You are on page 1of 7

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013

Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) V: Ulama dan Cabaran Idealisme Semasa disunting oleh: Azmul Fahimi Kamaruzaman, Ezad Azraai Jamsari, Farid Mat Zain, Hakim Zainal, Maheram Ahmad, Napisah Karimah Ismail & Rabitah Mohamad Ghazali Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor ISBN 978-983-9368-62-8 (2013), http://www.ukm.my/nun/prosiding.htm

Dasar British dan Ulama Kerajaan Kedah: Kesannya terhadap Masyarakat


Bariyah Basiran & Nabir Abdullah Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemanusiaan Unversiti Perguruan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia

Abstrak: Agama adalah nilai dominan dalam masyarakat Melayu. Sehubungan itu golongan ulama menjadi antara golongan penting dalam masyarakat Melayu di Kedah. Peranan sebagai guru dan cendiakawan agama, menyebabkan masyarakat amat menghormati mereka. Golongan ulama di Kedah umumnya dapat di bahagikan kepada tiga kategori iaitu: pertama, ulama dalam pentadbiran kerajaan; kedua, ulama haraki (berpartisipasi) dan ketiga, ulama yang tidak haraki (tidak berpartisipasi). Kertas kerja ini mengketengahkan gologan ulama kategori pertama. Perkara yang dibincangkan ialah kedudukan, bidang tugas, tanggungjawab, peranan dan cabaran yang dihadapi oleh golongan ulama pada waktu pentadbiran kerajaan negeri Kedah menerima campurtangan pihak British serta kesannya terhadap masyarakat Melayu negeri itu. Penelitian sosio-politikal ini mengaplikasikan pendekatan hubungan antara institusi kuasa dan birokrasi dengan sistem sosial dan paradigma sosial masyarakat Melayu Kedah. Sumber yang diselidiki adalah yang dikeluarkan dari istana, majlis mesyuarat negeri, pejabat agama dan adat istiadat, kerajaan negeri dan juga koleksi bertulis dan tidak bertulis persendirian. Hasil daripada penelitian yang dibuat mendapati penjajahan British ke atas negeri Kedah telah memberi pelbagai perubahan ke atas peranan, kedudukan, pemikiran dan tindakan para ulama sehingga memberi kesan yang besar di kalangan masyarakat Melayu khasnya di Kedah dan umumnya di Tanah Melayu. Kertas Kerja ini diharap memberi maklumat yang jelas dan dapat diambil pengalaman sejarah sebagai gambaran untuk membangunkan kelestarian masyarakat di negeri Kedah khasnya.

PENGENALAN Negeri Kedah merupakan contoh yang baik bagi mengenali sejarah panjang perkembangan masyarakat Melayu selaku masyarakat peribumi Tanah Melayu. Malah sebelum kedatangan Islam, Kedah dikenali sebagai Kedah Tua dan pelbagai nama lain seperti Kalah dan Kalahar pernah melakar sejarah hebat apabila kerajaannya dapat bertahan daripada musuh seperti kerajaan Chola dan Siam. Kerajaan Kedah semakin terserlah apabila kedatangan Islam. Islam memberi pengaruh dan perubahan dalam kehidupan masyarakat Melayu di Kedah. Perubahan tersebut meliputi perubahan jati diri, rupa bangsa dan amalan masyarakat Melayu yang berteraskan Islam hingga ke hari ini. Malah pemerintah menjadikan Islam sebagai agama pemerintah dan melaksanakan undang-undang Islam sebagai panduan. Namun keharmonian dan kekuasaan negeri Kedah mula di ganggu gugat oleh kuasa besar Eropah iaitu British. Hal yang sama turut dialami oleh kerajaan negeri-negeri jiran yang lain seperti Pattani, Acheh, Brunai, Filipina dan Kepulauan Jawa. Di negeri-negeri Tanah Melayu yang lain kuasa sultan semakin lemah dan tercabar, hal ini dapat dilihat dari semasa ke semasa apabila bermulanya pendudukan British di Pulau Pinang (1786), Singapura (1819) dan Melaka (1824). 35

