You are on page 1of 7

Bil 1

Otot Yang Terlibat Semasa Aktiviti Renang. Deltoit

Gambar

Penerangan tentang Pergerakan Deltoid berfungsi untuk menggerakkan lengan ke atas atau mendatar. Dalam aktiviti renang, deltoid berperanan untuk mengangkat lengan dan memberikan daya ke atas air untuk menggerakkan badan.

2.

Trapezius

Fungsi otot ini ialah untuk mengangkat bahu, menggerakkan kepala dan leher, menarik tulang belikat, menarik bahu ke bawah, dan menyokong berat lengan Semasa melakukan aktiviti renang sama ada kuak dada atau gaya bebas, atlit akan cuba untuk menggerakkan kepala dan muka ke atas permukaan air untuk bernafas. Semasa

3.

Biseps

4.

Triseps

Kuadriseps

PENGENALAN

Otot merupakan jalinan jaringan dalam tubuh yang tugas utamanya mengucup. Pengucupan otot digunakan untuk memindahkan bahagianbahagian tubuh dalam tubuh. Secara umum, terdapat tiga jenis otot 1. Otot Skeletal 2. Otot Kardiak 3. Otot Licin Dalam aktiviti renang, otot memainkan peranan yang penting terutama dalam menghadapi rintangan dan menghasilkan daya yang baik. Oleh kerana itu, setiap pelaku yang melakukan aktiviti renang ini hendaklah menyediakan diri dengan aktiviti regangan yang secukupnya terutama pada otot yang terlibat agar tidak berlaku sebarang kejadian seperti kekejangan dan sebagainya..

OBJEKTIF 1. Mengenalpasti otot yang terlibat semasa aktiviti renang. 2. Mengenalpasti bagaimana pergerakan otot dalam melakukan sesuatu aktiviti.

Penghargaan

Syukur kehadrat Ilahi kerana tugasan yang diberikan telah dapat juga saya siapkan. Namun begitu tugasan ini dapat saya sempurnakan setelah tarikh akhir yang perlu dihantar. Dikesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada pensyarah saya iaitu En. Razak Bin Sulong atas kelewatan ini. Terima kasih kepada En. Razak Bin Sulong dan pensyarah-pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani yang banyak membantu termasuklah dalam pelakuan amali renang serta rakan-rakan kursus yang lain. Hanya Allah S.W.T sahaja yang membalasnya. Terima kasih.

REFLEKSI

MOHD TAHIR BIN HARON PPG PJMB SEMESTER 2

Pada bulan MAC 2012, saya telah diberikan tugasan bagi subjek anatomi iaitu menyediakan 5 jenis otot yang digunakan dalam aktiviti renang. Tugasan yang diberikan pada saya agak sukar untuk memahami kehendak soalan sehinggalah pada waktunya untuk diserahkan saya gagal berbuat demikian. Saya meneliti tugasan yang dibuat oleh rakan-rakan namun saya sendiri kurang yakin sama ada tugasan mereka menepati kehendak soalan ataupun tidak. Saya mencari maklumat di internet hamper keseluruhannya demi membantu saya mencari maklumat-maklumat yang penting. Selain itu, rakan-rakan lain turut membantu dalam menyalurkan maklumat yang diperlukan. Tugasan ini telah disempurnakan pada bulan April yang lalu namun saya tidak sempat menghantar kepada EN. Razak B. Sulong di IPGKRM disebabkan kekangan waktu dan factor-faktor lain. Untuk diri saya, saya memohon kemaafan sekali lagi kepada Pensyarah Anatomi dan Fisiologi iaitu En. Razak Bin Sulong diatas perkara ini saya cuba untuk tidak mengulangi lagi kerana kelewatan akan menyebabkan kesukaran, bertangguh akan menyebabkan kerja semakin bertambah kerana kita tidak tahu papa yang akan terjadi pada masa depan. Oleh itu, saya akan cuba untuk mengatasi kelemahan ini dilain masa. Diharapkan agar En. Razak Bin Sulong dapat juga menyediakan markah atas kerja kursus ini kepada saya. Sekian.

RUJUKAN 1. ms.wikipedia.org/wiki/otot 2. http://warnawarnialwani.blogspot.com/2011/04/biomakenik-dalam-renang.html 3. http://alvyanto.blogspot.com/2010/01/sistem-otot-manusia.html 4.

You might also like