You are on page 1of 11

1.

0 Pengenalan Malaysia merupakan sebuah negara yang didiami oleh rakyat berbilang kaum daripada pelbagai latar belakang budaya yang hidup aman dan damai bersama. Integrasi antara kaum ini seterusnya membentuk budaya Malaysia. Budaya ini menjadi sebahagian daripada budaya pendidikan di sekolah yang turut meliputi budaya dari segi lokasi, pekerjaan ibu bapa, pendidikan yang diterima, status ekonomi, sosial, keturunan, kuasa politik, bangsa, bahasa, adat resam, kepercayaan dan jantina. Justeru itu, bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, adalah penting bagi guru dan pihak sekolah untuk membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya sangat penting kerana melalui persekitaran bilik darjah yang mesra budaya ini, kita dapat melahirkan muridmurid tanpa mengira latar belakang sosio budaya yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Murid-murid ini seterusnya akan membentuk masyarakat yang harmonis dan aman serta berjaya. Pembinaan bilik darjah yang mesra budaya terdiri daripada espek-espek yeng tersendiri. Antara salah satu aspek didalam pembinaan bilik darjah yang mesra budaya ialah aspek yang berkaitan dengan pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang terdiri daripada beberapa elemen seperti kepelbagaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah dan penaksiran dan penilaian prestasi pelajar.

1.1 Kepelbagaian aktiviti aktiviti pengajaran dan pembelajaran

4.0 Pembinaan pengajaran dan pembelajaran serta persekitaran bilik darjah yang mesra budaya

Pengajaran dan pembelajaran dalam suasana yang mesra budaya akan menggalakkan interaksi dan integrasi di kalangan murid dalam situasi yang kondusif. Marzano (2003) berpendapat tindakan guru dalam bilik darjah mempunyai impak dua kali ganda dalam pencapaian murid berbanding dengan polisi sekolah berkenaan kurikulum, penilaian kerjasama antara guru dan penglibatan masyarakat. Disebabkan itu, guru memainkan peranan besar dalam menyediakan persekitaran efektif yang mampu merangsang perkembangan murid dalam pembelajaran. Dua aspek penting yang perlu diambill kira semasa membina persekitaran ini ialah aspek fizikal dan sosio-emosi. Dari segi fizikal, guru perlu merancang susunan kedudukan dan susunan kerusi meja yang bersesuaian, penggunaan ruang dalam bilik darjah, peralatan asas yang mencukupi, bahan bantu mengajar dalam keadaan baik, serta pengudaraan dan pencahayaan yang cukup. Penyediaan persekitaran fizikal yang baik boleh mengubah suasana belajar yang membosankan, kurang selesa dan tidak ceria, kepada

pembelajaran yang menyeronokkan, selesa, segar, ceria. Secara tidak langsung, tumpuan murid terhadap pengajaran serta rangsangan belajar di kalangan murid meningkat. Keadaan fizikal yang baik sahaja tidak mencukupi untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran, pengurusan sosio-emosi yang berkesan juga perlu diseimbangkan. Motivasi atau kuasa dalaman akan membangkit, mengarah dan mengawal minat dan tingkah laku murid (Woolfolk, 1990). Justeru itu, emosi murid perlu diurus dengan baik bagi mewujudkan pembelajaran yang berkesan melalui teknik mengajar yang bersesuaian, motivasi, ganjaran dan peneguhan serta menitikberatkan kebajikan serta keperluan murid. Selain daripada itu, murid perlu didedahkan dengan pengetahuan mengenai kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia dan menerimanya dengan hati yang terbuka. Ini boleh diterapkan melalui teknik pengajaran yang lebih berorientasikan murid bagi mewujudkan lebih interaksi dan kerjasama antara murid-murid daripada pelbagai latar belakang budaya.

Disamping itu, pemilihan tajuk pembelajaran dan contoh yang berkaitan kepelbagaian budaya perlu digunakan. Guru juga seharusnya tidak bersikap pilih kasih dan lebih sensitif dengan tidak menyentuh perkara-perkara sensitif bagi mana-mana murid. Nilai-nilai murni seperti kerjasama, kasih sayang, setiakawan juga perlu disuburkan dalam diri murid-murid tanpa mengira bangsa dan agama. Elemen-elemen ini sekiranya diaplikasikan dalam bilik darjah dapat mewujudkan persekitaran mesra budaya dan dapat merangsang pembelajaran murid-murid.

