You are on page 1of 14

13

TULISAN MENGENAI SEJARAH ISLAM DALAM MAJ ALAH GURU:


SATU SOROTAN
(Writings on Islamic History in Majalah Guru: A Review)

Oleh:
Norlida Abdul Salam
*

Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid
**


Abstrak
Artikel ini membincangkan aplikasi Bahagian Tawarikh yang terdapat dalam
Majalah Guru sebagai medium bagi rujukan pelajar, guru dan juga masyarakat
amnya. Penulisan artikel ini akan menumpukan kepada tulisan mengenai sejarah
Islam yang terdapat dalam Bahagian Tawarikh terutamanya pada tahun 1924-
1929. Penulisan kajian ini menggunakan metode dokumentasi iaitu menjadikan
Majalah Guru sebagai subjek kajian dan akhir sekali apabila semua data yang
diperlukan sudah dikumpul maka olahan dan penganalisaan data dilakukan.
Kesimpulan yang dapat dibuat dari penulisan artikel ini ialah, kemunculan
persekutuan guru-guru Melayu pada dekad 20-an telah menjadikan Majalah
Guru sebagai sumber rujukan tambahan selain buku teks terutamanya dalam
sejarah Islam. Ini adalah kerana pada zaman penjajahan sekolah-sekolah di
Tanah Melayu tidak didedahkan kepada sejarah Islam melainkan sejarah Alam
Melayu dan sejarah dunia. Ini menunjukkan bahawa majalah juga dijadikan
sebagai sumber sejarah seperti mana yang telah disebutkan oleh Khoo Kay Kim
(1979).

Kata Kunci: Majalah Guru, Mata Pelajaran Sejarah, Bahagian Tawarikh,
Masyarakat Melayu.

Abstract
This article discusses the application of the Tawarikh section in Majalah Guru a
medium of reference for students, teachers and general society. This article will
focus on the writings of Islamic history found in Tawarikh column mainly in 1924-
1929. This article will apply the documentation method by maling Majalah Guru
the sugject of study and once all the necessary data are collected, they will
processed and analysed. The conclusion that can be drawn is that the emergence
of Malay teachers association in the 1920s has made Majalah Guru as a source
of reference in addition to textbooks, especially in Islamic history. This is because
during the occupation period, schools in Malaya were not exposed to Islamic
history, but only the history of Malay Archipelago and the history of the world.

*
Beliau merupakan pelajar Sarjana di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya. Beliau boleh dihubungi di leeds87_kay@yahoo.com
**
Beliau merupakan pensyarah kanan Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya. Boleh dihubungi melalui email di faisal@um.edu.my
Jurnal Al-Muqaddimah Bil 1 (1) 2013, 13-26
14

This shows that the magazine is also used as a historical source as mentioned by
Khoo Kay Kim (1979).

Keywords: Majalah Guru, History subject, Tawarikh section, Malay community

Pendahuluan

Penglibatan orang Melayu dalam bidang penulisan sejarah pada dasawarsa 20-an
semakin rancak walaupun pada ketika itu terdapat banyak cabaran yang dihadapi
oleh golongan intelegensia Melayu pada ketika itu bagi menarik minat golongan
Melayu untuk cinta dan faham akan sejarah. Banyak penulisan-penulisan di dalam
akhbar dan majalah tahun 20-an merupakan bentuk penulisan yang mengkritik
hebat tentang sikap orang Melayu.

Tawarikh merupakan kata jamak bagi tarikh dalam Bahasa Arab. Sekiranya kita
merujuk kepada Encylopedia of Islam, Tarikh bermaksud era dan kronologi. Asal
perkataan Tarikh iaitu Tarikh adalah bererti penentuan tarikh dan juga bermaksud
asal-usul, kerja-kerja penyelidikan, sejarah dan juga jurai keturunan.
1


Menurut Muhd Yusof Ibrahim (2009), dari segi penggunaan istilah al-tarikh atau
tarikh di dalam bahasa Arab pada mulanya ia hanya membawa maksud
pentarikhan, era atau zaman, tetapi melalui perkembangan pensejarahan yang
berlaku pada abad kedua dan ketiga Hijrah, istilah itu diertikan sebagai kajian
sejarah dan ilmu sejarah atau ilmu tarikh.
2


Penggunaan dan penyesuaian perkataan ataupun istilah ini adalah munasabah
bahawa perkataan al-tarikh atau tarikh sahaja iaitu merupakan perkataan Arab,
kemudian telah diubahsuai menjadi tawarikh di dalam Bahasa Melayu. Ia adalah
satu istilah yang popular digunakan bagi merujuk sejarah oleh penulis sejarah
tempatan sehingga awal tahun 1960-an apabila perkataan sejarah menggantikan
perkataan tawarikh. Walau bagaimanapun, bukanlah bererti perkataan sejarah itu
tidak pernah digunakan langsung sebelum tempoh tersebut. Selain penggunaan
istilah tawarikh, sejarawan Melayu juga menggunakan istilah hikayat atau
riwayat.
3


Mata Pelajaran Tawarikh

Mata pelajaran sejarah sememangnya telah diterima umum dalam dunia
pendidikan sebagai satu mata pelajaran sosial. Dewasa kini, pengajaran mata

1
Gibb, H.A.R & Kramers J.H., Shorter Encylopedia of Islam, (Leidin : E.J.Brill,1961), h. 578.
2
Muhd. Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah, Falsafah, Pengertian dan Kaedah, (Kuala Lumpur:Dewan
Bahasa dan Pustaka, 2009), 6 dan lihat juga Mahayudin Hj. Yahaya, Pengertian Sejarah Islam dan
Permasalahannya, (Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana, 1984), h. 31-32.
3
Muhd. Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah, Falsafah, Pengertian dan Kaedah, h. 7.
Tulisan Mengenai Sejarah Islam Dalam Majalah Guru: Satu Sorotan

15

pelajaran sejarah meliputi hampir semua peringkat pengajian sama ada sekolah
rendah, menengah atau pusat pengajian tinggi. Pelajaran Sejarah sebagai
pendidikan asas untuk semua peringkat dan golongan adalah suatu kenyataan yang
tidak boleh dinafikan lagi.

