You are on page 1of 11

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

PENGGUNAAN MEDIA BARU DALAM PEMBELAJARAN BAHASA ARAB

FAWWAZ FATHANAH BINTI MADZLAN D20101039056 PENSYARAH: PROF. DATO DR. HASSAN BASRI BIN AWANG MAT DAHAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI KUNDANG 48020 RAWANG, SELANGOR DARUL EHSAN.

BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Penguasaan bahasa Arab sebagai pembelajaran bahasa asing telah menjadi isu sejak sekian lama. Masalah yang berlaku bukan hanya di sekolah, malah kajian yang dilakukan di universiti juga mendapati pelajar tidak dapat menguasai bahasa Arab dengan baik terutama kemahiran mendengar (Rahimi, 2003). Persepsi dalam kalangan murid berhubung dengan mata pelajaran bahasa Arab adalah persepsi yang negatif. Mereka menganggap bahasa Arab sebagai satu mata pelajaran yang susah dan membebankan. Selain itu sikap murid terhadap mata pelajaran bahasa Arab sebagai waktu pengajaran dan pembelajaran yang sungguh membosankan. Stevens (1990) merumuskan bahawa masalah pembelajaran bahasa antaranya ialah disebabkan ketiadaan atau kekurangan minat untuk belajar. Mempelajari bahasa Arab masih lagi dianggap sukar oleh kebanyakan pelajar. Hal ini mungkin disebabkan kerumitan bahasa itu sendiri untuk dikuasai atau kerana metode pengajaran dan pembelajaran yang kurang efektif (Prof. Dato Dr. Mohamed Asin 2007). Bahasa Arab merupakan bahasa asing yang merangkumi empat proses pembelajaran kemahiran iaitu kemahiran membaca, menulis, mendengar dan bertutur. Bahasa Arab yang bukan merupakan bahasa komunikasi mereka dan ini menjadikan sesi pembelajaran bahasa arab menjadi susah dan mereka menjadi kurang berminat dan tidak dapat memahami keseluruhan pembelajaran tersebut. Kerumitan masalah yang dihadapi dalam pengajaran bahasa Arab sebagai bahasa kedua jelas dapat dilihat daripada dapatan-dapatan kajian yang telah dijalankan dalam program bahasa Arab di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1993 ( Haji Ismail, A.R. 1993). Kajian tersebut menunjukkan bahawa terdapat pertentangan yang jelas antara setiap kompenan kurikulum bahasa Arab dengan matlamat yang digariskan. Masalah yang dihadapi dalam Pengajaran Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua jelasnya adalah rumit dan merentasi semua aspek yang berkaitan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.

Antara punca atau permasalahan yang dihadapi ialah pengajaran bahasa arab ini tidak mengikuti arus perkembangan semasa. Pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab kelihatan sentiasa meminggir dan memencilkan diri daripada arus

perkembangan dan kemajuan dalam pencapaian penyelidikan dan kajian arena pengajaran dan pembelajaran bahasa sebagai bahasa kedua. Ini seolah-olah tidak memberi sebarang pengaruh atau sumbangan terhadap pembelajaran bahasa Arab ( Abdul Rahim 1994:123). Penguasaan bahasa Arab bukanlah sesuatu yang mustahil dilaksanakan. Dengan mengetahui strategi dan pendekatan yang efektif adalah langkah yang paling bijak. Di dalam kertas kerja yang ringkas ini, penulis cuba meninjau pendekatan terkini untuk mempelajari bahasa Arab dengan menggunakan media terkini. Terdapat pelbagai cara bagi meningkatkan tahap penguasaan bahasa Arab di kalangan pelajar antaranya adalah dengan menggunakan media baru seperti internet. Justeru, apa yang diharapkan melalui perancangan kajian ini supaya dapat memaksimumkan maklumat dan dapat mempertingkatkan kefahaman serta minat pelajar dalam mempelajari bahasa arab dengan menggunakan media baru sebagai bantuan pengajaran.

