You are on page 1of 17

BAB 4 PENGARUH KUMPULAN

OBJEKTIF BAB Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh: 1. Memahami jenis-jenis kumpulan yang wujud. 2. Menjelaskan langkah-langkah ke arah pembinaan hubungan yang baik antara kumpulan. 3. Memahami konsep kuasa dan berkaitannya dengan pengaruh sosial kumpulan. 4. Mengenal pasti sumber-sumber konflik dalam kumpulan. 5. Memahami konsep konflik kepada pengaruh kumpulan.

4.1

PENGENALAN

Kumpulan ialah satu koleksi individu yang tersusun untuk mencapai satu tujuan bersama. Dalam menghadapi era yang lebih mencabar di masa hadapan dan juga perkembangan staf di organisasi mendesak ke arah pembentukan kumpulan-kumpulan. Kini, organisasi semakin kompleks dan pengaruh kumpulan-kumpulan di dalam organisasi ini tidak boleh diabaikan. Suara ramai melalui kumpulan ini berbanding suara individu menampakkan pengaruhnya yang semakin membesar dan semakin kuat dalam menghadapi apa-apa sahaja tuntutan atau pun keperluan yang dikehendaki. Dalam bab ini, pengaruh kumpulan akan ditinjau dari segi hubungan antara kumpulan, kerjasama, persaingan dan konflik. Di samping itu juga, kuasa dan pengaruh sosial turut dikupas. 4.2 DEFINISI HUBUNGAN ANTARA KUMPULAN

Hubungan antara kumpulan ini dapat didefinisikan sebagai suatu cara sesebuah kumpulan itu berhubungan atau mempunyai jalinan antara satu sama lain (Oxford Dictionary for International Business). Manakala,Websters II New Riverside Dictionary pula mendefinisikan hubungan antara kumpulan sebagai suatu pergaulan yang terbentuk secara semula jadi ataupun secara logikal yang tertentu antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain.
65

Topik hubungan antara kumpulan ini dapat dibincangkan dengan lebih lanjut melalui pemahaman tentang jenis-jenis kumpulan yang wujud di dalam sesebuah organisasi. Pemahaman tentang jenis-jenis kumpulan ini penting bagi kita lebih memahami pembentukan hubungan dalam kumpulan. 4.3 JENIS-JENIS KUMPULAN

Huszczo (1996) telah mengenal pasti lima jenis utama kumpulan di dalam organisasi. Kelima-lima kumpulan tersebut ialah 1. Kumpulan tidak formal

Kumpulan tidak formal selalunya terbentuk untuk tujuan sosial. Kumpulan ini dapat membantu untuk memudahkan pekerja dalam mencapai sesuatu tujuan atau keinginan yang biasa. Contohnya, peningkatan dalam suasana tempat kerja. Lebih tepat lagi, kumpulan ini terbentuk atas sesuatu perkara atau kepentingan tertentu dan mungkin tidak sama seperti yang diingini oleh organisasi. Maksudnya, kepentingan kumpulan ini dan juga kepentingan organisasi tidak sejajar. Ketua di dalam kumpulan ini kebiasaannya wujud daripada ahli-ahli dalam kumpulan dan bukannya dilantik oleh sesiapa pun di dalam organisasi tersebut. 2. Kumpulan tradisional

Kumpulan tradisional ini kebiasaannya ialah kumpulan-kumpulan yang wujud di dalam organisasi seperti kewujudan jabatan-jabatan dan bahagian-bahagian tertentu. Pemimpin atau pengurus bagi kumpulan ini dilantik oleh pihak organisasi dan mempunyai kuasa yang sah di dalam kumpulannya. Jangkaan organisasi terhadap kumpulan ini ialah untuk menghasilkan sesuatu produk, memberi sesuatu perkhidmatan atau melakukan sesuatu fungsi yang dikehendaki oleh organisasi. 3. Kumpulan penyelesaian masalah

Kumpulan penyelesaian masalah atau kumpulan kerja ini dibentuk apabila timbul sesuatu masalah yang tidak boleh diselesaikan melalui struktur organisasi yang biasa. Kumpulan ini kebiasaannya merangkumi ahli-ahli daripada pelbagai fungsi. Ahli-ahli ini datangnya daripada bahagian atau jabatan yang berbeza-beza di dalam organisasi dan mereka ditugaskan untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah tersebut.

66

4.

