You are on page 1of 16

SEKOLAH KEBANGSAAN LENGKUAS 62000 KEPALA BATAS, ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN.

TARIKH : 3 HINGGA 5 OKTOBER 2013 HARI : KHAMIS HINGGA SABTU


DISEDIAKAN OLEH: KAMARULZAMAN BIN CHE NIK PEN. KANAN KOKURIKULUM SEKOLAH KEBANGSAAN LENGKUAS

DIMAJUKAN UNTUK KELULUSAN

..................................................................................... (EN NAJIB B SHAARI) GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN LENGKUAS 62000 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN

1. PENGENALAN. Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 telah memperakukan bahawa aktiviti sukan adalah penting di semua peringkat persekolahan. Semua murid sekolah diwajibkan mengambil bahagian dalam kelab atau persatuan sukan dan juga digalakkan mengambil satu jenis permainan atau sukan. Dapatan kajian sukan telah mengatakan bahawa aktiviti sukan dapat menyemai, memupuk dan menanam perasaan kekitaan antara murid-murid pelbagai keturunan yang mempunyai latar belakang dan cara hidup yang berbeza

2. LATAR BELAKANG KEM SUKAN SEKOLAH. Pelaksanaan Dasar 1MURID 1SUKAN ini telah diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 17 Mac 2010 dalamMesyuarat Jawatankuasa Ad-Hoc Pembangunan Sukan Sekolah yang dipengerusikanoleh YAB sendiri.

Pelaksanaan Dasar 1MURID 1SUKAN mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan yang akan dilaksanakan mulai tahun 2011. Dasar 1MURID 1SUKAN ini merupakan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam menggalakkan penglibatan menyeluruh (mass participation) murid dalam sekurang-kurangnya satu sukan di sekolah khususnya bagi murid-murid yang kurang atau tidak aktif dalam sukan agar dapat melahirkan murid yang sihat dari segi fizikal dan mental.

Dasar 1MURID 1SUKAN ini juga akan mengenengahkan murid yang aktif dalam sukan agar dapat memperkembangkan potensi dan bakat murid ke arah kecemerlangan sukan.

Pelaksanaan Dasar 1MURID 1SUKAN dilaksanakan berdasarkan prinsip-prinsip berikut:i. Elemen keseronokan. ii. Dapat memberi pendedahan kemahiran asas permainan. iii. Sebagai elemen untuk mempertingkatkan sosialisasi. iv. Dapat menerapkan elemen inovasi dan kreativiti dalam pengurusan sukan.

Pelaksanaan Dasar 1MURID 1SUKAN dapat memberi peluang secara menyeluruh kepada semua murid agar melibatkan diri dalam sukan secara terurus dan terancang serta mengimbangkan fokus atau penekanan dalam melahirkan modal insan secara holistik ke arah pembinaan masyarakat Malaysia yang berdaya saing tinggi.

3. MATLAMAT KEM SUKAN SEKOLAH. 3.1 Melatih satu kumpulan murid yang dapat membantu guru penasihat kelab sukan menjalankan aktiviti di sekolah. 3.2 Melalui rangsangan/tugasan murid dapat: i. Membantu menubuh dan menguruskan kelab sukan. ii. Membantu merancang dan mengurus aktiviti kelab. iii. Membantu dalam penganjuran pertandingan.

3.3 Murid dapat menjalankan aktiviti sukan dengan menggunakan kaedah stesen yang melibatkan ramai ahli kelab. 3.4 Bersukan melalui aktiviti yang diubah suai (modified games).

4. OBJEKTIF KEM SUKAN SEKOLAH. 4.1 Meningkatkan keberkesanan pengurusan kelab sukan dan pelaksanaan aktiviti sukan yang mempunyai unsur keseronokan. 4.2 Menerapkan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif dalam kalangan murid. 4.3 Menerapkan nilai-nilai murni dan kepimpinan melalui aktiviti kelab sukan. 4.4 Mewujudkan integrasi kaum melalui penyertaan dalam kelab sukan. 4.5 Meningkatkan kesedaran murid terhadap kepentingan aktiviti sukan dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat dan inovatif.

5 . KUMPULAN SASARAN KEM 1 MURID 1SUKAN SEKOLAH. 5.1 Tahun 4 ,5 dan 6. 5.2 AJK induk kelab sukan. 5.3 Bilangan minimum peserta setiap kem 40 orang.