(Babara 1983). Cabaran ini berterusan sehingga membawa kepada Perjanjian Pangkor (1874) yang mengesahkan campurtangan British secara rasmi terhadap politik Tanah Melayu. Turut menerima nasib yang sama dengan Perak ialah Negeri Sembilan (1874), Selangor (1875), dan Pahang(1888). Campurtangan British dalam pentadbiran raja-raja Melayu dilakukan secara terancang menerusi sistem Residen dan sistem Penasihat. British memperkenalkan Persekutuan Tanah Melayu 1896. Seorang Rasiden Jeneral di lantik bagi menguruskan hal ehwal Tanah Melayu. Walaupun dinyatakan penubuhan Persekutuan ini masih menjamin kuasa raja namun hakikatnya pemusatan kuasa di Kuala Lumpur menghakis kuasa raja. British turut menegaskan kedudukan Residen Jeneral sebagai ketua eksekutif. Rasiden Jeneral juga menpunyai kuasa ke atas jabatan-jabatan di peringkat negeri mahupun pusat. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1896 memburukkan lagi institusi kesultanan di Tanah Melayu. Pada awal kurun ke-20 menyaksikan negerinegeri Melayu utara pula diasak dengan hebat oleh British. Campur tangan British di utara melalui Perjanjian antara Great Britain dengan Siam yang ditandatangani di Bangkok pada 10 Mac 1909 bermula di Kedah-Perlis diikuti dengan negeri Kelantan dan Terengganu pada tahun 1910. Pelbagai

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013

cara dan alasan digunakan bagi meletakkan penasihat di negeri-negeri utara kerana ia bukanlah suatu perkara yang mudah bagi pihak British. (Zainal Abidin 1992). Kesungguhan British meluaskan kuasa semakin terserlah di Kedah apabila berlangsungnya upacara rasmi penyerahan Kedah dari naungan kerajaan Siam kepada naungan kerajaan British. Temetrainya Perjanjian Great Britain-Siam pada 1909 tersebut mengesahkan lagi kedudukan British di negeri Kedah. Namun British masih tidak dapat menguasai sepenuhnya sistem pentadbiran Kedah kerana Majlis Negeri dikuasai secara mutlak oleh Sultan. Keadaan ini menimbulkan perasaan tidak berpuas hati dengan kedudukan Kedah sebagai negeri naungan. British mendesak supaya satu lagi perjanjian ditandatangani oleh Tunku Ibrahim pada 25 September 1923 di Singapura yang disaksikan oleh Sir Lawrence Gullimard, Tuan W. Peel, A.F Richardson, Tunku Mansor dan Tuan Syed Muhammad Aidit setiausaha sulit. Perjanjian yang ditandatangani oleh Tunku Ibrahim meletakkan Kedah di bawah Protection of His Britannic Majesty secara rasmi. Justeru segala perundangan perlu di rujuk dan diluluskan oleh penasihat British.(Mat Kassim 1981). Beberapa penasihat British dibawa masuk ke Kedah seperti Williamsoon, Hart, W.G. Maxwell, J.D. Hall dan Mr. R.L. German dalam pentadbiran. Mereka dilantik sebagai penasihat kewangan serta berperanan menjaga jabatan-jabatan kerajaan. Walaupun penglibatan mereka agak kecil jika dibanding dengan negeri-negeri Melayu yang lain, namun ia memberi pengaruh terhadap pentadbiran negeri Kedah. Ditambah pula penglibatan ramai pegawai Melayu yang berlatar belakang pendidikan Barat juga secara beransur-ansur menggantikan nilai-nilai dan prinsip pentadbiran Islam kepada nilai-nilai dan prinsip pentadbiran British. Pegawaipegawai pentadbiran berpendidikan Barat daripada kalangan kerabat Di Raja seperti Tunku Yusuf, Tunku Abdul Rahman, Tunku Badlishah dan Tunku Muhammad Jiwa, manakala di kalangan orang kebanyakan pula seperti Mohd. Sheriff B. Osman, Abdul Hamid Abdullah, Hanafiah Hussein dan Mahathir Muhammad. (Ahmad Nordin 1981). Kedudukan dan Tanggungjawab Ulama dalam Pentadbiran (Ulama Golongan Aristokrat) Kerajaan Negeri Kedah: Ulama dalam pentadbiran kerajaan negeri Kedah adalah ulama dari golongan aristokrat. Mereka merupakan golongan yang tinggi keilmuannya, memiliki kedudukan yang kukuh dan kealiman mereka mendapat kepercayaan ramai. Mendapat pendidikan daripada ulama-ulama besar seperti di Makkah, Madinah dan Mesir. Para ulama juga berkemahiran tinggi dalam ilmu Al Quran, ilmu-imu Islam yang lain di samping menguasai bahasa Arab dengan cemerlang. Ulama golongan aristokrat berkhidmat dibawah institusi agama

