You are on page 1of 10

PRAKTIKAL 2 TAJUK: HIPOTESIS: 1. Jika kelembapan tinggi, maka hujan akan turun 2.

Suhu bertambah kelembapan berkurang Awan dan hujan

TEORI: Trosfera adalah tempat berlakunya pembentukan awan pada bahagian bawah atmosfera. Hampir keseluruhan awan terbentuk di bahagian tersebut. Awan merupakan titisan air yang sangat halus berdiameter 0.02 mm 0.06 mm serta terapung di udara. Awan terbentuk akibat penyejukan udara di bawah takat beku yang menyebabkan wap air terpeluwap di atmosfera. Apabila awan telah terbentuk, titik-titik air dalam awan akan menjadi semakin besar dan awan itu akan menjadi semakin berat,dan perlahan-lahan daya tarikan bumi menariknya ke bawah. Hinggalah sampai satu peringkat titik-titik itu akan terus jatuh ke bawah dan turunlah hujan. Namun jika titik-titik air tersebut bertemu udara panas, titik-titik itu akan mengewap dan lenyaplah awan itu.Inilah yang menyebabkan itu awan selalu berubah-ubah bentuknya. Air yang terkandung di dalam awan silih berganti mengewap dan mencair. Inilah juga yang menyebabkan kadang-kadang ada awan yang tidak membawa hujan. Rajah 1 dan Jadual 1 menunjukkan peringkat awan dan jenis awan

Rajah 1
1

Carta Awan Kumpulan awan Awan tinggi = Sirrus Awan pertengahan = Alto Awan rendah = Stratus Ketinggian Atas 18,000 kaki 6,500 hingga 18,000 kaki sehingga to 6,500 kaki Jenis awan Sirrus Sirrostratus Sirrocumulus Altostratus Altokumulus Stratus Stratocumulus Nimbostratus Komulus Komulonimbus Mammatus Lentikular Kabus Contrails Jadual 1

Awan yang mengembang secara menegak

Awan istimewa

Peralatan: Kamera

Prosedur: 1. Lokasi untuk memerhati awan dilakukan agar tempat yang diperhatikan adalah sesuai dan tidak dihalang oleh bangunan dan pokok tinggi. 2. Pemerhatian awan dilakukan selama sepuluh hari atau selama dua minggu. 3. Masa pemerhatian awan adalah tetap dan kedudukan lokasi gambar juga adalah tetap selama tempoh pemerhatian dijalankan.

Data Pemerhatian Lokasi : SK. Legong Ulu Kota, Negeri Sembilan Tarikh : 17 hingga 26 Julai 2013 Masa : 9.30 pagi

Tarikh/ Masa

Nama

Pemerhatian

Pemerhatian Ramalan Keadaan sebenar Cerah

17/7

Suhu: 25.5C Kelembapan: 82% Cuaca cerah

Cerah

Sirus

18/7

Suhu: 24.4 C Kelembapan: 86% Cuaca cerah

Cerah

Hujan

Stratuskumulus

19/7

Suhu: 22.3C Kelembapan: 91% Cuaca mendung dan berjerubu

Hujan

Berjerubu

Nimbostratus

20/7

Suhu: 25.0C Kelembapan: 87% Cuaca cerah

Cerah

Hujan

Sirus

21/7

Suhu: 26.0C Kelembapan: 84% Cuaca cerah

Cerah

Cerah

Sirus

22/7

Suhu: 22.0C Kelembapan: 95%

Hujan

Cerah

Sirokumulus

23/7

Suhu: 24.4C Kelembapan: 90% cerah

Cerah

Cerah

Sirus

24/7

Suhu : 22.0C Kelembapan: 95% Cuaca mendung

Hujan

Hujan

Kumulus
5

25/7

Suhu: 26.6C Kelembapan :88% Cuaca mendung

Hujan

Hujan

Kumulonimbus

26/7

Suhu: 22.0 C Kelembapan: 90% Cuaca cerah

Cerah

Hujan

Kumulus

ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA BIL Tarikh Perkara Kelembapan (%) 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 17.07.2013 18.07.2013 19.07.2013 20.07.2013 21.07.2013 22.07.2013 23.07.2013 24.07.2013 25.07.2012 26.07.2013 82 86 91 87 84 95 90 95 82 90
Jadual 2

Suhu (C) 25.5 24.4 22.3 25.0 26.0 22.0 24.4 22.0 26.6 22.0

100 90 Suhu/Kelembapan 80 70 60 50 40 30 20 10 0 17/7 18/7 19/7 20/7 21/7 22/7 23/7 24/7 25/7 26/7 Tarikh 26.6 26.0 22.5 24.4 24.0 25.0 22.0 24.4 22.0 22.0 Kelembapan Suhu 82 86 91 95 87 84 90 95 82 90

