You are on page 1of 22

BAB II

KAJIAN LITERATUR



2.1 Kaedah Unsur Terhingga (Finite Element Method)


2.1.1 Pengenalan


Banyak masalah yang membabitkan analisis rekabentuk yang tidak boleh
diselesaikan menggunakan kaedah-kaedah analitikal. Ini adalah benar bagi masalah
yang melibatkan struktur yang kompleks dan keadaan sempadan. Kaedah numerikal
dalam sesetengah kes memberikan penganggaran yang boleh diterima pakai. Banyak
kaedah numerikal diperkenalkan sebelum dan selepas kehadiran komputer, namun
kaedah unsur terhingga telah dibuktikan merupakan kaedah yang paling terkenal.



Kaedah ini adalah kesinambungan kepada kaedah matriks dalam analisis
struktur. lanya dapat menyelesaikan masalah yang susah dan rumit seperti
ketidakseragaman, sifat tegangan dan keterikan tak linear, dan keadaan sempadan
yang rumit. Kaedah ni buat pertama kali telah digunakan bagi menyelesaikan
pemasalahan yang membabitkan masalah ketegasan permukaan dan telah diteruskan
secara beperingkat bagi penyelesaian kepada masalah plat, kepingan dan pepepejal
yang paksinya bersimetri.



7

2.1.2 Konsep Asas


Kaedah unsur terhingga ini adalah berasaskan kepada pemodelan semula
struktur asal dalam bentuk beberapa bahagian yang di panggil unsur terhingga seperti
di tunjukan dalam gambarajah 2.1. Elemen ini diandaikan bersambung di nod.





Rajah 2.1: Gabungan bahagian unsur terhingga.


Fungsi anjakan dipilih bagi menganggarkan variasi anjakan pada setiap
unsur terhingga. Manakala polinomial digunakan bagi menjelaskan fungsi-fungsi ini.
Persamaan seimbang bagi setiap element diperolehi dengan menggunakan. prinsip
potensi tenaga minimum (minimum potential energy). Persamaan ini diperolehi
untuk keseluruhan struktur dengan mengabungkan persamaan bagi elemen-elemen
individu. Dengan ini anjakan akan diperolehi di nod-nod.


Prosedur-prosedur yang terlibat dalam kaedah unsur terhingga diantaranya
ialah:

a) Struktur yang diberikan dibahagikan kepada sistem yang sama dengan unsur
terhingga.
b) Fungsi anjakan yang sesuai dipilih.
Unsur
terhingga
Node
Sempadan
kawasan


8

c) Elemen matriks kekukuhan ditentukan dengan menggunakan prinsip-prinsip
mekanik seperti prinsip potensi tenaga minimum (minimum potential
energy).
d) Matriks kekukuhan global bagi keseluruhan struktur diperolehi.
e) Persanaan algebra yang diperolehi diselesaikan bagi mendapatkan anjakan
yang tidak diketahui.
f) Elemen keterikan dan daya-daya (strains and stresses) dikira berdasarkan
anjakan di nod yang diperolehi.



2.1.3 Persamaan Asas Daripada Teori Elastik


Rajah 2.2 menunjukkan tegasan-tegasan pada elemen isipadu yang ditindaki
beban. lanya dikenali dengan tegasan normal pada komponen
x
,
y
dan
z
dan
tegasan ricih pada komponen
x
,
y
dan
z
Manakala komponen keterikan normal
ialah
x
,
y
dan
z
tiga keterikan ricih
xy
,
yz
dan
zx
. Komponen keterikan adalah
berhubungan dengan komponen anjakan u, v dan w pada titik seperti berikut:

x
u
x

=
y
u
x
v
xy

=


y
v
y

=
y
v
x
w
yz

=

z
w
z

=
x
w
z
u
zx

=
(2.1)


Perhubungan daripada persamaan 2.1 adalah hanya bagi kes yang mana
struktur mengalami ubahbentuk yang kecil sahaja. Jika struktur mengalami
ubahbentuk yang besar maka terpaksalah mengunakan kaedah yang lebih kompleks.


9


Rajah 2.2: Keadaan tegasan di dalam elemen isipadu.