Umumnya, sebilangan besar daripada kita tidak mengetahui bahawa telah wujud
mata pelajaran Sejarah semasa perang dunia pertama lagi.
4
Walau bagaimanapun,
pelajaran sejarah ini disebut mata pelajaran Tawarikh pada ketika itu. Tawarikh
sebagai satu mata pelajaran, diasingkan daripada subjek kesusasteraan telah
diperkenalkan pada tahun 1918 di Maktab Melayu Melaka, iaitu sebuah maktab
perguruan yang bukan hanya mendahului Maktab Perguruan Sultan Idris di
Tanjong Malim bahkan beberapa orang kelulusan Maktab Melayu Melaka adalah
pensyarah yang amat berpengaruh di MPSI (atau lebih dikenali sebagai SITC pada
awal penubuhannya).
5


Pada tahun 1916, pemerintahan Inggeris telah melantik R.O Winstedt sebagai
Penolong Pengarah Pelajaran yang bertugas untuk sekolah-sekolah. Beliau telah
dihantar ke Jawa dan Filipina untuk mengkaji sistem pelajaran rakyat dan dasar
pelajaran kolonial. Beliau telah mengeluarkan satu laporan iaitu Laporan Dari Mr.
R.O Winstedt Penolong Pengarah Pelajaran Negeri Selat dan di Hindia Timur
Belanda
6
bahawa dasar Belanda menggugurkan pelajaran sejarah dari jadual
waktu sekolah-sekolah rendah hendaklah diikuti.

Bagi Winstedt, mata pelajaran Sejarah terutamanya tentang orang Melayu dalam
erti sejarah tempatan adalah merbahaya kerana baginya, sejarah tempatan yang
dianggap sejarah oleh masyarakat Melayu sebenarnya hanyalah cerita dongeng.
Beliau mengatakan lagi bahawa untuk mengajarkan sejarah Tanah Melayu masih
tidak boleh dilakukan kerana buku-buku yang ada hanyalah bukti yang belum
pasti. Sejarah Melayu dan Hikayat Abdullah merupakan buku yang dianggap
Winstedt tidak sesuai digunakan di sekolah Melayu walaupun untuk pelajaran
bahasa Melayu.
7
Walau bagaimanapun pada tahun 1927, Sejarah Melayu telah
digunakan untuk mata pelajaran Sejarah di samping buku Tawarikh Melayu
8

tulisan Winstedt sendiri.

4
Umum mengetahui bahawa perang dunia pertama berlaku dari tahun 1914-1918. Pelajaran Tawarikh
telah diperkenalkan pada tahun 1918 iaitu di Maktab Melayu Melaka. Lihat Khoo Kay Kim, Panji-
panji Gemerlapan: Satu Pembicaraan Pensejarahan Melayu, (Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya, 1979), 11 dan juga Ramlah Adam, Maktab Melayu Melaka 1900-1922, (Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991) , h. 19.
5
Khoo Kay Kim & Ramlah Adam, The Malay College Malacca, (Kuala Lumpur: The New Straits
Times Annual, 1977), h. 81-86.
6
Laporan boleh dirujuk dalam Awang Had Salleh, Pelajaran dan Pengurusan Melayu di Malaya
Zaman British, (Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, 1974), h. 76-78.
7
Ibid.,78 dan lihat juga Siti Zainun Mat, Kepentingan Pelajaran Sejarah Dalam Sistem Pendidikan di
Malaysia Jurnal Sejarah, Bil. 18 (1990), h. 10.
8
Buku ini diterbitkan di Singapura.
Jurnal Al-Muqaddimah Bil 1 (1) 2013, 13-26
16


Selain buku tulisan Winstedt, terdapat rujukan lain yang digunakan dalam proses
pembelajaran sejarah. Berikut ialah rujukan yang digunakan:

1) Papers On Malay Subjects
9

2) Sejarah Alam Melayu (Jilid I-V)
10


Walau bagaimanapun, ramai yang tidak mengetahui bahawa Majalah Guru juga
mempunyai sumbangan sebagai sumber rujukan bagi memantapkan lagi mata
pelajaran Sejarah. Terdapat ruangan penulisan sejarah di dalam Majalah Guru
iaitu Bahagian Tawarikh. Kebanyakan artikel yang diterbitkan dalam majalah ini
merupakan terjemahan yang dilakukan oleh Zaba
11
daripada buku Malaya
karangan Winstedt.
12
Winstedt sebenarnya lebih suka sekiranya Zaba melakukan
aktiviti terjemahan di Pejabat Karang Mengarang di SITC Tanjong Malim supaya
pihak British dapat memantau kegiatan Zaba dalam penulisan beliau yang dilihat
pihak British sebagai meniup semangat nasionalisma.
13
Ini menunjukkan bahawa

