You are on page 1of 5

Bahan: Untuk 2 biji Cheese Cake (Loyang 8.

5") Base (buat untuk 2 kek terus): Bahan: 1 paket biskut marie munchy perisa asli 300g 1 paket buttercup . Cara: 1. Hancurkan biskut. Tumbuk biskut dengan lesung. Pastikan tidak terlalu lumat. JANGAN kisar halus. 2. Gaulkan biskut yang telah di hancurkan dengan buttercup yang telah lembik. 3. Pastikan sebati. 4. Bahagikan doh kepada 2 bahagian untuk 2 base cake. 5. Masukkan setiap 1 bahagian ke dalam loyang dan tekan-tekan. 6. Biarkan seketika. Layer Cheese Cake: (Untuk setiap satu kek) Bahan: 1. Cream Cheese Jenama Fatura 500g (pastikan telah dilembikkan) 2. 200ml whiping cream jenama Anchor 3. 2 biji telur gred C (dibuang pusat) 3. Satu sudu kecil (guna sudu abc) sunquit- untuk bagi masam sikit. Nak letak perahan lemon juga boleh. 4. Satu sudu kecik (guna sudu abc) isen vanila 5. 120gm gula kastor Cara-cara: 1. Masukkan cheese cream, whiping cream, gula kastor, isen vanila, dan sunquit. 2. Putar sehingga sebati. 3. Masukkan sebiji demi sebiji telur dan pukul lagi adunan. (Pastikan jangan terlalu lama adunan di pukul. Cukup sekadar sebati sahaja.) 4. Masukkan adunan yang telah siap ke dalam loyang yang mempunyai base tadi. 5. Bakar dalam oven dengan kepanasan 150 darjah celcius selama 30-40 minit. 6. Tengok kalau dasar kek dah keperangan sikit2 maknanya dah masak. 7. Biarkan kek seketika di dlm oven supaya kek tak terkejut dan merekah secara mendadak. 8. Bila dah sejuk, keluarkan kek.sejukkan dulu sebelum di masukkan ke dalam peti sejuk. 9. Bila kek dah sejuk boleh di hias dengan blueberry. 10. Potong kek dgn menggunakan pisau yang di rendam dengan air panas agar potongan nampak cantik dan tidak serabut. 11. Sedia untuk di hidang.

Ni bahan-bahan yang aku guna

Loyang ni best. Beli kat ikea. murah je. tak ingat berapa RM..20 ke 30? lebih kurang la..hehe

klasik cara aku tumbuk. lantak pi la asal jadi..lol...

campur dengan butter cup

gaul dengan tangan je lagi kaw..uhukkk

tekan atas loyang jadi rata camni

sesi pukul memukul...

pukul janji sebati. jangan lama sangat.

tuang dalam loyang yang dah ada base biskut dgn butter td..

Bakar..kepanasan 150 darjah celcius selama 30-40 minit. Abaikan oven yang comot. :p

Siap untuk 2 biji...

You might also like