Persamaan tegasan-terikan bagi bahan-bahan isotropic boleh ditulis dalam
bentuk Modulus Young dan Nisbah Poison seperti:


( ) [ ]
z y x x
v

+ +

=
2
1


( ) [ ]
x z y y
v

+ +

=
2
1


( ) [ ]
y x z z
v

+ +

=
2
1


xy xy
G = ,
yz yz
G = ,
zx zx
G =
(2.2)



2.1.4 Tegasan Permukaan


Apabila struktur elastik sangat nipis dengan ini tiada daya dikenakan pada
arah yang selari dengan arah ketebalan. Dengan itu, keadaan ini disebut sebagai


10

tegasan permukaan (plane stress). Sebagai contoh perhatikan permasalahan plane
stress dalam rajah 2.3. Dalam kes ini,hubungan yang constitutive bagi elemen
isotropic ditulis sebagai:

xy
y
x
xy
y
x
v

2
1
0 0
0 1
0 1
1
2

(2.3)



2.1.5 Keterikan Permukaan


Keterikan permukaan berlaku didalam anggota yang tidak boleh memanjang
dalam arah yang berserenjang dengan permukaan apabila beban dikenakan. Sebagai
contoh kepada permasalahan keterikan permukaan adalah tembok penahan, dam,
silinder panjang, terowong dan sobagainva seperti yang ditunjukan dalam rajah 2.4.
Dalam masalah ini
z
,
yz
dan
zx
akan dihapuskan:


) (
y x z
+ =

Hubungan contitutive bagi bahan isotropic ditulis sebagai:

( )( )
( )
( )

+

=

xy
y
x
xy
y
x

2
2 1
0 0
0 1
0 1
2 1 1

(2.4)




11


Rajah 2.3: Masalah tegasan satah.



Rajah 2.4: Contoh praktikal masalah terikan satah.



2.1.6 Pemilihan Fungsi Anjakan


Pemilihan Fungsi anjakan adalah langkah yang penting dalam analisis unsur
terhingga kerana ianya akan memberikan keupayaan elemen dalam analisis.
Perhatian harus diberi kepada fungsi anjakan yang:

(1) Mempunyai pemalar-pemalar yang tidak diketahui sebagai darjah kebebasan
elemen.



12

(2) Tidak mempunyai arah-arah yang tertentu untuk mengalami pergerakan
bebas tanpa sebarang keketerikan dalaman pada elemen.

(3) Keupayaan untuk mengalami keterikan atau tegasan yang berterusan.

(4) Memenuhi keupayaan untuk dibandingkan dari segi anjakan di sempadan-
sempadan bersebelahan.


(a) Elemen satu dimensi


(b)Elemen dua dimensi.



(c)Elemen tiga dimensi.

Rajah 2.5: (a) Elemen satu dimensi; (b)Elemen dua dimensi; (c)Elemen tiga dimensi.


Elemen yang memenuhi syarat ketiga dan keempat dikenali sebagai complete
element. Polinomial merupakan cara yang biasa digunakan dalam fungsi anjakan.
Matematik polinomial adalah mudah digunakan dalam menyelesaikan persamaan
Nod 1 Nod 2 Nod 3


13

yang membabitkan kepelbagaian elemen dan bersesuaian dengan pengiraan secara
digital. Persamaan am polinomial:

( )
n
n
x a x a x a x a a x
1
3
4
2
3 2 1
...
+
+ + + + + =
(2.5)


Pemalar a dikenali sebagai generalized displacement amplitudes. Persamaan
polinomial bagi masalah dua dimensi dibekan sebagai:

( )
n
m m m m m m m
y a y a xy a x a y a x a a y x
2
2
6 5
2
4 3 2 1
... , + + + + + + + =
+ + + + + +


Dimana

+
=
=
1
1
n
i
i m
(2.6)


Polinomial ini boleh diringkaskan bagi mendapatkan nilai yang tetap, linear.
kuadratik atau persamaan yang berdarjah lebih tinggi. Sebagai oontoh sebuah model
linear yang daripada kes dua dimensi, boleh diberikan:

y a x a a u
3 2 1
+ + =
y a x a a v
6 5 4
+ + =
(2.7)









14

2.2 Penggunaan LUSAS


2.2.1 Pengenalan


Kewujudan Perisian LUSAS adalah amat bermanfaat dalam sektor
kejuruteraan awam terutamanya dalam bidang struktur dan bahan. Kelebihan utama
perisian lusas ialah ia dapat menganalisis struktur yang kompleks berasaskan kepada
kaedah unsur terhingga yang melibatkan analisis matriks dan persamaan yang rumit
jika diselesaikan secara manual. Perisian lusas telah menjimatkan masa dan
menyenangkan kerja pengiraan.


