You are on page 1of 2

MINIT CURAI TAKLIMAT PENGEDARAN BAHAN DIGITAL MBMMBI SEKOLAH MENENGAH Tempat : PKG Bandar Kluang, Tarikah &

Masa : 12/8/2011; 9.00 pagi Pengerusi : Tn Hj Ishak Bin Mahbob Ketua Penolong Pengarah BTPNJ Setiausaha : En. Yusma@Abd Mubin Bin Yusof Penolong Pengarah Unit PIM BTPNJ Agenda: 1. Kata alu-aluan dan ucapan terima kasih oleh Tuan PP kepada Ketua Pegawai Teknologi Pendidikan(KPTP) dan Pegawai Teknologi Pendidikan(PTP) seluruh Johor yang dapat hadir dalam taklimat ini atas arahan pihak KPM melalui BTP. 2. Menekankan bahawa Bahan Digital(BD) MBMMBI ini diharapkan sampai ke sekolah berdasarkan jadual yang dilampirkan oleh itu OS21000 telah diperuntukan oleh BTP kepada PKG dan guru-guru yang menghadiri kursus /bengkel pengedaran dan penggunaan MBMMBI dan borang tuntutan perjalanan disediakan oleh pkg masing-masing. Tender Perkhidmatan pengedaran CD MBMMBI ke seluruh Malaysia telah di perolehi oleh 2 buah syarikat iaitu Syarikat Novelco(M) Sdn. Bhd. & Interactive Platform (M) Sdn. Bhd. Sebarang masalah yang timbul atau ketidak puasan hati tentang pengedaran sila hubungi terus kepada syarikat tersebut. Semua bahagian di dalam KPM terlibat sama dalam pemantauan perlaksanaan MBMMBI berdasarkan peranan dan tanggungjawab masing-masing seperti Bahagian Buku Teks, BPK, BPG, nazir dan lain-lain kerana projek ini merupakan agenda negara dan salah satu alternatif untuk menggantikan PPSMI. Laman web MBMMBIhttp://www.moe.gov.my/?id=169&lang=my. Oleh itu;

3.

4.

a.

BTPNJ akan memaklumkan kepada Pengarah dan semua sektor di JPN dalam mesyuarat mingguan jumaat di JPNJ manakala PKG hendaklah memaklumkan perkara tersebut di dalam mesyuarat mingguan di PPD masing-masing. Kerjasama pegawai-pegawai JPN dan PPD adalah diharapkan untuk sama-sama melihat perlaksanaan di sekolah semasa pemantauan dibuat. Penyelarasan haruslah dilaksanakan dari segi pemantauan dan pengawalan bermula dengan prosedur penerimaan, mesyuarat/taklimat, Ujilari, latihan guru, penyimpanan(inventori & No. Perolehan), maklum balas penggunaan dalam P&P. Dasar MBMMBI mestilah disampaikan secara menyeluruh kepada warga sekolah iaitu bukan sahaja guru malah kakitangan sekolah supaya mereka dapat menyatakan perkara yang sama apabila ditanyakan oleh pihak luar terutamanya ibubapa. Sasaran perlaksanakan MBMMBI sekolah menengah adalah Guru Ting. 1 (BM & BI) yang mengajar atau yang dicadangkan mengajar pada tahun 2012 beserta syarat-syarat nya iaitu:

b.

c.

5.

a. b. 6.

Guru tetap (bukan guru sementara atau guru tidak terlatih) Guru yang tidak berpindah tahun 2012 CD Bahasa Melayu mempunyai 8 keping CD berserta 1 instalasi manakala CD Bahasa Inggeris hanya 1 CD sahaja. Ianya boleh di install terus ke dalam komputer atau laptop sekolah guru yang mengajar. Atau di install ke dalam server sekolah. Penutup oleh Tuan KPP dengan mengingatkan iaitu Borang maklum balas sangat penting dan perlu diserahkan kepada guru-guru yang berkursus/berbengkel bertujuan untuk mengambil tahu sejauh mana perkembangan dan keberkesanan program ini dan guru-guru yang telah membuat in house training perlu membuat laporan berserta gambar. Plan tindakan haruslah dipatuhi oleh pihak pkg dan sekolah sebagaimana arahan seperti: i. Buku stok penerimaan(fail SAP), penyimpanan(Kew PS dan Buku Perolehan Perpustakaan). ii. Pastikan CD MBMMBI diterima dan sampai kepada guru-guru yang sebenarnya. iii. Sediakan buku laporan kerosakan/penggantian untuk CD MBMMBI yang rosak. iv. Dasar MBMMBI sampai ke pengetahuan semua warga sekolah walaupun yang tidak terlibat. v. Borang Kew PS2 perlu disediakan penerimaan cd samada cukup/tidak/elok/rosak di bahagikan kepada guru juga. vi. Ketika bengkel/kursus MBMMBI, guru diminta bawa laptop bagi ujilari dan juga perbincangan berkaitan dgn p&p MBMMBI. Taklimat ditangguhkan pada 11.00 pagi. Disediakan Oleh: Mesri Bin Sanip Ketua Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Ayer Hitam Disemak Oleh: En Yusma@Abd Mubin Bin Yusof Penolong Pengarah Unit PIM BTPN Johor

7. a.

b.

You might also like