6. Jawatankuasa Induk Kem 1 Murid 1 Sukan Sek. Keb. Lengkuas Pengerusi : En Ahmad Najib B Shaari(Guru Besar) Naib Pengerusi 1 : En Kamarulzaman B Che Nik ( Penolong Kanan Kokurikulum) Naib Pengerusi 2 : En Mohd Zaini B A Razak (Penolong Kanan Pentadbiran ) Naib Pengerusi 3 : Pn Noraini Bt Rejab (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) Setiausaha Bendahari : En Zainol B Ramli (Kem Komandan) : En Mohd Khair b Hamid (Pembantu Tadbir Kewangan)

Ahli jawatankuasa : 1. Latihan/Bengkel : En Mohd Khairy b. Awang Kechik Pn. Faizatul Akmal Abd Ghani : En Fauzi B Ishak : Pn Zanariah Bt Yahya Pn Norlina Binti Hamid

2. Peralatan 3. Majlis Penutup

4. Pendaftaran/Penginapan : Pn. Dayang Nora Bt Awang Noh Pn Junainah Bt Kassim Pn Zurina Bt Shaary 5. Hadiah/Cenderamata/Siji : Pn Khairiyah Bt Abdul Halim Cik Nur Amalina bt Othman 6. Jemputan/Sambutan/Buku Program : Pn Norlis Bt Azizan Pn Azyanti Mona binti Yaakob 7. Keselamatan/Pertolongan Cemas : En. Hassan b Ismail Pn Sanisah bt Saad

8. Publisiti dan Dokumentasi

:Pn Rodziah bt Salleh Pn Norlaila bt Saidin

9. Jamuan

: Pn Rohani Md Noor Pn Kamaliah bt Bakar Pn Mazlifah Bt Hussain

10. Siar raya

: En Mohd Khairy B Awang Kechik : En Ludin B Awang Kechik : En Zainol : En Jamaludin B Abu Bakar : En Mustapa B Mahmud

11. Persiapan tempat

7. BIDANG TUGAS JAWATANKUASA.


7.1 TUGAS KEM KOMANDAN: i. Bertanggungjawab sebagai jawatankuasa latihan/bengkel. ii. Menyelaras dan memantau semua elemen di bawah pimpinannya. iii. Menyelaras dan memantau secara terus dengan AJK - AJK di bawah pimpinannya. iv. Bertanggungjawab melaksanakan semua dasar yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Sebelum kem i. Membantu merancang, menyelaras dan menyelia aktiviti program. ii. Menyediakan jadual tentatif. iii. Menyelia urusan logistik. iv. Membantu mengurus: a. Surat-menyurat, sijil, pelantikan. b. Menyenaraikan nombor talian kecemasan (Polis, Hospital atau klinik kesihatan yang berdekatan). c. Memberi taklimat setiap sesi aktiviti. d. Melantik ketua peserta lelaki dan perempuan . v. Menjalankan aktiviti aktiviti pagi iaitu nyanyian lagu patriotik dan senaman pagi.

vi. Menyediakan carta analisis kehadiran. vii. Menjadi AJK perhubungan kecemasan. viii. Menyediakan semua nombor talian bagi tujuan kecemasan. ix. Mencatat segala keputusan mesyuarat. Semasa kem i. Mengadakan Program Suai Kenal bagi peserta. ii. Membantu melaksana dan memantau aktiviti. iii. Melaporkan segala aktiviti yang telah dijalankan. iv. Bertanggungjawab ke atas kebajikan setiap peserta. v. Membantu menguruskan sijil. vi. Menjadi sumber rujukan setiap masa. vii. Memantau dan menjaga tatatertib serta disiplin peserta dan AJK. viii. Membantu menguruskan pendaftaran AJK dan peserta. ix. Memastikan keadaan kem sentiasa terkawal. x. Membuat penilaian aktiviti pada setiap hari. xi. Menyediakan laporan harian aktiviti kem dan murid. xii. Menguruskan segala kes kecemasan semasa kem dijalankan Selepas kem i. Menyediakan laporan bertulis dan cadangan penambahbaikan

7.2 JAWATANKUASA PERALATAN Sebelum kem i. Menyemak, menentukan peralatan yang akan digunakan dalam keadaan baik, selamat digunakan dan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. ii. Menyenarai dan mendapatkan peralatan sekiranya berlaku kekurangan. iii. Menyusun, menempatkan dan menyenaraikan peralatan yang akan digunakan mengikut susunan acara tiga hari sebelum kem dijalankan.

