You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN SERI INDERA KALI KE 28


Tarikh
Masa
Tempat
Kehadiran
Agenda 1

:
:
:
:

11 Februari 2012
10.00 Pagi
Dewan Merdeka , SRKSIPs.
120 orang.

: Ucapan Aluan Pengerusi Mesyuarat

1.1

Mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang dapat meluangkan
masa untuk hadir ke mesyuarat agung PIBG kali ke-28 .

1.2

Pengerusi mesyuarat mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah


serta seluruh ahli jawatankuasa yang berjaya menyiapkan persediaan
mengadakan mesyuarat agung kali ke-28 .

1.3

Pengerusi mesyuarat berharap semoga mesyuarat pada kali ini dapat


dijalankan dengan sempurna dan lancar.

Agenda 2

: Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali


Ke- 28

2.1

Setiausaha membentang minit mesyuarat seperti yang diedarkan untuk


disemak dan seterusnya disahkan.

2.2

Pn.Che Rokiah bt Jemalek mencadangkan minit mesyuarat disahkan.


Semua ibu bapa menyokong sebulat suara.

Agenda

: Membentang dan Menerima Laporan Tahunan dari Mei Tahun


2011 hingga Januari 2012

3.1

Setiusaha membentang laporan tahunan seperti yang diedarkan.

3.2

Laporan telah disahkan dan telah diterima oleh semua ahli secara sebulat
suara.

Muka surat 1

Agenda

: Membentang dan mengesahkan penyata kewangan dari


1 Januari 2011 hingga 31 Disember 2011.

4.1

Bendahari membentang penyata kewangan seperti yang diedarkan untuk


untuk diterima dan disahkan.

4.2

Pn.Masharoh bt Hj Abd Halim telah mencadangkan supaya penyata


kewangan Mesyuarat Agung PIBG kali ke -28 diterima dan disahkan.
Semua ahli sebulat suara menyokong.
Perkara perkara berbangkit.

4.3

Prof.Madya Amir Zainal Abidin mempersoalkan tentang peruntukan dan


perbelanjaan wang sumbangan daripada YAB Timbalan Perdana Menteri
Malaysia serta penamaan bangunan sekolah dengan nama nama kereta
nasional.

4.4

En.Ahmad Shapri b Salamat memberi penerangan mengenai peruntukan


khas YAB Timbalan Perdana Menteri kepada pihak PIBG bagi membina
beberapa prasarana sekolah seperti yang dicadangkan.Di antara prasarana
yang telah berjaya disiapkan ialah tempat meletak kereta guru-guru dan
kakitangan sekolah , laluan berbumbung datang dan pulang murid-murid
serta sebuah pentas khas untuk kegunaan sebarang majlis sekolah.Manakala
nama-nama kereta nasional adalah untuk menanam semangat cintakan
negara di kalangan murid-murid serta cuba mendapatkan dana daripada
pihak syarikat kereta nasional.

4.5

En.Ahmad Shapri b Salamat pula menerangkan tentang nama nama


yang dilabelkan pada prasarana adalah untuk mengenangkan kepada
individu yang telah berusaha kearah mendapatkan dana serta nama-nama
penyumbang yang telah berjasa yakni membantu sekolah dari segi
menambah kewangan sekolah.

4.6

En.Ahmad Fauzi b Abd Mokti telah menerangkan tentang peruntukan


yang diterima daripada YAB Timbalan Perdana Menteri.Cek yang diterima
telah dimasukkan ke akaun PIBG sekolah. Setelah urusan plan siap dan
telah dipersetujui oleh arkitek yang dilantik maka projek menambah
prasarana sekolah pun dimulakan sehingga siap.

4.7

Manakala HIBAH pula diperoleh daripada Bank Islam .En.Ahmad Shapri


menjawab bagi pertanyaan oleh Pn. Wan Azliza.

Muka surat 2

Agenda 5

: Membentang dan Membahaskan Usul-usul

5.1

Sebanyak tiga belas maklumbalas yang telah diterima daripada


ibubapa sebelum mesyuarat agung dijalankan.Kebanyakan
maklumbalas itu merupakan cadangan dan idea-idea yang telah
dan sedang dijalankan oleh pihak sekolah.Pengerusi mesyuarat
telah membacakan kesemua cadangan-cadangan yang dikemukakan.
Beliau juga memaklumkan perkara-perkara mengenai aktivitiaktiviti keagamaan yang telah dan akan dijalankan di bawah
Panitia Pendidikan Agama Islam sekolah seperti program
Sembahyang berjemaah selepas waktu sekolah.( solat Zohor)

5.2

En.Ahmad Shapri b Salamat selaku Guru Penolong Kanan


Kurikulum juga telah menerangkan mengenai program Kelas
Tambahan Tahun Enam serta Kelas-kelas Tambahan Tahun
Empat dan Lima yang akan dijalankan .