Rajah 2

Berdasarkan graf garisan pada Rajah 2 di dapati bahawa kelembapan berkadar tidak langsung dengan suhu. Kawasan kajian mempunyai kelembapan yang tinggi dalam masa tempoh kajian. Adalah didapati peratus kelembapan melebihi 80% pada setiap hari. Terdapat enam hari kelembapan adalah tinggi iaitu pada 19/7, 22/7, 23/7, 24/7, 25/7 dan 26/7.Peratus kelembapannya adalah melebihi 88% . Kelembapan yang tinggi ini memberi kesan pada suhu.

Kelembapan yang tinggi telah membentuk awan-awan seperti kumulus, sirokulumus, kumulonimbus, dan nimbostratus .Berdasarkan pemerhatian hujan telah turun pada hari-hari yang mempunyai kelembapanyang tinggi.Hanya pada 23 / 7 ,

kelembapan tinggi disebabkan oleh hujan yang telah turun pada awal pagi, maka hawa sejuk mempengaruhi kelembapan kawasan kajian.Masa kajian adalah pada pukul 9.30 pagi oleh itu arus sejuk masih ada dikawasan persekitaran kajian.Lantaran itulah langit cerah dan satu pemandangan langit yang terang dan bersih dapat dilihat.

Selain itu, berdasarkan data pada tarikh 18/7 dan 20/7 didapati cuaca adalah cerah dengan suhu 24.4C dan 25C serta kelembapan 86% dan 87%. Ramalan yang dibuat adalah cerah, tetapi selepas 3 jam didapati hujan turun. Keadaan ini boleh dikaitkan dengan faktor angin. Angin boleh menyebabkan udara bergerak dari kawasan yang bertekanan tinggi ke kawasan yang bertekanan rendah.Semakin tinggi perubahan tekanan semakin kuat tiupan angin. Di Malaysia,taburan hujan dipengaruhi oleh angin. Oleh itu tidak terkecualilah kawasan kajian yang terletak berhampiran dengan Gunung Datuk. Kemungkinan angin membawa hawa sejuk dan hujan dari kawasan pergunungan tersebut ke kawasan kajian.

Berdasarkan pada data dalam jadual dalam 2, didapati bahawa suhu dan kelembapan saling berkaitan. Apabila suhu meningkat maka kelembapan akan berkurang . Sebagai contohnya pada kelembapan melebihi 90% maka suhunya adalah diantara 22-23C. Manakala suhu yang lebih tinggi apabila kelembapan kurang dari 90% seperti pada 17/7, 18/7,20/7, 21/7 dan 25/7.

Awan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita setiap hari.Ianya penting bagi kita untuk membuat perancangan dan melakukan aktiviti terutamanya yang melibatkan aktiviti luar. Awan-awan seperti kulumus dan kumulonimbus contohnya memberi isyarat kepada kita bahawa kemungkinan hujan akan turun. Ianya juga sangat penting bagi sesetengah pekerjaan seperti nelayan yang sangat bergantung kepada keadaan cuaca. Ramalan cuaca yang dibuat boleh memastikan mereka boleh turun ke laut atau tidak. Mereka berada di dalam bahaya apabila berada di laut dalam keadaan hujan yang lebat.

KESIMPULAN Oleh itu ,hipotesis yang telah dibuat boleh diterima berdasarkan penyiasatan yang telah dibuat iaitu Jika kelembapan tinggi, maka hujan akan turun dan Suhu bertambah kelembapan berkurang. Oleh yang demikian awan yang muncul pada setiap hari adalah berbeza. Ianya dipengaruhi oleh peratus kelembapan dan suhu dikawasan penyiasatan. Jika kelembapan pada hari tersebut tinggi maka peratus hujan akan turun adalah tinggi. Hujan dan suhu adalah berkait rapat. Apabila suhu sejuk, kemungkinan hari akan hujan kerana awan menyerap titisan air yang sejuk,kondensasi berlaku dan akhirnya menyebabkab mendakan hujan.

RUJUKAN http://apps.islam.gov.my/efalak/?q=erhk-awan
http://ellerbruch.nmu.edu/classes/cs255f02/cs255students/abarker/P4/cirrus.html http://en.wikipedia.org/wiki/Cloud
http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=88&Itemid=1099

http://3rik97.wordpress.com/2013/04/27/jenis-jenis-awan/ http://eo.ucar.edu/webweather/cloud3.html http://www.weatherwizkids.com/weather-clouds.htm

10

You might also like