You are on page 1of 16

1.

PENGENALAN

Reka bentuk pengajaran atau nama singkatannya RP telah wujud 40 tahun lalu dan ia pada mulanya adalah digunakan untuk membangunkan pelbagai jenis pengajaran seperti bahan bercetak, pengajaran berbantukan komputer serta melalui televisyen. Reka bentuk pengajaran telah dibuat beberapa kajian terhadapnya dan terdapat pelbagai pendapat yang berlainan mengenai reka bentuk pengajaran ini. Menurut Dick dan Reiser (1989 ), reka bentuk pengajaran ialah suatu proses sistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran. Terdapat juga pendapat lain iaitu daripada Richey (1986 ), di mana beliau menyatakan reka bentuk pengajaran ialah sains untuk mencipta spesifikasi pengajaran dengan terperinci untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan sesuatu unit pembelajaran tidak kira sama ada ia kecil atau besar dalam sesuatu pembelajaran. Walaupun terdapat banyak pendapat yang berlainan, satu kesimpulan yang dapat dibuat di sini ialah reka bentuk pengajaran itu mencakupi seluruh proses pengajaran iaitu mereka bentuk, membina, meliputi dan keseluruhan pembelajaran. Media berkait rapat dengan reka bentuk pengajaran kerana bahan media perlu digunakan semasa proses pengajaran dijalankan. Media boleh dikatakan sebagai medium di mana ia merupakan saluran komunikasi yang membawa maklumat. Penerima akan menerima maklumat yang ingin disampaikan melalui saluran komunikasi yang dikenali sebagai media ini. Media terdiri daripada pelbagai jenis iaitu radio, televisyen, rakaman audio, gambar foto, slaid, bahan-bahan bercetak dan komputer. Kelebihan penggunaan media ini ialah ia mampu menarik minat pelajar untuk mengikuti proses pengajaran dan secara tidak langsung ia juga dapat meningkatkan pemahaman pelajar terhadap isi pelajaran.

2.0

DEFINISI DAN KONSEP REKA BENTUK PENGAJARAN

Reka bentuk pengajaran ialah suatu proses sistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran. Terdapat enam perkara yang menjadi asas di mana ia merangkumi seluruh proses pengajaran iaitu : Menentukan keperluan pelajar Menentukan matlamat dan objektif Membina prosedur penilaian Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian Mencuba sistem pengajaran Menilai keseluruhan sistem

Konsep reka bentuk pengajaran secara umumnya mempunyai tiga kategori iaitu reka bentuk pengajaran sebagai satu proses, reka bentuk pengajaran sebagai satu disiplin dan reka bentuk pengajaran sebagai satu sains. Sebagai satu proses, bermaksud reka bentuk pengajaran merupakan pembinaan perancangan pengajaran secara sistematis dengan mengaplikasikan teori pengajaran dan pembelajaran. Sebagai satu disiplin pula ialah reka bentuk pengajaran merupakan satu cabang ilmu pengetahuan yang berkait dengan penyelidikan dan teori tentang strategi pengajaran termasuk proses pelaksanaan strategi pengajaran. Manakala sebagai satu sains pula ialah reka bentuk pengajaran merupakan satu kaedah merancang secara terperinci untuk membentuk, melaksana, menilai dan menyelenggarakan situasi yang dapat menggalakkan pembelajaran bagi unit pembelajaran pada semua peringkat.