Kumpulan kepemimpinan

Kumpulan kepemimpinan kebiasaannya dibentuk oleh pihak pengurusan secara bersama dalam usaha menghubungkan keterbatasan atau kelainan fungsi antara jabatan-jabatan di dalam organisasi. Sebagai contoh, dalam usaha mengetengahkan sesuatu produk dalam pasaran, ketua jabatan atau bahagian seperti kewangan, pengeluaran dan pemasaran perlu bersemuka dan berinteraksi mencari strategi bagi produk tersebut. Kumpulan peringkat pengurusan tertinggi pula dibentuk untuk membangunkan matlamat dan juga panduan strategik untuk organisasi itu secara keseluruhannya. 5. Kumpulan yang diuruskan sendiri

Kumpulan yang diuruskan sendiri ini diberikan autonomi untuk melakukan sesuatu kerja dengan sesuatu cara sendiri yang difikirkan terbaik untuk dilakukan. Kumpulan ini dibekalkan dengan matlamat organisasi dan mereka sendiri menentukan cara untuk mencapai matlamat tersebut. Kebiasaannya, tiada pengurus atau penyelia yang dilantik dan jika ada mungkin jumlahnya sedikit. Kumpulan ini kebiasaannya digalakkan untuk memilih ahli-ahli yang baru, menentukan tugasan kerja dan mungkin diberikan tanggungjawab untuk menilai ahliahli kumpulan yang lain. Kumpulan ini perlu memenuhi standard kualiti yang diperlukan dan mereka perlu untuk berinteraksi dengan pembeli dan juga pembekal. SOALAN DALAM TEKS

1. Senaraikan jenis-jenis kumpulan. Semak jawapan anda di akhir bab ini.


4.4 FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN HUBUNGAN YANG TIDAK BAIK ANTARA KUMPULAN

Dalam usaha bagi melahirkan hubungan yang baik antara kumpulan, terdapat beberapa faktor yang perlu kita ketahui. Faktor-faktor ini jika diabaikan boleh menimbulkan ketidakpuasan hati bagi mana-mana kumpulan dan juga mewujudkan hubungan yang tidak baik antara kumpulan. Faktor-faktor tersebut menurut McShane dan VonGlinow (2000) ialah
67

1.

Sistem ganjaran

Sistem ganjaran yang diperkenalkan di dalam organisasi perlulah setara dan sekata untuk diguna pakai oleh setiap kumpulan. Sistem dan pemberian ganjaran yang kabur, tidak jelas dan tidak sekata, umpamanya pemberian Anugerah Cemerlang, kenaikan pangkat dan ganjaran untuk jabatan-jabatan akan melahirkan ketidakpuasan hati di kalangan ahli-ahli di dalam kumpulan terbabit. 2. Sistem komunikasi

Kejayaan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada sistem komunikasi yang cekap dan berkesan. Perbezaan antara jabatan-jabatan jika tidak dihubungkan dengan satu sistem komunikasi yang baik akan meretakkan hubungan antara kumpulan dan pencapaian ke arah matlamat organisasi akan tersasar. Penggunaan e-mel, telefon dan media-media lain yang bersesuaian amat penting dalam mencapai hasrat ini. 3. Struktur organisasi

Jabatan-jabatan yang wujud di dalam organisasi boleh dilabelkan sebagai satu kumpulan. Interaksi antara kumpulan-kumpulan ini adalah sedikit dan mungkin disebabkan tidak berurusan di antara satu sama lain. Kekurangan ini mungkin disebabkan oleh lokasi yang berbeza dan ini boleh menimbulkan hubungan yang tidak baik. Birokrasi yang tidak terlalu rigid dan menggalakkan ahli-ahli kumpulan untuk berinteraksi antara satu sama lain dapat menjadikan kumpulan-kumpulan ini bersatu dan merasakan mereka sebenarnya berada dalam satu kumpulan tanpa mempunyai rasa keterasingan (isolation). 4. Kepimpinan organisasi

Kepimpinan organisasi merupakan antara faktor terpenting dalam usaha mewujudkan hubungan antara kumpulan. Kumpulan-kumpulan yang tidak mendapat sokongan tanpa sebab yang munasabah daripada pihak atasan dalam melakukan kerja-kerja mereka akan merasa tersisih. Ini boleh menimbulkan persepsi yang tidak baik daripada kumpulan tersebut kepada kumpulan-kumpulan yang lain. Kepimpinan organisasi perlu meletakkan kepentingan organisasi di hadapan dalam apa jua keadaan dan membelakangkan kepentingan individu.

68

4.5

LANGKAH-LANGKAH MEWUJUDKAN HUBUNGAN YANG BERKESAN ANTARA KUMPULAN

Menurut Stewart et al. (1999), terdapat beberapa langkah yang boleh diambil bagi membina hubungan yang baik antara kumpulan. Antaranya 1. Arahan yang jelas

Arahan yang jelas bermakna setiap kumpulan diberikan matlamat yang jelas, nyata dan perlu dicapai. Kumpulan-kumpulan ini mungkin juga boleh didelegasikan tugas yang diberi untuk menentukan bagaimana mencapai matlamat tersebut. Arahan yang jelas juga bermakna hasil yang ingin dicapai oleh setiap kumpulan boleh diukur. Sebagai contoh, jumlah aktiviti yang dilakukan dalam tempoh masa yang tertentu. 2. Ahli-ahli yang berpengetahuan

