You are on page 1of 5

Nama Sekolah : Kod Sekolah : Nama Guru :

Sekolah Kebangsaan Rumah Ranggong, Subis. YBB 4413 / AS969 Robert Ak Lenggang

Soalan Bahasa Malaysia Tahun 5


Soalan 31-35 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Banyak bahan bacaan yang terdapat di pasaran. Antaranya ialah majalah, buku, dan surat khabar. Kita akan memperoleh banyak manfaat menerusi aktiviti membaca. Antara faedah membaca ialah dapat menambahkan pengetahuan. Pengetahuan yang kita peroleh pula meliputi pelbagai bidang seperti bidang bahasa, sejarah, agama, dan sains. Malah, pengetahuan itu boleh kita gunakan dalam pembelajaran di kelas. Membaca juga boleh meningkatkan kemahiran kita dalam berbahasa. Apabila kita rajin membaca, kita akan menemui kosa kata baharu. Kita boleh mepasai makna kosa kata baharu itu dengan merujuk kepada kamus atau terus bertanya kepada guru. Selain itu, kita juga akan memperoleh hiburan menerusi aktiviti membaca. Katakanlah kita membaca sebuah buku cerita, sudah tentu cerita yang disampaikan itu boleh menimbulkan keseronokan dalam jiwa kita. Apabila diri kita telah terhibur, minda kita juga akan menjadi lega. Kita juga dapat menggunakan masa dengan baik. Jika kita tidak membaca, mungkin masa itu akan digunakan untukberpeleseran atau bercampur gaul dengan budak-budak nakal. Hal ini menyebabkan kita terjebak dalam kegiatan yang tidak sihat seperti mencuri, merokok, menagih dadah, dan sebagainya. Kesimpulannya, jelaslah bahawa banyak faedah yang akan kita peroleh daripada membaca. Oleh itu, kita perlu memanfaatkan masa dengan aktiviti membaca.

31. Apakah yang kita temui apabila kita rajin membaca ? A. B. C. D. Gambar baharu Karangan baharu Kosa kata baharu Petikan baharu

32. Buku cerita ialah salah satu bahan bacaan yang boleh A. B. C. menghiburkan pembaca menyusahkan pembaca menggembirakan pembaca

D.

menyerikan hidup pembaca

33. Bagaimanakah aktiviti membaca boleh mengelakkan remaja daripada terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat ? A. B. C. D. Aktiviti membaca menghiburkan remaja Aktiviti membaca dapat mengisi masa lapang remaja Aktiviti membaca menambahkan pengetahuan remaja Aktiviti membaca memberikan kesedaran kepada remaja

34. Yang berikut ialah faedah membaca kecuali A. B. C. D. menambah pengetahuan meningkatkan kemahiran berbahasa mengisi masa lapang menambahkan kenalan

35. Perkataan berpeleseran dalam petikan bermaksud A. B. C. D. bermain-main berkejar-kejar bersuka-suka berlari-lari

Soalan 36-40 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. SAGIL, 15 Mei Pada awal pagi ini satu program ekspedisi mendaki Gunung Ledang telah dianjurkan oleh Persatuan Perajurit Selatan. Seramai 80 orang anak anggota tentera, termasuk 20 orang peserta perempuan telah menyertai program ini.

Program yang awalnya hanya mensasarkan 50 orang peserta ini turut menarik minat pembabitan ibu bapa peserta untuk menawan puncak Gunung Ledang. Program yang mendapat sambutan di luar jangkaan ini telah bermula seawal 7.30 pagi. Pelepasan ekspedisi mendaki Gunung Ledang ini telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat Malaysia. Dalam ucapannya, beliau berkata bahawa program ini adalah satu galakan kepada anak-anak remaja supaya sentiasa bersedia menyertai kegiatan lasak dan mencabar serta menguji ketahanan mental dan fizikal mereka. Katanya, dengan kegiatan seperti ini anak-anak remaja dapat dilatih berdikari dan berdisiplin bagi menjaga imej keluarga masing-masing. Apabila dewasa nanti sudah tentu mereka dapat menghadapi dunia yang penuh dengan cabaran ini dengan mengamalkan nilai-nilai murni. Sebelum program ini dimulakan, peserta telah dibahagikan kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan telah diberikan taklimat awal oleh pembimbing masing-masing. Mereka dikehendaki menjejaki pusat sentri untuk mendapatkan soalan sebelum meneruskan pendakian. Pelbagai hadiah yang menarik telah disediakan untuk para peserta. Antaranya hadiah Pendaki Terpantas dikahskan untuk pemenang kategori bawah 12 tahun dan Pendaki Veteran bagi kategori ibu bapa. Semua hadiah yang disediakan itu adalah sumbangan daripada syarikat swasta yang beroperasi di selatan tanah air. Program yang julung kali diadakan ini telah berjalan dengan lancar apabila kesemua peserta berjaya menawan puncak Gunung Ledang pada pukul 2.00 petang. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengerusi Persatuan Perajurit Selatan pada pukul 3.00 petang.

36. Siapakah yang telah menyertai ekspedisi tersebut ? A. B. C. D. 50 orang anggota tentera 80 orang anak tentera dan ibu bapa peserta 80 orang anggota tentera 80 orang murid sekolah rendah

37. Bagaimanakah sambutan orang ramai terhadap program tersebut ? A. B. C. D. Amat menggalakkan Amat mengecewakan Tidak mendapat perhatian Tidak mendapat sambutan

38. Hadiah bagi program ekspedisi ini disumbangkan oleh A. B. C. D. Persatuan Perajurit Selatan Angkatan Tentera Malaysia syarikat swasta di selatan tanah air Pengerusi Persatuan Perajurit Selatan

39. Yang berikut ialah tujuan program ini diadakan kecuali A. B. C. D. menggalakkan remaja menyertai kegiatan lasak menguji ketahanan fizikal dan mental remaja melatih remaja berdisiplin melahirkan remaja yang bersopan santun

40. Perkataan disempurnakan dalam petikan bermaksud A. B. C. D. disampaikan dianugerahkan diserahkan digunakan

SKRIP JAWAPAN :

31. 32. 33.

C A B

34. 35. 36. 37. 38. 39. 40.

D C B A C D A

You might also like