1.1

Masalah / Fokus Kajian Pelajar sering menghadapi masalah untuk memahami pembelajaran bahasa Arab di dalam kelas. Mereka juga kurang berminat dalam mempelajari bahasa arab kerana bahasa arab merupakan bahasa asing dan susah untuk difahami. Kajian ini memfokuskan kepada permasalahan pelajar terutamanya dalam menunjukkan minat dan menambahkan kefahaman kepada mereka. Teknik pengajaran mempunyai hubungan yang signifikan dengan penguasaan sesuatu pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan pelajar ( Jamaludin & Zaidatun, 2003). Justeru guru perlu memilih teknik pengajaran yang baik dan sesuai untuk menyampai isi pengetahuan atau melatih kemahiran, kerana teknik yang baik dan sesuai boleh menjadi pemangkin kepada penguasaan ilmu dan kemahiran dalam kalangan pelajar.

Dengan mengadakan aktiviti interaktif menggunakan media baru seperti internet, facebook, blog, youtube dan lain-lain, saya berharap dapat meningkatkan tahap penguasaan kemahiran dan menambahkan keyakinan serta meningkatkan minat murid terhadap pelajaran mereka.

1.2

Rasional Kajian Rasional kajian ini dijalankan kerana pelajar kurang berminat serta kurang memahami pembelajaran dalam bahasa Arab semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P).

1.4

Objektif Kajian/ Tujuan Kajian i. Objektif Am Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran-kemahiran asas

bahasa Arab dengan menggunakan persembahan media yang mudah, ringkas dan menarik dan untuk meningkatkan penbendaharaan kata, serta dapat menguasai kemahiran menyebut, menulis, mendengar dan membaca perkataan di dalam bahasa Arab di kalangan pelajar. Oleh itu,murid akan dapat memahami dengan lebih baik penggunaan kaedah tersebut dan lebih berminat untuk belajar.

ii. Objektif Khusus Objektif khusus kajian ini adalah supaya : Mengenal pasti tahap penguasaan asas bahasa Arab Murid dapat memahami dengan mudah . Minat untuk mempelajari bahasa Arab. Meningkatkan tahap murid dalam kemahiran menggunakan media. Mempelbagaikan kaedah pengajaran guru dan pembelajaran murid.

1.5

Soalan Kajian Secara khusus, kajian ini diharapkan dapat menjawab soalan-soalan kajian tersebut : 1. Apakah tahap penggunaan media baru dalam pengajaran Bahasa Arab di sekolah? 2. Bagaimanakah tahap pelajar dalam meminati kaedah pembelajaran

menggunakan media baru. 3. Apakah tahap pencapaian kemahiran 4P dengan menggunakan kaedah media baru dalam pembelajaran bahasa Arab? 4. Adakah wujud perbezaan pencapaian antara kumpulan yang menggunakan media baru dengan kumpulan yang tidak menggunakannya dalam

pembelajaran?

1.6

Signifikan Kajian Kajian ini sangat penting khususnya kepada para guru bahasa arab dan para pelajar yang mengambil matapelajaran bahasa arab. Secara khususnya, kajian ini bertujuan membantu para guru dan pelajar di semua peringkat pengajian termasuklah sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti. Kajian ini menyediakan para guru dengan teknik dan kaedah yang lebih kreatif untuk memastikan tahap pencapaian pelajar dalam mempelajari bahasa arab dengan lebih menarik dan tidak membosankan serta menambah penguasaan pelajar terhadap kemahiran asas bahasa arab supaya menjadi lebih baik. Selain itu, kajian ini dapat memberikan penambaikan dalam kaedah pengajaran guru khususnya, selain mendedahkan pelajar dengan kaedah penggunaan media baru yang betul. Kajian ini juga bertujuan menarik perhatian para guru khususnya menitikberat akan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif untuk menarik pelajar belajar bahasa arab dengan mudah dan tidak membosankan. Penulis beranggapan bahawa dengan meningkatnya pengusaan para pelajar dalam kemahiran 4P melalui media baru ini akan turut meningkatkan penguasaan para pelajar dalam penambahan pembendaharaan kata juga memastikan mereka dapat bertutur dengan lebih baik dan yakin.

