You are on page 1of 10

1.

0 PENGENALAN Sukan rekreasi memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan modal insan minda kelas pertama yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (Jeris). Justeru, sukan rekreasi menjadi salah satu komponen penting dalam sukatan Pendidikan Jasmani. Oleh sebab itu setiap tahun, IPG Kampus Darul Aman akan menganjurkan Program Amali Luar Bilik Darjah Sukan dan Rekreasi untuk pelajar-pelajar yang mengambil kursus PJK. Melalui sukan dan rekreasi, bakal-bakal guru dapat membina dan mengekalkan keadaan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang sihat. Di samping itu, aktiviti yang dijalankan dapat menyebabkan tubuh badan sentiasa sihat dan menjauhi diri daripada amalan gaya hidup yang tidak sihat misalnya merokok. Pada masa yang sama, juga dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan aktiviti yang tidak bermanfaat dan gejala sosial bersama rakan sebaya. Selain itu, melalui aktiviti sukan rekreasi, bakal-bakal guru juga dapat mengawal emosinya dengan lebih baik dan dapat melatih mereka berfikir dengan tenang dan menyelesaikan masalah dengan baik. Tuntasnya, Program Amali Luar Bilik Darjah Sukan dan Rekreasi 2013 telah berjaya melatih bakal-bakal guru ke arah yang lebih maju dan cemerlang serta dapat mengaplikasikan kemahiran-kemahiran yang dipelajari pada masa depan.

2.0 BIDANG TUGAS AJK PERALATAN Sebelum Menyediakan borang alatan untuk setiap AJK Menyenaraikan alatan yang diperlukan untuk perkhemahan Membuat senerai penuh peralatan yang dipinjam Menguruskan urusan tempahan alatan perkhemahan dari stor Memeriksa alatan yang dipinjam berada dalam keadaan baik Menentukan tarikh, masa dan tempat untuk memuatkan peralatan ke dalam lori Semasa Menyimpan semua peralatan di khemah peralatan Membuat catatan keluar masuk alatan dari khemah peralatan Memastikan peralatan cukup ketika pulang

Selepas Menyemak dan memulangkan alatan yang dipinjam Membuat laporan tentang kehilangan serta kerosakan pada alatan yang dipinjam Membuat laporan keseluruhan tentang sukan rekreasi

3.0 SENARAI SEMAK TUGASAN AJK PERALATAN Sebelum BIL. 1. TUGASAN Menbuat senarai peralatan yang akan membawa ke Pulau Pangkor 2. 3 Membuat pinjaman dengan stor unit dan stor gerko Membuat senarai penyediaan alatan kepada rakan sekelas 4 Angkat semua peralatan ke asrama lelaki untuk memudahkan proses pengangkutan / / / TANDA /

Semasa BIL. 1. 2. TUGASAN Memastikan semua alatan ada naik bas Memastikan peralatan tidak ditinggalkan dan selamat hantar ke tapak perkhemahan 3 Memastikan setiap peralatan ada disimpan dengan baik 4 Memastikan peralatan ada balik ke IPDA / / TANDA / /

Selepas BIL. 1. TUGASAN Memulangkan peralatan kepada stor unit dan stor gerko TANDA /

4.0 LAPORAN JAWATANKUASA SUKAN DAN REKREASI Nama Kad Pengenalan Jawatan : Ong Ching Ting dan Ho Wern Theng : 941124-07-5149 dan 940501-02-5928 : AJK Peralatan

