You are on page 1of 1

2.

ii Sepanjang lawatan saya ke bilik sains di Sekolah Kebangsaan kampong Raja, saya telah membuat pemerhatian terhadap bagaimana alatan sains di simpan di dalam makmal tersebut. Oleh kerana proses pembinaan bangunan baru di sekolah ini baru sahaja siap dan pihak sekolah masih lagi dalam proses untuk memindahkan bilik-bilik dan kelas-kelas dari bangunan lama ke bangunan baru, maka bilik sains di sekolah ini masih belum dikemas sepenuhnya dan peralatan di dalamnya agak tidak teratur. Sewaktu saya masuk ke bilik sains, tidak dinafikan ia dilengkapi dengan banyak alatanalatan sains samada yang lama dan yang baru. Namun, hanya sesetengah daripadanya yang telah disusun mengikut jenis ke dalam laci dan rak yang tersedia. Selebihnya masih lagi diletakkan di atas meja bahagian belakang bilik sains dan juga di bilik stor yang terdapat dalam bilik sains tersebut. Laci dan rak di dalam bilik sains juga masih belum dilabelkan walaupun sudah ada yang telah dimuatkan dengan alatanalatan sains.

You might also like