iv. Memberikan nasihat dan bekerjasama dengan jawatankuasa latihan. Semasa kem i. Menentukan bahan-bahan yang telah lengkap disediakan mengikut slot. ii. Mengumpul dan mengeluarkan setiap keputusan pertandingan. iii. Mengedarkan satu naskhah laporan kepada JK Hadiah dan Cenderamata. iv. Menentukan ketua kumpulan, jadual dan giliran tugas. v. Menentukan pegawai simpanan bagi menggantikan pegawai-pegawai yang tidak hadir. vi. Menyediakan jadual kedatangan pegawai-pegawai bertugas. vii. Membuat pendaftaran kedatangan pegawai-pegawai dan menjaga kebajikan mereka di tempat penginapan serta merekodkan jumlah sebenar hari bertugas setiap pegawai. viii. Memastikan pegawai-pegawai bertugas memakai pakaian yang sesuai. Selepas kem i. Mengumpulkan keputusan-keputusan lengkap dan diserahkan kepada Urusetia Induk bagi penyediaan laporan tidak lewat daripada 1 minggu . 7.3 JAWATANKUASA PERTANDINGAN/LATIHAN/BENGKEL Sebelum Kem i. Menyediakan bahan-bahan program mengikut slot yang diperlukan. ii. Menyediakan borang-borang yang diperlukan. iii. Memberikan taklimat dan pelarasan tugas kerja kepada Jawatankuasa Aktviti/ Bengkel. iv. Memproses menyemak dan mengasingkan borang-borang pendaftaran yang diterima daripada sekolah mengikut permainan dan peringkat umur. v. Menentukan tempat, cara, menyediakan bahan-bahan dan butiran serta alatan yang diperlukan untuk tujuan tersebut yang akan dibuat 10 hari

7.3 JAWATANKUASA MAJLIS PENUTUP i. ii. mengatur dan menentukan masa serta susunan acara majlis penutup Bekerjasama dengan urusetia/ latihan / alatan/ keselamatan/ sambuatan dan jemputan, hadiah dan cenderamata, teknik, pertandingan, jamuan dan siar raya dalam menentukan kelengkapan dan penyelarasan upacara perasmian dan penutupan majlis. Melantik juruacara bagi Majlis penutup. Perkara-perkara lain ya ng difikirkan perlu.

iii. iv.

7.4 JAWATANKUASA PENDAFTARAN /PENGINAPAN /MAKANAN/ JAMUAN Sebelum Kem i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. Berhubung dan membuat tinjauan terhadap tempat penginapan yang dicadangkan bagi menentukan kesesuaian. Menentukan tatacara pendaftaran penginapan dan peraturanperaturan penginapan. Menyediakan papan kenyataan untuk dirujuk oleh jawatankuasa yang lain. Menempatkan peserta mengikut jumlah peserta. Melabel bilik bilik penginapan, bilik air, bilik perubatan. Merekod dan mengemaskini jumlah sebenar peserta dan guru. Menentukan menu makanan peserta dan guru Membuat tempahan makanan dan minuman.

Semasa Kem i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Memastikan semua bilik yang digunakan bersih. membuat penyeliaan dan melaporkan sebarang kerosakan semasa peserta menginap di tempat penginapan kepada jawatankuasa berkenaan. Menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh peserta semasa menginap di tempat penginapan. Mengelola, menguruskan makanan dan minuman untuk pegawai/peserta sepanjang berlangsungnya kem. Memastikan makanan yang disediakan dalam keadaan baik dan mencukupi. Menguruskan dan memastikan agar tempat jamuan diuruskan dengan sempurna.

Selepas Kem i. ii. iii. Melaporkan sebarang kerosakan jika ada kepada urus setia. Memastikan semua alatan dan kemudahan yang digunakan diserah kembali kepada yang berkenaan. Perkara-perkara lain yang difikirkan perlu.

7.5 JAWATANKUASA HADIAH/CENDERAMATA/SIJIL i. Menyediakan sijil/hadiah-hadiah/menyemak/mengasingkan mengikut susunan acara pertandingan. ii.Menyediakan peralatan penyampaian hadiah. iii.Taklimat kepada penerima-penerima hadiah. vi.Mendapatkan sijil daripada urusetia untuk disampaikan keoada peserta semasa majlis penutup. v. Perkara-perkara yang difikirkan perlu.

7.6 JAWATANKUASA JEMPUTAN/SAMBUTAN/BUKU PROGRAM i. Mendapatkan sijil-sijil daripada urus setia untuk disampaikan kepada peserta kem semasa majlis perasmian penutup. ii.Merangka, mencadang bentuk sambutan yang akan dibuat semasa ketibaan tetamu khas semasa perasmian penutup. iii. Menyediakan dan mengedarkan buku program semasa menyambut tetamu. iv.Menyedia dan mencetak buku program: a. Menyelaraskan dengan jawatankuasa kecil hadiah/ sijil dan cenderamata. b. Isi kandungan Buku Program. c. Kata alu-aluan. d. Senarai nama ahli jawatankuasa pengelola dan senarai nama jawatankuasa kecil. e. Atur cara Majlis Perasmian Penutup.

f. Senarai nama pegawai kem. g. Jadual kem. h. Penghargaan. v. Menyerahkan buku program sebelum kem bermula kepada: a. Semua ahli jawatankuasa kecil mengikut bilangan. b. Urus setia kem. c. Guru Pengiring/Setiausaha Sukan. d. Pegawai Kem. e. Para jemputan majlis perasmian. vi.menentukan bilangan buku program yang hendak dicetak. v.Perkara-perkara lain yang difikirkan perlu.

