You are on page 1of 26

KEMAHIRAN BERCAKAP ATAU BERTUTUR

Teknik yang digunakan untuk mengukur kemahiran bercakap atau bertutur terbahagi kepada dua iaitu : a) Berbual berdasarkan tajuk b) Berucap menurut tajuk atau tema

Dijalankan dalam bilik berasingan yang bebas gangguan bising

Perbualan berdasarkan tajuk yang sesuai

Antara tajuk yang sesuai untuk murid tahap dua ialah aktiviti di sekolah, luar sekolah berhubung kehidupan masyarakat

A.BERBUAL BERDASARKAN TAJUK

Tajuk berkaitan rumah, keluarga, sekolah, hobi, makanan majalah buku cerita dapat menarik minat murid bercakap dan berbual

tujuan lain untuk menguji pengetahuan tentang sesuatu tajuk

Tujuan ujian perbualan untuk mendengar bahasa pertuturan murid

Tujuan guru beri topik untuk merangsang minda murid untuk berfikir dan bercakap dengan lancar dan fasih

SKIM PEMARKAHAN SECARA TANGGAPAN MENYELURUH

SKIM PEMARKAHAN SECARA TANGGAPAN MENYELURUH


Guru cuba mendapatkan ukuran bertutur atau berbual murid. Kemahiran murid dinilai berdasarkan skala 6 mata. Guru meletakkan taraf kemahiran bertutur pada skala yang paling sesuai berdasarkan tanggapannya pada keseluruhan pertuturan.

SKALA 6 MATA
6 (A) CEMERLANG Pengetahuan setaraf dengan penutur jati yang terdidik. Cukup senang dan fasih menggunakan Bahasa Melayu bagi tajuk yang diperbualkan. BAIK Sungguhpun tidak sebaik penutur jati, murid bertutur dengan jelas. Murid tidak mengalami sebarang masalah memahami bahasa Melayu dan boleh berbual dengan senang tanpa masalah. MEMUASKAN Perbualan yang memuaskan dan tidak banyak masalah bagi penutur jati memahaminya. Terdapatsedikit kesilapan tatabahasa, perbendaharaan kata dan penyebutan tetapi masih boleh berbual dengan senang tentang tajuk. Sekali sekala murid terpaksa membetulkan kesilapannya, tetapi tidak memberikan banyak masalah untuk memahaminya.

5 (B)

4 (c)

SKALA 6 MATA
3(D) KURANG MEMUASKAN Sungghpun bahasa lisan memuaskan, tetapi kadang-kadang penutur jati mengalami beberapa masalah berkomunikasi. Murid terpaksa mengulangi frasa dan ayat sebelum difahami. LEMAH Susah hendak difahami oleh penutur jati, murid juga sukar memahami percakapan penutur jati. Perbualan sangat terhad . Terda banyak kesilapan fonologi, tatabahasa dan perbendaharaan kata. TERLALU LEMAH Terlalu sukar untuk difahami atau memahami pertuturan tentang sebarang tajuk

2 (E)

1 (F)

SKIM PEMARKAHAN SECARA TERPERINCI


Skema pemarkahan secara terperinci digunakan untuk tujuan diagnostik, iaitu untuk melihat kekuatan dan kelemahan seseorang pelajar dalam subkemahiran penting. Menurut skim ini, setiap subkemahiran penting yang berhubungan dengan pertuturan dalam perbualan akan diteliti dan diukur menurut skala 6 mata yang telah ditentukan bagi : tatabahasa perbendaharan kata pemahaman kelancaran keteloran.

TATABAHASA
(i)
(ii)

Hampir semua tatabahasa tidak tepat, melainkan frasa biasa.


Sentiasa membuat kesilapan, menunjukkan penguasaan yang sangat terbatas tentang pola utama tatabahasa dan kerapkali menjejaskan komunikasi.