5.0 Pelan lantai bilik darjah mesra budaya Sebelum melakar pelan ini, saya terlebih dahulu mengenalpasti kedudukan pintu, tingkap sebagai sumber cahaya dan udara, plug elektrik dan papan putih dalam bilik darjah. Ini dapat membantu saya untuk merancang susun atur bilik darjah. Dalam pelan lantai bilik darjah yang saya bina, terdapat beberapa elemen yang boleh membawa kepada persekitaran mesra budaya di dalam bilik darjah. (1) Meja guru Meja guru diletakkan di hadapan kelas, menghadap meja murid bagi membantu berlakunya kontek visual antara murid dan guru sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Kedudukan meja guru adalah di bahagian tepi kelas bukan di tengah supaya penglihatan murid pada papan putih tidak terhalang. Meja ini tidak diletakkan di sebelah pintu supaya laluan keluar masuk tidak terhalang, sebaliknya diletakkan di sebelah tingkap bagi memberi pencahayaan dan pengudaraan yang cukup untuk keselesaan guru. Keselesaan guru dapat merangsang semangat untuk guru mengajar dalam emosi yang positif. (2) Rak guru Rak guru diletakkan di sebelah meja guru bagi kemudahan guru untuk menyimpan bahan bantu belajar termasuk CD untuk kegunaan murid. (3) Meja murid

Meja murid disusun mengikut kumpulan berempat berbentuk V supaya memudahkan berlakunya komunikasi antara ahli dalam kumpulan. Susunan ini turut menggalakkan pembelajaran berorientasikan murid yang membolehkan murid terlibat secara aktif dalam pembelajaran. Di samping itu, susun atur sebegini memudahkan murid menjalankan aktiviti berkumpulan. Dengan susunan berbentuk V, pergerakan murid

menghadap papan putih turut diminimumkan bagi memberi keselesaan kepada murid-murid, di samping mengekalkan kontek visual antara guru dengan murid. Meja murid juga tidak diletakkan di depan pintu. (4) Sudut multi-media Di sudut ini, disediakan sebuah komputer dengan jaringan internet untuk penggunaan murid yang disambungkan ke plug elektrik yang di dinding bahagian tersebut. Sudut ini diletakkan berhampiran meja guru bagi memudahkan murid mendapat bimbingan guru semasa

penggunaannya. Ini juga dapat memberi kelebihan kepada guru untuk memantau murid-murid agar menggunakan multi-media secara bijak dan bermanfaat. Guru juga perlu menyediakan peraturan penggunaan multimedia ini. Rasionalnya adalah supaya semua murid dapat menikmati kemudahan ini, pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar dan mengelakkan berlakunya kerosakan atau kemalangan. (5) Sudut bacaan Di satu sudut di bahagian belakang kelas dikhaskan sebagai sudut bacaan. Di sudut ini, dihamparkan permaidani dan diletakkan beberapa bantal untuk keselesaan murid-murid. Ruang ini lebih bersifat mesra kepada murid-murid dan memberi suasana seolah-olah mereka berada di rumah. Beberapa rak yang memuatkan buku, kamus, peta, surat khabar, majalah turut disusun di sudut ini untuk bacaan umum dan rujukan murid. Bahan-bahan bacaan ini diperolehi daripada sumbangan murid dan guru. Oleh itu, murid-murid akan berasa lebih bertanggungjawab untuk

menjaganya kerana merasakan mereka turut memberi sumbangan bahan bacaan. Peraturan penggunaan ruangan ini turut dibina seperti bahan bacaan tidak boleh dikeluarkan daripada kelas, bahan bacaan perlu disusun kembali di atas rak selepas digunakan dan sebagainya. Peraturan sebegini boleh mengelakkan berlakunya kerosakan dan kehilangan bahan bacaan ini.

(6) Meja bulat Meja bulat diletakkan di tengah bahagian belakang kelas bagi membolehkan murid berehat atau berbincang. Oleh itu, kedudukannya adalah berhampiran dengan bekas air minuman. (7) Bekas air minuman Satu bekas air minuman yang besar diletakkan di antara sudut bacaan dan tempat simpanan bekal makanan. Ini dapat menggalakkan murid-murid untuk minum banyak air untuk kesihatan. Satu jadual disediakan untuk menyelenggara bekas air minuman ini. (8) Tempat simpanan bekal makanan Semua murid dikehendaki menyimpan bekal makanan masing-masing di sini. Sekiranya bekal makanan diletakkan di meja murid, andainya makanan itu tertumpah, ruang meja murid akan kotor dan mungkin juga akan mengotorkan buku-buku murid. Selain daripada itu, bekal makanan itu juga boleh menarik perhatian murid sehingga mengganggu tumpuan murid semasa belajar. (9) Tempat simpanan barang murid Di sini, murid-murid boleh menyimpan beg sekolah dan barangbarang mereka yang lain. Ini dapat memberi keselesaan kepada muridmurid agar dapat belajar tanpa gangguan. (10) Papan kenyataan

Dimuatkan jadual tugasan murid, hasil kerja murid, dan gambar aktiviti murid pada papan kenyataan untuk rujukan dan hiburan. Dalam jadual tugasan ini, murid-murid dibahagikan mengikut turutan hari dan tugas membersihkan kelas. Murid-murid turut merasa bangga melihat hasil kerja mereka dipamerkan dan secara tidak langsung mencetuskan minat mereka untuk belajar. Dalam hasil kerja murid turut terdapat input yang bermanfaat kepada semua murid.