9
Ditulis oleh R.J Wilkinson. Antara tajuk-tajuk yang terdapat didalamnya ialah The Proto Malay, The
Early Peninsular Civilisation, The Coming of the Malays, The Malacca Sultanate, The Protuegese
Ascendacy, The Dutch Ascendancy, Singapore, Johore and Muar, Early Perak History, Larut, The
Perak War. Lihat Khoo Kay Kim, Penyelidikan, Penulisan dan Pengajaran Sejarah Tanah air untuk
Memupuk Keperibadian Malaysia (Makalah, Kongres Kebudayaan Kebangsaan, Kuala Lumpur, 16-
10 Ogos 1973), h. 139.
10
Dimulakan oleh Cikgu Abdul Hassan dan kemudiannya disudahi oleh Buyong Adil. Awang Had
Salleh, Pelajaran dan Pengurusan Melayu di Malaya Zaman British, (Kuala Lumpur:Dewan Bahasa
dan Pustaka, 1974), h. 76-78.
11
Zainal Abidin bin Ahmad merupakan seorang pendeta, Tan Sri, karyawan Melayu yang banyak
berjasa kepada pembangunan bangsa Melayu. Za'ba memasuki peperiksaan untuk mejadi seorang guru
di Maktab Melayu Kuala Kangsar (Oktober 1918-April 1923) dan pada peringkat inilah Za'ba telah
lulus peperiksaan perguruan, dan menjadi penterjemah di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada
April 1924-September 1939. Beliau juga menjadi penggerak kepada Persekutuan Guru-guru Melayu
sehingga Majalah Guru diterbitkan .Disini penulis hanya menerangkan serba ringkas mengenai Za'ba
kerana subjek kajian penulis ialah penulisan sejarah didalam Majalah Guru. Kisah mengenai Za'ba ni
banyak terdapat didalam buku-buku, majalah, kertas kerja seminar dan tesis. Lihat Awang Had Salleh
(1991), "Za'ba". Dewan Budaya, November 1991, h. 209, lihat juga Zainal Abidin Bin Ahmad (1932),
"Kewajipan Terjemah-menterjemah", Guru, Januari 1932, h. 26-30, juga Abdullah Zakaria Ghazali
(1995), "Pembinaan Citra Za'ba:Muhammad Bin Dato' Muda kepada Zainal Abidin Bin Ahmad"
(Kertas Kerja Seminar Memperingati 100 Tahun Za'ba di Kuala Lumpur, 19-20 Oktober 1995), dan
lihat juga Adnan Haji Mohd. Nawang (1986), "Zainal Abidin Bin Ahmad (Za'ba)" (Kertas Kerja
Seminar Biografi Malaysia di Kuala Lumpur, 1986).
12
Zaba telah menjelaskan terjemahan ini, dan juga beberapa terjemahan yang lain telah di
siarkan dalam Majalah Guru dengan tidak menurut susunan dahulu kemudiannya yang diaturkan di
sini dari awal tahun 1925 hingga akhir tahun 1929 sebutan buku Malaya dikarang oleh
Winstedt didapati daripada karangan Zaba iaitu Sejarah Ringkas Tanah Melayu, (Singapura: Pustaka
Melayu, 1961), 1. Sebenarnya terdapat dua karangan oleh Winstedt dengan tajuk yang hampir sama
iaitu A History of Malaya (1962) dan Malaya and Its History (1958). Tidak dapat dipastikan buku
mana yang dimaksudkan oleh Zaba.
13
Khoo Kay Kim, Strategi Kesinambungan Titisan Warisan Pendeta Zaba:Peranan Ahli Sejarah,
(makalah, Seminar Kebangsaan Memartabatkan Warisan Pendeta Zaba, Dewan Bahasa dan Pustaka,
15 & 16 September 2004), h. 96.
Tulisan Mengenai Sejarah Islam Dalam Majalah Guru: Satu Sorotan

17

Winstedt menganggap pembelajaran sejarah perlu disebarkan dengan
menggunakan sumber penulisan yang berorientasikan Barat, sesuai dengan
penulisan artikel yang diterjemah oleh Zaba dalam Majalah Guru yang dilihat
dapat menjadi bahan bacaan pelajar, guru dan masyarakat Melayu.

Terdapat jurang di antara murid-murid di sekolah Inggeris dengan murid-murid di
sekolah Melayu iaitu dari sudut sukatan pelajaran Sejarahnya. Sekolah Inggeris,
sukatan pelajaran Sejarah tidak memperkenalkan Alam Melayu kepada murid-
murid. Dalam Sejarah Tanah Melayu yang diajar, tokoh-tokoh yang banyak
disebutkan termasuk Francis Light, Stamford Raffles, Hugh Low dan Frank
Swettenham, manakala pembunuhan J.W.W Birch diutamakan untuk
menunjukkan bahawa pembesar-pembesar Melayu yang sentiasa menganiayai
rakyat jelata marah kerana Birch cuba membersihkan Negeri Perak.
14


Jika dilihat kepada sukatan pelajaran yang dinyatakan oleh Khoo Kay Kim, tidak
terdapat di dalam sukatan pelajaran Sejarah pada tahun tersebut mengenai tokoh-
tokoh Islam. Oleh sebab itu, penulis merasakan Zaba cuba memperkenalkan
kepada pelajar pada ketika itu dengan artikel yang dimuatkan di dalam Bahagian
Tawarikh, bahawa Islam juga mempunyai tokoh-tokoh yang hebat yang perlu di
ketengahkan dan ditonjolkan kepada pelajar.