BAB 2

2.0

KAJIAN LITERATUR Kejayaan program pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab tidak terhenti pada kecekapan para guru dan kemantapan kurikulum semata-mata, tetapi sikap dan kepedulian pelajar terhadap bahasa yang dipelajari memainkan peranan yang paling penting (Ab. Halim & Wan Mohamad, 2006). Pelajar yang mempunyai sikap yang positif terhadap bahasa sasar atau yang bersikap negatif terhadap semua itu, sedikit sebanyak akan mempengaruhi hasil pembelajaran dan kecekapan berbahasa. Ini bertepatan dengan pandangan Mansoer Pateda (1990) yang menyatakan bahawa sikap merupakan aplikasi daripada minat seseorang terhadap sesuatu. Ia juga merupakan faktor dalaman yang mempengaruhi pelajar dalam proses pembelajaran bahasa. Kemahiran membaca merupakan proses yang dinamik tetapi kompleks. Ia meliputi keupayaan membaca dengan pantas, memahami fakta, kebolehan mengingati fakta serta membuat interpretasi secara bijak dan analisis. Ketika seseorang itu membaca, ia sebenarnya sedang berkomunikasi secara langsung dan sedar dengan bahan bacaannya. Dia mencuba menyelami pemikiran dan idea yang cuba disampaikan oleh pengarang. Seseorang yang berjaya menguasai kemahiran membaca bermakna dia telah berjaya merobohkan sebuah tembok pemisah yang maha besar antara dirinya dengan lautan ilmu yang wujud dalam pelbagai bentuk karya (Zulkifley Hamid, 1994). Abdul Ghani (1996) menegaskan faktor bahan memberi kesan dalam meningkatkan minat pelajar untuk terus menguasai sesuatu kemahiran berbahasa dan berinteraksi dengan lebih berkesan. Oleh itu, guru perlu menggunakan pelbagai bahan media yang sesuai dan menarik supaya boleh menukar suasana pembelajaran yang kaku kepada pembelajaran yang melibatkan pelajar. Aplikasi dan manipulasi pengajaran bahasa melalui media elektronik, pengisian komputer, grafik dan sebagainya dapat mengekalkan minat dan tumpuan pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa. Guru perlu kreatif dan inovatif serta menguasai kemahiran teknologi maklumat seiring dengan arus perkembangan pendidikan semasa. Kejayaan guru memilih bahan dan media sesuai dengan dapatan kajian Nadzeri (1985).

Menurut Omardin (1999), sumber dan bahan pengajaran yang digunakan oleh guru perlu menarik, dapat mengekalkan minat pelajar, mengembangkan minat pelajar terhadap pelajaran dan menjadikan pembelajaran lebih menarik. Melalui bantuan media baru akan dapat membentuk daya pemikiran, kreatif dan memperkukuhkan persepsi pelajar. Sini et al. (1983) menyarankan kepada guru-guru bahasa Arab yang menggunakan buku al-Arabiyyah li-na-shi-n sebagai buku teks untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa kedua, supaya menggunakan ABM untuk memperdengarkan teks-teks petikan dialog. Ini kerana penggunaan ABM, antaranya media internet, pita rakaman audio atau makmal bahasa, dapat meningkat minat pelajar untuk mendengar teks petikan, berbanding penggunaan suara guru. Secara tidak langsung, penggunaan ABM akan meningkatkan kefahaman pelajar apabila mendengar teks petikan. Jamaludin dan Zaidaton (2003) mendapati penggunaan ICT multimedia, termasuk teknologi pendidikan, termasuk pita rakaman audio, dapat merangsang indera pendengaran pelajar.

