You are on page 1of 5

SENARAI KATA KERJA META-PERWAKILAN

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN KURIKULUM MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

Unit Matematik Menengah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

2012

Pendahuluan
Dokumen ini disediakan bagi memudahkan guru menterjemah dan memahami fungsi kata kerja meta representasi yang digunakan dalam Dokumen Standard Kurikulum (DSK) Matematik Sekolah Menengah. Dengan memahami kata kerja meta representasi, adalah diharapkan guru dapat menterjemahkan keperluan SK dan SP ke dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dengan betul dan tepat seperti yang dihasratkan oleh kurikulum. Penyenaraian dan penggunaan kata kerja meta representasi ini sedikit sebanyak berasaskan kepada teori pembelajaran Blooms yang telah mula digunakan dalam kurikulum Matematik KBSM sebagai kata asas terhadap hasil pembelajaran yang harus dicapai oleh murid. Kata kerja meta representasi pada asasnya mengandungi maksud yang tepat dan tidak mengelirukan dan sebagaian besarnya merupakan kata kerja transitif yang mengadungi elemen kebolehnilaian dan kebolehukuran tahap pencapaiannya. Tiga domain pembelajaran yang mencakupi pernyataan dalam DSK Matematik dan perlu dicapai oleh murid setelah melalui program matematik di sekolah menengah iaitu domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor. Domain Kognitif merujuk kepada kemahiran intelektual. Ianya termasuk kemahiran mengingat dan mengenal fakta, prosedural, patterns dan penguasaan konsep yang berkaitan dengan kebolehan dan kemahiran intelek.Domain kognitif dibagaikan kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil dan terperinci. Penguasaan pengetahuan dan kemahiran pada tahap yang lebih tinggi amat bergantung kepada tahap penguasaan pada peringkat yang lebih rendah. Oleh itu kata kerja meta representasi ini disusun bermula daripada perlakuan yang paling mudah kepada perlakuan yang paling kompleks.

2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

Menilai

Mensintesis
Menganalisa Mengaplikasi Memahami Mengenal

Rajah 1: Heirarki Domain Kognitif


Terdapat enam tahap kompleksiti domain kognitif iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis dan penilaian yang dapat disusun mengikut heirarki seperti yang digambarkan dalam rajah di bawah. Tahap yang lebih tinggi pada asasnya memerlukan operasi mental yang lebih kompleks berbanding yang lebih rendah. Penyusunan ini walaubagaimanapun bukanlah sesuatu yang mutlak ataupun tidak boleh diubah. Oleh itu, adalah penting bagi guru memberi tumpuan kepada kesemua domain pembelajaran bagi membentuk pengajaran dan pembelajaran yang holistik.

3 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

STANDARD KANDUNGAN Menentukan Menyenaraikan Mengungkapkan Menyatakan Mengenal pasti

STANDARD PEMBELAJARAN Melabel Menanda Menamakan Mengukur Menghitung/Mengira Melukis Melakar Menganggar Mengklasifikasikan Mengumpul Membuat inferens Meramal Memadankan Menerbit Membentuk Mempermudah Menjana soalan Menemukan Mengemukakan masalah Menyelesaikan masalah Menerbit

Mengenal

Memahami

Menentusahkan Memerihalkan/ Menghuraikan/ Menerangkan/Menjelaskan Membanding Membanding beza Menyusun/menyusun atur Mengisih Mewakilkan Melengkapkan Melanjutkan Membuat generalisasi/ rumusan Membuat pengiraan Menambah Menolak Mendarab Membahagi Menyediakan Mengemukakan masalah Menyelesaikan masalah Menghubung kait / Membuat perkaitan Memilih Menyelesaikan masalah Membentuk Membentang Membincangkan Menerbitkan Menyelesaikan masalah Menjustifikasikan/merasionalkan Membuat dan membuktikan konjektur

Mengaplikasikan kefahaman/ Menggunakan/ Melaksanakan/ Memanipulasi

Menganalisa

Mensintesiskan

Menilai

Mengembangkan Memfaktorkan Mengilustrasikan Mencerakinkan Menyelesaikan masalah Membina Menukar Menggabungkan Merancang Mengubah suai Mengkritik Mentafsir Mentaksir

4 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

Domain Afektif merujuk kepada peningkatan terhadap perasaan atau ruang emosi (Sikap). Sepertimana domain kognitif, domain afektif juga disusun mengikut heirarki bermula dengan kemahiran yang paling rendah kepada yang lebih kompleks. Pelaksanaan P&P di bilik darjah menggunakan Standard Kurikulum Matematik yang disediakan harus berupaya membentuk murid yang bermotivasi, bersikap positif, menghargai kepentingan dan keindahan matematik, kesanggupan untuk menyertai, menghargai apa yang dipelajari, dan akhirnya menggabungkan nilai-nilai disiplin ke dalam satu cara hidup.

Sikap & watak

Mengorganisasi
Menghargai

Rajah 2: Heirarki Domain Afektif


Domain Psikomotor merujuk kepada kebolehan manual atau kemahiran fizikal yang dapat dilaksanakan oleh murid. Ianya lebih bersifat neuromascular dan menuntut keupayaan perlakuan fizikal. Pelaksanaan Standard Kurikulum Matematik seharusnya membentuk murid yang mempunyai kemahiran psikomotor yang tinggi yang dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian dan bidang pekerjaan.

Penaturalisasi Artikulasi Ketepatan Manipulasi Peniruan

5 Rajah 3: Heirarki Domain Psikomotor Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

You might also like