Menurut Norsiah Sulaiman, mempelajari sajarah menurut pandangan Islam
merupakan suatu yang amat penting terutama dalam hal-hal yang menyentuh
tentang perilaku dan tindakan Rasulullah yang menunjukkan kepada kita tentang
perjalanan hidupnya yang menjadi suri teladan kepada orang Islam.
15
Ini
bersesuaian dengan maksud surah al-Ahzab yang berbunyi:

.1l l >l _ _. < :`. ..> _.l l `>, < ,l > : < ,: _
Surah al-Ahzab (33):21

Maksudnya: Sesungguhnya Telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri
teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat)
Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.





14
Ibid dan lihat juga Arbaiyah Mohd Noor, Perkembangan Pendidikan Sejarah di Malaysia dari
Zaman Tradisional ke Zaman Moden (Jurnal Sejarah, no.17, 2009, Jabatan Sejarah, Universiti
Malaya).
15
Norsiah Sulaiman, Pentingnya Subjek Sejarah dan Tamadun Bangsa Sebagai Wasilah Pembentukan
Sikap dan Jati Diri dalam Sistem Pendidikan Negara (makalah, Seminar Pendidikan Melayu
Antarabangsa, Universiti Malaysia Perlis, 2010), h. 84.
Jurnal Al-Muqaddimah Bil 1 (1) 2013, 13-26
18


Bahagian Tawarikh dan Latar Belakang Majalah Guru

Majalah Guru ini diterbitkan pada tahun 1924 di Seremban oleh Persekutuan
Guru-guru Melayu Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan dicop menggunakan
huruf jawi
16
iaitu cop halus
17
serta dicetak oleh Yok Fong Press
18
dan
kemudiannya diambil alih oleh Matbaah al-Raudhah.
19
Majalah ini diberi nama
Majalah Guru bersesuaian dengan namanya yang bertujuan memberikan suatu
mutiara yang berharga daripada guru kepada masyarakat Melayu khususnya.
Semasa kemunculan majalah ini, terdapat sebab kenapa majalah ini diberikan
nama Majalah Guru:

dinamakan Majalah Guru ialah dimaksudkan akan menjadi hak
sekalian guru-guru
20


Tujuan utama penerbitan Majalah Guru
21
ini ialah untuk menggalakkan supaya
guru-guru bekerjasama dalam negeri masing-masing supaya mendapat persamaan
dalam segala perkara berkaitan dengan kurikulum sekolah, memajukan pelajaran
di sekolah Melayu, juga bertujuan untuk membincangkan segala kerumitan yang
berlaku diantara guru-guru mengenai jawatan dan pekerjaan masing-masing.
22


Majalah Guru disifatkan sebagai majalah yang mapan. Pengasoh juga ada
menyebut tentang Majalah Guru bahawa majalah ini merupakan majalah untuk
masyarakat dan sepatutnya dilanggan oleh orang Melayu dan Pengasoh juga
menyebut salah satu daripada sahabat kami yang disayangi. Ini menunjukkan
bahawa majalah lain yang wujud pada masa itu juga menyokong penerbitan
Majalah Guru ini.


16
Majalah Guru adalah majalah yang menggunakan tulisan jawi dan majalah ini juga memartabatkan
tulisan jawi dari pernyataan majalah ini dan Majalah Guru bersuara lagi bahawa surat-surat atau
karangan-karangan yang dikirimkan hendaklah ditulis dengan tulisan jawi bukan tulisan rumi kerana
Majalah Guru adalah majalah yang dicetak dengan tulisan jawi lihat (1929) Majalah Guru, Bil. 7,
Tahun ke-6, 1 Julai, h. 138
17
Terdapat pernyataan didalam Majalah Guru yang menyatakan menggunakan cop halus, sebab itu
kerap berlaku kesilapan sama ada keciciran daripada titik huruf, perkataan atau tertinggal atau terulang
perkataan sampai sebaris daripadanya dan terkadang lebih lihat Bahagian Rencana Pembukaan
(1926), Majalah Guru, Bil. 1, Tahun ke-3, 1 Januari, h. 3
18
Terletak di Seremban, Negeri Sembilan No. 147, Jalan Breach Road. Percetakan Yok Fong Press
hanya bertanggungjawab mencetak Majalah Guru dari tahun 1924-1925.
19
Terletak di Seremban, Negeri Sembilan No.30 Locke Road. Percetakan Matbaah al-Raudhah
bertanggungjawab mencetak Majalah Guru bermula dari tahun 1926.
20
Rencana Pengarang , Majalah Guru,1 November 1924, h. 2.
21
Tujuan Majalah Guru ini diterbitkan telah diterangkan di dalam syair yang terdapat di dalam
Majalah Guru ini pada keluaran pertamanya lagi. Lihat (1924), Majalah Guru, Bil.1, Tahun ke-1, 2.
22
Muhammad Janan Ahmad, "Peranan Majallah Guru dalam Perkembangan Sastera Sa-belom
Peperangan Dunia II" (Kertas Projek, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 1966),h. 12.
Tulisan Mengenai Sejarah Islam Dalam Majalah Guru: Satu Sorotan

19

Menurut Muhd Yusof Ibrahim, kebanyakan isi kandungan yang termuat di dalam
beberapa akhbar dan majalah Melayu yang lahir pada awal abad 20 merupakan
penulisan yang berbentuk sejarah.
23
Daripada penyataan beliau ini, penulis
melihat bahawa sudah ada kesedaran masyarakat Melayu terhadap sejarah iaitu
persepsi masyarakat terhadap kebaikan dan tauladan yang dapat dijadikan
ikhtibar bagi masyarakat Melayu pada ketika itu.