5.3

En.Ahmad Shapri juga menjelaskan mengenai pertanyaan daripada


En.Hairol Anuar b Ahmad mengenai kutipan yuran yang telah
dijalankan oleh pihak sekolah.Sehubungan kutipan yang dijalankan,
pihak sekolah telah mengedarkan cadangan kutipan bayaran bukubuku kerja , bayaran Derma Kecemerlangan serta bayaran T-SHIRT
yang baru diperkenalkan. Dalam hal ini, kebanyakan penjaga
serta waris telah dengan rela hati membuat bayaran pada awal sesi
persekolahan 2012 memandangkan atas keperluan perlu ada
pada semua murid bagi melancarkan proses pengajaran dan
pembelajaran murid.

5.4

Mengenai Derma dan Sumbangan PIBG setelah perbincangan serta


undian dijalankan semua ibubapa serta penjaga telah sebulat suara
bersetuju untuk membayar sebanyak RM 50.00 bagi satu keluarga.
Sebanyak 45 undi telah diterima bagi menyokong dan bersetuju .

5.5

Cadangan daripada Pn .Suria bt Hanafiah mengenai bayaran secara


ansuran bagi keluarga yang kurang berkemampuan telah diterima
sebulat suara dalam mesyuarat .

Muka surat 3
5.6

Antara cadangan cadangan yang dicadangkan seperti;


5.6.1
5.6.2
5.6.3
5.6.4
5.6.5
5.6.6
5.6.8
5.6.9
5.7.0

Kantin perlu dibuka sehinngga kelas Fardu Ain tamat.


Kegiatan sukan dan pembelajaran murid akan diseimbangkan
mengikut keperluan semasa.
Solat berjemaah selepas waktu sekolah.
Mengadakan kelas-kelas tambahan Bahasa Arab,Bahasa Cina
dan Bahasa Inggeris.
Penyediaan bilik air untuk murid dalam keadaan sempurna.
Membina bonggol di dalam kawasan sekolah pada laluan
kenderaan.
Bacaan doa dan Asmaulhusna kepada murid perlu
dipraktikkan.
Mengadakan tanda arah ke kelas-kelas.
Memantau keadaan harga dan kualiti makanan serta
minuman di kantin sekolah.

Tindakan : Pihak sekolah.


5.7

Bahawasanya pihak ahli jawatankuasa PIBG yang telah


bermesyuarat hari ini telah sebulat suara bersetuju menerima
usul ini untuk dibentang serta dibahaskan.

5.8

Ahli jawatankuasa PIBG telah mencadangkan supaya semua ahli


PIBG Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Indera menerina cadangan
Bayaran Yuran Sesi 2012 seperti mana yang dicadangkan oleh pihak
sekolah untuk dipersetujui sebulat suara.

5.9

Setelah usul tersebut dibentang dan dibahaskan oleh ahli jawatankuasa ,


semua ahli PIBG Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Indera telah
sebulat suara menerima dan bersetuju bagi membayar yuran seperti
mana yang telah dicadangkan oleh pihak sekolah bagi sesi 2012 dalam
Cadangan Senarai Bayaran Tambahan Sesi Persekolahan Sesi 2012.
Tindakan : Pihak sekolah.

Muka surat 4

Agenda 6
6.1

: Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2012-2014

Ajk PIBG sesi 2010-2012 telah dibubarkan.Tn.Hj Mohamad Sokri


B Hj Husin telah mempengerusikan mesyuarat pelantikan Ajk baru
Bagi sesi 2012 2014.
Senarai ahli jawatankuasa yang baru dilantik seperti berikut;
YDP PIBG
NYDP PIBG

: Prof.Madya Azman bin Daim


: Dr.Abdul Nasir bin Mohamed Abdul Khader

AJK

:
:
:
:
:
:
:
:

Pemeriksa
Kira-kira

Pn.Wan Hazliza bt Wan Nan


Dr.Sakinah bt Alwi
En.Khairul Ridzuan b Nasir
Pn.Yasma bt Husain
Pn.Nursalasawati bt Rusli
En.Mohd Nizar Taziri b Mohd Taib
Pn.Masharoh bt Hj Abd Karim
En.Hairul Anuar bin Ahmad

: Pn.Nasriah bt Yunus.

Agenda 7 : Ucapan Penangguhan


7.1

YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada semua ibubapa


yang hadir pada hari ini.

7.2

YDP mengucapkan terima kasih di atas pelantikan sebagai YDP


bagi sesi 2012-2014.Beliau berjanji akan memberikan sepenuh
komitmen demi memajukan sekolah .

7.3

Beliau juga berharap semua Ajk dapat bergerak bersama-sama


demi memartabatkan prestasi kecemerlanagn anak-anak.

7.4

Sehubungan itu juga penekanan kepada aspek sahsiah murid


juga akan ditekankan.

Muka surat 5

7.5

Beliau juga berjanji akan membuat pemantauan terhadap kesesakan


lalu lintas dan pergerakan murid ketika keluar daripada kawasan
sekolah.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12:20 minit tengah hari.

Disediakan oleh ,

Disahkan oleh ,

...........................................
...............................................
(OSMAN BIN ISMAIL)
( Prof.Madya Azman b Daim )
Setiausaha Kehormat ,
YDP PIBG,
PIBG Sekolah Kebangsaan Seri Indera , Sek.Ren.Keb.Seri Indera,
01000 Kangar , Perlis.
01000 Kangar, Perlis.

Muka surat 6

You might also like