You are on page 1of 4

4.

0 SENARIO 2 Masalah disiplin pelajar saban hari dengar menyebabkan masyarakat menjadi resah dan gelisah dengan tindak tanduk mereka. Memang tidak dinafikan terdapat banyak faktor yang mempengaruhi gejala ini. Walau bagaimanapun, cuba kita lihat sejauh manakah faktor keluarga atau ibu bapa mempengaruhi gejala sosial ini. Bukanlah bermaksud kita untuk menunding jari kepada ibu bapa yang menjadi punca masalah ini, tetapi faktor ibu bapa perlu difokuskan kerana ia menjadi ejen sosiolisasi yang utama mempengaruhi mentaliti, sifat dan sikap anakanak. Senario kedua ini menerangkan masalah yang dihadapai oleh En. Andy iaitu dua orang pelajar yang bermasalah dalam bilik darjah. Masalah yang pertama ialah pelajar yang jarang menyiapkan tugasan yang diberi iaitu Danish. Seterusnya, masalah yang kedua ialah pelajar yang menyiapkan tugasan tetapi mengganggu pelajar lain. Penyelesaian yang boleh digunakan dalam menyelesaikan masalah yang pertama iaitu Danish. Dalam hal ini, En. Andy boleh menyelesaikan masalah dengan menggunakan model modifikasi tingkah laku Skinner. En. Andy perlu memberikan peneguhan yang positif kepada Danish apabila menyiapkan tugasan yang diberikan. Peneguhan yang dimaksudkan ialah peneguhan positif iaitu memberikan pujian atau hadiah kepada Danish apabila berjaya menyiapkan tugasan. Pujian ini dapat meningkatkan semangat dan keyakinan Danish kerana dia merasa dihargai oleh gurunya apabila menyiapkan tugasan. Masalah Danish tidak menyiapkan tugasan mungkin berpunca daripada faktor ibubapa yang tidak mengambil berat akan pendidikan anaknya sehingga terabai. Menurut Hussein Mahmood ( 1980 ) mendapati bahawa masalah besar yang dihadapi oleh pelajar-pelajar adalah masalah-masalah yang berkaitan dengan rumah dan keluarga. Selain itu, En. Andy boleh menempatkan kedudukan Danish berdekatan dengan meja guru agar guru senang memantau hasil tugasan yang diberi. En. Andy juga perlu memberikan bantuan dalam menyiapkan tugasan kerana setiap individu mempunyai tahap intelek yang berbeza. Pendapat yang dikemukakan oleh Howard Gardner menunjukkan bahawa kecerdasan seseorang dapat ditingkatkan melalui pendidikan dan latihan. Menurut Gardner, setiap individu mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza kecerdasan dan kecerdasan tersebut boleh ditingkatkan dengan pendidikan melalui aktiviti yang bersesuian. Dalam konteks pendidikan guru memainkan peranan penting untuk merancang aktiviti dalam pengajaran dan

pembelajaran supaya dapat memenuhi keperluan kecerdasan iaitu yang terdiri daripada sembilan kecerdasan yang diperkenalkan oleh Gardner.

Seterusnya, En. Andy perlu menggunakan model akibat logikal Dreikurs yang menekankan empat konsep menangani masalah tidak menyiapkan tugasan yang diberi. Langkah pertama, En. Andy perlu mengenal pasti matlamat tidak menyiapkan tugasan dengan memberi perhatian kepadanya. Langkah seterusnya, En. Andy perlu menentang matlamat tidak menyiapkan tugasan dengan memberikan keterangan yang munasabah, bersama dengan perbincangan logik agar tidak menyinggung perasaan dan menjatuhkan motivasi dirinya. Langkah ketiga yang harus dilakukan ialah memberikan kata-kata semangat dalam diri Danish agar dapat menyiapkan tugasan. Terakhir ialah memberikan galakkan kepada Danish seperti memuji Danish dihadapan kelas sekiranya dia berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan. Langkah-langkah ini dapat membantu dalam mengatasi masalah disiplin yang dihadapi oleh En. Andy terhadap Danish. En. Andy tidak perlu kenakan dendaan terhadap Danish sekiranya dia tidak menyiapkan tugasan. Dendaan ini hanya akan memberikan kesan dalam tempoh masa yang singkat. Selepas itu, Danish akan mengulangi masalah yang sama dan akan menimbulkan sikap benci seperti yang tertulis dalam model Skinner. Dendaan bukan jalan penyelesaian yang baik, tetapi hanya akan meningkatkan masalah disiplin dalam bilik darjah. Apabila murid timbul sikap benci terhadap guru, maka murid akan melakukan perkara yang tidak diingini. Dendaan yang boleh dilakukan ialah seperti dendaan yang positif seperti mengarahkan agar menyiapkan tugasan berdekatan dengan meja guru. Disamping itu, guru boleh memberi peneguhan yang positif kepada pelajar. En. Andy juga perlu menggunakan laras bahasa yang mudah difahami oleh pelajar. komunikasi menggunakan bahasa sebagai media yang menghubungkan antara dua pihak. Selalunya masalah dalam komunikasi ialah berpunca dari bahasa samada bahasa yang salah atau bahasa yang kurang jelas. Sekiranya menggunakan bahasa yang sama pun boleh mengalami masalah apatah lagi pendengar dan penutur merupakan dua individu yang menggunakan bahasa yang berbeza. Sebagai contoh seorang guru yang tidak pernah lekang dari menggunakan loghat daerah sedangkan pelajarnya adalah individu yang menggunakan loghat yang berlainan. Apatah lagi bagi guru yang sudah terbiasa menggunakan bahasa campuran melayu inggeris dalam subjek yang tidak berkaitan seperti sejarah dan moral. Hal ini menarik perhatian Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan, Dato Dr Hassan Ahmad di dalam akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 22 februari 2008 yang menekankan bahawa loghat daerah punca bahasa melayu lemah. Ironi daripada petikan ini guru mestilah pandai menggunakan bahasa bersesuaian mengikut topik yang guru diajar.Situasi ini membawa 8