kerajaan negeri Kedah seperti Syeikh-ul-Islam, Mufti, Khadi Besar (Chief Khadi) dan Khadi Jajahan. Mereka juga merupakan tenaga pengajar sama ada di rumah, masjid, madrasah dan pusatpusat pengajian agama dan pondok. Semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah, baginda mengemaskini Majlis Ugama sekitar awal kurun ke-20. Majlis Ugama juga dikenali sebagai Majmak Ulama yang bertanggungjawab kepada baginda mengenai hal ehwal agama Islam yang di terajui oleh ulama golongan aristokrat. Terdapat beberapa ulama golongan aristokrat yang dilantik oleh baginda sultan memegang jawatan Sheikh-ul Islam dan mufti. Sheikh-ul Islam ditugaskan memberi fatwa mengenai agama Islam dan bertanggungjawab terhadap Mahkamah Syariah.(Mat Kassim 1981). Sheikh-ul Islam pertama dilantik ketika pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah ialah Sheikh Mohamed Dahlan. Seterusnya jawatan tersebut diambil alih oleh Sheikh Mohamed Khaiyat mulai 14 Syawal 1330 bersamaan 26 September 1912. Manakala Syeikh Haji Wan Sulaiman Bin Haji Wan Sedik mengambil alih tugas Syeikh-al Islam pada 16 Ogos 1920. Syeikh Haji Wan Sulaiman Bin Haji Wan Sedik juga merupakan Syeikh-al Islam terakhir, beliau berkhidmat sehingga akhir hayatnya iaitu 28 Muharam 1354/ 2 Mei1935. (Wan Shamsudin 1996). Selepas kematian Syeikh Haji Wan Sulaiman Bin Haji Wan Sedik jawatan Syeikh-al Islam dimansuhkan. Kemudian Majmak Ulama dipimpin oleh Syeikh Ismail Bin Haji Salleh (Khadi Besar) dalam menjalankan tugas-tugas hal ehwal agama Islam. Antara bidang tugas Majlis Ugama adalah: Mahkamah Syariah Pengurusan Zakat Pengurusan Masjid Pendaftar Sekolah-sekolah Agama Mengeluarkan Tauliah Mengajar Mengeluarkan Kebenaran Penerbitan Kitab Pengurusan Harta Pusaka Pengurusan Harta Wakaf

Mahkamah Syariyah turut terikat perlaksanaannya di bawah undang-undang yang diputuskan oleh ahli mesyuarat State Council. Sebagai contoh Mahkamah Syariyah hanya bekuasa ke atas denda yang tidak lebih daripada $25, $10, $5 atau $70 mengikut kesalahan yang telah diputuskan serta undang-undang perkahwinan (munakahat) seperti nikah, talaq, nusyuz dan sebagainya. Di samping penguatkuasaan undang-undang Kanun Al-ukubat 1911 oleh ulama aristokrat. Institusiinstitusi seperti majmak ulama, masjid, surau, pondok dan madrasah masih giat menjalankan tugas mereka seperti biasa setidak-tidaknya sehingga kematian Sheikh-al-Islam Wan Sulaiman Hj. Siddik pada tahun 1935 (Abd. Manaf Saad). 36

