You are on page 1of 11

pada asasnya, permainan bola jaring memerlukan kemahiran melakukan hantaran dan menerima bola.

Namun begitu, seseorang pemain perlu menguasai kemahiran yang lain seperti mengelak, menghadang, menjaring dan gerak kaki. a) Melakukan Hantaran Pelbagai jenis hantaran boleh dilakukan sama ada menggunakan sebelah tangan atau kedua-dua belah tangan. Cara melakukan hantaran bergantung kepada kedudukan rakan yang akan menerima bola. Jenis hantaran yang biasa dilakukan ialah hantaran aras dada, hantaran aras bahu, hantaran atas kepala, hantaran sisi dan hantaran lantun. i) Hantaran Aras Dada Hantaran aras dada dilakukan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Tujuan melakukan hantaran aras dada adalah untuk membuat hantaran cepat dan tepat pada jarak yang dekat. Teknik melakukan hantaran aras dada Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan. Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan hampir ke dada, jaring menghala ke atas dan kedua-dua ibu jari di belakang bola. Kaki belakang melangkah ke arah hantaran. Sambil itu luruskan tangan dan tolak bola dengan pergelangan tangan dan ibu jari ke sasaran pada aras dada. Ikut lajak. ii) Hantaran Aras Bahu Hantaran aras bahu dilakukan dengan sebelah tangan. Hantaran ini bertujuan untuk membuat hantaran laju dan tepat pada jarak jauh. Teknik melakukan hantaran aras bahu Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan. Pegang bola pada aras bahu dengan sebelah tangan. Badan mengiring ke sisi, bawa bola ke belakang. Angkat tumit kaki belakang. Tolak bola ke hadapan dengan bantuan bahu, siku, pergelangan tangan dan jarijari. Ikut lajak. iii) Hantaran Atas Kepala Hantaran atas kepala dilakukan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Hantaran ini digunakan untuk melambungkan bola tanpa dapat dicapai oleh pemain lawan. Teknik melakukan hantaran atas kepala.

Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan tinggi di atas kepala. Ledingkan badan ke belakang sedikit.

Bengkokkan siku dan bawa bola ke hadapan kepala. Sambil itu tolak bola ke hadapan dengan meluruskan tangan. Ikut lajak. iv) Hantaran Sisi Hantaran sisi dilakukan untuk membuat hantaran cepat menggunakan sebelah tangan atau kedua-dua belah tangan. Teknik melakukan hantaran sisi menggunakan kedua-dua belah tangan

Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan. Bengkokkan sedikit lutut hadapan, bawa bola dengan kedua-dua belah tangan ke belakang. Luruskan kaki hadapan dan bengkokkan lutut belakang. Sambil itu ayunkan tangan ke hadapan dan tolak bola ke sasaran. Ikut lajak. v) Hantaran Lantun hantaran lantun digunakan apabila pemain lawan terlalu hampir atau terlalu ramai permain berhampiran. Teknik melakukan hantaran lantun

Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan. Pegang bola dengan kedua-dua tangan dan bawa bola ke aras pinggang. Pindahkan berat badan ke kaki hadapan. Luruskan tangan dan tolak bola rendah dengan kuat. Ikut lajak.

b) Menerima Bola Kemahiran menerima bola memerlukan koordinasi mata dan tangan yang baik. Teknik menerima bola

Mata sentiasa memandang ke arah bola datang. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan. Hulurkan tangan ke hadapan dengan jari dan kedu-dua tapak tangan menghadap satu sama lain. Terima bola dengan ibu jari sentiasa di belakang bola. Semasa bola menyentuh jari, bengkokkan siku, bawa bola ke badan. Semasa menerima bola, pindahkan berat badan ke kaki belakang.