3.0

HURAIAN LANGKAH-LANGKAH MODEL ASSURE

Model ASSURE boleh digunakan panduan untuk setiap guru untuk menyediakan rancangan pengajaran yang sesuai dengan ciri-ciri dan keupayaan pelajar. Setiap pelajar mempunyai ciri-ciri dan keupayaan yang berbeza. Oleh itu, guru hendaklah menguasai model ASSURE ini sebelum mengaplikasikan model ini ke dalam rancangan pengajaran mereka. Terdapat enam langkah dalam menjayakan model ini , antaranya ialah: A Analyse learners (Analisis pelajar) S State objectives (Nyatakan Objektif) S Select methods,media and materials (Pilih kaedah, media dan bahan sumber.) U Ultilize media and materials (Gunakan media dan bahan sumber) R Require learner participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran) E Evaluate and revise (Nilai dan semak)

3.0.1 ANALISIS PELAJAR Menganalisis kumpulan sasaran atau pelajar adalah penting untuk membantu kita merancang pengajaran pembelajaran yang sesuai bagi mereka. Namun bagi mengenal pasti keperluan setiap pelajar adalah sesuatu yang sukar jadi terdapat garis panduan yang boleh digunakan untuk kita menganalisis pelajar serta kita dapat memilih strategi, bahan sumber dan media yang paling wajar untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Panduan yang ada ialah pelajar boleh dianalisis melalui ciri-ciri umumnya, pengetahuan sedia ada dan gaya belajar.

3.0.2 NYATAKAN OBJEKTIF Objektif yang hendak dicapai perlulah dinyatakan dengan jelas serta secara khusus. Pernyataan objektif dapat membantu guru memilih media dan kaedah penyampaian yang sesuai. Ia juga dapat membantu guru untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang memberangsangkan. Penilaian juga akan dapat dilakukan dengan adanya objektif yang ditentukan.

3.0.3 PEMILIHAN KAEDAH MEDIA DAN BAHAN SUMBER Setiap perancangan pengajaran yang baik akan memerlukan pemilihan media, kaedah dan bahan sumber dibuat secara sistematis dan juga terancang. Proses tersebut merangkumi tiga langkah-langkah berikut iaitu : - Membuat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai. - Memilih format media yang sesuai dengan kaedah. - Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk bahan sumber.

3.0.4 GUNAKAN MEDIA DAN BAHAN SUMBER

Media dan bahan sumber yang akan digunakan hendaklah disemak terlebih dahulu supaya guru dapat merancang penggunaannya di dalam kelas. Kemudian semua kelengkapan yang perlu haruslah disediakan oleh guru. Persekitaran yang sesuai perlulah disediakan dengan penyusunan yang sesuai. Guru hendaklah menguasai pelbagai kaedah dan teknik penyampaian supaya pelajar mendapat pengalaman pembelajaran yang optimum. Menjadi tanggungjawab guru juga untuk menyediakan pelajar untuk mendapat manfaat daripada bahan sumber. Induksi yang terancang dan memotivasikan dapat menimbulkan rasa ingin tahu pelajar untuk belajar.

3.0.5 LIBATKAN PELAJAR DALAM PEMBELAJARAN Libatkan pelajar dalam pembelajaran melalui aktiviti berpusatkan pelajar berasaskan bahan dapat memotivasikan dan mengekalkan perubahan tingkah laku pelajar. Ini disokong oleh semua teori pembelajaran baik teori behavioris mahupun teori kognitif. Pengalaman rasa berjaya pelajar akan dapat mengekalkan motivasi pelajar terhadap aktiviti pembelajaran. Lantaran itu guru hendaklah memberi maklum balas seperti pujian sebaik sahaja

pelajar menunjukkan kejayaan. Aktiviti-aktiviti yang boleh mengekalkan penglibatan aktif daripada pelajar ialah seperti perbincangan, latih tubi, latihan bertulis, permainan bahasa dan sebagainya. Pemilihan media dan bahan sumber yang sesuai sebenarnya dapat membantu dan mengekalkan penglibatan pelajar dalam proses belajar.