(iii) Kerapkali membuat kesilapan kerana belum dapat menguasai pola utama tatabahasa. Ini mengganggu komunikasi dan pemahaman. (iv) Kadangkala membuat kesilapan yang menunjukkan kurang tepat penguasaan tentang pola-pola tertentu, tetapi bukan kelemahan yang boleh menjejaskan pemahaman. (v) (vi) Sedikit kesilapan, tanpa pola yang boleh menjejaskan pemahaman. Tidak lebih daripada dua kesilapan dalam keseluruhan perbualan.

PERBENDAHARAAN KATA
(i)
(ii) (iii) (iv)

(v)
(vi)

Tidak cukup perbendaharaan kata walaupun untuk perbualan yang senang. Perbendaharaan kata terhad kepada bidang asas tentang diri dan kehidupan sehari-harian (keluarga, rumah, makanan dan lain-lain). Penggunaan perkataan kadangkala tidak tepat. Perbendaharaan kata yang terhad menghalang perbualan tentang tajuk. Perbendaharaan kata berkaitan dengan tajuk perbualan memuaskan. Ini membolehakan pelajar berbual dan berbincang. Perbendaharaan kata berkaitan dengan tajuk perbualan adalah luas dan tepat. Perbendaharaan kata pelajar adalah setepat dan seluas perbendaharaan kata seorang penutur jati yang terdidik.

PEMAHAMAN
(i) (ii) Sangat sedikit walaupun perbualan yang paling senang. Hanya boleh memahami percakapan yang disampaikan secara perlahan. Sentiasa meminta kata-kata diulang semula. (iii) Boleh memahami percakapan yang disampaikan dalam bentuk yang agak senang atau ringkas dan kerapkali memerlukan ulangan di sana sini. (iv) Boleh memahami percakapan dalam perbualan dengan baik. Tetapi sekali-sekala meminta kata-kata diulang semula. (v) Boleh memahami keseluruhan perbualan, melainkan jika terdapat bahasa idiomatik; atau kata-kata yang disebutkan dengan laju, atau yang tidak disebutkan dengan jelas. (vi) Boleh memahami keseluruhan perbualan dengan baik, sama ada dalam Bahasa Melayu standard atau bahasa kolokial/idiomatic yang biasa dituturkan oleh seorang penutur jati yang terdidik.

KELANCARAN
i) ii) Pertuturan terhenti-henti dan tersekat-sekat. Tidak memungkinkan berlaku perbulan. Pertuturan sangat lambat dan tidak licin, melainkan bagi ayat-ayat yang pendek dan biasa. Pertuturan tersangkut-sangkut dan terdapat ayat yang tidak lengkap. Kadangkala pertuturan tersangkut-sangkut dan mengulang-ulang kata atau frasa. Pertuturan yang biasa (natural) dan licin, tetapi tidak semahir penutur jati. Pertuturan dalam keseluruhan perbualan semahir seorang penutur jati

iii) iv)
v)

vi)

Digunakan bagi murid tahap dua

Murid diberi pilihan beberapa topik yang sesuai dan menarik

B.BERUCAP MENGIKUT TOPIK/TEMA

Teknik ini kurang baik kerana murid mungkin menghafal keseluruhan ucapannya

Murid memilih satu topik dan diberi masa selama satu atau dua hari menyediakan ucapan pendek berkaitan topik yang dipilih

KEMAHIRAN BERTUTUR DAN BERINTERAKSI


Memberi peluang kepada murid untuk bertutur menggunakan kecekapan berbahasa sendiri

Mewujudkan sebenar

situasi

komunikasi

A. TEMU BUAL DAN TEMU DUGA

Guru dapat melihat kebolehan sebenar murid menggunakan bahasa yang telah dipelajari secara lisan

CARA PELAKSANAANNYA
Wujudkan situasi tenang supaya murid boleh berinterkasi berterusan dalam keadaan selesa Pada peringkat awal guru perlu wujudkan rappot yang baik. Soalan adalah sesuai seperti : Apa khabar?, Di manakah kamu tinggal. Berapa orang adik beradik kamu?,dan sebagainya

Temu bual hendaklah berjalan lancar, tidak berlaku suasanan terdiam seketika seolaholah telah kehilangan idea, yang menyebabkan murid berasa gementar

