You are on page 1of 6

LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA PERINGKAT IPGKTI 2014 Laporan acara larian temenggong 2014.

8 Mac 2014, Sabtu Pada hari tersebut, IPGKTI telah mengadakan acara larian temenggong 2014 yang ke-47. Acara larian temenggong ini merupakan acara wajib dilakukan pada setiap tahun bagi semua warga siswa dan siswi guru pelatih IPGKTI. Acara ini diadakan bertujuan melahirkan seorang bakal guru pelatih yang berketerampilan dari segi JERIS iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sahsiah. 7.15 pagi 7.30 pagi Ketibaan semua warga siswa dan siswi guru pelatih di padang IPGKTI. Semua guru pelatih telah mendaftarkan diri di hadapan Jabatan Pendidikan Jasmani mengikut senarai opsyen masing-masing. Kaunter pendaftaran telah dikawal oleh pegawai pengelola AJK pendaftaran bagi acara larian temenggong tersebut. Pegawai yang bertugas terdiri daripada opsyen 5 PISMP Tesl. Selepas sesi pendaftaran, semua guru pelatih telah berhimpun di tengah padang mengikut rumah sukan masing yang terdiri daripada rumah sukan Laksamana, Pahlawan, Panglima dan juga Pendekar. 7.30 pagi -8.00 pagi Setiap AJK yang terlibat telah bersiap bagi majlis pembukaan larian temenggong IPGKTI 2014. Setelah beberapa minit kemudian, ketibaan Pengarah IPGKTI iaitu Tuan Haji Mohd Said bin Hasran bersama ketua timbalan pengarah, Puan Rubiah binti Ahmad telah disambut oleh YDP IPGKTI ke-47 iaitu Mohd Haniff bin Azhar bersama dengan Naib YDP iaitu .serta pensyarah pensyarah yang terlibat.

Semua warga IPGKTI turut berdiri meraikan ketibaan tuan pengarah dengan memberikan tepukan tangan secara beramai-ramai. Selepas para hadirin telah dijemput duduk, pengerusi majlis telah menjemput Tuan Pengarah untuk merasmikan acara larian temenggong dengan memberi sedikit ucapan.

8.00 pagi 8.20 pagi Semua hadirin telah bersiap sedia untuk melakukan senaman pagi yang telah diketuai oleh opsyen 3 PISMP PJ. Tuan Pengarah, timbalan pengarah dan semua staf IPGKTI turut bersama-sama melakukan senaman pagi ditengah-tengah padang.

8.20 pagi -8.45 pagi. Selepas selesai senaman pagi, semua peserta diberi masa bersiap sedia dan melakukan pemanasan badan sebelum memulakan larian. Pemanasan badan dilakukan mengikut rumah sukan masing-masing. Pada pukul 8.20 pagi, pelepasan larian temenggong bagi kategori lelaki telah bermula. Pelepasan telah dilakukan oleh Tuan Pengarah bersama AJK pelepas. Peserta lelaki telah diberi masa selama 30 minit untuk menamatkan larian sejauh 7 km. Selepas beberapa minit kemudian, pelepasan larian temenggong bagi kategori perempuan pula telah berlansung. Peserta wanita juga telah diberi masa selama 45 minit untuk menamatkan larian mereka sejauh 5 km.

Kebanyakan peserta telah menamatkan larian temenggong mereka sebelum masa yang telah ditetapkan.

10.00 pagi 10.45 pagi Selepas semua peserta telah menamatkan larian mereka, mereka telah berkumpul ditengahtengah padang mengikut rumah sukan masing-masing. Selepas beberapa minit, majlis penutupan telah dimulakan dengan ucapan pengarah dan disertai dengan penyampaian hadiah. Gambar dibawah menunjukkan keputusan akhir bagi acara larian temenggong IPGKTI 2014 kategori lelaki dan juga wanita :

Kedua-dua kategori acara larian temenggong telah dimenangi oleh rumah sukan kuning iaitu Vincent Adam yang mencatat masa selama 24.56 minit, manakala Norizzati Azolimin yang mencatat masa selama 19.42 minit.

Selepas penyampaian hadiah, semua warga IPGKTI telah menyanyikan lagu Negaraku dengan semangat. Selepas itu, majlis bersurai.

You might also like