You are on page 1of 2

ABSTRAK Pembelajaran masteri ialah suatu bentuk pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memastikan semua murid dapat

menguasai hasil pembelajaran yang diberikan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang seterusnya. Pendekatan ini amat memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Jadi, satu kajian telah dibuat dengan menggunakan kaedah kuasi eksperimen untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan kaedah pembelajaran ini. Kajian ini selalunya digunakan untuk menilai keberkesanan suatu program apabila responden kajian tidak dapat diagihkan secara rawak. Satu kumpulan dipilih yang mana tahap pemikiran adalah sama dan mempunyai ciri-ciri yang berlainan. Sampel yang digunakan di dalam kajian ini adalah para pelajar dari Tingkatan 1 Sekolah Agama Menengah Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, Selangor. Instrumen yang digunakan adalah dua set soalan ujian pra dan post serta borang soal selidik. Dua kaedah analisis statistik digunakan iaitu analisis deskriptif dan analisis statistik inferens. Analisis statistik deskriptif digunakan untuk melihat min, peratus. Manakala analisis statistik inferensi pula telah digunakan bagi mengenal pasti kewujudan perbezaan ataupun perbandingan data yang telah diperolehi. Borang soal selidik digunakan untuk melihat hubungan diantara minat dengan pencapaian pelajar. Dapatan kajian mendapati bahawa pembelajaran masteri dapat meningkatkan pencapaian pelajar. Daripada kajian tersebut markah keseluruhan bagi kelas eksperimen untuk ujian pra adalah 143.5 manakala bagi ujian pos pula, markah keseluruhan adalah 227.5. Peratus kenaikan markah keseluruhan bagi kelas eksperimen adalah 58%. Selain itu, markah min yang diperolehi daripada kelas eksperimen bagi ujian pra iaitu 5.31. Manakala bagi ujian pos pula min markah bagi kelas eksperimen ialah 8.42. Dari segi perbandingan antara ujian pra dan pos bagi kelas eksperimen adalah meningkat sebanyak 3.11 iaitu sebanyak 61 %. Berdasarkan dapatan kajian yang menunjukkan prestasi pelajar kumpulan eksperimen adalah lebih tinggi dan signifikan apabila menggunakan kaedah pembelajaran masteri berbanding dengan pembelajaran seperti biasa iaitu tradisional, implikasinya di sini menunjukkan pembelajaran Masteri boleh dijadikan sebagai salah satu alternatif kepada strategi yang sedia digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.

ABSTRACT Mastery learning is a form of teaching and learning approach that ensures that all students can master the learning outcomes given in a unit of learning before moving on to the next learning unit. This approach is need to provide ample time and the quality of teaching and learning. So, a study was made by using the quasi-experiment to identify the effectiveness of this method of learning. These studies are often used to evaluate the effectiveness of a program when respondents cannot be randomly assigned. A selected group of which is the same level of thinking and have different characteristics. The samples used in this study is that the students from Form 1 Secondary Religious School Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, Selangor. The instruments used are two sets of pre and post test questions and questionnaires. Two methods of statistical analysis used descriptive analysis and inferential statistical analysis. Descriptive statistical analysis is used to see the mean, percent. While inferential statistical analysis was used to identify the existence of differences or comparison data was obtained. Questionnaires were used to examine the relationship between interest and achievement. It found that mastery learning can improve student achievement. From the review of the overall marks for the pre-test experimental class is 143.5 while the post-test, the overall score is 227.5. Percent increase in the overall score for the experimental class was 58%. In addition, the mean scores obtained from the experimental classes for pre-test of 5:31. While for the post-test mean scores for the class are experiment is 8:42. In terms of comparison between pre and post test of experimental class is increased by as much as 61% of 3.11. Based on the findings of the study show the experimental group students' performance was significantly higher when using the mastery learning than the usual traditional learning, the implication here show Mastery learning can be used as an alternative to existing strategies used in teaching and learning mathematics.

You might also like