You are on page 1of 2

SSA_TUGASAN_B07 Tajuk tugasan : Sediakan payung sebelum hujan 1.

1 Isu : Peningkatan suhu membawa kepada hujan berpanjangan dan banjir. 1.2 Tingkatan : Satu 1.3 Tema : Haba 1.4 Topik : Menganalisa kesan haba ke atas jirim 1.5 Objektif pembelajaran : 1.5.1 Murid dapat menyatakan perkaitan antara peningkatan suhu dengan banjir 1.5.2 Murid dapat menyenaraikan kesan hujan berpanjangan kepada organisma hidup dan harta benda 1.5.3 Murid dapat mencadangkan amalan-amalan bagi mengurangkan peningkatan suhu

1.6 Pengenalan : Malaysia mengalami iklim khatulistiwa dan menerima pancaran matahari sepanjang tahun. Purata suhu tahunan ialah 27 darjah celcius manakala jumlah hujan tahunan adalah sebanyak 2600mm setahun. Keadaan cuaca ini menjadikan Malaysia salah sebuah daripada 12 negara di dunia yang dikenali sebagai pusat mega diversity flora dan fauna berdasarkan kekayaan dan kepelbagaian sumber asli. 1.7 Senario masalah : Keadaan cuaca di Malaysia sejak kebelangkangan ini amat tidak menentu. Purata jumlah penurunan hujan adalah melebihi 3000mm setahun. Manakala purata suhu tahunan juga telah meningkat daripada 27 darjah celcius kepada melebihi 30 darjah celcius. Keadaan ini telah membawa kepada kejadian banjir kilat di kawasan Bandar terutamanya dan banjir besar di kawasan yang mengalami penurunan hujan berterusan. Kerosakan harta benda dan alam sekitar sering terjadi ekoran kejadian banjir tersebut. Kerugian ekonomi juga menyusul serta penyediaan perkhimatan awam harian. 1.8 Soalan : ( a )Apakah anda faham tentang iklim khatulistiwa ? ( b )Apakah kaitan antara peningkatan suhu dengan banjir ? ( c )Apakah kesan hujan berpanjangan kepada kehidupan kita dan organisma lain ? ( d )Bagaimanakah kita mengubahsuai cara hidup bagi mengurangkan peningkatan suhu? 1.9 Cadangan jawapan: ( a )Iklim khatulistiwa menerima pancaran matahari sepanjang tahun. Purata suhu tahunan ialah 27 darjah celcius manakala jumlah hujan tahunan adalah sebanyak 2600mm setahun. (b) Apabila suhu meningkat, proses penyejatan air meningkat dan seterusnya menyebabkan hujan berpanjangan (c)-Hujan berpanjangan akan menyebabkan banjir. -merosakkan harta benda. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi(KBAT) Sains 2013

SSA_TUGASAN_B07 -sumber makanan terhad. -penyakit merebak -habitat/ rumah rosak (d) Perkongsian kereta kurangkan pembakaran terbuka Kurangkan aktiviti penebangan hutan Penanaman semula pokok / Projek penghijauan

2.0 Arahan : Sesuai untuk PdP 80 minit dan digunakan semasa PdP kesan haba ke atas jirim. Simulasi gambar berkaitan keadaan hujan berpanjangan boleh disertakan sebagai bahan sokongan tambahan. Pelajar-pelajar menganalisa gambar tersebut dan berbincang dalam kumpulan berpandukan soalan-soalan dalam 1.8 Digunakan untuk aktiviti berkumpulan, dan dapatan kumpulan dibentangkan. Jikalau perbincangan terkeluar dari topik maka guru perlu membimbing murid untuk fokus kepada isu SSI yang diberikan. Writers: 1. OOI KENG HENG SMK KG RAJA 39010 TANAH RATA CAMERON HIGHLANDS, PAHANG 2. NORIZAN BIN NAAIM JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA 3. MOHD REDWANN ABDULLAH JABATAN PELAJARAN SABAH 4. MAINAH BINTI GINTANGA, SMK SINDUMIN SIPITANG SABAH 5. ERMMA HASLINA BT NAWAWI, SMK TAPU, TERENGGANU

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi(KBAT) Sains 2013

You might also like