BAB 3

3.0

METODOLOGI KAJIAN Bagi mendapatkan data, kajian ini menggunakan beberapa instrumen seperti tinjauan, temu bual dan borang soal selidik. Tinjauan digunakan bagi melihat laman web yang boleh diguna pakai untuk tujuan pembelajaran bahasa Arab . Carian dilakukan ke dalam pelbagai laman web bahasa Arab melalui internet bagi melihat web-web yang sesuai untuk dijadikan bahan pengajaran. Temu bual turut dijalankan kepada tenaga pengajar dan pelajar bahasa Arab bagi mengetahui web yang mereka layari dalam bidang tersebut dan mendapatkan pandangan dan maklum balas berhubung bidang ini. Borang soal selidik juga turut diedarkan kepada responden yang terdiri daripada guru-guru dan pelajar bahasa Arab bagi melihat kekerapan penggunaan bahan dalam bidang ini dan sejauh manakah ia dapat membantu mereka. Turut diperolehi melalui borang ini pandangan dan ulasan mereka terhadap bahan-bahan melalui internet. Melalui penggunaan instrumen di atas data dapat diperolehi bagi menjawab persoalan yang dikemuka. Melalui kajian ini diharapkan banyak dapat membantu pelajar-pelajar untuk lebih mudah memahami apa yang dipelajari dan lebih berminat untuk mempelajari bahasa Arab serta membantu pelajar untuk menambahkan penbendaharaan kata dan meningkatkan keyakinan mereka dalam berkomunikasi, membaca dan menulis kerana telah dapat mengatasi masalah yang dihadapi.

3.1

Instrumen Kajian. Instrumen yang digunakan selain dari temubual dan tinjauan untuk kajian ini adalah berbentuk soal selidik. Kelebihan menggunakan kaedah ini adalah responden tidak memerlukan masa yang banyak untuk menjawab soal selidik dan mengganggu

responden yang mempunyai tugas-tugas tertentu. Selain daripada itu kaedah ini menjimatkan masa, kos, lebih senang mendapat kerjasama responden dan dapat menghasilkan item-item yang konsistan serta boleh dipercayai. Soal selidik ini dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu :

Bahagian A Soalan-soalan mengenai maklumat latar belakang guru dan murid dimuatkan dalam ruangan ini. Soalan yang dikemukakan adalah berkaitan dengan jantina, umur, pengalaman mengajar, kelulusan, jumlah waktu mengajar, tingkatan yang diajar dan kursus komputer yang dihadiri. Bahagian B Bahagian B, memuatkan soalan yang direka bentuk bagi mendapatkan maklumat dari responden mengenai penggunaan komputer dan internet serta masalah-masalah dalam penggunaan komputer dan internet dalam membantu proses pengajaran. Bahagian C Soalan yang dikemukakan adalah berkaitan dengan jenis-jenis perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3.2

Kumpulan Sasaran/ Batasan Kajian Kumpulan sasaran ialah pelajar dan guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kundang dalam pengkhususan bahasa Arab. Pengkaji menggunakan soal selidik, tinjauan dan temubual untuk memungut data. Aspek yang dikaji oleh pengkaji adalah tertumpu kepada beberapa pembolehubah tertentu seperti kesediaan belajar, kemahiran bertutur, membaca dan menulis bertujuan mendapat gambaran tentang penguasaan asas bahasa Arab responden.

