You are on page 1of 3

1.1 PENGENALAN Bidang kraf tradisional merupakan pengenalan umum tentang kraf tradisional.

Bidang ini memberi pendedahan tentang latar belakang sejarah kraf tradisional, tujuan kraf ini dipelajari dan kepentingan memperkenalkan kepada pelajar. Pelbagai jenis kraf tradisional seperti batik, anyaman, tekat, tembikar, ukiran, tenunan, wau, gasing dan perhiasan diri didedahkan bagi meningkatkan kefahaman pelajar dan meluaskan lagi perspektif dalam kalangan mereka. 1.2 LATAR BELAKANG KRAF TRADISIONAL 1.2.1 Definisi Kraf Tradisional Pengertian kraf adalah Keluaran Kraf Tangan bererti apa -apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah daripada sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagian kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa barang, walau bagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai reka bentuk pada atau di mana-mana bahagian. ( Akta 222-Akta Perbadanan Kemajuan Kraf Tangan Malaysia 1979 ) Dengan perkataan Kraf adalah barangan yang dihasilkan dengan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara sendiri atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha. Pengertian tradisional adalah merupakan tradisi yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi . Pengertian kraf tradisional pula bermaksud satu aktiviti yang memerlukan kemahiran dalam menggunakan tangan yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi seperti membuat tembikar, batik, ukiran, tenunan, anyaman, tekat, wau, gasing, perhiasan diri dan sebagainya.

Kraf tradisional adalah merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita satu masa dahulu. Hasil ciptaan kraf tradisional, kaya dengan unsur-unsur budaya dan ini jelas tercermin melalui bentuk, gaya, sifat, garis, gerak dan warnanya. Barangbarang kraf ini dihasilkan mengikut kaedah reka bentuk dan hiasan tertentu. Bahan yang digunakan tidak terhad. Kebanyakan barang-barang kraf ini pada asalnya

dihasilkan adalah untuk kegunaan harian atau untuk sesuatu kerohanian. Tukang pandai Melayu terus berusaha mencipta bukan sahaja untuk menghasilkan barang untuk tujuan kegunaan tetapi juga penghasilan bahan yang indah untuk pelbagai tujuan. Terdapat juga ciptaan mereka ini untuk memenuhi ciri-ciri estetika iaitu untuk diamati dan dinikmati. Seni Melayu ini adalah penjelmaan unsur-unsur dari alam semula jadi kepada satu bentuk seni rupa. Karya ini terhasil daripada pengamatan dan pemikiran penciptaannya yang dijelmakan melalui impian, seterusnya mencerminkan suasana harmoni di antara manusia dan alam. Karya seni dalam kebudayaan Melayu ini mempunyai sifat yang tersendiri, bukan sahaja berbeza dengan karya seni kebudayaan-kebudayaan besar di dunia tetapi juga berbeza dengan karya seni daripada kebudayaan-kebudayaan kelompok yang berhampiran dengannya. Seni kraf Melayu ini adalah melambangkan hubungan yang erat antara orang Melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam. Setelah ribuan tahun orang Melayu menghuni alam Melayu dan mengnut kepercayaan tradisi Animisme dan Hindu, akhirnya mereka mula mengenali Islam dengan kedatangan Islam ke rantau ini. Sebahagian besar orang Melayu telah memeluk agama Islam, sementara yang lain terus menganut tradisi lama. Sejak itu, kepercayaan orang Melayu telah berubah. Mereka telah meninggalkan pemujaan terhadap patung-patung dan tuhan-tuhan yang banyak. Mereka telah mengetahui dan menyedari tentang keesaan tuhan yang sebenar. Mereka menganggap alam ini sebagai suatu hiasan yang berfungsi untuk menyerikan kehidupan sementara di dunia dan kehidupan kekal di akhirat. Dari kesedaran ini lahirlah ciptaan yang bukan sahaja sebagai fungsi tetapi memenuhi keperluan kehidupan dunia yang amat rapat kaitannya dengan akhirat. Perbezaan dalam menggarap, mentafsir dan memberikan sesuatu kepuasan dalam pembuatan kesenian telah menambahkan keanekaragaman dalam hasil seni. Ciptaanciptaan baru telah lahir dari hari ke sehari dari seorang pencipta kepada pencipta yang lain. Ciptaan-ciptaan seni ini merupakan sebahagian daripada kehidupan mereka dan ia juga digunakan sebagai kehidupan harian. Hasil ciptaan seni kraf Melayu ini jelas menunjukkan pengaruh Islam di dalam penghasilannya. Ini terbukti dengan penggunaan ragam hias atau motif dalam sesuatu penghasilan kraf. Penggunaan ragam hias dan motif-motif dalam hasil karya ini jelas menunjukkan ciri-ciri keislaman. Tiada rupa figura manusia atau binatang yang sebenarnya digambarkan dalam ragam hias kraf tradisional Melayu. Ketiadaan motif ini dalam ragam hias kraf adalah disebabkan ajaran agama Islam menggambarkan bentuk figura manusia atau binatang yang sebenar adalah tidak dibenarkan atau diharamkan. Walaupun terdapat juga tukang Melayu yang menggunakan motif fauna sebagai subjek untuk mendapatkan sumber ilham dalam penghasilan karya mereka tetapi

You might also like