You are on page 1of 8

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan . Saya Muhammad Faiz B.

Jamaluddin selaku pengerusi bagi forum pada hari ini ingin membincangkan tentang saling bersandaran antara organisma hidup dan persekitaran . Jadi pada hari ini kita telah menjemput 3 panel hakim yg arif lg bijaksana bg membincangkan mengenai isu ini . Panel yg pertama yang tidak asing lagi kita kenali iaitu Ku Imran Zairie B. Ku Zairuddin dan panel kedua pula ialah Muhammad Kuzain Anas B. Samad manakala panel yg ketiga pula ialah Siti Wan Fatonah Bt. Abdul Manan Ahmad . Antara tajuk yang kami akan sentuh dalam forum kami iniadalah kepentingan interaksi antara organisma hidup dan persekitaran, kebaikan dan keburukan kawalan biologi dalam pertanian dan kepentingan fotosintesis dalam mengekalkan ekosistem seimbang. Baiklah saya menjemput panel kita yang pertama iaitu Imran . Ap khabar saudara Imran ? Sihat ? Imran: Alhamdulillah sihat , tuan pengurusi sihat juga ? Pengerusi : Sihat juga. Seterusnya saya menjemput panel yg kedua iaitu Kuzain . Assalamualikum saya ucapkan . Kuzain : Waalikumsalam Tuan Pengerusi .

Dan Akhir sekali saya menjemput Saudari Fatonah . Apa khabar saudari ? Fatonah : Khabar baik Tuan Pengerusi . Saya ucapkan ribuan terima kasih atas kesanggupan saudara semua menghadiri majlis pada hari ini. Pada hari ini, saya ingin menyentuh tentang kepentingan interaksi antara organism hidup dan persekitaran. Pada saya interaksi antara organisma hidup dapat mengekalkan saiz suatu populasi dalam ekosistem. Interaksi antara organisma hidup dan persekitaran seperti mangsa pemangsa, simbiosis dan persaingan membolehkan ekosistem dikekalkan. Imran : Selain itu, saya ingin menyatakan di sini apabila suatu populasi meningkat dengan pesat, organisma daripada spesies yang sama akan bersaing untuk mendapat keperluan asas. Akibatnya sesetengah organism akan mati dan mengurangkan saiz populasi. Kuzain : Selain itu , kita perlu tahu bahawa interaksi antara organisma hidup dan persekitaran akan

mengekalkan keseimbangan dalam alam sekitar dan juga Mengekalkan kesimbangan kitar oksigen dan karbon . Fatonah : Seterusnya para hadirin perlu tahu tentang simbiosis seperti yang dinyatakan oleh Tuan Pengerusi sebentar tadi . Hadirin perlu umum bahawa simbiosis terdiri kepada 3 bahagian. Komensalisme, Mutualisme dan Parasatisme. Selain itu, Mutualisme adalah apabila kedua dua organism mendapat faedah. Sebagai contohnya, hubungan antara kerbau dan burung gembala kerbau. Burung gembala kerbau dapat makanan dengan makan kutu yang ada pada badan kerbau. Manakala kerbau pula mendapat manfaat kerana tiada kutu yang menghisap darahnya. Imran :Manakala komensalisme pula ialah interaksi antara dua organisma, dengan satu organisma mendapat faedah daripada organisma lain tanpa

menjejaskannya. Sebagai contohnya, ikan remora yang menumpang pada badan ikan yu. Ikan remora akan memperolehi perlindungan dan makanan, manakala ikan yu tidak mendapat apa-apa (faedah / kerugian). Kuzain : Dan akhir sekali ialah parasitisme iaitu hubungan interaksi antara dua organisma, dengan satu organisma mendapat faedah, manakala yang satu lagi mendapat kerugian. Contohnya adalah cacing pita yang ada dalam badan manusia. Cacing pita ini akan memperoleh faedah kerana mendapat makanan percuma daripada manusia, tetapi manusia pula mendapat kerugian kerana zat makanan habis diserap oleh cacing tersebut. Pengerusi: Pengerusi: Kesimpulannya, hasil interaksi antara organisma hidup adalah sangat penting untuk mengawal saiz populasi dan mengawal keseimbangan ekosistem.

Pengerusi: Jadi kita akan meneruskan forum kita kedalam isu yang kedua iaitu kebaikan dan keburukan kawalan biologi dalam pertanian . Sayam serahkan isu ini kepada saudari Fatonah . Fatonah : Terima kasih Tuan Pengerusi. Kawalan biologi memerlukan masa yang lebih lama dan sukar dikawal kerana melibatkan organisma hidup . Selain itu , kawalan biologi ini juga memerlukan perancangan dan pengurusan yang lebih teliti. Imran : Benar itu saudari Fatonah . Selain itu , kawalan bilogi juga mempunyai kebaikannya . Kawalan biologi memakan kos yang murah dan tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi . Seterusnya , ia juga tidak mencemarkan alam sekitar . Kuzain : Begitu tepat sekali pendapat kamu tentang kebaikan kawalan biologi ini ya saudara Imran . Selain itu , ia juga Tidak mendatangkan kesan buruk kepada

organisma lain kecuali perosak dan selamat digunakan kerana tiada kesan sampingan . Pengerusi: Kesimpulannya, kawalan biologi mempunya kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Kawalan biologi mungkin memerlukan kesabaran yang tinggi tetapi kawalan biologi dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Pengerusi: Isu terakhir kita pada hari ini adalah kepentingan fotosintesis dalam mengekalkan keseimbangan ekosistem. Saya serahkan pada saudara Fatonah bagi menerangakan serba sedikit tentang pendapat saudara bagi isu terakhir kita ini . Fatonah : Terima kasih Tuan Pengerusi . Fotosintesis ialah proses yang mana tumbuhan hijau membuat makana(glukosa) daripada karbon dioksida dan air dalam kehadiran cahaya matahari . Sebenarnya ramai orang tidak tahu ap itu klorofil . Untuk pengetahuan

hadirin sekalian , klorofil itu ialah pigmen hijau ddalam daun yang menyerap cahaya matahari . Penegrusi : Bagaimana pula pendapat kamu Imran ? Imran:Fotosintensis adalah penting dalam mengekalkan kitar karbon dan kitar oksigen dalam ekosistem . Ini adalah kerana fotosintesis membebaskan oksigen dan menyingkirkan karbon dioksida dari atmosfera .Tumbuhan memerlukan cahaya,klorofil,karbondioksida dan air untk menjalankan proses fotosintensis . Kuzain : Secara tidak langsung Proses fotosintesis ini akan membekalkan makanan kepada semua organisma dan membantu mengekalkan kandungan gas dalam udara . Fatonah : Kesimpulannya, ekosistem yang stabil , produktif dan seimbang menjanjikan kebaikan kepada diri dan alam.

Pengerusi : Kita sudah mendengar pandangan daripada ketiga tiga panel jemputan kita pada hari ini. Jadi sebagai konklusinya , semua isu yang baru sahaja kita bincang ini terdapapat kepetingan , keburukan dan kelebihannya yang tersendiri . Kita sebagai penduduk di bumi ini hendaklah memelihara bumi kita ini . Terima kasih kepada anda semua yang sudi mendengar. Sehingga kita bertemu lagi.

You might also like