LUSAS merupakan satu perisian yang dapat menganalisis struktur yang
kompleks dan bentuk tiga dimensi serta struktur jambatan. Kesemua keputusan-
keputusanan analisis dapat digambarkan dalam gambarajah taburan dan kontur serta
data-data setiap unsur terhingga. Perisian ini juga berupaya menganalisis struktur
dinamik, struktur prategasan dan struktur yang mengalami perubahan suhu.
Kelebihan lusas antara lain ialah dapat menjalankan kerja linear dan analisis tidak
linear. Ia boleh di gunakan untuk mengkaji keadaan kegagalan yang akan berlaku
terhadap sesuatu struktur.
Lusas juga dapat menganalisis struktur dalam keadaan tertentu, iaitu dengan
mengambil kira jenis bahan yang digunakan, suhu tertentu, beban struktur, beban
angin, keterikan dalaman, beban dinamik, beban diskrit, anjakan sambungan untuk
memberikan kepututusan yang lebih jitu.


Perisian ini adalah mudah digunakan kerana struktur yang hendak dianalisis
dapat dilukiskan secara grafik. Kelebihan ini memudahkan pengguna yang tidak
mahir dalam menulis bahasa komputer. Selain itu, grafik tersebut dapat
mengambarkan keadaan sebenar struktur.




15

Perisian kaedah unsur terhingga LUSAS terdiri daripada dua bahagian yang
menjalankan analisis iaitu:

a) LUSAS Modeller
b) LUSAS Solver



2.2.1.1 LUSAS Modeller


LUSAS Modeller merupakan bahagian skrin paparan interaktif yang akan
menjalankan pra-pemprosesan dan pemprosesan penyelesaian analisis sesuatu model
struktur. Skrin paparan interaktif ini boleh diubahsuai mengikut kehendak pengguna
bagi memudahkan analisis. Untuk pengubahsuaian lanjutan, skrip Visual Basic
boleh digunakan bagi tujuan tersebut. Ini menunjukkan bahawa perisian LUSAS
boleh diubah bagi memudahkan tujuan penggunaan yang spesifik. Rajah 2.6
menunjukkan skrin paparan LUSAS Modeller.




16


Rajah 2.6: Skrin paparan LUSAS Modeller



2.2.1.2 LUSAS Solver


LUSAS Solver merupakan bahagian yang akan menjalankan analisis kaedah
unsur terhingga sesuatu model. Ia merupakan skrin paparan MS-DOS. Rajah 2.7
menunjukkan skrin paparan LUSAS Solver.


TREEVIEW
MENU
BUTANG
BUTANG
HELP
TEXT
STATUS
BAR


17

Rajah 2.7: Skrin paparan LUSAS Solver


Perisian Lusas yang digunakan untuk tujuan analisis merupakan evaluation
version sahaja. Maka, kebolehan perisian untuk analisis adalah terhad. Hanya model
dengan ciri-ciri di bawah boleh dianalisis.


Jadual 2.1 Kebolehan analisis perisian LUSAS evaluation version

Nodes Points Elements Degree of freedom Loadcases
500 100 250 1500 10


Penyelesaian analisis sesuatu model struktur dengan menggunakan perisian LUSAS
melibatkan 3 peringkat

a) Pra-pemprosesan

Langkah pertama dalam proses mengaplikasikan perisian ini disebut sebagai
pra-pemprosesan. Peringkat ini melibatkan proses mengenalpasti bentuk struktur
geometri model yang akan dianalisis. Di samping itu, jenis, bahan dan sifat-sifat
model seperti Nisbah Poisson, Modulus Young dan sebagainya akan ditentukan. Ini


18

akan menghasilkan data dalam bentuk fail format (.dat) yang sesuai untuk tujuan
analisis oleh LUSAS Solver.

