di bahagian atas kerak bumi.Pelbagai produk yang dihasilkan untuk kegunaan harian.Kerosin,bitumen,nafta adalah salah-satu produk petroleum. Minyak petrol Sebelum enjin pembakaran dalaman dicipta pada pertengahan abad ke-19,minyak petroldijual dalam

botol kecil sebagai rawatan terhadap kutu dan telurnya.Pada masa tersebut perkataan Petrol merupankan satu cop dagangan.Rawatan itu tidak digunakan lagi berikutan risiko kebakaran.Di Amerika Syarikat,petrol juga dijual sebagai pembersih kesan miyak dan gris pada baju. Minyak petrol digunakan oleh kenderaan ringan seperti van,kereta dan motosikal 2.Gas Asli Gas asli merupakan sumber penting yang terdapat di perut bumi. Cara melombong gas asli adalah sama dengan cara melonbong petroleum. Gas asli digunakan untuk menjadi bahan bakar. Contohnya, gas untuk memasak.Gas asli ialah gas yang terbentuk dalam lapisan magma di dalam bumi. Gas ini terperangkap di dalam lapisan-lapisan bumi, biasanya bersama-sama petroleum. Komposisinya juga hampir sama, sebatian hidrokarbon terutamamnya gas Metana 3.Bijih timah Bijih timah adalah sejenis batu yang mengandung mineral penting, baik logam mahupun bukan logam. Bijih timah dilombong di kawasan lombong biji timah.Tempat yang popular debgan bijih timah adalah Kinta,Perak.Malaysia terkenal dengan bijih timah yang bermutu tinggi.Terdapat dua cara melombong bijih timah.Pertama, menggunakan cara tradisional iaitu cara mendulang.Kedua, menggunakan kapal korek.Bijih timah digunakan dalam industri mengetin makanan,pancalogam,barangan piuter,memateri.

4.Emas Malaysia juga kaya dengan pengeluaran emas. Emas sangat beharga dan mahal harganya. Emas digali di kawasan daratan seperti di Kelantan dan Johor. Emas boleh dibuat barang kemas seperti cincin, rantai dan juga perhiasan-perhiasan lain.Emas atau keemasan merupakan warna oren kekuningan, yang sedikit seperti warna logam keemasan.Warna sesawang emas "(ditunjukkan pada sebelah kanan) kadangkala dirujuk sebagaikeemasan untuk membezakan ianya daripada logam warna emas. Penggunaan emas sebagai istilah warna dalam penggunaan tradisional adalah lebih kerap digunakan kepada "emas (logam)" warna (ditunjukkan di bawah). Penggunaan pertama direkodkan keemasan sebagai nama warna pada Bahasa Inggeris berada pada tahun 1300 untuk merujuk kepada unsur emas dan pada tahun 1423 untuk merujuk kepada rambut perang Sejarah Penemuan Emas Penemuan emas bermula di Amerika Syarikat ketika emas dijumpai di California Utara pada tahun 1803, California pada tahun 1848 dan kemudian di Alaska pada tahun 1898. Penemuan yang utama berlaku di California. Emas pertama kali ditemui di Sutter's Mill di California pada bulan Januari 1848. Pada ketika itu California belum lagi

diakui kenegeriannya ( ia baru sahaja diperolehi di Mexico ).Berita penemuan itu tersebar di kawasan berjiran dan ribuan manusia telah bergegas ke kawasan itu.Bagaimanapun, kekurangan pendedahan media ( radio, televisyen dan internat belum lagi dicipta ) bermaksud berita itu tersebar agak perlahan ke seluruh negara, menjelaskan mengapa penemuan besar emas bermula hanya satu tahun kemudian. Namun, ramai yang datang sebaik sahaja berita itu tersebar.sehinggakan pada tahun 1853, lebih daripada 100,000 manusia menyerbu ke negeri itu.Dan mereka datang dari seluruh nagara iaitu Amerika Latin, Eropah dan bahkan dari Asia. Penemuan ini telah mengubah lanskap dalam pelbagai cara.San Francisco berkembang dari mukim yang kecil dari bandar utama, sementara banyak jalan baru, kereta api, sekolah, gereja dan bandar dibina di seluruh negara.Undang-undang, termaksud dalam undang-undang pemilikan harta, telah ditubuhkan.Namun, tidak semuanya baik belaka.Kemunculan ribuan orang di negeri itu telah mengancam kedudukan orang asli Amerika (Red Indian).Mereka diusir dari wilayah kehidupan mereka sejak turun-temurun dan ramai yang terbunuh sementara yang lain mati kelaparan. Sementara itu,emas ditemui di New South Wales,Australia pada tahun 1851.Enam bulan kemudian, terdapat suatu penemuan yang lebih besar di negara jiran,Victoria.Penemuan ini menyebabkan kemasukan

mendadak pendatang ke negara itu dan jumlah penduduknya bertambah daripada 430,000 pada tahun 1851 menjadi lebih daripada 1.7 juta pada tahun 1871. Emas itu banyak menyumbang untuk negara -ini mendorong perniagaan tempatan, membina sekolah, hospital, perpustakaan, mengembangkan jalan raya, landasan keretapi dan mungkin yang paling menarik , mengubah Melbourne daripada sebuah bandar kecil ke bandar keempat terbesar di empayar Inggeris!

Penemuan terbesar adalah pada tahun 1886 ketika emas dijumpai diWitwatersrand,Afrika Selatan.Apa yang awalnya dianggap hanya sebuah penemuan kecil ternyata meleset.Daerah ini rupanya adalah lombong emas yang sangat luas,begitu luas sehingga 40% daripada semua emas yang ditemui di Bumi berasal dari sana.Secara kebetulan,mata wang Afrika Selatan,rand,diambil sempena nama tempat tersebut.

Sumber Semulajadi Dan Kegunaannya Jenis-Jenis Sumber

Sumber mineral

Emas, gas asli, petroleum, bijih timah dan arang batu. Kegunaannya: Petroleum dan gas asli - minyak pelincir, minyak petrol, minyak pelincir, bitumen untuk membuat jalan. Arang batu - membuat cat, racun serangga dan baja kimia. Emas - barang kemas. Bijih timah - membuat tin makanan dan minuman, kelengkapan elektrik dan elektronik, membuat kerangka kenderaan dan barang hiasan.

You might also like