Satu kumpulan yang berkesan akan terhasil daripada individu atau ahli kumpulan yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan dalam usaha untuk menyelesaikan sesuatu tugasan kumpulan. Di sini, kerjasama antara ahli cukup penting dan perlu dilakukan pada peringkat awal dengan cara memilih dan mengumpul ahli-ahli yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran tertentu ke dalam kumpulan. 3. Tanggungjawab yang jelas

Tanggungjawab yang jelas bermaksud setiap ahli di dalam kumpulan memahami jangkaan terhadap mereka di dalam kumpulan. Peranan tugas mesti jelas dan juga diketahui oleh ahli-ahli yang lain di dalam kumpulan. Bagi menjadikan kumpulan berfungsi dengan lebih berkesan, ahli-ahli kumpulan perlu menaruh kepercayaan antara satu sama lain terutamanya dalam menjalankan peranan masing-masing. Jika tidak, hanya beberapa orang saja akan merasakan mereka melakukan kesemua kerja dan ini merupakan salah satu alasan mengapa ramai individu tidak mahu menyertai kumpulan. 4. Prosedur operasi yang munasabah

Setiap kumpulan memerlukan satu set peraturan untuk mereka beroperasi. Kumpulan kerja ini memerlukan set peraturan seperti berkaitan dengan mesyuarat, pembuatan keputusan, perancangan, pembahagian kerja dan penilaian progress kerja. Peraturan juga membantu ahli-ahli kumpulan menjadi selesa dan mempercayai serta menghormati antara satu sama lain.
69

5.

Hubungan interpersonal

Kumpulan terbentuk daripada pelbagai individu yang masing-masing mempunyai nilai diri dan fahaman yang tersendiri. Pemahaman dan penerimaan kepelbagaian ini membantu untuk menjadikan sesebuah kumpulan itu kuat dan lebih efektif. 6. Berkongsi kejayaan dan kegagalan

Setiap orang memerlukan supaya diri mereka dihargai oleh orang lain. Dalam satu kumpulan, ahli-ahli perlu menunjukkan penghargaan, kritikan yang membina dan lain-lain. Organisasi pula perlu memberi ganjaran dan pengiktirafan kepada kumpulan yang telah berjaya menyempurnakan sesuatu tugasan dan meletakkan tanggungjawab kepada semua ahli kumpulan apabila kumpulan tersebut menemui kegagalan.

SOALAN DALAM TEKS

2. Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan hubungan yang tidak baik antara kumpulan. 3. Jelaskan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mewujudkan hubungan yang berkesan antara kumpulan. Semak jawapan anda di akhir bab ini.

4.6

KONFLIK

Konflik wujud disebabkan ahli kumpulan berbeza pandangan dan pendapat, mempunyai masalah dengan ahli yang lain dan disebabkan oleh sesetengah situasi, faedah yang diperoleh oleh ahli atau kumpulan tidak memberi faedah kepada ahli lain atau kumpulan lain. Konflik ialah sesuatu yang sering berlaku dalam kehidupan berkumpulan. Konflik dalam kumpulan boleh menjadi sesuatu yang baik dan tidak baik bergantung kepada cara mereka menguruskannya. Dalam sesetengah kes, konflik berkaitan dengan sesuatu yang membina dan membawa ke arah hasil yang baik. Dalam sesetengah kes yang lain ia tidak baik dan menyebabkan kumpulan menderita dan terseksa. Oleh itu, bab ini akan
70

memfokuskan kepada konflik dan penyelesaiannya. Konflik boleh dikatakan berkecenderungan ke arah membina berbanding ke arah menghancurkan. 4.6.1 (a) Sumber-Sumber Konflik Kumpulan Konflik Substantif (Substantive Conflict)

Konflik substantif berlaku disebabkan wujudnya ketidakpersetujuan berdasarkan kepada idea ahli dan isu kumpulan dalam mencapai matlamat kumpulan. Contohnya, cadangan mengenakan bayaran untuk setiap tindakan. Cadangan ini tidak mendapat persetujuan bersama. Oleh itu, wujudlah konflik substantif. (b) Konflik Prosedur (Prosedural Conflict)

Perselisihan pendapat atau ketidakpersetujuan terhadap kaedah atau proses yang perlu digunakan untuk mencapai matlamat kumpulan atau organisasi dikenali sebagai konflik prosedur. Sebagai contohnya untuk membuat sesuatu keputusan yang memerlukan undian boleh dibuat melalui beberapa kaedah dan bagaimana untuk mendapatkan kaedah yang terbaik dan bagaimana proses itu hendak dijalankan. Keadaan ini menimbulkan konflik prosedur. (c) Konflik Perasaan (Affective Conflict)

Konflik perasaan berlaku apabila berlakunya perselisihan faham terhadap personaliti, gaya berkomunikasi dan emosi ahli kumpulan. Contohnya seperti tidak menghiraukan perasaan orang lain, berusaha mendapatkan kuasa, membuat pengadilan atau hukuman dan sebagainya telah mewujudkan ketidakpersetujuan terhadap ahli kumpulan. 4.6.2 Perbezaan dan Konflik dalam Kumpulan