Penulis juga berpendapat bahawa sebenarnya kesedaran ini wujud pada golongan
intelegensia Melayu pada ketika itu terutamanya golongan guru yang dianggap
sebagai golongan yang berpelajaran tinggi dan dihormati. Daripada kesedaran
yang wujud dalam diri golongan intelegensia ini, maka penulisan mereka
dijadikan alat sebagai pemberi kesedaran kepada masyarakat Melayu pada awal
abad 20an itu. Penulisan sejarah didalam akhbar dan majalah kebanyakannya
menyentuh tentang sejarah yang berunsurkan Islam, masyarakat Melayu, atau
contoh negara yang maju. Kebanyakan penulisan ini mempunyai ruangan yang
tersendiri yang dipanggil al-tarikh, Tawarikh, Perkhabaran, Sejarah dan
Riwayat.
24


Bahagian Tawarikh merupakan satu usaha yang baru dalam perkembangan
pensejarahan di Tanah Melayu pada zaman itu. Kebanyakan penulisan adalah
berkisar kepada Tawarikh orang Islam yang Masyhur iaitu sumbangan rencana
daripada Zaba yang sama dengan penulisan Syed Sheikh Al-Hadi iaitu rakan
karib Zaba yang telah memulakannya pada tahun 1922.
25
Walaupun konsep
sejarahnya bersifat tradisional iaitu menurut Adnan Hj. Nawang,
26
akan tetapi bagi
penulis maklumat yang terkandung dalamnya penting kerana pengetahuan sejarah
bagi masyarakat Melayu yang kurang. Ini mungkin satu strategi Zaba bagi
mendekatkan para pembaca, khususnya golongan pelajar dan guru Melayu kepada
sejarah keagungan Islam.

Penggunaan istilah Tawarikh dipopularkan hanya selepas Perang Dunia I melalui
sistem persekolahan Melayu. Menurut Zaba, Winstedt telah memainkan peranan
utama dalam memperkenalkan konsep Tawarikh kepada orang Melayu. Khoo Kay

23
Muhd Yusof Ibrahim Akhbar dan Majalah ditinjau dari Sudut Pensejarahan Melayu, (Kertas Kerja
Seminar Akhbar dan Majalah, Bangi 25-26 Jun1988), h. 1.
24
Cahaya Pulau Pinang mempunyai ruangan perkhabaran, al-Imam dalam ruangan al-trikh al-
Islmi, Pengasoh mempunyai bahagian tarikh, Majalah Guru dan Cenderamata mempunyai ruangan
dengan tajuk yang sama iaitu tawrikh, Majlis menggunakan istilah riwayat. Kesemua akhbar dan
majalah ini kebanyakannya masih lagi disimpan rapi oleh Arkib Negara Malaysia, Jalan Duta.
25
Lihat Syed Sheikh Al-Hadi (1922) Al-Tarikh Al-Islam, Pulau Pinang. Menurut Adnan Hj Nawang,
Zaba turut memiliki buku tersebut dan bagi pendapatnya buku tersebut dijadikan model bagi penulisan
di dalam ruangan Tawrikh di dalam Majalah Guru
26
Beliau menyatakan ianya bersifat tradisional kerana penggunaan istilah Tawrikh yang terbentuk
daripada kata dasar tarikh. Perubahan konsep Tawrikh ke sejarah hanya berlaku selepas Perang Dunia
Ke-II. Lihat Khoo Kay Kim, Panji-panji Gemerlapan Satu Perbicaraan Pensejarahan Melayu, (Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya,1979), h. 15-18.
Jurnal Al-Muqaddimah Bil 1 (1) 2013, 13-26
20

Kim menyangkal dakwaan tersebut dengan menyatakan bahawa istilah tersebut
telah digunakan sebelum Winstedt diberi tugasan mengkaji semula sistem
pelajaran Tanah Melayu semasa Perang Dunia I. Walau bagaimanapun,
sumbangan Winstedt tidak dapat dinafikan kerana sekurang-kurangnya beliau
telah membezakan di antara Tawarikh dengan Hikayat. Ianya dapat di nilai
daripada penyataan beliau di dalam artikel beliau dan Zaba iaitu:

It was undoubtedly the book which, by popularizing the Arabic word
tawarikh, first opened the eyes of the average Malay to the meaning of
history as distinct from legend
27


Penulisan sejarah di dalam ruangan Tawarikh bagi Majalah Guru ini sekiranya
dikumpul setiap keluarannya boleh dijadikan sumber rujukan bagi pelajar dan
gurunya, bukan itu sahaja malah setiap artikel yang diterbitkan di dalam ruangan
tersebut bukan hanya untuk dibaca dan kemudian lulus di dalam peperiksaan,
tetapi juga untuk kita berfikir dan mengetahui peristiwa yang lalu supaya dapat
mengambil ikhtibar daripada peristiwa sejarah yang diceritakan. Ini dapat dilihat
daripada pernyataan di dalam Majalah Guru sendiri iaitu:

dengan sebab itu apabila kita membaca atau mempelajari tawarikh
Palembang, Singapura dan Melaka pada zaman dahulu umpamanya maka
bukanlah seseorang itu boleh dikata pandai jikalau ia sekadar hanya tahu
akan nama Sang Nila Utama, Sultan Mansur Syah dan tarikh-tarikh hidup
mereka itu masing-masing. Tetapi kita patut memahamkan segala hal
keadaan mereka itu, keadaan negeri-negerinya.-hutan rimbanya,
lautannya, kapal-kapal layarnya, orang-orang ramainya.Pada setiap
muka dalam kitab tawarikh yang kita baca itu patut nampak oleh kita
beberapa perhimpunan atau puak manusia yang bergerak dan bernyawa
dengan gaya kehidupan yang boleh dibandingkan dengan kehidupan
zaman kita itu
28


pada masa ini tawarikh itu ada diajarkan dalam tiap-tiap sekolah dan
kolej melayu tetapi terutama sekali bagi pihak penuntut-penuntut dan
murid-murid sekolah perkara itu hanya menjadi suatu cawangan yang
kering untuk mengingatkan nama-nama, kurun-kurun dan tahun-tahun
sesuatu kejadian semata-mata kerana hendak lulus dalam peperiksaan
dengan sekali-sekali tidak hendak menyingkap beberapa lapis tabir bagi
faedah orang yang mempelajarinya
29