c) Mengelak Mengelak ialah kemahiran yang membolehkan seseorang pemain bebas daripada kawalan pemain lawan dan berpeluang untuk melakukan tindakan selanjutnya. Cara mengelak seharusnya tidak melanggar undang-undang permain. Terdapat beberapa asas mengelak, iaitu i) ii) iii) iv) Berlari ke arah yang sesuai Berlari laju dan berhenti dengan mengejut. Berlari perlahan-lahan dan tukar kepada berlari laju. Mengacah dan bergerak ke suatu arah (mengelak acan). Teknik mengelak acan

Berada dalam kedudukan bersedia. Bongkokkan badan ke satu arah untuk mengelirukan pemain lawan, kemudian bergerak ke arah bertentangan. d) Menghadang Menghadang adalah asas bertahan. Kemahiran ini bertujuan untuk menghalang pemain lawan daripada menerima bola, melakukan hantaran dan menjaring gol. Bagaimanapun, pemain tertakluk kepada undang-undang dan peraturan. Terdapat empat posisi asas menghadang iaitu; Berdiri menghadap permain lawan. Berdiri membelakangkan pemain lawan. Berdiri di sisi pemain lawan. Berdiri di belakang pemain lawan. e) Gerak Kaki Dalam permainan bola jaring, ketangkasan pemain adalah sangat penting. Ketangkasan pergerakan memerlukan kemahiran gerak kaki tanpa melanggar undangundang permainan. Kemahiran gerak kaki penting semasa seseorang itu menerima bola sebelum dihantar kepada rakan, sebelum menjaringkan gol atau semasa menangkap bola di udara. Gerak kaki yang dibenarkan olah undang-undang adalah dalam keadaan berikut: i) ii) iii) iv) Semasa menerima bola dan kedua-dua belah kaki di atas tanah. Setelah menerima bola dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki. Setelah menerima bola dan mendarat dengan sebelah kaki. Semasa menerima bola dan berpaksi pada sebelah kaki. f) Menjaring

i) ii) iii) iv)

Kemahiran menjaring adalah penting kerana kemenangan sesebuah pasukan ditentukan oleh jumlah jaring. Jaringan dikira apabila penjaring gol atau penyerang gol berjaya memasukkan bola ke dalam jaring. Setelah menerima hantaran dan tidak melanggar undang-undang gerak kaki, penjaring dibenarkan melakukan jaringan dalam kedudukan berikut: i) ii) iii) iv) v) Menjaring pada kedudukan statik. Melangkah setapak ke hadapan dan menjaring. Melangkah setapak ke belakang dan menjaring. Melangkah setapak ke sisi dan menjaring. Melompat dan menjaring. Menjaring pada kedudukan statik menggunakan sebelah tangan adalah teknik asas menjaring. Bagaimanapun, menjaring menggunakan kedua-dua belah tangan boleh juga dilakukan. Teknik menjaring pada kedudukan statik

Kedudukan bersedia. Berdiri, sebelah kaki di hadapan. Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan. Jari dibuka dan melengkung, ibu jari di belakang bola. Bengkokkan siku dan bawa bola ke atas kepala sambil membengkokkan lutut. Luruskan lutut, tolak bola ke sasaran dengan meluruskan tangan dan dibantu oleh pergelangan tangan serta jari-jari. Ikut lajak.