7.7 JAWATANKUASA PERUBATAN/KESELAMATAN/PERTOLONGAN CEMAS i. Mendapatkan kerjasama daripada klinik kesihatan berhampiran. ii. Menyediakan perkhidmatan pertolongan cemas sepanjang kem dijalankan. iii. Menyediakan bilik rawatan dan kelengkapannya di kawasan kem. iv. Memastikan kawasan untuk aktiviti kem selamat. v. Perkara-perkara lain yang difikirkan perlu.

7.8 JAWATANKUASA SIARAYA,PUBLISISTI DAN DOKUMENTASI i.Mendokumentasikan semua peristiwa. ii.Menyediakan alat siar raya. iii.Perkara-perkara lain yang difikirkan perlu.

8. JADUAL KEM 1MURID 1 SUKAN

TARIKH

MASA 2.00 ptg-4.00 ptg

AKTIVITI Semua peserta melapor diri

TINDAKAN

4.00 ptg- 4.30 ptg

4.30 ptg-5.30 ptg

Minum petang/ solat Pengurusan Diri SLOT 1 Taklimat kem dan suai kenal Kem Komandan

5.30 ptg 6.30 ptg HARI PERTAMA 3 OKTOBER 2013 @ KHAMIS

SLOT 2 Pengenalan aktiviti memanaskan badan 6.30 ptg-8.30 ptg Makan malam/ solat Pengurusan diri 8.30mlm10.30 SLOT 3 mlm Dinamika Kumpulan 10.30mlm mlm 11.00 mlm -11.00 Minum malam/ pengurusan diri Zzzzzzzzzzzz

TARIKH

MASA 5.30 pg - 6.30 pg

HARI KEDUA 4 OKTOBER 2013 @ JUMAAT

AKTIVITI Pengurusan diri/ Solat/ kuliah Subuh 6.30 pg 7.00 pg Perhimpunan Pagi/ lagu Negaraku/ doa 7.00 pg- 7.30 pg Senamrobik 7.30 pg 8.00 pg Sarapan Pagi 8.00 pg 10.00 pg Slot 4 Pengurusan Sesi aktiviti( praktikal) 10.00 pg 10.30 SLOT 5 pg Asas Permainan kategori serangan 10.30 pg 12.00 Rehat/ minum pagi tgh 12.00 tgh- 2.30 ptg Makan tengahari/ solat Jumaat/pengurusan diri 2.30 ptg-4.00 ptg SLOT 6 System pertandinga kalah Mati & Liga 4.00ptg- 4.30 ptg Rehat/ minum petang 4.30 ptg-6.30 ptg SLOT 7 Asas permainan jarring 6.30 ptg-8.30 ptg Makan malam/ solat/Pengurusan diri 8.30mlm10.30 Slot 8 mlm Keselamatan dan kesihatan dalam sukan 10.30mlm -11.00 Minum mlm malam/pengurusan diri 11.00 mlm Zzzzzzzzz

TINDAKAN

TARIKH

MASA 5.30 pg - 6.30 pg

HARI KETIGA 5 OKTOBER 2013 @ SABTU

AKTIVITI Pengurusan diri/ Solat/ kuliah Subuh 6.30 pg 7.00 pg Perhimpunan Pagi/ lagu Negaraku/ doa 7.00 pg- 7.30 pg Senamrobik 7.30 pg 8.00 pg Sarapan Pagi 8.00 pg 10.00 pg Slot 9 Asas Permainan Kategori memukul & memadang 10.00 pg 10.30 Rehat dan minum pg pagi 10.30 pg 12.00 SLOT 10 tgh Sesi maklum balas/ penilaian/ majlis Penutup 12.30 ptg Makan tengahari/ bersurai

TINDAKAN

KEWANGAN ANGGARAN PENDAPATAN


1. Wang 1murid 1sukan RM 500.00 2. Wang Kokurikulum RM 200.00 3. Sumbangan swasta RM 200.00

ANGGARAN PERBELANJAAN
1. Banner 2. Makanan / minuman 40 murid X RM15 3. Sijil RM2 X 40 4. Peralatan Permainan 5. Runcit RM 50.00 RM 600.00 RM 80.00 RM 100.00 RM 70.00

JUMLAH

RM 900.00

RM 900.00

You might also like