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013

Demi menjamin keharmonian Islam terus terpelihara, pemerintah amat memberi perhatian kepada institusi masjid, sebagai contoh Masjid Zahir Alor Setar. Masjid Zahir dibina semasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Syah (1854-1879) dan dinaik taraf oleh baginda Sultan Abdul Hamid. Masjid Zahir merupakan lambang kebesaran Islam di negeri Kedah. Masjid Zahir sentiasa dikunjungi oleh kerabat diraja seperti Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Baginda bersolat Jumaat, solat terawih dan bertadarus Al Quran di masjid Zahir (Faisol 1981). Begitu juga dengan Tunku Mahmud selaku pemangku sultan, baginda selalu mengunjungi masjid Zahir bagi mendalami ilmu-ilmu agama. Baginda turut mengambil berat terhadap perjalanan masjid Zahir yang di terajui oleh ulama aristokrat dan dibantu oleh ulama-ulama lain seperti Tn. Hj Ahmad Rubat, Tn. Hj Ismail Che Dol dan Tn. Hj. Abdul Rahman Merbok. Sultan Abdul Hamid Halim Shah bersama ulama aristokrat Syeikh-ul-Islam, Khadi Besar dan Khadi Jajahan banyak memberi perhatian dan sokongan yang kuat kepada pembangunan insan melalui sistem pendidikan. Mereka mendirikan Maahad Mahmud bagi menyaingi sekolah-sekolah Inggeris dan Melayu. Pelbagai pembaharuan di buat terhadap Maahad Mahmud seperti bangunan sekolah, jadual waktu, buku teks, loceng dan guruguru pengkhususan. Tingkat pelajaran yang diberi ialah setakat Darjah Lima. Kenaikan dari satu darjah ke darjah yang lebih tinggi adalah melalui sistem peperiksaan. Pelajar-pelajar yang berjaya menamatkan pengajian mereka telah diberikan sijilsijil (Abd. Manaf 1979). Dalam menangani cabaran pentadbiran yang mulai berubah, baginda sultan dengan di bantu oleh ulama aristokrat dan ulamaulama lain berusaha memastikan hal-hal keagamaan di kalangan masyarakat Melayu di Kedah dapat terus berjalan dengan sempurna. Campurtangan British dan Hubungan dengan Ulama dalam Pentadbiran (Ulama Golongan Aristokrat) Kerajaan Negeri Kedah: Penjajahan British di Kedah mahupun di negeri-negeri Melayu yang lain memberi perubahan besar terhadap lanskap sosio-budaya dan politik masyarakat Melayu khasnya di Kedah. Bermula daripada tarikh Perjanjian British-Siam 1909, beransur-ansur penasihat British mula mengambil alih kedudukan ulama sebagai penasihat sultan. Turut mengalami perubahan iaitu peranan institusi agama dalam pemerintahan Kedah. Keadaan semakin ketara setelah kematian Hj. Wan Sulaiman B. Hj. Wan Sidek pada 1935. Antara yang paling ketara ialah sistem pentadbiran, pendidikan dan dasar ekonomi yang diperkenalkan. Pihak British mengasingkan agama Islam dalam pentadbiran dengan mengeluarkan jawatan Sheikh-al Islam daripada Perkhidmatan Tadbir Negeri Kedah (PTNK). Begitu juga dengan keputusan pelantikan, pemberhentian 37