Selaku AJK Peralatan, kami telah menyenaraikan alatan-alatan yang akan membawa ke Pulau Pangkor. Selepas itu, kami telah mengisi borang unit gerko dan unit stor untuk meminjam alatan-alatan tersebut. Pada masa yang sama, kami membuat senarai penyediaan alatan diri kepada rakan sekelas supaya mereka dapat menyediakan barang-barang sendiri dengan lengkap. Sebelum satu hari bertolak ke Pulau Pangkor, kami telah pun ambil keluar alatan-alatan tersebut dan meletakkan di asrama lelaki untuk memudahkan proses pengangkutan. Kami telah memastikan semua alatan ada naik bas sebelum bertolak dan memastikan peralatan tidak ditinggalkan dan selamat hantar ke tapak perkhemahan. Semasa di Pulau Pangkor, kami telah mendirikan khemah peralatan dan memerhati bahawa alatan yang dipinjam oleh rakan ada dipulangkan pada masa yang tepat. Pada hari terakhir, sebelum bertolak, kami telah telah memastikan alatanalatan yang dibawa dari IPDA dalam keadaan yang baik pada masa yang sama memastikan peralatan tidak ditinggalkan di Pulau Pangkor. Selepas beberapa hari pulang dari Pulau Pangkor, kami telah pun memulangkan semua peralatan kepada stor unit dan stor gerko dalam keadaan yang baik.

5.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN PROGRAM Aktiviti pada kali ini memang syok dan kami mendapati banyak kelebihan yang boleh belajar. Aktiviti pada kali ini amat menarik terutamanya aktiviti snorkeling. Kebanyakkan daripada kami merupakan dari bandar dan desa. Oleh itu, kami memang kurang mempunyai peluang untuk mendekati dengan laut. Program ini telah memperluaskan ilmu pengetahuan dan pengalaman kami. Sebagai seorang bakal guru Pendidikan Jasmani, kami haruslah mempunyai ilmu yang berkaitan dengan alam sekitar supaya dapat membawa murid-murid kami ke lawatan atau perkhemahan pada masa depan. Selain itu, aktiviti yang kami jalankan juuga dapat melatih kemahiran kami, contohnya berenang dan snorkeling. Kami boleh menceritakan tentang pengalaman sendiri kepada murid-murid kami pada masa kelak. Berenang merupakan satu kemahiran yang asas dan haruslah difahami oleh setiap cikgu. Tegasnya, program ini memang memanfaatkan kepada seseorang bakal guru kerana inilah satu latihan bagi kami. Walaupun program ini memang memanfaatkan tetapi ia juga mempunyai sedikit kelemahan. Program ini hanya menjalankan 3 hari sahaja dan ini memang tidak cukup kerana sebagai seorang cikgu, ia bukan sahaja perlu memahami kemahiran berenang tetapi juga hiking dan lain-lain. Pihak berkenaan boleh membuat pertimbangan supaya membuat satu lagi program di Taman Negara Pahang supaya dapat memperluaskan pengalaman kami. Tuntasnya, masa yang suntuk ini merupakan kelemahan program ini.

6.0 REFLEKSI Nama No Kad Pengenalan Angka Giliran : Ong Ching Ting : 941124-07-5149 : 2012181310046

Semester ini kami telah diberitahui bahawa kelas kami akan menjalankan satu aktiiviti Sukan Dan Rekreasi di Pulau Pangkor. Aktiviti ini memang mengembira saya kerana lama saya tidak pergi ke pulau. Sebelum saya pergi ke Pulau Pangkor, saya telah membuat persediaan yang lengkap supaya tidak akan mengalami ketidakcukupan alatan di Pulau Pangkor. Senarai yang bagi individu juga saya sediakan supaya rakan saya tidak akan kekurangkan alatan di Pulau Pangkor. Saya telah membuat persediaan yang baik dengan meminjam alatan dari stor unit dan stor gerko. Saya dan penolong saya Ho Wern Theng telah membuat satu senarai tugas supaya kerja kami dapat dijalankan dengan lancar. Apabila kami sampai ke Pulau Pagkor, kami telah membuat satu khemah untuk peralatan. Kami sentiasa memerhati bahawa alatan yang dipinjam oleh rakan ada dipulangkan pada masa yang tepat. Selepas itu, saya pun melibatkan diri dalam aktiviti yang disediakan oleh rakan saya. Hari pertama kami telah membuat kembara pulau dan ini telah memperluaskan ilmu pengetahuan saya. Hari kedua kami menjalankan banyak aktiviti contohnya kayak, snorkeling dan lain-lain. Saya berasa sangat seronok kerana dapat bermain di dalam laut. Air yang sejuk telah menyelesakan saya. Kami telah pulang ke IPDA pada hari yang ketiga. Sebelum kami balik ke IPDA, kami telah membeli-belah di kedai supaya dapat membeli cenderamata kepada rakan sebilik. Tuntasnya, aktiviti kali ini amat seronok dan saya harap ada peluang untuk pergi ke Pulau Pangkor lagi.

