You are on page 1of 37

APPLY GENERAL SAFETY REGULATION

VIDEO

Menurut sumber rujukan Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi ke2 Keselamatan dapat memberi maksud sebagai keadaan selamat, keamanan, dan kesejahteraan.

Keselamatan dapat diinterprestasikan sebagai suatu keadaan di mana manusia, hidupan lain dan harta benda terlindung daripada bahaya hasil daripada aktiviti-aktiviti pekerjaan manusia. Keselamatan industri pula dapat ditafsirkan sebagai aktiviti,kelakuan atau kerja yang bebas daripada bahaya atau risiko kecederaan dan mengawal kerugian akibat daripada kemalangan.

Keselamatan merupakan perihal selamat, kesejahteraan atau keamanan. Keselamatan juga bermaksud keadaan terlindungi daripada masalah fizikal, sosial, kewangan, politik, perasaan, pekerjaan, psikologi, pelajaran dan perkara-perkara lain yang melibatkan kerosakan atau kejadian yang tidak diingini. Ini juga termasuk dalam konteks terlindung daripada sesuatu malapetaka atau kejadian yang berkaitan dengan kesihatan dan ekonomi.

Daripada maksud-maksud dan tafsiran yang telah diberikan, keselamatan merupakan aspek utama yang perlu dipatuhi bagi memastikan keselamatan dan kesihatan seseorang itu terjamin. Hal ini demikian kerana, keselamatan dilihat sebagai salah satu punca dalam menentukan keuntungan dan kerugian sesebuah firma atau syarikat. Sebagai contoh, jika sesebuah firma tersebut terlalu ramai orang yang mengalami kemalangan, firma tersebut perlu menanggung kerugian dan kos kemalangan terbabit. Pampasan perlu diberikan kepada pekerja yang mengalami kemalangan tersebut. Hal sebegini dilihat akan merugikan pihak firma dan dalam masa yang sama proses pengeluaran sesuatu produk juga akan berkurangan. Faktor keselamatan sering dikaitkan dengan faktor proses pengeluran. Oleh itu, keselamatan merupakan elemen yang penting dan perlu sentiasa dititik beratkan supaya tiada sebarang

Bagi memastikan keselamatan dapat dijaga dan dipelihara di tempat kerja para pekerja perlulah mengikut panduan keselamatan ditempat kerja. Berikut adalah contoh panduan keselamatan di tempat kerja.
1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) 9) 10) 11) 12) Awasi semua notis peringatan Beritahu semua keadaan merbahaya kepada pengguna/pekerja Jangan bergurau senda semasa bekerja Pastikan tempat kerja bersih dan kemas Pindahkan semua benda-benda yang menghalang laluan Bersihkan minyak yang melimpah Tutup semua lubang terdedah Awasi semua tanda larangan merokok Pindahkan semua halangan daripada alat pencegah kebakaran Pelajari cara-cara penggunaan pemadam api Jangan pindahkan alat pemadam api Memakai pakaian keselamatan yang lengkap

1. Mempertingkatkan kesedaran dan memupuk budaya keselamatan dan kesihatan di kalangan semua pekerja. 2. Memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja di tempat kerja (bebas dari bahaya). 3. Melindungi orang di tempat kerja selain daripada pekerja ditempat tersebut. 4. Menggalakkan suatu persekitaran pekerjaan yang selesa untuk pekerja supaya bersesuaian dengan keperluan fisiologi dan psikologi

5. Menyediakan kaedah di mana peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dapat diganti dengan sistem peraturan dan kod amalan industri yang beroperasi bersama dengan peruntukan akta ini untuk mengekalkan dan meningkatkan standard keselamatan dan kesihatan. 6. Keselamatan dan kesihatan juga perlu diutamakan supaya dapat mengelakkan kerugian pada industri. 7. Apabila kesihatan pekerja terjaga, sesuatu pekerjaan dapat dijalankan dengan tekun dan produktif. Produk dan perkhidmatan yang berkualiti juga dapat dihasilkan. 8. Tujuan keselamatan dan kesihatan dalam industri diadakan bertujuan untuk meningkatkan produktiviti, tingkatkan keupayaan bersaing dan sebagainya. 9. Keselamatan dan kesihatan dalam industri juga dapat menunjukkan komitmen majikan terhadap keselamatan dan kesihatan pekerja.