(11) Akuarium dan pokok berpasu Ini dapat meningkatkan pengalaman pembelajaran murid melalui penjagaan ikan dan pokok. Disamping itu, sifat tanggungjawab dapat dipupuk ke dalam diri murid-murid apabila mereka perlu menjaga ikan, membersihkan akuarium, dan menyiram pokok. (12) Bakul sampah Dengan adanya bakul sampah, kebersihan bilik darjah dapat dijaga kerana murid-murid perlu membuang sampah ke dalam bakul sampah. (13) Peti pertolongan cemas Peti pertolongan cemas ini diletakkan di hadapan kelas dan berhampiran dengan meja guru. Penggunaan peti pertolongan cemas ini perlu mendapat keizinan guru. Setiap kelas perlu mempunyai peti pertolongan cemas kerana kita tidak dapat menjangka bila berlakunya kemalangan. Dengan adanya peti ini, rawatan kecemasan dapat diberikan dengan segera apabila berlakunya kemalangan. (14) Pemadam api Pemadam api amatlah penting sekiranya berlaku kebakaran. Dengan adanya pemadam api dalam bilik darjah, kebakaran kecil dapat dipadamkan dengan segera serta dapat dielakkan daripada merebak.

Guru perlu menjemput pegawai bomba ke sekolah untuk menerangkan kepada tindakan yang perlu mereka ambil sekiranya berlaku kebakaran dan bagaimana cara untuk menggunakan pemadam api. (15) Jam dan kalendar Jam perlu diletakkan di hadapan kelas untuk melatih murid menghargai masa. Kalendar pula digunakan untuk rujukan tarikh. Dalam kalendar turut dicatatkan beberapa hari dan peristiwa penting seperti Hari Kebangsaan. Ini dapat melatih murid supaya peka dengan peristiwaperistiwa penting sebegini. (16) Pengasah pensel Pengasah pensel diletakkan berhampiran bakul sampah untuk kemudahan murid di samping menjaga kebersihan kelas. Ini juga dapat mengelakkan murid daripada menggunakan pisau untuk mengasah pensel bagi keselamatan murid. (17) Pencahayaan dan pengudaraan Pencahayaan dan pengudaraan yang cukup amatlah penting untuk keselesaan murid dan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Tingkap dan lampu yang mencukupi boleh memberi pencahayaan dan pengudaraan yang mencukupi. Susun atur perabot dalam bilik darjah juga disusun tidak menghalang tingkap untuk mengelakkan berlakunya halangan pencahayaan dan pengudaraan. 6.0 Rumusan Kesimpulannya, Kemahiran guru menggunakan kreativiti serta

mengaplikasikan pengetahuan dan teknik yang bersesuaian amatlah penting dalam mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Gabungan elemen-elemen fizikal dan sosio-emosi dapat mewujudkan suasana yang lebih harmoni yang membantu ke arah pencapaian objektif pembelajaran.

Bilik darjah ini adalah kondusif untuk semua murid tanpa mengira perbezaan sosio-budaya sama ada dari segi bangsa, struktur masyarakat atau kelas sosial, kepercayaan, bahasa, adat resam mahupun jantina. Murid yang belajar dalam kelas ini mendapat motivasi yang baik yang mendorong semangat mereka untuk belajar.

7.0 Penutup Diharapkan bilik darjah mesra budaya dapat diwujudkan di setiap sekolah bagi memberi peluang yang sama rata kepada semua murid untuk menikmati pembelajaran yang kondusif. ASPEK PENGURUSAN BILIK DARJAH DARI SEGI SUSUNAN MEJA DAN KETERANGANNYA

Petunjuk: Papan hitam Meja guru Meja murid

Gambar rajah di atas merupakan satu contoh lakaran pelan susunan dalam bilik darjah yang menunjukkan dalam satu kumpulan mempunyai tiga orang murid. Murid-murid ini disusunkan secara berselang-seli mengikut bangsa Melayu, India dan Cina. Mereka juga boleh berkerja dalam satu kumpulan dan bercampur dengan baik semasa dalam proses PnP. Berdasarkan gambar rajah juga dapat dilihat meja murid di bahagian hadapan dan tengah disusun secara senget menghala ke papan hitam. Susunan ini bertujuan memberikan fokus yang lebih daripada murid semasa belajar. Dalam erti kata lain, mereka senang untuk melihat apa yang ditulis oleh guru di hadapan. Kedudukan meja guru di hadapan pula bertujuan memudahkan guru memantau aktiviti murid-murid di dalam bilik darjah. Walau bagaimana cara susunan sekalipun, guru perlu memastikan bahawa susunan di dalam bilik darjah tidak terlalu rapat dan sesak kerana ianya boleh mengehadkan pergerakan murid dan guru sendiri untuk bergerak dalam bilik darjah. Susunan meja dan pemilihan murid untuk mengambil tempat duduk juga perlu diaturkan oleh guru. Sehubungan itu, guru perlulah mengkaji dan mengetahui dengan