3.0.6 NILAI DAN SEMAK Langkah akhir bagi seseorang guru yang menggunakan model ASSURE ialah dengan membuat penilaian dan menyemak semula perancangan. Kebiasaannya penilaian yang dilakukan selalu dianggap hanyalah berfungsi untuk menilai pencapaian pelajar sahaja semata-mata tetapi sebenarnya ianya berfungsi kepada dua jenis pencapaian iaitu kepada pencapaian pembelajaran dan juga pencapaian pengajaran. Penilaian seharusnya dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan semua langkah-langkah yang dilakukan sebelum ini masih dapat mencapai objektif pembelajaran atau tidak. Melalui penilaian yang dilakukan ini, guru boleh mengubah teknik, memudahkan bahasa atau mengambil alternatif lain dalam usaha menyesuaikan penyampaian di dalam kelas.

4.0

PERANCANGAN PENGAJARAN MELIBATKAN MEDIA

Perancangan pengajaran yang dibina di mana ia melibatkan media iaitu video dapat menarik minat pelajar kerana mengandungi gabungan kepelbagaian warna serta audio yang dapat menimbulkan rasa ingin tahu pelajar. Namun begitu guru perlu peka dengan penyampaian yang melibatkan media ini supaya ia sesuai dan sekaligus dapat mencapai objektif pengajaran. Jadi garis panduan sebanyak 6 langkah dalam model ASSURE boleh digunakan sepenuhnya. Berdasarkan perancangan pengajaran saya di bawah subjek bahasa Melayu tahun 4 bertemakan keselamatan di mana sub tajuknya adalah teknik menyelamatkan diri semasa kebakaran. Langkah-langkah di bawah boleh diambil sebelum pembelajaran sebenar dibina.

Langkah 1 ( Analisis Pelajar) Ciri-ciri asas keseluruhan murid

Murid akan lebih menumpukan perhatian dan minatnya terhadap video tentang keselamatan semasa kebakaran yang ditayangkan oleh guru. Murid akan secara automatiknya lebih tertarik dengan sesuatu video yang menarik tentang teknik menyelamatkan diri semasa kebakaran. Pengetahuan Sedia Ada

Murid-murid pernah mendengar dan membaca tentang kebakaran di dalam surat khabar dan televisyen. Melalui media massa tersebut, secara tidak langsung murid akan peka tentang isu-isu kebakaran yang sentiasa berlaku di seluruh pelusuk dunia pada masa kini.

Gaya Pembelajaran Murid

Murid yang peka dengan bahaya api yang boleh membahayakan nyawa dan harta benda. Murid sedar bahawa teknik menyelamatkan diri semasa berada dalam situasi kebakaran adalah amat penting dipelajari untuk diaplikasikan sekiranya berlaku situasi kebakaran yang sebenar.

Langkah 2 (Penyataan Objektif) Siapa yang akan mencapai objektif

Kumpulan murid yang terlibat perlu sedar bahawa teknik menyelamatkan diri semasa berlaku kebakaran adalah amat penting untuk semua pihak supaya tidak berlakunya sesuatu musibah yang tidak diingini.

Bentuk tingkah laku yang baru

Setiap murid perlulah sedar bahawa bermain dengan api adalah perkara yang boleh menyebabkan berlakunya kebakaran. Setiap murid sedar bahawa kebakaran boleh berlaku sekiranya mereka tidak mengambil berat tentang ciri-ciri keselamatan sesuatu tempat. Situasi

Setiap perlu menunjukkan tingkah laku yang baru dengan melakonkan aktiviti aksi mengikut tip-tip menyelamatkan diri yang telah ditentukan semasa berlakunya kebakaran. Apabila melakonkan teknik-teknik menyelamatkan diri daripada kebakaran, murid perlulah melakukannya seolah-olah berada di dalam situasi yang sebenar. Darjah tahap pencapaian minimum perlakuan

Kualiti tingkah laku baharu yang dibentuk semasa lakonan diukur secara kualitatif.

Langkah 3 (Pilih kaedah, media dan bahan sumber) Penentuan Kaedah

Aktiviti lakonan yang dilakukan oleh murid-murid menunjukkan bahawa gaya pembelajaran yang dilakukan oleh murid adalah kinestetik dan membentuk ke arah yang lebih positif. Pemilihan format media kumpulan perlu membuat sebuah persembahan tentang teknik-teknik

Setiap

keselamatan semasa kebakaran di hadapan kelas. Setiap murid diberikan tugas sama ada sebagai pencerita atau pelakon dalam melakonkan watak untuk teknik menyelamatkan diri semasa kebakaran.

