You are on page 1of 16

TAJUK 1 SEMANTIK DALAM BAHASA MELAYU

KUMPULAN 1 1. AINI ZAKIAH BINTI ZAKARIA 2. ANUAR BIN MD YATIM 3. FADHILAH BINTI DRIS 4. FAEZAH BINTI MOHAMAD 5. FIRZAH BINTI ABDUL RAHIM

DEFINISI SEMANTIK
Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat.

Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna.


Menurut kamus Dewan, semantik bermaksud kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata.

DEFINISI SEMANTIK
R.H. Robbins (1952) Kajian makna merupakan salah satu bahagian yang penting dalam linguistik am.
Fifth (1944) Makna menjadi inti dalam kajian bahasa. Lazimnya makna memberi maksud atau erti.

SEMANTIK DAN MAKNA


Istilah semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantikos yang bermaksud penting atau bererti. Mula diperkenalkan oleh M.Breal daripada perkataan Perancis iaitu semantique Dapat digunakan untuk menyatakan fikiran, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia

SEMANTIK DAN MAKNA


Ferdinand de Sausure Semantik merupakan bahasa yang diucapkan untuk menyampaikan makna. Palmer (1992) Istilah semantik merujuk kepada bidang kajian makna. Semantik diertikan sebagai Ilmu tentang makna atau erti

SEMANTIK DAN MAKNA


Kamus Linguistik (1997) Memaksudkan dua entri bagi kata makna iaitu: 1) Erti yang didukung oleh kata atau kumpulan kata. 2) Pemahaman sesuatu ujaran oleh pendengar atau pemahaman kata atau frasa bertulis oleh pembaca.

SEMANTIK DAN MAKNA


Ogden dan Richard (1956) Memberikan tidak kurang 16 pengertian bagi makna dalam buku mereka yang berjudul The Meaning of Meanings. Antaranya: sifat intrinsik, konotasi sesuatu kata, suatu inti, pokok, suatu kemahuan dan emosi yang ditimbulkan oleh sesuatu.

SEMANTIK DAN MAKNA


Makna dalam Bahasa Melayu dapat dikategorikan kepada beberapa golongan iaitu:Sinonim sama makna Antonim berlawanan makna Hiponim maknanya sebahagian daripada makna perkataan lain. Homonim bunyi sama, makna berbeza Polisemi banyak makna peribahasa beberapa perkataan yang mempunyai satu makna

SEMANTIK DAN LINGUISTIK


Linguistik ialah kajian tentang bahasa secara saintifik. Bloomfield (1933)- tokoh yang mula-mula memasukkan kajian makna dalam linguistik. Bloomfield menekankan hubungan bentuk dan makna. Menumpukan perhatian kepada peringkat ujaran yang melibatkan penutur dan pendengar serta berasaskan rangsangan dan tindak balas:
Situasi penutur Ujaran tindak balas pendengar

SEMANTIK DAN LINGUISTIK


Bahasa Melayu mempunyai makna sedia ada dan penambahan makna melalui proses akronim, pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan.
Contoh: main berbeza maksud dengan bermain, pemain dan permainan melalui proses pengimbuhan

SEMANTIK DAN LINGUISTIK


Linguistik telah diterima pakai dalam bidang fonetik dan tatabahasa.

Kedudukannya adalah seperti berikut: Semantik (hujung) tatabahasa (tengah) fonetik (hujung)
Sesuatu ayat mungkin dapat diucapkan dengan tepat dari segi rumusnya tetapi tidak tepat dari segi semantik. Contohnya: 1) Pohon nyiur melambai-lambai 2) Sampan itu tersenyum memandang Razmi.

Ayat dia atas menepati aturan bahasa (S + P ) tetapi dari segi makna tidak bertepatan. Ini kerana maknanya adalah taksa ( kabur/tidak jelas )

SEMANTIK DAN SEJARAH


Sebelum tahun 1930 kajian semantik lebih berfokus kepada perubahan makna. Selepas tahun 1930 telah berlaku perubahan di mana semantik mula melihat masalah deskriptif (penceritaan) dan struktur dalam semantik. (Ullman, 1996) Pada tahun 1931 - bermula era baru dalam semantik apabila munculnya tulisan Gustaf Stren yang berjudul Meaning and Change of Meaning with Special Reference to English Language.

SEMANTIK DAN SEJARAH


Sifat bahasa yang sentiasa berkembang merupakan satu sejarah dalam bahasa. Faktor ini boleh menyebabkan berlaku perubahan dalam makna perkataan melalui proses penyempitan atau peluasan. (

SEMANTIK DAN SEJARAH


Contohnya: 1) Khalwat bermaksud berseorangan atau mendekatkan diri kepada-Nya. Apabila disempitkan maksudnya menjadi berduaduaan dalam keadaan yang mencurigakan.
2) Pondok bermaksud tempat tinggal yang usang. Apabila dikembangkan maksudnya menjadi tempat belajar.

SEMANTIK DAN SEJARAH


Sejarah bahasa perlu direkodkan dalam kamus besar bagi mencatat perubahan bahasa yang berlaku pada setiap hari bagi tujuan penggunaan bahasa dan pengkaji bahasa kelak.

Ullman (1996) Kajian semantik selepas tahun 1950 tidak lagi memberi perhatian terhadap perubahan makna dan sebab-sebabnya. Kajian mula beralih kepada aspek dalaman tentang perbendaraan kata dan juga daripada prinsip umum kepada kajian bahasa yang tertentu.

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like