Nama No Kad Pengenalan Angka Giliran

: Ho Wern Theng : 940501-02-5928 : 2012181310036

Pertamanya sekali, saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana dapat menyiapkan bahagian tugasan saya ini dengan baik dan dapat menghantarnya sebelum tempoh tarikh yang ditetapkan. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pensyarah Pendidikan Jasmani dan Kesihatan kami, iaitu En. Zainol Rashidi bin Md Noor, En. Muhammad Taufiq Cheng bin Abdullah dan Pn. Robiah binti Shuib yang memberikan tunjuk ajar semasa di Pulau Pangkor dan dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Saya amat berbangga dengan pensyarah kami yang memberikan idea dan pengetahuan yang luas untuk menyiapkan tugasan projek ini dengan lancar. Beliau juga menerangkan cara membuat tugasan projek ini dengan jelas kepada kami dengan sabar malah sedaya upaya menolong kami untuk menyiapkan tugasan ini dalam tempoh masa yang ditetapkan. Apabila diketahui dapat pergi ke Pulau Pangkor untuk menjalankan Amali Luar Bilik Darjah Sukan dan Rekreasi 2013, saya berasa sangat gembira kerana akhirnya kami pun berjaya mengatasi semua halangan misalnya dari segi kewangan. Selaku Penolong AJK Peralatan, saya dan ketua saya, Ong Ching Ting telah menyenaraikan alatan yang akan digunakan dan meminjamnya dari stor gerko dan stor unit. Pada hari pertama, aktivti yang paling menyenorokkan ialah Kembara Pulau. Walaupun cuaca hari tersebut sangat panas, namun saya telah belajar banyak, misalnya sejarah Kota Belanda yang amat berguna kepada saya selaku bakal guru sejarah. Selain itu, aktiviti yang dijalankan oleh AJK Aktiviti dan Sesi Moral juga sangat menarik sehingga saya tidak berasa masa lalu dengan cepatnya. Saya sangat terkejut telah dipilih sebagai Kem Komander.

Aktiviti yang paling letih ialah aktiviti yang dijalankan pada hari kedua, iaitu snorkelling dan kayak. Namun, sangat seronok kerana saya tidak pernah bermain kayak. Ini merupakan pengalaman yang tidak dapat saya dilupai. Kami telah mengemaskan khemah dan bertolak pada hari ketiga. Sebelum bertolak dari Jetty Lumut balik ke IPDA, kami telah membeli cenderamata untuk ahli keluarga dan rakan-rakan. Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK kerana telah memberi komitmen dan kerjasama yang tinggi sehingga aktiviti yang dijalankan berjalan dengan sangat lancar. Tuntasnya, saya berharap agar Amali Luar Bilik Darjah Sukan dan Rekreasi kali ini dapat memberikan pengalaman dan pengajaran kepada saya serta dapat menolong saya pada masa depan kelak. Sekian, terima kasih.

7.0 LAMPIRAN

Ong Ching Ting dan Ho Wern Theng berdiri di tepi khemah peralatan.

AJK Peralatan sedang mengemaskan dan membuat semakan terakhir sebelum pulang ke IPDA.

10

You might also like