Pemilihan bahan sumber

Setiap murid mempunyai tahap yang hampir sama dan sesuai untuk membincangkan tentang keselamatan semasa kebakaran. Setiap murid sudah boleh berfikiran rasional dalam mengaplikasikan keselamatan semasa berlakunya kebakaran.

Langkah 4 (Gunakan media dan bahan sumber) Guru menggunakan LCD yang disediakan oleh pihak sekolah untuk memaparkan video teknik-teknik menyelamatkan diri daripada kebakaran. Kemudahan LCD yang disediakan di setiap bilik darjah perlu dimanfaatkan oleh guru supaya proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik pada awal set induksi lagi sebelum langkah-langkah lain diteruskan. Video yang ditayangkan menggunakan LCD secara langsungnya akan menarik minat murid untuk mempelajarinya. Suasana kelas yang hambar sebelumnya akan menjadi lebih ceria dengan adanya perhatian sepenuhnya oleh murid terhadap video teknik-teknik menyelamatkan diri semasa kebakaran. Susun atur meja dan kerusi yang strategik akan lebih memudahkan murid membuat perbincangan berkumpulan. Idea dan pendapat yang bernas akan lebih mudah diterima oleh setiap ahli kumpulan dengan adanya susun atur meja dan kerusi yang strategik. Secara umumnya, bilik darjah yang kondusif memainkan peranan penting dalam pemilihan media dan bahan sumber yang sesuai.

Langkah 5 ( Libatkan Pelajar dalam Pembelajaran) Proses pengajaran dan pembelajaran akan berjaya sekiranya semua murid terlibat dalam proses tersebut. Setelah video teknik-teknik menyelamatkan diri semasa kebakaran ditayangkan kepada murid, guru hendaklah mengadakan komunikasi dua hala dengan murid dengan memberi peluang kepada murid untuk memberikan pendapat dan idea selepas video tersebut ditayangkan. Guru juga bertanyakan soalan tentang video yang ditayangkan supaya guru dapat mengenalpasti bahawa adakah murid-muridnya faham tentang video yang telah ditonton oleh mereka. Apabila aktiviti lakonan dan perbincangan diwujudkan, guru perlulah memastikan bahawa setiap muridnya melibatkan diri dalam kedua-dua aktiviti ini. Guru perlulah memberikan kebebasan kepada murid-murid untuk membentuk jalan cerita lakonan mereka sendiri setelah interaksi berkumpulan dilakukan. Ini adalah pembelajaran yang lebih berpusatkan murid. Pembelajaran ini akan melahirkan murid yang lebih berfikiran rasional, bernas dan berpandangan jauh. Melalui video yang telah ditayangkan, murid akan lebih berfikiran jauh serta idea-idea yang bernas akan dipamerkan oleh mereka. Sebagai seorang guru, motivasi dan pujian terhadap murid adalah amat penting. Murid-murid tahun 1 yang sering kali berputus-asa perlulah mendapat motivasi daripada gurunya. Guru hendaklah cuba untuk

menghindarkan diri daripada menyekat idea dan pendapat yang diberikan oleh murid dan menerima semua jawapan yang diberikan oleh murid. Pujian amatlah penting untuk meningkatkan minat dan semangat murid untuk belajar dengan lebih bersemangat.

