You are on page 1of 1

Nurul Nadia Binti Mohd Zawawi, Lot 4652 Kampung Telaga, 21700 Kuala Berang.

Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya Hulu Terengganu, 21700 Kuala Berang. 18 Februari 2013

Tuan, Permohonan Untuk Menjalani Latihan Industri.

Merujuk pernyataan di atas, saya Nurul Nadia Binti Mohd Zawawi no. kad pengenalan 910130-11-5440 ingin memohon peluang di jabatan tuan bagi menjalani latihan industri yang akan bermula pada 01 Julai 2013 sehingga 06 September 2013 dan akan mengambil tempoh masa sehingga 10 minggu.

2.

Buat makluman, saya merupakan seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang yang

sedang mengikuti pengajian bagi jurusan Kejuruteraan Mekanikal. Institusi tempat saya belajar telah mensyaratkan latihan industri untuk pelajar tahun tiga yang telah menyempurnakan enam semester dan cukup kredit dalam pengajian.

3.

Berdasarkan nasihat oleh ibu bapa dan kajian sendiri, saya mendapati jabatan tuan

merupakan tempat yang sesuai untuk saya menjalani latihan industri. Selain itu, saya berjanji akan memberikan khidmat terbaik sepanjang tempoh latihan industri tersebut.

4.

Bersama ini saya lampirkan resume untuk rujukan tuan. Saya berharap agar tuan

dapat mempertimbangkan permohonan saya ini. Ucapan terima kasih di atas kerjasama pihak tuan.

Sekian. Yang benar,

( Nurul Nadia Binti Mohd Zawawi )

You might also like