http://bolajaringpjk5.blogspot.com/2012/10/kemahiran-dalam-bola-jaring.html

C. KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS BOLA JARING 3.0 MENGHANTAR BOLA Dalam permainan bola jaring, pemain tidak dibenarkan berlari sambil membawa bola. Pemain terpaksa menggerakkan bola dengan membuat hantaran pada masa yang tepat dengan cara yang sesuai dengan situasi permainan kerana dalam permainan bola jaring tidak ada pilihan untuk menggelecek bola. Negara-negara yang maju dalam bola jaring membentuk corak permainan mereka berdasarkan kemahiran hantaran yang dikatakan sebagai paling berkesan untuk pasukan tersebut. Terdapat beberapa cara menghantar bola yang biasa dilakukan, antaranya ialah: i. Hantaran aras bahu ii. Hantaran aras dada iii. Hantaran lantun iv. Hantaran aras kepala v. Hantaran rendah/sisi/bawah vi. Hantaran sisi Hantaran lob vii. Hantaran peluru viii. Hantaran bawah bahu 3.1 Jenis-jenis hantaran Hantaran dalam bola jaring tergolong dalam dua kategori, iaitu hantaran dua tangan dan hantaran satu tangan. Hantaran ini terdapat dalam dua kategori iaitu hantaran bola tinggi dan hantaran bola rendah. 1. Hantaran dua tangan: - Hantaran dada - Hantaran lantunan - Hantaran atas kepala - Hantaran sisi 2. Hantaran satu tangan: - Hantaran aras bahu - Hantaran lob - Hantaran peluru - Hantaran bawah bahu - Hantaran lantun Hantaran boleh dilakukan dengan menggunakan sebelah atau kedua-dua belah tangan, semasa pemain dalam keadaan bergerak atau dalam keadaan statik atau pegun. Cara seseorang pemain menghantar bola kepada rakan sepasukannya adalah bergantung kepada beberapa faktor situasi seperti: a. Kedudukan pihak lawan yang mengawal penerima b. Jarak penerima dari penghantar c. Ruang yang sedia ada untuk penerima bergerak 3.2 Teknik dan tujuan hantaran 3.2.1 Hantaran aras dada

Dengan kedua-dua belah tangan. Bola mula ditolak dari dekat badan di aras dada dengan jari-jari tangan melingkungi bola. Tolak bola dengan kuat dengan meluruskan siku dan diakhiri dengan tolakan jari-jari. Rajah 7: Kedudukan pemain semasa ingin membuat hantaran aras dada

Tujuan: Untuk penghantaran yang pantas, segera dalam jarak yang sederhana apabila penerimaan tidak dihalang oleh lawannya. Butir-butir mengajar: Badan dalam kedudukan seimbang Sebelah kaki melangkah ke arah lontaran Luruskan tangan serentak dengan hantaran 3.2.2 Hantaran lantunan Menggunakan sebelah atau kedua-dua belah tangan. Dengan sebelah tangan, mulakan pergerakan melontar bola dari aras bahu sambil merendahkan badan. Dengan keduadua belah tangan, mula tolakan dengan bola dari aras dada. Sambil menolak bola, pemain melangkah sebelah kaki ke depan untuk mengimbangi badannya.

Rajah 8: Membuat hantaran lantunan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan Tujuan: Untuk membuat hantaran secara mengejut bagi menembusi kawalan ketat. Gerak keliru digunakan sebelum bola dilantunkan kepada penerimanya. Butir-butir mengajar: Lantunkan bola tepat kepada sasaran dengan pergerakan pergelangan tangan Bertindak dengan pantas Ketika melantunkan bola, condongkan sedikit badan ke depan 3.2.3 Hantaran atas kepala atau hantaran lob Dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Bola diangkat tinggi ke atas kepala dan dilontar ke sasarannya dengan meluruskan siku.

Rajah 9: Bola diangkat tinggi untuk membuat hantaran atas kepala atau hantaran lob Tujuan: Untuk mengatasi kawalan pemain yang menghadang penerima. Butir-butir mengajar: Bawa bola ke belakang kepala sebelum melontarnya Luruskan siku ketika melepaskan bola ke depan Pandang pergerakan penerima 3.2.4 Hantaran sisi/rendah/bawah Menggunakan sebelah atau kedua-dua belah tangan. Bola dibawa ke sisi badan pada aras pinggang. Dengan menggunakan kedua-dua belah tangan, bola digerakkan (ditolak ke arah pemain). Dengan menggunakan sebelah tangan, mulakan pergerakan bola dari belakang badan. Cara menghantar bola hampir sama dengan pergerakan picing dalam softball.