Langkah 6 (Nilai dan Semak) Setiap guru hendaklah membuat penilaian dan semakan terhadap setiap murid. Guru hendaklah membuat borang penilaian untuk membuat penilaian sejauh mana tahap perkembangan yang telah dilalui oleh murid. Akhir proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlulah menilai dan menyemak sejauhmana isi-isi pengajaran yang diajar dapat diterima oleh murid dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

10

5.0

Ciri Penghasilan Media yang Terancang

Pertama sekali, kita kenal dahulu apa itu media. Media didefinisikan sebagai penyampai atau pembawa maklumat antara punca dengan penerima(Heinich et al, 1981). Sebagai contoh, media video, mulitmedia dan gambar foto. Bagi tokoh Yusup(1997,2001) pula, beliau berpendapat bahawa media merupakan peralatan dan bahan yang dibina, dirancang dan dilaksana untuk tujuan menyampaikan maklumat dan atau menghasilkan pembelajaran. Bagi beliau, media adalah alat yang teratur untuk membantu sesi pengajaran di sekolah. Bagi pengajaran, ia bermaksud proses yang beorentasikan maklamat yang dirancang terlebih dahulu. (Romiszowaski,1988). Selain itu, pengajaran merupakan penyusunan dan pengumpulan maklumat untuk menghasilkan pembelajaran. (Heinich,Molenda, Russell,1981). Seterusnya, media pengajaran membawa maksud sebagai peralatan

atau perkaksan dan bahan (perisian) media yang telah dikenalpasti (dipilih), dibina atau dipinda untuk menyokong atau mengendalikan sendiri proses pengajaran dan pembelajaran (Yusup,1992). Era teknologi ICT memberikan kelebihan kepada pendidikan untuk memberikan yang terbaik dalam ruang pembelajaran. Penggunaan video sebagai media pengajaran memberikan satu pengalaman baru kepada sebilangan pelajar. Media video sama ada ditayangkan melalui LCD atau dipancarkan terus melalui televisyen dapat membawa pelajar ke mana-mana sahaja, terutama sekali jika tempat atau peristiwa yang ditayangkan itu terlalu jauh untuk dilawati, atau merbahaya. Dengan penayangan video, pelajar dapat merasa seolah-olah mereka berada atau turut serta dalam suasana yang digambarkan. Sebagai contoh, proses penjanaan elektrik dapat ditunjukkan kepada pelajar melalui video. Ianya dapat membantu pelajar membayangkan cara kerja stesen janakuasa elektrik di samping memberi pengalaman kepada para pelajar secara visual. Menurut Norizan (2002) di dalam Norhaziana (2005), beliau menyatakan bahawa sesuatu media berbentuk simulasi adalah perisian yang memberi gambaran situasi sesuatu keadaan.

11

Pengguna akan seolah-olah berada di tempat kejadian dan boleh bertindak balas terhadap keadaan tersebut. Video juga dapat memanipulasi masa samada mempercepatkan waktu (Contoh: percambahan biji benih) atau melambatkan waktu (Contoh: memperlahakan pergerakan proses seperti mesin). Video juga dapat membantu dalam mengubah sikap seseorang pelajar dengan menarik minat mereka sewaktu mengikuti pembelajaran. Disebabkan video memaparkan imej sebenar berbanding animasi, ianya lebih "dipercayai" terutama di kalangan kanak-kanak. Seringkali video digunakan sebagai agen pemujuk (persuasive) dan ianya lebih berkesan jika dibandingkan dengan kaedah syarahan. Sebagai contoh dalam mengajar pelajar mengenai gula dalam diet. Contoh yang menunjukkan kesan daripada mengambil makanan yang mengandungi terlalu banyak gula dapat membantu pelajar mengubah sikap untuk mengurangkan pengambilan gula dalam diet mereka. Video juga amat sesuai untuk sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Seorang guru hendaklah memanfaatkan sepenuhnya penggunaan video sebagai bahan bantu belajar untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Antara video yang berkesan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran ialah video yang digunakan hanya untuk tempoh 3-5 minit tetapi mencakupi kandungan yang perlu. Walaupun video yang ditayangkan oleh guru adalah ringkas tetapi video tersebut padat dengan isi pengajaran yang berfokus tentang apa yang ingin disampaikan oleh guru kepada muridnya. Video yang menarik penuh dengan warna yang menarik akan menarik minat murid dalam memberikan sepenuh perhatian mereka terhadap video yang ditayangkan oleh guru. . Perancangan pengajaran yang dibina di mana ia melibatkan media iaitu video dapat menarik minat pelajar kerana mengandungi gabungan kepelbagaian warna serta audio yang dapat menimbulkan rasa ingin tahu pelajar. Namun begitu guru perlu peka dengan penyampaian yang melibatkan media ini supaya ia sesuai dan sekaligus dapat mencapai objektif pengajaran. Jadi garis panduan sebanyak 6 langkah dalam model Assure boleh digunakan sepenuhnya.