b) Penyelesaian unsur terhingga

Setelah sebuah model siap dibina, butang penyelesaian Solve Now iaitu
yang didapati di bahagian kanan atas skrin diklik dengan menggunakan butang kiri
tetikus supaya LUSAS solver dapat melakukan analisis terhadap data yang
dimasukkan. LUSAS Solver kemudiannya akan menyelesaikan matriks kekukuhan
dan menghasilkan fail keputusan dalam format (.mys). Fail keputusan tersebut boleh
mengandungi data-data tegasan, anjakan, halaju, pecutan, tindakbalas dan
sebagainya.

c) Pemprosesan

Pemprosesan keputusan melibatkan penggunaan sesuatu pilihan alat (tools)
yang terkandung dalam LUSAS bagi melihat dan menganalisis fail keputusan yang
dihasilkan. Di antara jenis-jenis keputusan analisis yang dapat dipamerkan ialah
seperti plotan lentur, plotan keratan, plotan unit vektor dan plotan taburan tegasan.



2.2.2 Pemodelan & Analisis

Bagi melukis model dan menganalisisnya, terdapat empat langkah utama
yang patut dilakukan dan diikuti:

a) Melukis model dalam bahagian Geometry.
b) Menginput sifat-sifat model dalam bahagian Attributes.
c) Menyimpan model dengan nama file.dat.
d) Menganalisis keputusan.




19

2.2.2.1 Bahagian Geometri


Dalam bahagian ini, bentuk sesuatu struktur dimodelkan secara geometri. Di
antara alat(tools) utama yang digunakan untuk melukis geometri ialah titik (point),
garis(line), permukaan(surface) dan isipadu(volume). Terdapat berbagai cara untuk
menghasilkan sesuatu model yang sama. Ini kerana LUSAS mempunyai pelbagai
cara dan alat untuk membentuk model. Di antaranya ialah by sweeping, by splitting,
copy ,mirror, translation, rotation dan sebagainya. Perhatian harus diambil supaya
suatu sistem orientasi paksi yang sama perlu diwujudkan, samada dalam orientasi
global ataupun tempatan.


Bahagian Geometry merupakan bahagian yang digunakan untuk melukis
model yang hendak dianalisis. Ini penting dalam kerja analisis finite element bagi
sesuatu model. Dalam bahagian Geometry pula terdapat empat komponen utama
iaitu titik (point), garis (line), permukaan (surface) dan isipadu (volume).


a) Titik - Mentakrifkan kordinat bagi model yang dibentuk
b) Garis - Mentakrifkan sudut bagi model yang dibentuk
c) Permukaan - Mentakrifkan permukaan dalaman dan luaran model
d) Isipadu - Mentakrifkan komponen pejal model


Teknik melukis geometri adalah mengikut prinsip yang asas dengan turutan
titik membentukkan garisan, garisan membentukkan permukaan dan permukaan
menbentuk isipadu.


Gambarajah atau model yang dibentuk adalah gabungan titik, garisan,
permukaan dan isipadu. Keempat-empat elemen ini adalah bersepadu dan
mempunyai hubung kait di antara sama lain.. Jika sesuatu titik dalam model
dipindahkan (move), maka garisan, permukaan dan isipadu akan turut dipindahkan..


20

Segala analisis adalah berpandukan kepada model yang dilukiskan. Jadi
ketepatan model yang dilukiskan adalah amat penting. Kedudukan geometri model
memberi pengaruh yang besar dalam menginput data-data dan sifat-sifat model
ketika dalam bahagian Attributes.


Model yang tidak dapat dilukiskan dengan baik akan menyebabkan kerja
analisis gagal. Maka, Adalah sangat penting untuk memastikan kedudukan, saiz dan
unit bagi sesuatu model yang dilukiskan adalab betul dan tepat.



2.2.2.2 Bahagian Attributes


Bahagian atrributes merupakan bahagian yang digunakan untuk memasukkan
data seperti keadaan sokong dan beban serta sifat bahan ke dalam sesuatu model
struktur untuk dianalisis. Dalam bahagian ini terdapat lima komponen yang utama
iaitu sirat atau jala (mesh), geometri (geometry), bahan(material), sokong (support)
dan beban (loading)


a) Sirat - Membahagikan model kepada elemen-elemen yang kecil.
b) Geometri - Memberikan ketebalan dan sifat model
c) Bahan - Menerangkan sifat-sifat bagi model seperti linear, keplastikan,
rayapan dan kesan kerosakan.
d) Sokong - Menunjukkan bagaimana model tersebut disokong.
e) Beban - Menunjukkan bagaimana model dikenakan beban.