implikasi yang sangat bahaya iaitu meyebabkan pelajar tidak memahami isi pengajaran yang disampaikan walaupun tersebut menganggap penyampaiannya adalah yang terbaik. Laras bahasa yang tidak sesuai adalah salah satu faktor penyebab pelajar tidak menyiapkan tugasan yang diberi kerana arahan yang tidak jelas. Masalah kedua yang dihadapi oleh En. Andy ialah Ani. Dalam menyelesaikan masalah disiplin yang dilakukan oleh Ani, guru perlu menggunakan teknik memecah rekod dengan mengulangi arahan dua kali atau lebih sehingga Ani faham akan arahan yang diberikan. Sekiranya masih tidak mendengar arahan, tempatkan kedudukan Ani berdekatan dengan meja guru agar guru mudah untuk memantau pergerakkan Ani. Setiap kali Ani melakukan perkara yang menjengkelkan, guru tersebut perlu menyebut atau panggil nama Ani agar dia sedar akan kesilapannya melanggar peraturan bilik darjah. Cara ini terkandung dalam model asertif Canter. Dalam model ini juga, En. Andy boleh menggunakan teknik ulangan positif kepada Ani dengan mengarahkan Ani untuk membaca peraturan bilik darjah secara berulang. Disamping itu, guru harus menjelaskan isi kandungan yang terkandung agar Ani memahami isi kandungan tersebut. Penjelasan harus menggunakan laras bahasa yang sesuai agar mudah difahami oleh Ani. En. Andy juga perlu menyediakan lebihan tugasan kepada Ani semasa proses PdP seperti yang tertulis diatas bahawa setiap individu mempunyai tahap intelek yang berbeza. Lebihan tugasan bertujuan untuk mengelakkan kebosanan Ani untuk menunggu rakanrakannya yang lain dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Ini juga dapat meningkatkan penguasaan Ani terhadap sesuatu topik dengan lebih jelas. Penggunaan makmal komputer juga membantu dalam mengelakkan Ani daripada melakukakn masalah disiplin. Adanya komputer dihadapan mereka, mereka dapat mempelajari dua pengetahuan dalam satu masa seperti yang tertulis dalam model Kounin iaitu bertindih. Pelajar juga dapat menguasai

kemahiran dalam menggunakan internet dalam mempelajari topik matapelajaran yang dipelajarinya. Internet merupakan salah satu alat yang boleh menarik minat-murid untuk terus berminat dalam pengajaran dan pembelajaran. Perkhidmatan komunikasi melalui internet melibatkan imej dan suara yang jelas dapat menarik minat murid-murid untuk belajar. Guru-guru boleh melibatkan semua murid-murid terutamanya aktiviti melalui e-mail berkongsi menjalankan sesuatu projek dengan murid lain.Internet memdedahkan murid-murid kepada pelbagai bahan. Bahan-bahan seperti imej bumi yang diambil dari satelit di seluruh dunia atau maklumat tentang iklim negara dan fakta-fakta negara. Pelbagai jenis penyakit boleh diperolehi dengan mudah.

Tambahan pula maklumat seperti ini lebih mudah dan terkini daripada apa yang dapat diperolehi dari sumber yang lain.Guru juga dapat mengatur supaya murid membuat lawatan ke tempat-tempat menarik di seluruh dunia secara elektronik. Tempat-tempat bersejarah seperti Melaka dan tempat-tempat menarik seperti pyramid di Mesir, tembok besar di Cina dan air terjun Niagara Falls terdapat di dalam internet. Semua maklumat yang hendak dicari boleh diperolehi dengan mudah. Kesemua ini boleh menarik minat murid untuk mengikuti pengajaran oleh guru. En. Andy juga boleh menggunakan peneguhan positif yang terdapat dalam model Skinner. En. Andy perlu memberikan peneguhan positif kepada Ani seperti memberikan hadiah kepada Ani sekiranya duduk diam dan tidak mengganggu rakan-rakannya yang lain. Sekiranya cara peneguhan positif ini secara berterusan berlaku, maka akan menjadi kebiasaan kepada Ani untuk tidak mengganggu rakan-rakannya yang lain semasa didalam kelas. En. Andy juga perlu mengahadkan pergerakkan Ani di dalam kelas kepada kepada beberapa bahagian sahaja agar Ano tidak bergerak bebas semasa proses PdP dijalankan.

10

You might also like