Konflik yang wujud di dalam kumpulan adalah berbeza-beza disebabkan ahli kumpulan ialah manusia yang terdiri daripada pelbagai sifat semula jadi yang berbeza. Kumpulan terdiri daripada ahli yang mempunyai persamaan (homogeneous) dan juga perbezaan (heterogeneous). Contohnya, kumpulan yang mengandungi satu jenis jantina dan kumpulan yang mempunyai pelbagai jantina menyebabkan pengurusan konflik adalah berbeza. Kumpulan yang matang belajar bagaimana untuk bekerja bagi memenuhi keperluan individu tanpa menimbulkan sebarang konflik di dalam pasukan. Pengurusan konflik yang mempunyai kepelbagaian ini akan membina dan merangsang kreativiti dan membuka minda ke arah mendapat penyelesaian yang terbaik iaitu memenuhi keperluan semua
71

pihak. Walau bagaimanapun, bagi kumpulan yang kurang berpengalaman akan menyebabkan situasi konflik bertambah buruk kerana konflik ini akan diabaikan dan tidak diselesaikan dengan baik. 4.6.3 Proses atau Peringkat Berlakunya Konflik

Proses berlakunya konflik di dalam sesebuah kumpulan boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu (a) Perbezaan (Differences)

Konflik yang berlaku di dalam sesebuah kumpulan bermula dengan perbezaan (differences) yang wujud hasil daripada kepelbagaian dalam sesebuah kumpulan. Perbezaan ini disebabkan kepelbagaian manusia yang berada di dalam sesebuah kumpulan. Sifat semula jadi manusia ialah untuk membentuk kumpulan dan mempersembahkan ciri-ciri yang unik yang dimiliki oleh mereka. Mereka juga akan berusaha untuk menunjukkan kumpulan mereka yang terbaik. Kepelbagaian manusia terdiri daripada latar belakang yang berbeza, didikan dan asuhan, kepercayaan, nilai, falsafah yang dipegang, gaya personal, keutamaan kerja, etika, masalah peribadi dan sebagainya adalah berbeza. Kepelbagaian inilah yang akan menyebabkan tercetusnya konflik. (b) Gangguan (Disruptions)

Pada peringkat ini, perselisihan faham akan timbul antara individu lain di dalam kumpulan. Individu akan merasa terganggu, tidak selesa dan sentiasa berada dalam kebimbangan. Perasaan terganggu ini akan menyebabkan berlakunya perlanggaran norma di dalam kumpulan, sikap yang negatif dan hilang rasa hormat kepada ahli kumpulan yang lain, wujud sikap mendominasi, kurang kerjasama, mengabaikan peranan dan tugas yang diberikan serta maklum balas yang negatif dan sentiasa mengkritik ahli lain dalam kumpulan. Apabila perasaan terganggu ini menguasai diri individu akan tercetuslah kemarahan, maka konflik akan wujud. (c) Konflik

Konflik akan meletus apabila kepelbagaian dan gangguan perasaan tidak dapat diatasi. Pada peringkat ini komunikasi akan menurun dan emosi akan terganggu. Individu yang berada di tahap ini mempunyai tekanan yang akhirnya akan meletup, kemarahan yang tidak terhingga, tidak berjumpa atau berinteraksi dengan ahli lain dan seterusnya menyebabkan perhubungan akan musnah.
72

Differences (diversity)

Disruptions (friction)

Conflict (communication break down)