27
R.O Winstedt dan Zainal Abidin Bin Ahmad, A History of Malay Literature, With a Chapter on
Modern Developments, JMBRAS, no.3 (1939), h. 151.
28
Bagaimana Patut Membaca Tawarikh: Bagi Penuntut-Penuntut Di Kolej Dan Murid-Murid Di
Sekolah Melayu, Majalah Guru, 1 April 1935, h. 123.
29
Ibid., h. 124.
Tulisan Mengenai Sejarah Islam Dalam Majalah Guru: Satu Sorotan

21

kitab-kitab Tawarikh Melayu dan Sejarah Alam Melayu itu pada masa
ini hanya dibaca disekolah-sekolah oleh kerana terpaksa hendak
digunakan dalam peperiksaan...
30


Kenyataan dari Majalah Guru ini menunjukkan bahawa ruangan Tawarikh yang
diterbitkan hampir setiap bulan itu bukan sahaja sebagai rujukan bagi setiap
pelajar untuk persediaan peperiksaan semata-mata, malah untuk menambahkan
ilmu pengetahuan dan juga mempelajari sesuatu yang penting daripada kisah masa
lalu. Kenyataan ini juga menunjukkan bahawa sudah terdapatnya kesedaran
sejarah bagi masyarakat Melayu dalam mempelajari sejarah pada dekad 20-an.

Antara pembaca Majalah Guru yang menamakan dirinya Yusof Arshad dari
Negeri Sembilan telah menghantar surat kepada sidang pengarang Majalah Guru
dan mengesyorkan supaya Bahagian Tawarikh perlu diteruskan kerana ianya
sangat berguna sebagai rujukan. Menurutnya:

Sungguhpun ada tawarikh-tawarikh itu dijadikan buku-buku, tetapi
bagi yang tak (sic.) mampu membeli buku, saya fikir lebih elok dan tak
(sic.) mengapa salahnya, kalau kita khaskan sebahagian di dalam
Majalah Guru ini kerana tawarikh, apa lagi bagi murid-murid yang tak
mengerti bahasa lain selain daripada Bahasa Melayu seperti saya ini,
pada hal tawarikh banyak agaknya di dalam bahasa lain (Arab, Inggeris
dan lain-lain)
31


Terdapat pernyataan di dalam Majalah Guru ini juga yang menunjukkan bahawa
harapan penulisan sejarah yang terdapat di dalam ruangan Tawarikh akan
dijadikan teladan dan iktibar oleh masyarakat Melayu khususnya. Ianya telah
dinyatakan lagi didalam terbitan pertama majalah ini iaitu:

dan berbagai-bagailah pula cerita dan tarikh orang-orang yang
termasyur supaya menjadi ikutan dan teladan
32


Ini menunjukkan bahawa matlamat dan tujuan para penulis di dalam ruangan ini
adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Melayu pada ketika itu yang
leka dan degil.

Menurut Muhd. Yusof Ibrahim (2009) lagi, kesedaran sejarah itu didorong oleh
kepentingan keagamaan, kepercayaan atau peribadi. Ini bermaksud bahawa, ianya
didorong atau dirangsang oleh keperluan.
33
Menurut Herbert Butterfield (1981),

30
Ibid., h. 125.
31
Yusof Arshad, Surat Kiriman, Majalah Guru, 1 Februari 1941, h. 86.
32
Majalah Guru, 1 Nov 1924, Bil.1,Tahun 1, h. 2.
33
Muhd. Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah, Falsafah, Pengertian dan Kaedah, (Kuala Lumpur:Dewan
Bahasa dan Pustaka, 2009), h. 4.
Jurnal Al-Muqaddimah Bil 1 (1) 2013, 13-26
22

kemunculan minat atau kesedaran terhadap sejarah sebagai masa lalu itu hanya
boleh berlaku seiring dengan perkembangan keseluruhan sikap manusia.
34
Walau
bagaimanapun, tidak dapat dipastikan dengan tepat masyarakat atau peradaban
manakah yang mula-mula telah mewujudkan atau menampakkan kesedaran
sejarah. Namun begitu, terdapat juga pandangan yang menyatakan bahawa
kesedaran itu muncul apabila wujudnya tulisan.
35


Tulisan Mengenai Sejarah Islam dalam Majalah Guru

Penulis melihat tulisan sejarah mengenai Islam terutamanya tokoh-tokoh Islam
telah mendominasi Bahagian Tawarikh sebagai medium untuk memberikan
kesedaran dan pengajaran dengan menonjolkan tokoh-tokoh Islam yang
berwibawa seperti Iskandar Zulkarnain,
36
Lokman al-Hakim,
37
Harun Ar-Rashid
38

dan banyak lagi nama-nama tokoh Islam yang di tonjolkan dalam Bahagian
Tawarikh ini.