Pastikan bengkel mempunyai pengudaraan yang baik. Pastikan bengkel mendapat pencahayaan yang mencukupi Pastikan persekitaran bengkel bersih. Tanggungjawab pelajar membersihkan ruang kerja selepas menjalankan amali. Tidak membuat bising supaya semua arahan pensyarah dapat didengar dengan jelas. Mengenalpasti kedudukan alat pemadam kebakaran supaya mudah dicapai ketika kebakaran. Melengkapkan diri dengan latihan kebakaran. Mengenalpasti kedudukan peti pertolongan cemas.

Jangan biarkan alatan dan bahan bersepah di atas lantai atau sekeliling mesin. Elakkan minyak atau gris tertumpah di atas lantai. Alat tangan disimpan dengan kemas dan tersusun di tempatnya. Lantai dalam keadaan yang sentiasa kering. Tanda amaran digunakan bagi memberi amaran dan melindungi pekerja dari bahaya.

Pakaian yang sesuai dengan tugas yang dijalankan. Tidak memakai cincin, gelang tangan, jam tangan dan barangan kemas lain sewaktu bekerja. Kasut bertapak nipis, bertumit tinggi atau berpaku tidak dibenarkan. Penggunaan sarung tangan yang sesuai dengan kerja. Contoh: sarung tangan kulit untuk kerja kimpalan, sarung tangan getah untuk kerja yang melibatkan bahan kimia. Rambut pendek bagi lelaki dan perempuan bertudung dengan kemas.

Sentiasa mematuhi peraturan dan arahan yang diberikan oleh papan-papan tanda dan pensyarah/penyelia. Tanya jika kurang jelas. Jangan makan, minum, bergurau senda atau berkejarkejaran semasa bekerja dan dalam tempat kerja. Sentiasa bertenang dalam menjalankan tugas. Bersihkan tempat kerja setelah selesai menjalankan tugas. Jika terdapat sesuatu yang dikuatiri bahaya, segera laporkan kepada pensyarah/penyelia.

Jangan gunakan alat atau mesin tanpa mengetahui cara menggunakannya. Jangan gunakan alat atau mesin tanpa kebenaran. Alat atau yang rosak perlu dibaiki sebelum digunakan walaupun kerosakan kecil. Peralatan kerja mesti disimpan di tempat yang betul. Bersihkan alat selepas digunakan. Jangan biarkan mesin hidup tanpa pengawasan walau sekejap.

Patuhi peraturan penggunaan alat walaupun anda telah biasa dengannya. Jangan tutup atau buang tanda-tanda amaran pada mesin. Gunakan alat yang betul untuk menjalankan sesuatu tugas. Jangan cuba baiki mesin/ alat tanpa kebenaran pensyarah/penyelia.

VIDEO

PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI ( P P E )

PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI ( P P E )


Peralatan perlindungan diri (personel protective equipment -PPE) adalah penting untuk mengelakan berlaku kecederaan kepada anggota tubuh dan kesihatan pekerja sewaktu bekerja.

Definasi

PPE adalah termasuk segala bentuk pakaian dan peralatan tambahan/aksesori yang direkacipta untuk memberi perlindungan daripada hazad atau bahaya di tempat kerja. Pemakaiannya adalah bertujuan untuk melindung pemakainya dari bahaya atau bahaya-bahaya pekerjaan yang boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan.
Contohnya ; Topi keselamatan dsbg. keselamatan, sarung tangan, kasut

PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI ( P P E )


Penggunaan PPE yang sesuai dan betul adalah mustahak. Disamping penggunaan yang betul kita juga perlu tahu bagaimana untuk menyelenggara dan memastikan PPE di dalam keadaan yang baik dan bersih