4.6.4

Kesan Konflik

Konflik yang berlaku mempunyai kesan kepada ahli kumpulan dan juga kepada kumpulan sama ada kesan positif (constructive conflict) dan negatif (destructive conflict). Ia turut memberi kesan pada masa akan datang kepada sesebuah kumpulan yang berkonflik. Konflik negatif (destructive conflict) merupakan konflik yang akan memusnahkan kumpulan dan perhubungan antara ahli dalam kumpulan tersebut. Konflik antara kumpulan akan menyebabkan serangan dan permusuhan akan berlaku antara kumpulan dan kumpulan yang mempunyai kuasa akan menafikan hak atau sumber kepada kumpulan yang hilang kuasanya. Konflik ini sangat ditakuti iaitu ia membuatkan ramai orang bimbang untuk berhadapan dengan perbezaan yang mereka ada dengan ahli kumpulan yang lain (Shawn Meghan Burn, 2004). Konflik positif (constructive conflict) biasanya bersifat kerjasama dan berorientasikan bersama-sama ke arah menyelesaikan masalah serta mengekalkan perhubungan semasa bekerja. Selain itu, konflik ini dapat meningkatkan motivasi ke arah perubahan yang positif melalui peningkatan kesedaran dan ke arah memahami dengan lebih mendalam terhadap orang lain dan diri sendiri. Menurut Johnson (2000), konflik juga menguntungkan kerana ia memfokuskan perhatian kepada masalah yang hendak diselesaikan, menjelaskan bagaimana perubahan yang diperlukan, menerangkan nilai dan membantu memahami orang lain dan nilai mereka sendiri. Dalam sesebuah kumpulan yang berjaya, konflik meningkatkan kepercayaan dan kesepaduan serta persetujuan tentang matlamat dan struktur kumpulan. Konflik juga boleh meningkatkan proses pembuatan keputusan di dalam kumpulan kerana ia menjurus kepada isu yang diberikan perhatian dengan lebih sempurna. Konflik juga memainkan peranan penting dalam mencapai keadilan bagi kumpulan dan individu yang dieksploitasi (Shawn Meghan Burn, 2004).
Kesan Negatif Kesan Positif Kesan kepada Ahli Pasukan Rasa tidak selesa seperti 1. Belajar untuk mengurukan tekanan kebimbangan dan tekanan. personal. Membuat penentuan untuk menurut 2. Self-esteem dapat dikekalkan. arahan atau sebaliknya. Bimbang siapa yang akan naik 3. Keyakinan dan kredibiliti akan selepas ini. meningkat. Lebih banyak melawan autoriti. 4. Pandangan luar biasa mudah disesuaikan. 73

1. 2. 3. 4.

Kesan kepada Pasukan Tidak mempercayai yang 1. Pasukan menjadi lebih kuat untuk berkekalan. menguruskan konflik dalam pasukannya. 2. Pembangunan pasukan akan 2. Kumpulan dapat dibangunkan dan tergendala. fleksibiliti meningkat, pasukan dapat menyesuaikan dengan tekanan. 3. Kreativiti akan terhalang. 3. Mewujudkan perlindungan yang selamat dan bebas daripada serangan. 4. Bersetuju dengan idea yang tidak 4. Idea baru dapat dihasilkan dan tepat atau tidak betul. diserapkan kepada ahli kumpulan Kesan akan Datang Keseluruhan konsep pasukan kerja Persetujuan berlaku dengan lebih cepat melalui persetujuan adalah tidak sah. dengan penerimaan yang luas melalui cadangan yang dikemukakan. 1.

SOALAN DALAM TEKS

4. 5. 6.

Nyatakan lima sumber konflik kumpulan. Nyatakan empat kesan positif konflik kepada pasukan. Berikan tiga peringkat atau proses berlakunya konflik dalam sesebuah kumpulan.

Semak jawapan anda di akhir bab ini. 4.7 4.7.1 KUASA DAN PENGARUH SOSIAL Konsep Kuasa

Kuasa dan pengaruh sosial merupakan dua elemen yang saling berkaitan. Kuasa yang dimiliki oleh seseorang boleh memberi kesan kepada persekitarannya termasuklah masyarakat dan organisasi. Ia boleh memberi implikasi positif dan negatif kepada seseorang individu dan masyarakat yang berkaitan dengannya. Kuasa juga sering dirujuk sebagai tindakan mempengaruhi pihak yang lain dalam kumpulan. Ia menggambarkan kebolehan ahli untuk mempengaruhi ahli yang lain dalam kumpulan melakukan apa yang dingini dan diarahkan atau berfikir seperti yang difikirkannya. Lewin (1941) mendefinisikannya sebagai desakan oleh satu pihak terhadap pihak yang lain. Biasanya, ahli kumpulan akan melihat sejauh mana kuasa yang mereka boleh gunakan
74

dalam kumpulan.Sesetengah ahli mempunyai kuasa untuk mempengaruhi kumpulan melakukan apa yang diingini berbanding ahli yang lain. Kuasa dan status mempunyai hubungan yang rapat. Dalam sesebuah kumpulan, ahli kumpulan yang mempunyai status yang tinggi mempunyai kuasa yang tinggi berbanding dengan ahli yang mempunyai status yang rendah, namun ahli yang mempunyai status yang rendah mempunyai beberapa cara untuk menggunakan kuasanya. Menurut French dan Raven (1959), terdapat lima sumber kuasa dalam sesebuah kumpulan iaitu 1. Kuasa sah (legitimate power)

Kuasa sah ialah kuasa yang dimiliki oleh individu melalui kedudukan jawatannya dalam kumpulan iaitu seseorang itu mempunyai hak untuk menggunakan kuasanya terhadap ahli yang lain. Misalnya, penyelia mempunyai kuasa terhadap pekerja, guru mempunyai kuasa terhadap pelajarnya dan ibu bapa terhadap anak-anaknya. Kuasa sah memberikannya kuasa kawalan termasuklah ganjaran dan hukuman terhadap ahli kumpulan yang lain. 2. Kuasa ganjaran (reward power)