12

Seterusnya ialah video yang terus fokus kepada kandungan pengajaran. Video tersebut memaparkan nyanyian yang berkaitan dengan isi kandungan pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru. Kanak-kanak sukakan muzik kerana muzik video memberikan mereka keseronokan dan keceriaan mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Guru menggunakan kaedah menganalisis kehendak dan minat murid-muridnya dan menggunakan muzik video yang sesuai dengan tahap perkembangan murid-murid tersebut. Sebagai contoh, guru menggunakan lagu kanakkanak sebagai set induksi untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Lagu kanak-kanak yang digunakan hendaklah diselitkan dengan animasi-animasi yang sesuai dengan tahap umur murid. Murid akan lebih faham apa yang ingin disampaikan melalui lagu yang dipaparkan melalui video yang sesuai dengan tahap perkembangan murid-murid. Guru perlu mengelakkan daripada menggunakan video yang tidak langsung berkaitan dengan isi kandungan pengajaran yang ingin disampaikan. Sekiranya ini berlaku, secara tidak langsung sesi pengajaran dan pembelajaran guru tersebut dikira tidak berjaya. Dalam pada itu, video yang dipaparkan hendaklah berlatarbelakangkan muzik yang sesuai dan mempunyai kesan bunyi sesuai dengan paparan. Muzik yang sesuai merujuk kepada muzik yang berkaitan dengan muzik kanak-kanak yang sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak tersebut. Sebagai contoh, muzik yang sesuai ialah lagu kanak-kanak seperti bapaku pulang dari kota dan bangau oh bangau. Muzik tersebut sering digunakan oleh guru kerana ia mudah dinyanyikan oleh murid-murid secara beramai-ramai. Kesan bunyi yang sesuai dengan paparan juga amat penting untuk membentuk video yang berkesan. Sebagai contoh, bunyi-bunyian seperti bunyi haiwan, bunyi alam dan bunyi malam dan siang. Kesan bunyi ini amat sesuai digunakan semasa memaparkan video kerana kanak-kanak lebih tertarik dengan bunyi-bunyian seperti bunyi katak, burung, hujan, air terjun dan angin. Lumrah bahawa kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi menyebabkan mereka lebih mudah tertarik dengan kesan bunyi yang digunakan semasa memaparkan video semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