Pemilihan PPE yang tepat dan sesuai dengan tugas dan pekerjaan adalah penting. Majikan dan pekerja haruslah memahami tujuan, kegunaan dan had perlindungan PPE. Peralatan tersebut mestilah tidak diubahsuai atau ditanggalkan walaupun ianya mungkin tidak selesa dipakai (kadangkala peralatan perlindungan diri tidak selesa dipakai, mungkin kerana cara pemakaian yang tidak betul)

PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI ( P P E )


PERUNTUKAN DAN PENGGUNAAN PPE

PPE mestilah disediakan dan digunakan sewaktu bekerja di tempat yang terdapat bahaya kepada kesihatan dan keselamatan yang mana bahayabahaya tersebut tidak dapat dikawal sepenuhnya dengan kaedah-kaedah pengawalan yang lain. Majikan mestilah memastikan PPE yang dibekalkan adalah cukup dan sesuai digunakan untuk bekerja. PPE yang dibekalkan kepada pekerja adalah secara percuma.

PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI ( P P E )


PENILAIAN DAN PERKIRAAN PPE

Adakah ianya sesuai dengan bahaya atau risiko yang terlibat dan keadaan tempat kerja dimana terdapat bahaya tersebut? Adakah ianya boleh mencegah atau mengawal secukupnya risiko yg terlibat dengan pekerjaan? Adakah ianya boleh dilaraskan atau kemas untuk dipakai? Adakah keadaan kesihatan pemakainya telah diambil kira? Apakah kehendak pekerjaan dan keperluan memakainya? Jika terdapat lebih dari satu jenis PPE yang perlu dipakai adakah ianya bersesuaian diantara satu sama lain?

PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI ( P P E )


LATIHAN PENGGUNAAN DAN PEMAKAIAN PPE

Latihan tersebut adalah penting untuk memastikan bahawa pengguna atau pemakai PPE tahu dan sedar berkenaan PPE yang diperlukan, bilakah ianya mesti dipakai, diperbaiki, diganti dan had penggunaanya. Perkara-perkara penting sewaktu menjalankan latihan PPE

Bilakah PPE diperlukan?


Apakah PPE yang sesuai? Bagaimanakah cara pemakaian yang betul dan kemas? Apakah had-had penggunaan PPE? Bagaimanakah cara penjagaan yang betul, senggaraan, tempoh hayat PPE dan waktu lupusnya?

PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI ( P P E )


PENYELENGGARAAN PPE PPE mestilah ; di dalam keadaan baik bersih disimpan dengan betul selepas menggunakannya dan sebaik-baiknya disimpan ditempat berkunci. PPE gantian mestilah sentiasa disediakan untuk mengelakkan pembaziran masa yang tidak sepatutnya disebabkan proses pembelian PPE gantian.

PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI ( P P E )


PEMAKAIAN PPE YANG BERKESAN Pemakaian PPE akan menjadi berkesan jika pemilihannya dibuat bertepatan dengan keperluan penggunaannya, pengguna diberi latihan penggunaannya dan PPE tersebut telah diuji serta diselenggara dengan baik.

PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI ( P P E )


JENIS-JENIS PPE

Perlindungan Kepala
Perlindungan Muka Perlindungan Mata

Perlindungan Pendengaran
Perlindungan Pernafasan Perlindungan Tubuh

Perlindungan Tangan
Perlindungan Kaki Perlindungan Jatuh

PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI ( P P E )


Perlindungan Kepala

PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI ( P P E )


Perlindungan Muka

PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI ( P P E )


Perlindungan Mata

PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI ( P P E )


Perlindungan Pendengaran

PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI ( P P E )


Perlindungan Pernafasan

PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI ( P P E )


Perlindungan Tubuh

PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI ( P P E )


Perlindungan Tangan

PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI ( P P E )


Perlindungan Kaki

JOM JAWAB

KUIZ

PULAK..

GOOD LUCK

You might also like