Ia merujuk kepada keadaan iaitu seseorang mempunyai kuasa terhadap pihak lain disebabkannya mempunyai sumber yang diperlukan. Misalnya, seseorang penyelia mempunyai kuasa untuk kenaikan pangkat terhadap ahli yang lain jika memenuhi kriteria yang ditetapkan. 3. Kuasa paksaan (coercive power)

Kuasa paksaan merujuk kepada kebolehan seseorang untuk memaksa pihak lain melakukan kerja seperti yang diarahkan. Misalnya, seseorang pekerja melakukan apa yang diingini oleh majikannya untuk mengelak daripada dimarah atau dihukum. 4. Kuasa pakar (expert power)

Kuasa ini merujuk kepada kepercayaan dan keyakinan terhadap pihak lain yang lebih tahu mengenai sesuatu perkara. Misalnya, ahli pasukan akan mengikut cadangan ahli kumpulan yang mempunyai latihan yang khusus.

75

5.

Kuasa rujukan (referent power)

Kuasa rujukan ialah kuasa yang ada pada pihak tertentu disebabkan ahli lain yakin dan bermotivasi dengan tindakannya. Ia juga dikaitkan dengan tindakan yang dilakukan mengikut pandangan seseorang yang kita suka atau mahu menjadi sepertinya. 6. Kuasa maklumat (information power)

Berasaskan kepada tindakan seseorang mempengaruhi orang lain dengan maklumat yang dimiliki. 7. Kuasa memujuk

Kuasa memujuk disebabkan oleh kebolehan seseorang menggunakan persoalan, fakta dan pujukan yang rasional untuk mempengaruhi orang lain. Biasanya, kuasa memujuk memerlukan seseorang yang berkarisma iaitu mempunyai kuasa semula jadi berasaskan personaliti dan pujukannya. Berdasarkan sumber kuasa yang diterangkan di atas menunjukkan kuasa dapat dibahagikan mengikut kumpulan. Pertama, kuasa berdasarkan kedudukan formal dalam kumpulan seperti kuasa sah, ganjaran, paksaan dan maklumat. Kuasa ini dimiliki berdasarkan kuasa yang dimiliki oleh seseorang berbanding dengan orang lain, kawalan terhadap sumber dan kuasa formal yang diperoleh oleh seseorang kerana kedudukannya berdasarkan hierarki. Manakala, kuasa pakar, rujukan, pujukan dan karisma ialah bentuk kuasa personel kerana ia wujud daripada ciri-ciri personal individu. 4.7.2 Hubungan Kuasa dan Pengaruh Sosial Kumpulan

Dalam sesebuah kumpulan, kuasa boleh memberi kesan terhadap persekitaran sosial kumpulan dan hubungan antara ahli. Ini termasuklah dari segi kedudukan kuasa dan status, budaya dan jantina ahli kumpulan. Ahli menggunakan kuasa yang dimiliki untuk mempengaruhi ahli yang lain dan membentuk pengaruh serta pengikutnya. Pertama, dalam sesebuah organisasi, pengurusan berasaskan kuasa membolehkan ahli yang mempunyai status yang tinggi berkuasa dalam kumpulan. Mereka mempunyai pekerjaan yang status kedudukan kuasa yang tinggi dan sah terhadap ahli yang lain. Justeru, peranan membolehkannya menggunakan kuasa terhadap ahli yang mempunyai status rendah untuk mengikut segala arahan. Peranan status yang tinggi memberi peluang kepada mereka untuk mendapat ganjaran dan kuasa
76