lebih dalam tentang karekter murid-muridnya di dalam bilik darjah. Apabila guru membuat keputusan bijak dalam mengatur murid-murid, kemungkinan untuk berlaku pelbagai masalah di dalam bilik darjah dapat diatasi. Secara keseluruhannya, susunan yang teratur dan kemas, kedudukan murid di meja yang dipilih oleh guru bakal memastikan kelancaran proses PnP dan murid juga dapat belajar dengan tenang. Guru pula tidak perlu bersusah payah untuk mendapat kawalan kelas yang terbaik.
Konsep Penilaian Berasaskan Budaya Penilaian merujuk kepada satu proses mendapatkan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan tentang tindakan selanjutnya. Dalam perkataan lain, penilaian adalah satu proses sistematik untuk mendapatkan maklumat dalam membuat keputusan bagi tindakan yang akan diambil kelak. Manakala mengikut Hall (1959), budaya merupakan satu set pola yang dialami oleh individu-individu sebagai cara bertindak, merasa, dan melakukan sesuatu. Amat jelas adalah pandangan Erickson (1997) di mana atribut penting budaya berkait dengan pendidikan merupakan suatu yang eksplisit (seperti tabiat manusia) dan implisit (seperti nilai, andaian dan kepercayaan). Maka penilaian berasaskan budaya membawa maksud bahawa penilaian yang dilaksanakan oleh guru untuk mengumpul maklumat dalam membuat keputusan seharusnya mengambil kira aspek kepelbagaian budaya murid semasa menyedia atau memilih instrumen untuk memperoleh maklumat supaya keputusan yang dibuat adalah sah dan boleh dipercayai.

Penilaian berasaskan budaya kian memainkan peranan penting dalam bidang pendidikan. Pengumpulan data tentang pengetahuan dan kemahiran pelajar dengan menggunakan alat/teknik penilaian yang sesuai amat mustahak . Kesahan dalam keputusan penilaian merupakan isu utama kerana keputusan-keputusan ini digunakan untuk memaklumkan keputusan terhadap pembelajaran pelajar. Maka keputusan yang sah dipengaruhi oleh pemilihan alat penilaian yang telah disahkan berasaskan sampelan populasi tertentu. Juga, jika suatu alat diterjemahkan, kepastian perlu dibuat terhadap kesahan dan integriti dalam proses terjemahan.

Tujuan Penilaian Berasaskan Budaya Penilaian yang disediakan untuk pelajar daripada pelbagai budaya perlu mengambil kira faktor pelajar seperti sejarah imigrasi atau perpindahan, status sosio-ekonomi, latar belakang pelajar. Aspek-aspek ini akan akan membantu dalam membekalkan maklumat kepada guru apabila memilih alat-alat penilaian yang sesuai untuk proses peinilaian. Untuk guru yang menyediakan penilaian, pentaksiran berasaskan budaya memerlukan integrasi kepekaan dari segi sikap, pengetahuan, kemahiran menyoal atau menemubual, strategi-strategi intervensi dan amalanamalan penilaian.

Penilaian ini bertujuan untuk menentukan teknik dan strategi penilaian yang sesuai untuk memperoleh data mengenai pelajar. Fokus mengenai penilaian yang tidak mendiskriminasikan sesiapa seharusnya dapat membuat keputusan tentang kemajuan pelajar selain dapat mengenal pasti atau mengklasifikasikan pelajar. Di samping itu, penilaian ini bertujuan untuk memberi maklum balas tentang kelemahan dan kekuatan pengajaran pembelajaran, dan seterusnya pembangunan program pendidikan. Secara keseluruhannya, penilaian berasaskan budaya bertujuan untuk : mengumpul maklumat untuk kemajuan, diagnosis dan tindakan selanjutnya menilai dengan menggunakan prosedur autentik dan alternatif memperoleh data tentang peluang pembelajaran untuk semua murid mengumpul maklumat sama ada ianya mengambil kira faktor linguistik dan kerelevanan budaya (e) menentukan keperluan bahasa yang sesuai untuk penilaian formal mengurangkan bias dalam amalan-amalan penilaian tradisional (a) (b) (c) (d)

You might also like