You are on page 1of 3

Tinjauan Keseluruhan GTP

10 102

Kini, Malaysia semakin hampir menuju ke tahun 2020, tempoh yang telah ditetapkan untuk menjadi sebuah Negara maju dan berpendapatan tinggi.
Untuk ke arah itu, Negara kita kini mempunyai kurang daripada sedekad lagi untuk meneruskan perjalanan atau jatuh lebih jauh di belakang rakan serantau lain yang menjejaskan kehidupan rakyat yang menanti masa depan yang lebih cerah. Mujurlah, Malaysia telah memulakan rancangan pelaksanaan yang dapat memberi impak seperti transformasi. Program Transformasi Kerajaan (GTP) adalah sebuah cita-cita, program yang menyeluruh yang mengubah dasar Kerajaan untuk menjadi institusi yang lebih cekap dan berpegangkan rakyat.

Ilham YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pelaksanaannya di bawah bidang kuasa Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), GTP adalah berdasarkan prisip 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Struktur GTP Struktur GTP adalah intuitif: mengenalpasti bidang yang memerlukan perhatian yang lebih dan tumpuan kepada bidang-bidang tersebut. Melalui perundingan menyeluruh dengan pihak berkepentingan, daripada kementeriankementerian kepada rakyat, kerajaan telah tampil dengan 7 tonggak utama yang ditetapkan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Selain itu, GTP juga mengandungi komponen MKRA yang diwujudkan bagi menangani matlamat pembangunan yang tidak termasuk dalam NKRA.

Setelah selesainya pelaksanaan dalam fasa pertama perubahan atau lebih dikenali sebagai GTP 1.0 setiap NKRA telah melaporkan perubahan yang ketara dalam bidang masing-masing. Tapi, ia masih terlalu awal untuk kita selesa dengan kejayaan ini kerana perjalanan dalam cerita transformasi Negara masih lagi jauh. Hasil inisiatif-inisiatif kini boleh dilihat dalam laman web ini dan penerbitan-penerbitan yang lain. Tujuan Laman Web Walaupun proses perubahan ini akan datang daripada Kementerian sendiri, tetapi adalah penting untuk semua rakyat sedar dan memberi sokongan terhadap inisiatif-inisiatif ini. Laman web ini bertujuan untuk menyediakan maklumat tepat dan terkini mengenai GTP serta lebih terperinci yang hanya boleh didapati melalui penerbitan PEMANDU.

Tiada perbualan

Hantar apa yang anda fikir tentang GTP.


Masukkan Emel Masukkan Kata L

Lupa kata laluan? Daftar sekarang

- See more at: http://www.pemandu.gov.my/gtp/About_GTP-@-GTP_Overview.aspx?lang=msmy#sthash.PsPemDMq.dpuf

You might also like