paksaan terhadap ahli kumpulan yang mempunyai status rendah. Status yang tinggi juga menggambarkan kredibiliti dan kuasa kepakaran. Dalam sesetengah keadaan ia boleh mewujudkan kuasa rujukan iaitu status dan kedudukan menyebabkan ahli lain melihat kepadanya sebagai mempunyai status yang tinggi dan mencontohinya. Bukan semua ahli yang berstatus tinggi mempunyai kuasa disebabkan peranan rasmi di dalam kumpulan. Ramai yang mempunyai kuasa personel seperti kuasa rujukan. Sesetengah ahli mempunyai status yang tinggi dalam kumpulan kerana mereka disukai dan dihormati oleh ahli yang lain. Sesetengah ahli mempunyai status yang tinggi berkecenderungan mempunyai kuasa rujukan oleh ahli yang lain. Ahli kumpulan akan mengambil cadangannya kerana mereka suka, hormat dan mengenali ahli yang lain. Selain itu, ahli yang mempunyai status yang rendah disebabkan kedudukan jawatannya mungkin mempunyai kuasa pakar tertentu berdasarkan pengetahuan dan kepakarannya. Misalnya, ahli kumpulan yang mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang komputer mungkin menjadi kuasa pakar jika hanya beliau seorang saja tahu bagaimana sistem pelindung (back up) dan menggunakannya jika berlaku kerosakan. Di samping itu, terdapat beberapa teknik untuk mempengaruhi orang lain. Menurut Kipnis, Schmidt dan Wilkinson (1980) terdapat lapan kategori teknik mempengaruhi iaitu pendesak, mengampu, bertindak rasional, memberi kuasa, menjadi pengganti, merayu, membentuk halangan dan gabungan. Pilihan teknik yang digunakan perlu bergantung kepada situasi semasa sesuatu aktiviti. Misalnya, strategi paksaan mungkin boleh diterima oleh ahli dalam bidang ketenteraan. Pilihan penggunaan teknik bergantung kepada sama ada kita mempunyai kuasa yang mencukupi untuk menggunakan teknik tersebut. Kuasa yang sah membantu menggunakan teknik yang sah dan kuasa rujukan dalam membuat keputusan rayuan personal. Secara umumnya, ahli kumpulan yang mempunyai status yang tinggi menggunakan pelbagai teknik yang meluas kerana mereka mempunyai kuasa berasaskan apa yang telah diberikan kepada mereka. Selain itu, kuasa juga mempunyai kaitan dengan budaya dan jantina. Dalam budaya masyarakat China adalah sangat penting untuk menjaga air muka seseorang individu bagi mengelak perasaan malu dan membuatkan orang lain merasa sedih. Penting untuk mengekalkan keharmonian di dalam kumpulan. Ini bermakna pengaruh perlu digunakan dalam keadaan yang berhati-hati dan secara tidak langsung. Di Jepun, fokus kumpulan berdasarkan pendekatan tradisional iaitu pengurus menggunakan teknik yang sah bagi memastikan subordinat patuh kepada kepentingan syarikat
77

disebabkan tanggungjawab mereka sebagai pekerja. Manakala di India, tindakan mengampu dilakukan apabila pekerja cuba mempengaruhi ketuanya. Di samping itu, kuasa dan jantina juga mempunyai perkaitan yang signifikan. Biasanya kaum lelaki lebih berkuasa berbanding kaum wanita kerana posisi jawatan yang lebih tinggi memberi lebih banyak kuasa. Kaum lelaki juga dilihat mempunyai ganjaran yang lebih baik dan kuasa paksaan kerana peranan sosial yang melibatkan kawalan sumber yang kebanyakannya dimiliki oleh kaum lelaki. Kaum lelaki memiliki lebih banyak kuasa yang sah kerana mereka menjawat jawatan yang mempunyai autoriti. Manakala bagi pekerja wanita yang memegang sesuatu jawatan, mereka sering berhadapan dengan masalah berbanding dengan lelaki apabila menggunakan kuasa seperti kuasa yang dimilikinya dilihat sebagai tidak sah. Dalam sesetengah pekerjaan, kakitangan lelaki dilihat mempunyai kuasa kepakaran kerana mereka biasanya lebih berdaya saing berbanding dengan wanita. Kakitangan lelaki cenderung untuk mendominasi sesuatu perkara dan pandangan mereka diambil perhatian berbanding dengan wanita. Terdapat beberapa faktor yang mempunyai kaitan antara kuasa dan jantina iaitu jenis tugas. Ahli kumpulan lelaki lebih berpengaruh apabila tugas berkaitan dengan jantina atau maskulin, kakitangan wanita lebih berpengaruh jika tugas berkenaan dengan feminine. Misalnya, wanita boleh dianggap mempunyai kuasa dirumah berkaitan tugas menjaga kanak-kanak. Perbandingan jantina dalam kumpulan juga boleh dilihat dari segi perbandingan jumlah kakitangan wanita dan kakitangan lelaki Apabila jumlah kakitangan wanita hampir sama dengan kakitangan lelaki, kakitangan wanita mempunyai pengaruh yang hampir sama dengan kakitangan lelaki. Walau bagaimanapun, apabila kakitangan lelaki menjadi pihak minoriti mereka tetap mempunyai pengaruh dalam kumpulan. Kakitangan lelaki menggunakan pendekatan yang keras dan strategik secara langsung berbanding dengan kakitangan wanita menggunakan pendekatan yang agak lembut dan strategik tidak langsung. 4.7.3 Kesan Kuasa terhadap Keberkesanan Kumpulan

Keberkesanan ahli dan ketua kumpulan adalah dengan melihat kepentingan kuasa. Mereka sedar siapa yang mempunyai kuasa terhadap siapa dan kenapa, dan mengetahui siapa menggunakan sumber kuasa yang paling efektif ke atas mereka. Mereka menggunakan kuasa dalam memastikan ahli yang lain menghormati hak mereka dan untuk kebaikan kumpulan. Pemilihan pengaruh strategi berasaskan situasi dan tidak bergantung kepada satu asas kuasa atau teknik pengaruh.
78