Rajah 10: Cara membuat hantaran sisi Butir-butir mengajar: Sambil menghantar bola, pindahkan berat badan ke kaki depan Gunakan pergerakan pergelangan tangan untuk mengarahkan bola ke sasaran 3.2.5 Hantaran aras bahu Dengan sebelah tangan dari atas aras bahu. Melangkah ke arah penerima sambil memindahkan berat badan kepada kaki yang melangkah ke depan (tangan kanan memegang bola, kaki kiri melangkah). Tujuan: Supaya hantaran bola adalah jauh dan tinggi. Butir-butir mengajar: Gerakkan bola dari belakang kepala dengan kedudukan siku yang dibengkokkan Tangan dan jari ikut lajak ke arah lontaran 3.2.6 Hantaran peluru Ini merupakan hantaran aras pinggang yang laju. Mulakan dengan bola di tangan balingan pada aras pinggang, dengan siku bersebelahan pinggang. Jarakkan kaki seluas bahu, dengan kaki bertentangan tangan balingan di hadapan. Bengkokkan lutut sedikit dan imbangkan badan. Untuk memulakan hantaran, buka lengan dan

pergelangan tangan, libaskan tangan ke hadapan untuk menghantar bola pada garisan yang lurus ke arah sasaran. Ikut lajak dengan tangan balingan dan kaki belakang. Pindahkan berat badan ke hadapan. Tujuan: Untuk menghantar bola dengan cepat dalam ruang yang sempit. Butir-butir mengajar: Bersedia untuk menghantar bola pada garisan yang lurus ke arah sasaran Ikut lajak dengan tangan balingan dan kaki belakang Alihkan berat badan ke hadapan (ke kaki) 4.0 MENANGKAP/MENERIMA BOLA Dalam permainan bola jaring, pemain boleh menyambut atau menangkap bola dengan kedua-dua belah tangan ataupun dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja. Kecekapan menyambut bola yang dihantar kepada seseorang pemain itu adalah penting untuk membantu sesebuah pasukan melakukan serangan ke kawasan lawan dengan berkesan dan mencapai matlamatnya. Proses menyambut atau menerima bola terbahagi kepada tiga fasa yang umum:

(a) Fasa I: Persediaan untuk menyambut hantaran Pemain memerhatikan gerak-geri kawannya yang memiliki bola yang akan membuat hantaran. Sekiranya pemain itu pasti bahawa pemilik bola itu akan menghantar bola kepadanya, pemain itu hendaklah: Melepaskan diri dari kawalan lawan, jika perlu Mencari ruang untuk bergerak dan berkomunikasi dengan pemilik bola supaya hantaran dibuat dengan cepat kepadanya. (b) Fasa II: Penghantaran bola oleh penghantar Pemain memerhati perjalanan bola yang dilepaskan oleh pemain yang melakukan hantaran. Dengan serta merta pemain dikehendaki memutuskan bagaimana cara untuk menyambut bola yang hendak dicapainya. (c) Fasa III: kontek bola dengan tangan (tangkapan) Pemain menyambut bola dengan menghulurkan tangan ke arah bola. Bola dipegang kemas dengan jari-jari. Pada masa yang sama, siku dibengkokkan untuk menyerap daya bola supaya tidak melantun keluar dari tangan.

4.1 Teknik menyambut bola: 4.1.1 Bola aras dada Kedua-dua belah tangan dihulur lurus ke arah bola. Tangan terbuka dan semasa menyambut bola, jari direnggangkan. Sebaik sahaja bola disambut, siku tangan dibengkokkan dan bola dirapatkan dengan badan. Kedudukan kaki dijarakkan untuk mengimbangi badan.

4.1.2 Bola lantun (aras pinggang) Sambut bola menggunakan kedua-dua belah tangan berada di hadapan badan pada aras pinggang. Pastikan bola disambut dengan jari-jari, bukan dengan menggunakan tapak tangan. 4.1.3 Bola tinggi Boleh disambut dengan sebelah atau kedua-dua belah tangan. Jika perlu, pemain hendaklah melompat sambil mengangkat sebelah atau kedua-dua belah tangannya ke atas untuk menangkap bola. Ketika mendarat, lutut dibengkokkan sedikit dan mengawal bola dengan merapatkannya ke badan.