SOALAN
Guru perlu menyediakan pelbagai soalan menggunakan teknik yang berbeza supaya interaksi boleh berterusan dan murid boleh hasilkan jawapan yang baik. Soalan perlu seimbang, dari soalan mudah diikuti soalan yang susah. Guru perlu bersikap luwes semasa sesi temu bual atau temu duga

PENYERTAAN
Dua orang murid berinteraksi dalam satu sesi. Guru boleh melihat kebolehan murid bertukar pendapat, hujah, bertolak ansur,bersedia menerima pendapat orang lain dan kesantunan bahasa yang digunakan.

KEMAHIRAN BERTUTUR DAN BERINTERAKSI


Boleh dijalankan untuk menguji kemahiran bertutur B. MAIN PERANAN

Penilaian ini boleh dilakukan secara individu atau berpasangan

Guru memikirkan situasi tertentu dan menerangkan dengan jelas untuk murid melakonkan apa yang diarahkan

CONTOH AKTIVITI MAIN PERANAN


Pilih dua orang murid, masing-masing diarahkan untuk memainkan peranan, murid A sebagai inspektor polis dan murid B sebagai seorang awam yang hendak membuat aduan tentang suatu kes ragut yang baru sahaja disaksikannya, tidak jauh dari balai polis itu. Minta kedua-dua murid melakonkan peranan masing-masing secara spontan.

Teknik ini dapat menilai kecekapan murid memilih bentuk bahasa dan ragam yang sesuai dengan situasi, dan dapat menilai subkemahiran bertutur sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini.

C. MENCERITAKN SEMULA MENGENAI SESUATU PETIKAN


Guru membaca petikan secara pendek. Murid diminta mendengarnya dengan teliti Murid menceritakn semula cerita tersebut dengan menggunakan perkataan dan ayat sendiri.

D.MEMBUAT PENJELASAN ATAU PEMERIAN TENTANG SESUATU


Teknik ini boleh dijalankan dengan menggunakan alat rangsangan seperti gambar, graf, objek, model, petikan dan sebagainya. Murid diberi masa untuk meneliti bahan ransangan tersebut dan menjelaskan sesuatu mengenainya dengan menggunakan bahasa sendiri

CONTOH BAHAN RANSANGAN

Murid diminta mengingat atau mengimaginasikan sesuatu dan menjelaskan sesuatu mengenainya. Misalnya: percutian semasa cuti sekolah. Teknik ini dapat menilai kecekapan bertutur secara spontan, tanpa bimbingan guru.

PEMARKATAN SECARA HOLISTIK


Pemarkatan bagi ujian lisan juga boleh dilakukan secara holistik atau keseluruhan, iaitu kebolehan bertutur yang diperlihatkan oleh murid itu diberikan markat secara keseluruhan, bukan secara perincian sebagaimana yang dicontohkan sebelum ini. Di sini, penguasaan kemahiran pertuturan itu dibahagikan kepada beberapa pecahan dan markat diperuntukkan bagi setiap pecahan itu. Semasa murid bertutur atau menjawab soalan-soalan yang dikemukakan, guru mendengar dengan teliti dan memberi markat secara keseluruhan. Bagi tujuan pemarkatan secara keseluruhan ini, kemahiran bertutur boleh dibahagikan kepada lima komponen yang besar, iaitu: sebutan kefahaman ketatabahasan keluasan perbendaharaan kata, dan kelancaran pertuturan. Setiap komponen ini haruslah diberikan peruntukan markat yang sama berat dan perlu ditakrifkan dengan jelas supaya dapat dijadikan panduan oleh guru.

KESIMPULAN
Kemahiran bertutur melibatkan banyak subkemahiran yang perlu dikuasai oleh murid. Oleh itu,guru perlu memberi pertimbangan dalam pelbagai aspek seperti sebutan, intonasi, kefaham, keluasan perbendaharaan kata, tatabahasa, kelancaran,kepantasan dan kesesuaian dengan konteks pertuturan.

You might also like