Terdapat beberapa cadangan untuk meningkatkan keberkesanan kumpulan menggunakan kuasa iaitu (i) Tunjukkan kuasa pakar dengan menunjukkan pengetahuan dan kemahiran dan membuatkan ahli lain sedar tentang aku janji dan ikrar yang dibuat tetapi perlu jujur. Kuasa yang ada akan terhakis jika ahli yang lain mendapati ketua tidak mempunyai kepakaran seperti yang dicakapkan. Terdapat ahli kumpulan yang tidak berperikemanusiaan kadang kala menambahkan cerita untuk menunjukkan kuasanya. Justeru, perlu disemak kemahiran ahli pasukan yang lain sebelum bertindak berasaskan apa yang dicadangkan bagi meningkatkan keberkesanan kumpulan. Ketua yang mudah didekati dapat meningkatkan kuasa rujukan. Seseorang ketua perlu lebih mesra, positif dan mempunyai daya tarikan. Mereka yang melakukan kerja dengan baik dan tingkah laku dengan integriti lebih menjurus kepada kuasa rujukan. Sesetengah ahli kumpulan menggunakan daya penarik untuk memanipulasi dan menipu orang lain bagi mendapatkan kuasa dalam kumpulan. Penggunaan kuasa paksaan mengurangkan kuasa rujukan dan meningkatkan halangan, mengelak daripada menggunakan kuasa paksaan walaupun kuasa berkenaan diberikan sebagai pilihan. Memberi perhatian kepada maklum balas ahli lain berdasarkan arahan yang diberikan. Jika ahli menolak untuk melakukan apa yang ketua cakapkan, ini mungkin kerana arahan telah melebihi had kuasa sah dan telah melanggar sumpah. Penyelesaiannya ialah dengan menjelaskan peranan ahli kumpulan dan hak untuk melakukan sesuatu tindakan. Apabila ada ahli baru dalam kumpulan, pastikan dijelaskan mengenai rangkaian arahan dan bahagian yang dibenarkan untuknya mengamalkan kuasa yang diberikan. Ketua perlu sedar bahawa ahli yang mempunyai kedudukan yang rendah dalam kumpulan juga mempunyai kuasa kerana mereka merupakan kunci untuk mendapatkan maklumat atau sumber yang diperlukan. Mereka jarang mempunyai kuasa paksaan dan ganjaran. Oleh itu, mereka boleh melakukan kerja dengan berkesan. Biasanya, pekerja akan menghormati dan menurut perintah yang diberikan apabila diminta melakukan sesuatu tugasan. Ketua perlu sedar bahawa norma mengenai apa diterima sebagai pengaruh teknik bergantung kepada budaya, kumpulan dan rujukan secara personal. Misalnya, sesetengah ahli kumpulan tidak suka menjadi pemenang atau gagal
79

(ii)

(iii)

(iv)

(v) (vi)

(vii)

dalam sesuatu kerja berbanding dengan ahli yang lain. Ini membolehkan seseorang ketua tahu mengenai kumpulan dan ahli kumpulan serta mengubahsuai teknik pengaruh secara berterusan. (viii) Mengawal ahli kumpulan yang dilihat cuba mendominasi kumpulan secara negatif dan menekankan kepentingan kerjasama kumpulan. Ketua kumpulan perlu bersemuka dengan sesetengah ahli yang tidak beretika dan menerangkan bahawa tingkah lakunya boleh merosakkan status dan kuasa dalam kumpulan yang menyebabkan ahli kumpulan menetang mereka.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI 1. 2. Terangkan faktor-faktor yang menyebabkan hubungan yang tidak baik antara kumpulan. Jelaskan dengan terperinci langkah-langkah yang boleh diambil bagi mewujudkan hubungan yang berkesan di dalam kumpulan.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini. JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS 1. (i) (ii) (iii) (iv) (v) (i) (ii) (iii) (iv) (i) (ii) (iii) Kumpulan Tidak Formal. Kumpulan Tradisional. Kumpulan Penyelesaian Masalah. Kumpulan Kepemimpinan. Kumpulan yang diuruskan sendiri. Sistem Ganjaran. Sistem Komunikasi. Struktur Organisasi. Kepimpinan Organisasi. Arahan yang Jelas. Ahli-ahli yang Berpengetahuan. Tanggungjawab yang Jelas.
80

2.

3.

(iv) (v) (vi) 4. (i) (ii) (iii) (i) (ii) (iii) (iv) 6. (i) (ii) (iii)

Prosedur Operasi yang Munasabah. Hubungan Interpersonal. Berkongsi Kejayaan dan Kegagalan. Konflik Substantif (Substantive Conflict). Konflik Prosedur (Prosedural Conflict). Konflik Perasaan (Affective Conflict). Pasukan menjadi lebih kuat untuk menguruskan konflik dalam pasukannya. Kumpulan dapat dibangunkan dan fleksibiliti meningkat, pasukan dapat menyesuaikan dengan tekanan. Mewujudkan perlindungan yang selamat dan bebas daripada serangan. Idea baru dapat dihasilkan dan diserapkan kepada ahli kumpulan. Perbezaan (Differences). Gangguan (Disruptions). Konflik.

5.

81

You might also like