3.3

Kaedah Kajian a) Pemerhatian Daripada pemerhatian didapati pelajar sering bermasalah untuk memahami dan kurang berminat untuk mempelajari serta mempunyai penbendaharaan kata yang terhad semasa berinteraksi dengan guru di dalam kelas.

b) Tindakbalas Dalam Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Pelajar sering kali menghadapi kesukaran untuk menyebut perkataan dan menghadapi masalah membuat ayat pertuturan serta tidak menunjukkan minat dan semangat untuk mempelajari bahasa Arab. c) Ujian Pencapaian Di dalam ujian oral yang dijalankan pelajar tidak dapat menyebut perkataan dan berinteraksi dengan baik semasa sesi soal jawab dijalankan. d) Perancangan

Bagi mengatasi masalah ini satu perancangan khusus telah dibuat dengan menggunakan keadah video hiwar dari youtube.

e) Tindakan Pelajar disediakan video kanak-kanak melakukan perbualan hiwar dalam bahasa Arab. Setiap pelajar diberi kertas dialog dan diminta untuk membaca dan menyebut bersama-sama guru. Guru akan membahagikan kumpulan pelajar kepada 2 orang setiap kumpulan. Pelajar-pelajar tersebut akan melakonkan watak tersebut dengan bantuan watak lain dan guru bagi melatih penggunaan bahasa. f) Pemerhatian Daripada pemerhatian, para pelajar kelihatan lebih semangat, berminat dan memberi respon yang memberangsangkan di dalam bilik darjah. Ini kerana mereka secara sukarela dan bersedia menyertai aktiviti tersebut. g) Refleksi

Kaedah ini diharapkan dapat membantu pelajar-pelajar untuk lebih mudah memahami apa yang dipelajari dan lebih berminat untuk mempelajari bahasa Arab serta membantu pelajar untuk menambahkan penbendaharaan kata dan meningkatkan keyakinan mereka dalam berkomunikasi, membaca dan menulis kerana telah dapat mengatasi masalah yang dihadapi.

3.4

Jadual Cadangan Pelaksanaan Kajian BIL. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. CADANGAN AKTIVITI Mengenal pasti dan mengumpul data awal Merancang tindakan individu Melaksanakan tindakan aktiviti Mengenal pasti masalah yang timbul dalam aktiviti Melaksanakan tindakan aktiviti Refleksi kajian Menulis laporan kajian Pembentangan dapatan kajian TEMPOH 1 minggu 1 minggu 2 minggu 1 minggu 1minggu 1 hari 1 hari 1 hari

RUJUKAN Ab. Halim Mohamad & Wan Mohamad Wan Sulong. 2006. Antara Minat Dan Sikap Pelajar Terhadap Bahasa Arab: Satu Kajian Ke Atas Pelajar Bacelor Bahasa Arab di IPTA Malaysia. Prosiding Wacana Pendidikan Islam (siri 5). Bangi: Pusat Penerbitan dan Percetakan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Asma Abdul Rahman dan Maimun Aqsha Lubis. 2009. Kaedah Pengajaran Bahasa Arab untuk Kanak-kanak Pintar. Nilai: Penerbit USIM. Haji Ismail, A.R. 1993. The Teaching of Arabic in the Faculty of Islamic Studies: The Problem of Compatibility. Kertas Kerja Seminar Bulanan Fakulti Pendidikan Bangi: UKM. Jamaludin Harun dan Zaidatun Tasir. 2003. Multimedia dalam Pendidikan. Bentong: PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd. Mat Nor Hussin dan Ab. Rahman Ab. Rashid. 1987. Alat Bantu Mengajar dalam Pengajaran Bahasa. Pulau Pinang: Pusat Teknologi Pendidikan dan Media, Universiti Sains Malaysia. Mohd Rosdi Ismail dan Mat Taib Pa. 2006. Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Rahimi Said. 2003. Penggunaan Internet untuk pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca dan menulis bahasa Arab disebuah Universiti. Kuala Lumpur: Projek Sarjana yang tidak diterbitkan. Fakulti Pendidikan, UM. Rosni Samah. 2009. Isu Pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia. Nilai: Penerbit USIM. Wan Azura Wan Ahmad [et al.]. 2007. Pendekatan dan Strategi Efektif dalam Penguasaan Bahasa Arab. Nilai : Penerbit USIM.

You might also like