Untuk mendapatkan keputusan yang lebih jitu dan tepat model perlu
dibahagikan kepada elemen-elemen yang lebih kecil. Ini bermakna model mestilah
mempunyai meshing yang banyak di mana ianya akan menghasilkan elemen yang
banyak bersaiz kecil.


21


Sifat-sifat bahan adalah penting dalam menganalisis sesuatu model. Dalam
program LUSAS di bawah bahagian Attributtes terdapat satu sub bahagian iaitu
Material ada menerangkan sifat-sifat bagi lima bahan yang biasa digunakan. Bahan-
bahan tersebut antaranya keluli, konkrit, aluminium, aloi dan gelas. Kelima-lima
bahan ini dilengkapi dengan nilai Modulus Young, nilai Poison, ketumpatan dan
pekali pengembangan suhu.


Attributes ditugaskan mengikut asas sifat dan ini menyebabkan maklumat
tersebut tidak hilang walaupun model diedit ataupun re-meshed. Rajah 2.8
menunjukkan kaedah menugaskan dan memanipulasi attributes.



Rajah 2.8: Kaedah menugaskan dan memanipulasi attributes




22

Antara elemen penting yang perlu didefinasikan dalam bahagian ini ialah
jejaring(mesh). Meshing merupakan suatu proses membahagikan struktur kepada
unsur terhingga. Data yang perlu dimasukkan merangkumi:

Jenis Elemen
Jenis setiap elemen pada garisan, isipadu dan permukaan perlu ditentukan.
Proses ini boleh dilakukan dengan melabelkan elemen mengikut elemen
LUSAS. Contohnya, thin/thick beam,thin/thick shell, bar dan sebagainya.

Jenis jejaring (Mesh)
Kawalan terhadap jenis jejaring. Contohnya, regular, irregular, transition
atau grid.

Element Discrezation
Menentukan ketumpatan jejaring dengan menyatakan panjang unsur,
mengikut nisbah panjang unsur masing-masing, bilangan division mesh
ataupun nisbah panjang segmen.


Dataset jejaring ditakrifkan dari menu attributes untuk sesuatu geometri
tertentu samada ianya garis,permukaan atau isipadu. Ia kemudiannya ditugaskan ke
ciri-ciri yang dikehendaki. Dalam bahagian ini juga, bilangan dimensi dan darjah
interpolasi perlu dimasukkan. Keputusan analisis yang tepat dan sebenar bergantung
kepada pemilihan jenis unsur serta darjah kebebasan struktur yang betul. Terdapat
berbagai kaedah untuk mendefinasikan jejaring bagi sesuatu model struktur, namun
kaedah yang sesuai perlu dipilih supaya keputusan analisis yang tepat diperolehi.
Rajah 2.9 menujukkan jenis-jenis jejaring dalam perisian Lusas.









23



Regular grid mesh Non-uniform line spacing


Regular transtition mesh Irregular mesh

Rajah 2.9: Jenis-jenis jejaring


Selepas ciri-ciri jejaring ditentukan, langkah seterusnya ialah memasukkan
data bagi bahagian-bahagian berikut:

a) Ciri geometri
Sifat geometri setiap unsur sesuatu model haruslah didefinasikan
terlebih dahulu.
Jika sesuatu struktur keluli yang dimodelkan, maka kita boleh
memilih saiz dan jenis keluli yang diigini bagi setiap unsur model
tersebut dalam section library.
Kita juga harus memasukkan data-data geometri seperti kesepian,
momen sifat tekun, luas permukaan, ketebalan dan sebagainya bagi
setiap bahagian model.


b) Ciri bahan
Sifat-sifat bahan untuk setiap unsur haruslah didefinasikan terlebih
dahulu.


24

Kita harus memilih jenis bahan, grednya dan unit ukuran yang akan
digunakan.
Selain itu, Modulus Young, Nisbah Poisson dan ketumpatan setiap
bahan juga perlu dimasukkan.


c) Penyokong
Cara sesuatu model struktur disokong haruslah ditentukan terlebih
dahulu.
Di antara pilihan penyokong yang boleh dipilih adalah seperti bebas
bergerak, diikat tegar ataupun dihalang pada suatu arah samada paksi
x,y atau z.


d) Beban
Beban-beban hidup, mati atau angin sesutu model struktur perlu
ditentukan terlebih dahulu.
Set data beban menerangkan pengaruh luar seperti beban kenaan,
beban tumpu, halaju, berat sendiri elemen dan sebagainya terhadap
struktur model tersebut.



