You are on page 1of 7

1.

Kandungan syarahan/ ucapan dan

ceramah tidak banyak bezanya iaitu memberikan sesuatu penerangan, penjelasan dan fakta tentang sesuatu 2. Penulisan ucapan, syarahan dan ceramah mempunyai suatu format khusus yang mesti anda ikuti.

Format ucapan/syarahan/ceramah
Pembuka kata
Dimulakan dengan pembuka kata yang berupa kata alu aluan kepada hadirin mengikut protokol atau tingkat kedudukan masing-masing. Contoh : Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha Tuan pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Panjang, guru-guru dan para pelajar sekalian.

Isi

Dimulakan dengan ucapan terima kasih dan sebab ucapan/syarahan/ceramah diberikan sebelum isiisi ucapan/syarahan/ceramah yang sebenarnya dinyatakan. Contoh: Terima kasih saya ucapkan atas kesudian pihak sekolah ini megundang saya kemari. Pada kesem patan ini saya akan meyampaikan ceramah yang bertajuk mencegah Lebih Baik daripada Mengubati

Kata penghadapan
Kata-kata seperti hadirin sekalian dan tuan-tuan yang saya hormati disertakan untuk menarik perhatian pendengar ucapan/syarahan/ceramah.

Contoh Hadirin sekalian, Banyak penyakit menjangkiti atau menimpa manusia di mana-mana saja.

Penutup
Dimulakan dengan kata-kata yang dapat membayangkan atau menandakan bahawa ucapan akan ditamatkan.

Contoh : Akhir sekali saya ingin . Untuk mengakhiri ucapan saya ..

Latihan
Andaikan bahawa anda telah terpilih untuk

mewakili kelas anda dalam pertandingan syarahan peringkat sekolah. Tajuk syarahan anda ialah Kecuaian Manusia Adalah Faktor Utama Kemalangan Jalan Raya . Sediakan teks syarahan anda selengkapnya.

You might also like