13

Selain itu, video yang dipaparkan hendaklah menggunakan gambar yang jelas dengan syot yang boleh menjelaskan imej pada sesuatu video. Guru selalunya menggunakan imej seperti animasi yang bergerak dan berwarna-warni untuk menarik perhatian murid terhadap video yang dipaparkan oleh guru. Sebagai contoh, guru menggunakan gambar buah-buahan yang sebenar di dalam video yang dipaparkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila gambar di dalam sesebuah video itu jelas, murid akan lebih mudah faham dan kenal imej sebenar yang dipaparkan. Imej yang jelas digunakan di dalam video hendaklah mempunyai warna yang sesuai serta menarik. Ini akan membentuk video yang lebih menarik dengan adanya warna yang pelbagai. Untuk pengetahuan, kanak-kanak lebih gemar akan paparan ataupun benda maujud yang berwarna-warni berbanding video yang hanya menggunakan warna hitam dan putih yang boleh menyebabkan mereka mengantuk dan hilang tumpuan. Penggunaan iklan tidak diperlukan semasa video dipaparkan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Iklan yang tidak mempunyai kaitan dengan tujuan video dipaparkan akan menyebabkan kanak-kanak lebih tertarik dengan iklan berbanding isi kandungan pelajaran mereka di dalam video yang dipaparkan. Perkataan atau simbol yang tidak relevan perlu dielakkan penggunaannya ke dalam video yang ingin dipaparkan di dalam kelas. Perkataan yang tinggi standard tidak perlu diletakkan di dalam video kerana tidak sesuai dengan umur murid di tahap 1. Sebagai contoh, namanama saintifik haiwan tidak perlu dimasukkan ke dalam video kerana tidak sesuai dengan tahap umur murid sekolah rendah. Warna yang digunakan pada latar belakang video hendaklah menarik. Warna yang menarik dan menonjol adalah seperti warna merah, kuning dan hijau akan membuatkan video pengajaran menjadi lebih menarik. Seperti yang kita tahu kanak-kanak sukakan warna yang berwarna-warni. Sekiranya video pengajaran yang dipaparkan adalah berbentuk cerita, guru hendaklah menggunakan cerita yang mempunyai plot yang ringkas kerana kanak-kanak lebih faham cerita yang ringkas dan menarik. Sebagai contoh, cerita arnab dan kura-kura dan si kancil dan harimau.

14

6.0

RUMUSAN

Pada masa kini guru hendaklah kenal akan konsep, teori dan amalan teknologi pendidikan. Melalui pembacaan yang meluas guru boleh mengaplikasikan konsep, teori dan amalan teknologi pendidikan ke dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu mengambil tahun tentang perkembangan teknologi pendidikan dari semasa ke semasa. Pemilihan dan penggunaan media pengajaran yang baik akan menjadikan sesi

pengajaran dan pembelajaran itu berkesan. Sebagai contoh guru menggunakan media pengajaran video yang menarik semasa set induksi untuk menarik minat murid. Guru hendaklah kreatif menghasilkan pelbagai media pengajaran yang sesuai dengan isi pengajaran.

15

REFLEKSI Assalamualaikum dan salam sejahtera, selapas beberapa minggu bertungkus lumus menyiapkan tugasan ini yang penuh dengan pahit getir, akhirnya saya berjaya melengkapkan tugasan ini dengan sebaik mungkin. Berdasarkan tugasan yang diberikan, model ASSURE adalah asing buat saya kerana ini adalah kali pertama saya mencari maklumat tentang model tersebut. Tidak hairanlah bahawa saya perlu membuat banyak bacaan dan rujukan untuk mendalami model ASSURE ini. Pada pendapat saya model ASSURE ini hendaklah diterapkan dalam setiap diri seorang guru dan bakal guru seperti saya. Ini supaya saya dapat mendalami lagi model ASSURE untuk diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kelak. Model Assure ini saling bertautan antara satu sama lain dengan rancangan pengajaran harian yang amat penting untuk menjalankan satu-satu pengajaran dan pembelajaran. Apa yang saya faham tentang model ASSURE ini ialah setiap bentuk pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih mudah sekiranya model tersebut diaplikasikan ke dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Setiap kanak-kanak mempunyai tahap dan perkembangan yang berbeza. Dengan menggunakan model ASSURE saya boleh menggunaan kaedah menganalisis setiap murid saya supaya saya boleh mewujudkan aktiviti yang lebih menarik untuk murid-murid. Ini juga dapat menyesuaikan diri saya dalam mengenal lebih rapat lagi apa yang dikehendaki oleh murid-murid sebenar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, saya juga dapat mendalami cara menghasilkan video yang berkesan sebagai bahan bantu belajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Sebagai bakal guru, saya hendaklah memperbaiki lagi cara menghasilkan video pengajaran yang lebih menarik supaya saya dapat menarik minat setiap murid dan akhirnya dapt mengawal kelas dengan jayanya.

16

You might also like