You are on page 1of 6

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PROGRAM PENDIDIKAN PEMULIHAN Nama Guru Sekolah Kelas Bilangan Murid Tarikh Hari Masa

Mata Pelajaran : Cik Marwyn Wahyuni Mansor : SK Bandar Bintangor :2 : 6 Orang :11 April 2014 : Jumaat : 7.30 pagi 8.30 pagi : Pemulihan Matematik

KUMPULAN Nama Murid 1. Jeniva 2. Crastian 3. Mawi Tajuk / Tema Kemahiran:

HELANG 1. Dewi 2. Alex 3. Hanry Tambah Dalam Bentuk Lazim Operasi tambah dalam lingkungan 18

KENYALANG

Hasil Pembelajaran:

Pada akhir pengajaran dan pelajaran murid dapat: Menjawab 4 daripada 6 soalan berkaitan operasi tambah dalam lingkungan 18 dalam bentuk lazim dengan betul.

Pengetahuan Sedia Ada:

Murid sudah dapat menambah sebarang dua nombor, satu digit dalam bentuk ayat.

Strategi Pengajaran Strategi pemusatan guru Pembelajaran Strategi pemusatan murid (lembaran kerja,) Strategi pemusatan bahan (aktiviti pengukuhan) Bahan Bantu Belajar/Sumber Pengajaran Pembelajaran Kereta kontrol Rumah nilai tempat Komputer riba LCD Projektor Lembaran kerja Nilai Murni Kemahiran Berfikir Saling menghormati, kerjasama, keberanian Menyelesaikan masalah

LANGKAH PENGAJARAN

LANGKAH Set Induksi (7 minit)

KUMPULAN HELANG 1. Guru menunjukkan video berkaitan operasi tolak kepada murid.

KUMPULAN KENYALANG

2. Guru bertanya kepada murid tentang apa yang dipelajari pada pengajaran yang lalu. 3. Murid dipilih secara rawak untuk memberitahu guru mengenai pengajaran yang lalu. 4. Guru mengaitkan dengan isi pelajaran pada hari ini.

Catatan: Nilai murni: Kerjasama- murid memberi kerjasama dan mendengar arahan guru dengan baik.

Sebelum memulakan Langkah 1 guru memberi penerangan aktiviti P&P yang akan dilaksanakan oleh murid-murid di dalam kumpulan masing-masing dengan penerangan yang ringkas.

Langkah 1 (10 minit) Interaksi P&P 1. Guru memberikan penerangan mengenai operasi tolak dalam lingkungan 18 dengan menggunakan slaid interaktif.

2. Murid diberi penjelasan mengenai cara menambah kedua-dua nombor 3. Murid diminta untuk cuba menjawab soalan di papan putih.

Catatan: Nilai murni: mendengar arahan guru, berdikari KBKK : Menyelesaikan masalah Langkah 2 Aktiviti Pengukuhan (20 minit) Pengukuhan1 1. Guru memperkenalkan permainan lastik gelaskepada murid-murid. 2. Guru memberikan penerangan cara bermain kepada murid. 3. Setiap orang murid diminta untuk melastik gelas yang disediakan. 4. Guru membahagikan murid kepada bahagikan kepada 3 kumpulan. 5. Setiap kumpulan terdapat dua orang murid . 6. Kemudian guru memberi kad soalan dan meminta murid untuk memberikan jawapan. 7. Guru akan memberikan masa kepada setiap kumpulan untuk menyelesaikan setiap soalan. 8. Murid dikehendaki menulis jawapan yang betul di tempat yang telah disediakan. 9.Guru memberikan ganjaran kepada kumpulan yang dapat menjawab dengan betul.

Catatan : Nilai Murni :Kerjasama murid saling bekerjasama untuk menyelesaikan soalan yang diberikan. KBKK : Menyelesaikan masalah Murid berusaha untuk menyelesaikan masalah dengan menggunakan alat pembilang

Langkah 3 (15 minit)

Lembaran Kerja 1. Guru memberikan lembaran kerja kepada murid 2. Murid menjawab soalan berdasarkan apa yang telah dipelajari Catatan:

Nilai Murni : Berdikari- murid berdikari dalam menyelesaikan soalan yang diberi KBKK : Menyelesaikan masalah- murid berusaha sendiri untuk menyelesaikan soalan dalam bentuk lazim

Penutup (8 minit)

Penutup Kognitif 1. Guru merumuskan pengajaran pada hari ini. Penutup Sosial Guru memberikan pujian kepada murid keranan menunjukkan sikap yang baik sepanjang sesi P&P Guru memberi ganjaran (sticker) kepada setiap murid

Disemak dan disahkan oleh Guru Pembimbing/Pensyarah Penyelia Catatan

Disemak dan disahkan oleh Guru Besar Catatan

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Tandatangan : Nama Tarikh : :

You might also like