Rajah 11: kedudukan pemain semasa menyambut atau menerima bola yang tinggi 4.1.3 Mengambil bola lambung Semasa persediaan, kedudukan badan berada dalam keseimbangan dan letakkan kaki yang bukan dominan di hadapan sementara mata melihat bola. Tangan diluruskan di sisi dan pengadil akan meletakkan bola di posisinya. Apabila pengadil melepaskan bola, angkat tangan dengan cepat dan berat badan mestilah berada ddi hujung tapak kaki. Tangkap bola dengan jari-jari, kemudian tarik bola ke badan dengan kemas. Kawal pergerakan kaki dan luaskan tapak tangan.

Rajah 12: Dalam keadaan bersedia semasa pengadil akan melambung bola 5.0 MENJARING BOLA Kemahiran menjaring bola merupakan suatu kemahiran yang menguji ketepatan lontaran bola ke sasarannya oleh pemain untuk mengutip mata bagi pasukannya. Walaupun hanya pemain GS dan GA yang berpeluang menjaringkan gol, pemainpemain kedudukan lain perlu juga menjalani latihan meningkatkan kemahiran menjaring. Ini adalah kerana kadangkala mereka juga perlu menggantikan pemain GS atau GA. Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi usaha penjaring adalah cara kawalan

oleh pengawal (pihak lawan), kedudukan penjaring ketika menjaring dan konsentrasi penjaring terhadap apa yang ingin dilakukannya. 5.1 Cara menjaring Menjaring boleh dilakukan dengan menggunakan sebelah atau kedua-dua belah tangan. Apabila menerima hantaran, seseorang penjaring dibenarkan membuat perkara berikut: Menjaring dari kedudukan statik Melangkah setapak ke depan dan menjaring Melangkah setapak ke belakang dan menjaring Melangkah ke sisi dan menjaring Melompat dan menjaring Berlari, menerima bola dan menjaring

a) b) c) d) e) f)

Jaringan statik (teknik asas dengan sebelah tangan) (i.) Berdiri secara seimbang. Kaki dijarakkan dan bola terletak di atas jari-jari dan bebola tangan (tidak atas tapak tangan). (ii.) Melihat sasaran. Rendahkan badan (bengkokkan lutut) dan bola dibawa ke atas kepala. (iii.) Sambil meluruskan lutut, siku tangan yang memegang bola diluruskan untuk menolak bola ke sasarannya. Tindakan flickdengan pergelangan tangan dilakukan pada saat akhir dalam mengarahkan bola ke bulatan. (iv.) Pindahkan berat badan ke kaki depan apabila menolak bola.

Rajah 13: Menjaring dari kedudukan statik dengan sebelah tangan Rajah 14: Menjaring dari kedudukan statik dengan dua belah tangan 5.1.1 Jaringan melompat Persediaan adalah seperti membuat jaringan statik dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Semasa melompat, penjaring hendaklah melompat sambil menolak bola ke arah sasarannya sebelum ia mendarat. Rajah 15: Menjaring cara melompat dengan sebelah tangan Rajah 16: menjaring cara melompat dengan dua belah tangan 5.1.2 Jaringan berlari

Penjaring hendaklah memastikan ruang mencukupi untuk bergerak dalam bulatan gol. Sebaik saja penjaring menerima hantaran, dia akan terus melangkah dan melompat untuk melepaskan bola ke sasarannya tanpa melanggar peraturan gerak kaki. Penjaring akan melonjak di atas kaki yang bertentangan dengan tangan yang memegang bola
http://notakuliahpismp.blogspot.com/2012/10/kemahiran-dalam-bola-jaring.html

You might also like