2.2.2.3 Menyimpan Model


Selepas model dilukis dan data-data serta sifat-sifat bagi sesuatu model
struktur dimasukan, ia perlu disimpan (save) dengan nama file.dat sebelum analisis
tersebut dapat di lakukan.


Untuk melihat hasil analisis, pastikan option Solve Now dan Load Result
dipilih. Jika analisis adalah berjaya maka akan terdapat dua file baru yang bernama


25

.out dan .mys dalam dokumen yang sama.. Jika analisis gagal kedua-dua fail tersebut
tidak akan dijumpai dan perkataan ERROR akan dipaparkan pada skrin. Pembetulan
harus dibuat supaya analisis dapat dijalankan atau dilakukan.



2.2.3.4 Menganalisis Dan Menilai Keputusan


Selepas struktur telah siap dimodelkan, model kemudiannya bolehlah
dianalisis oleh LUSAS Solver. Jika analisis berjaya, satu fail keputusan dengan
sambungan .mys. akan diterbitkan. Fail ini akan dipaparkan dalam treeview
LUSAS Modeller. Semua maklumat seperti kedudukan penyokong, bilangan nod,
ciri geometri disimpan secara tidak berformat dan hanya boleh digunakan melalui
LUSAS Modeller. Satu fail output dengan sambungan .dat. juga akan diterbitkan .
Fail ini boleh dilihat untuk mengetahui analisis unsur terhingga dengan terperinci .
Rajah 2.10 menunjukkan skrin fail output (.dat.).



Rajah 2.10: Skrin fail output (.dat.)


26

Secara kesimpulannya hasil keputusan boleh dinyatakan atau ditunjukkan
dalam tiga bentuk iaitu dalam bentuk pengiraan, manipulasi keputusan dan
gambarajah.












ANALISIS KEPUTUSAN
Pengiraan lanjutan
Analisis model linear
Analisis model berdasarkan
keputusan nilai Eigen
Mendapatkan keputusan
analisis Fourier
Manipulasi keputusan daripada model
Keputusan mengikut section model
Mempamerkan keputusan secara
berkumpulan
Jangkaan kepada proses mendapatkan
keputusan
Proses mendapatkan keputusan-
keputusan berkaitan pempermukaan
thermal
Mempamerkan dan mengestrak data
Lukisan dengan sirat (mesh)
Plotan keputusan sebagai kontur
Plotan keputusan sebagai vektor
Rajah momen lentur dan daya ricih
Mempamerkan jenis keretakan pada konkrit
Plotan bahan tidak linear
Penandaan nilai-nilai penting
Plotan keputusan pada graf
Mempamerkan urutan pergerakan
Pengeluaran keputusan pada skrin atau
file


27

2.2.3 Contoh Penggunaan Perisian LUSAS
















Rajah 2.11: University College London Hospital


Rekabentuk dan pembinaan University College London Hospital telah
dijalankan oleh Amec Group, Balfour Beatty Construction dan Haden Young.
Seorang jurutera bernama Clarke Nicholls Marcel telah dipertanggungjawabkan
untuk merekabentuk bangunan ini. Oleh kerana bangunan ini mempunyai 22 tingkat
dan dipengaruhi beban angin, beliau telah memutuskan untuk menggunakan perisian
LUSAS untuk menganalisis struktur tersebut.


Beliau dan rakan-rakannya telah membina sebuah model 3D bangunan
tersebut untuk tujuan analisis. Dengan menggunakan perisian LUSAS, mereka telah
dapat menentukan bahagian-bahagian lemah dalam struktur tersebut. Rekabentuk
sewajarnya berdasarkan analisis Lusas telah dijalankan. Menurut beliau, penggunaan
perisian LUSAS sebagai alat analisis telah membantu beliau dari segi rekabentuk
sesuai yang menjimatkan kos dan masa. Rajah 2.11 menunjukkan bangunan hospital
tersebut.

You might also like