Terdapat juga perbincangan mengenai tokoh-tokoh pelopor mazhab seperti
Qadariah dan Muktazilah.
39
Di sini penulis artikel juga telah menonjolkan watak
tokoh tersebut dengan menonjolkan keperibadian tokoh agar menjadi ikutan
kepada masyarakat. Contohnya seperti Hasan al-Basri ditonjolkan sebagai seorang
yang soleh, warak, alim, petah berkata-kata, berani bersuara dan mempunyai
pendirian yang teguh menyebabkan beliau mahsyur di kalangan penduduk
Basrah.
40


Maklumat yang terkandung dalam penulisan sejarah ini adalah penting
terutamanya apabila dilihat dari sudut perjuangan reformis Islam Zaba. Ini satu
strategi Zaba untuk mendekatkan para pembaca, khususnya golongan pelajar dan
guru Melayu kepada sejarah keagungan Islam. Pendidikan tersebut tidak terdapat
dalam kurikulum sekolah Melayu dan tidak menjadi kurikulum penting dalam
pendidikan agama di sepanjang pemerintahan kolonial British di Tanah Melayu.
41



34
Herbert Butterfield, The Origins of History, (London:Eyre Muthuen Ltd, 1981), h. 14-15.
35
Agnes Heller A Theory of History, (London: Routledge & Kegan Paul, 1982), h. 8.
36
Zaba, Ringkasan Tarikh Beberapa Orang Dahulu Kala yang Kenamaan Pada Medan Fikiran dan
Layanannya, Majalah Guru, 1 Mac 1925, h. 48.
37
Ibid., h. 49.
38
_____, Tarikh Hidup Setengah Daripada Orang-orang Islam, Majalah Guru, 1 Julai 1925, 124.
39
Majalah Guru juga telah menerangkan maksud setiap perkataan untuk Qadariah dan Muktazilah
supaya masyarakat memahami pegangan setiap aliran mazhab tersebut. Lihat Zaba, Setengah
Daripada Orang-orang Islam Masyur (Ulamak-ulamak Usul), Majalah Guru, 1 Mac 1926, h. 48-49.
40
Penulis artikel sebenarnya ingin menonjolkan kepada masyarakat bahawa keperibadian Hasan al-
Basri dengan menyatakan juga kesan keperibadiannya itu membawa kesan positif kepada masyarakat
dan dirinya. Lihat Ibid., h. 47.
41
Perkembangan ini semakin jelas jika dilihat dari sudut penulisan Mohd Yusof bin Sultan Maidin
(sahabat Zaba dan Syed Sheikh Al-Hadi). Lihat Adnan Nawang, Zaba dan Melayu, (Tanjong
Malim:Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2009), h. 104.
Tulisan Mengenai Sejarah Islam Dalam Majalah Guru: Satu Sorotan

23

Zaba adalah seorang perjuang agama Islam dan bangsa Melayu. Beliau tidak
mahu pendidikan dunia terpisah dari pendidikan agama.
42
Oleh sebab itu
kebanyakan artikel yang disediakan olehnya dalam ruangan pensejarahan Majalah
Guru memfokuskan kepada duniawi umumnya dan agama khasnya. Kaedah
mencari ilmu bukan sahaja secara formal atau tidak formal, malah boleh dilakukan
melalui kaedah pembacaan. Inilah sababnya Zaba telah mengambil alternatif
untuk menjadikan Bahagian Tawarikh ini sebagai bahan bacaan tambahan kepada
warga sekolah dan masyarakat Melayu. Langkah yang dijalankan oleh Zaba
sesuai sekali dengan ajaran agama Islam, kerana Islam menggalakkan umatnya
membaca. Bahkan ayat-ayat al-Quran yang pertama diturunkan adalah tentang
kewajipan membaca.

`.!, ,, _ _l> _l> _.. _. _ls _ ,, ` _ _
l. l1l!, _ l. _.. !. `l ,-, _
Al-Alaq 96:1-5

Maksudnya: Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang
Menciptakan, Dia Telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha pemurah, Yang mengajar
(manusia) dengan perantaraan kalam, Dia mengajar kepada manusia
apa yang tidak diketahuinya.

Penutup

Sebagaimana yang telah diketahui, sasaran utama mata pelajaran sejarah ialah
pelajarnya. Mereka merupakan golongan yang penting dalam proses pembentukan
keperibadian bangsa, pembangunan negara dan masyarakat. Oleh itu, penekanan
yang khusus dari segi kesedaran dalam pendidikan sejarah haruslah dimulakan di
peringkat sekolah rendah lagi. Keadaan ini dapat diwujudkan kerana pelajaran
sejarah mempunyai kaitan yang rapat dengan tindak tanduk manusia.
43


Dengan mempelajari sejarah juga, seseorang itu dapat mengetahui berbagai ilmu
pengetahuan. Pelajaran sejarah selalunya tidak akan lari dari menyentuh
pengetahuan yang lain seperti sains, agama, geografi, kesusasteraan atau seni.
44
Ia
bukan sahaja satu mata pelajaran tetapi meliputi lain-lain pelajaran. Hal ini
membantu pengetahuan pelajar semakin luas mencakupi pelbagai bidang. Di
samping itu, pelajaran sejarah juga dapat memberitahu apa yang seharusnya

42
Pengasuh, 1 Mei 1919, h. 2-3.
43
Siti Zainun Mat, Kepentingan Pelajaran Sejarah Dalam Sistem Pendidikan di Malaysia Jurnal
Sejarah, Bil. 18 (1990), h. 1.
44
V.Nadarajan, Revolusi Dalam Pengajaran Sejarah, Dewan Masyarakat, Jun 1973, h. 23-24.
Jurnal Al-Muqaddimah Bil 1 (1) 2013, 13-26
24

diketahui oleh manusia seperti sejarah kejadian sesuatu ciptaan, kewujudan
bangsa, perkembangan negaram revolusi dan sebagainya.

Semua perkara yang disebutkan di atas terdapat di dalam penulisan artikel sejarah
di dalam ruangan Tawarikh. Walaupun kebanyakan penulisan artikel di dalam
ruangan ini adalah terjemahan daripada hasil karya Winstedt dan Swettenham,
namun terdapat juga penulisan sejarah Islam yang diambil daripada kitab-kitab
Arab. Penulisan di dalam majalah ini juga menulis sumber yang di ambil dan ini
juga membuktikan bahawa penulisan sejarah yang terdapat di dalam ruangan
Tawarikh ini merupakan standard yang terbaik pada ketika itu berbanding dengan
tulisan-tulisan sejarah di dalam akhbar dan majalah yang lain.

Secara umumnya, dapatlah dikatakan bahawa peranan Majalah Guru dalam mata
pelajaran Sejarah adalah sangat penting dalam melahirkan rakyat yang
mempunyai kesedaran sivik yang tinggi, bangga bertanggungjawab sebagai
warganegara dan mempunyai sifat nasionalis terhadap negaranya.
45

Memandangkan kepada kepentingan pelajaran ini kepada masyarakat terutamanya
golongan pelajar, maka Majalah Guru telah menyuarakan tentang perlunya
pelajar-pelajar di sekolah-sekolah mengambil inti atau ikhtibar dari pelajaran
tersebut dan tidak hanya membaca buku-buku sejarah untuk tujuan lulus dalam
peperiksaan.
46


Rujukan

Abdullah Zakaria Ghazali (1995) "Pembinaan Citra Za'ba:Muhammad Bin Dato'
Muda kepada Zainal Abidin Bin Ahmad", Kertas Kerja Seminar
Memperingati 100 Tahun Za'ba di Kuala Lumpur, 19-20 Oktober 1995.

Adnan Haji Mohd. Nawang (1986) , "Zainal Abidin Bin Ahmad (Za'ba)", Kertas
Kerja Seminar Biografi Malaysia di Kuala Lumpur.

Awang Had Salleh (1974), Pelajaran dan Pengurusan Melayu di Malaya Zaman
British, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Butterfield, Herbert (1981), The Origins of History, London: Eyre Muthuen Ltd.

Gibb, H.A.R & Kramers, J.H. (1961), Shorter Encylopedia of Islam, Leidin:
E.J.Brill.

Heller, Agnes (1982), A Theory of History, London: Routledge & Kegan Paul.

45
Jagdish Raj Sharma, Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah: Beberapa Pertimbangan dan
Persoalan, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985), h. 5.
46
Bagaimana Patut Membaca Tawarikh, Majalah Guru, 1 April 1935.
Tulisan Mengenai Sejarah Islam Dalam Majalah Guru: Satu Sorotan

25


Mahayudin Hj. Yahaya (1984), Pengertian Sejarah Islam dan Permasalahannya,
Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana.

Khoo Kay Kim & Ramlah Adam (1977), The Malay College Malacca, Kuala
Lumpur: The New Straits Times Annual.

Khoo Kay Kim (1979), Panji-panji Gemerlapan: Satu Pembicaraan Pensejarahan
Melayu, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

_____________, (2004), Strategi Kesinambungan Titisan Warisan Pendeta
Zaba:Peranan Ahli Sejarah, (makalah, Seminar Kebangsaan Memartabatkan
Warisan Pendet Zaba, Dewan Bahasa dan Pustaka, 15 & 16 September 2004).


Muhd. Yusof Ibrahim (2009), Ilmu Sejarah, Falsafah, Pengertian dan Kaedah,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

____________, (1988), Akhbar dan Majalah ditinjau dari Sudut Pensejarahan
Melayu, (Kertas Kerja Seminar Akhbar dan Majalah, Bangi 25-26 Jun1988).

Muhammad Janan Ahmad (1966), "Peranan Majallah Guru dalam Perkembangan
Sastera Sa-belom Peperangan Dunia II" (Kertas Projek, Jabatan Pengajian
Melayu, Universiti Malaya.

Ramlah Adam (1991), Maktab Melayu Melaka 1900-1922, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Sharma, Jagdish Raj (1985), Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah: Beberapa
Pertimbangan dan Persoalan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Zainun Mat (1990), Kepentingan Pelajaran Sejarah Dalam Sistem
Pendidikan di Malaysia Jurnal Sejarah, Bil. 18.

V. Nadarajan (1973), Revolusi Dalam Pengajaran Sejarah, Dewan Masyarakat,
Jun 1973.

Winstedt, R.O & Zainal Abidin Bin Ahmad (1939), A History of Malay
Literature, With a Chapter on Modern Developments, JMBRAS, no.3.

Zaba,(1961), Sejarah Ringkas Tanah Melayu, Singapura: Pustaka Melayu.

Jurnal Al-Muqaddimah Bil 1 (1) 2013, 13-26
26

Penulis tidak diketahui (1935), Bagaimana Patut Membaca Tawarikh: Bagi
Penuntut-Penuntut Di Kolej Dan Murid-Murid Di Sekolah Melayu, Majalah Guru,
1 April 1935.

You might also like