serta gaji Sheikh ul Islam, mufti, majmak ulama, imam, guru agama serta pembinaan masjid akan dirujuk kepada State Council. Malah penasihat British juga menganggap jawatan Sheikh-al-Islam sebagai tidak penting. Walau bagaimanapun Pihak British terpaksa bersetuju mengekalkan jawatan tersebut sehingga tahun 1935 ekoran tekanan-tekanan pembesar yang berpengaruh. Ulama aristokrat terikat dengan peraturan dan undang-undang yang ditentukan oleh State Council. Di tambah pula bidang tugas Syeikhul-Islam (mufti) hanya terhad kepada hal ehwal agama dan adat istiadat orang-orang Melayu. Berbanding sebelum perjanjian 1909, bidang tugas Mufti adalah sebagai penasihat sultan meliputi segala aspek yang diperlukan oleh Sultan. Namun selepas kematian Haji Wan Sulaiman dalam tahun 1935 barulah jawatan tersebut dimansuhkan. Seterusnya di awal tahun 1940-an jawatan Sheikh-al-Islam (mufti) turut dikeluarkan secara rasmi daripada perkhidmatan pentadbiran dan dibentuk satu perkhidmatan yang berasingan. Antara lain usaha British mengasingkan agama Islam dalam pentadbiran adalah dengan mengeluarkan pentadbiran sekolah agama daripada Perkhidmatan Tadbir Negeri Kedah (PTNK) walaupun dari segi pentadbiran sekolah agama memang layak di tadbir oleh PTNK (Md. Nor 1980/81). Perjanjian bertarikh 25 September 1923 menggariskan antaranya melantik anak-anak Melayu sebagai pegawai di state council dengan menghantar mereka menyambung pengajian di Eropah, Negara Arab atau negeri-negeri seumpamanya bagi membolehkan mereka memegang jawatan dalam kerajaan negeri Kedah, namun pelaksanaannya jelas berbeza apabila jawatan-jawatan dalam state council hanya melibatkan mereka yang berlulusan dari Eropah. Pengambilan pelajar dan bidang pengajian yang diambil di luar negara, serta siapa yang akan ditawar bekerja dalam Perkhidmatan Tadbir Negeri Kedah (PTNK) di sekitar tahun 1920-an dan 1930an ditentukan oleh Hj. Mohd. Sheriff B. Osman. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab melaksanakan dasar yang dibuat oleh Tunku Ibrahim Regent (1884-1934). Beliau memegang jawatan penterjemah di sekretariat hingga dinaikkan pangkat ke jawatan Secretary to Government. (Ahmad Nordin 1981). Hal ini antara penyebab pengaruh ulama aristokrat semakin berkurangan kerana berlakunya usaha mengurangkan bidang tugas mereka dalam pentadbiran dan pemerintahan. Turut mengalami perubahan adalah undangundang Islam, ia hanyalah dilaksanakan di dalam urusan nikah dan kahwin sahaja. Perubahan ini dibuat melalui cadangan dalam mesyuarat Majlis Negeri yang dipersetujui oleh Yang Mulia Regent, Penasihat British (Adviser) dan Setiausaha Kerajaan Negeri (Sakretari) yang ingin mengubah mahkamahmahkamah di dalam negeri Kedah. Malah

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013

perbicaraan di Mahkamah juga turut diubah dengan menggunakan Bahasa Inggeris. Pelaksanaan undang-undang Islam turut disempit dan diperkecilkan, malahan sudah tidak menjadi undang-undang dan dasar Negara, sebaliknya menggunakan undang-undang British. Hal ini jelas melalui perlantikan Majistret dan Hakim Mahkamah Tinggi yang menggantikan Kadhi dan Kadhi Besar serta pengasingan mahkamah syariah daripada mahkamah awam. Justeru peranan Kadi dan Kadi Besar hanya berlegar dalam mahkamah syariah yang mengurus hal-hal kekeluargaan Islam dan ibadat sahaja. (Mahmud Saedon 1991). Kegiatan orang Melayu turut diawasi, walaupun pada dasarnya Residen atau penasihat dilarang campurtangan dalam hal ehwal agama dan adat istiadat orang Melayu, namun secara licik dan kurang disedari British tetap mengambil bahagian yang penting dalam mengawasi aktiviti masyarakat Islam melalui penguatkuasaan undang-undang dalam Majlis Mesyuarat Negeri. Pada hakikatnya British amat bimbang dan tidak pernah mengabaikan orang Melayu kerana dikhuatiri akan berlakunya gerakan anti-British. Justeru semua kegiatan orang Melayu sentiasa diawasi oleh pegawai-pegawai British. (Khoo Kay Kim 1991). Pada tahun 1926 pihak kerajaan telah melantik jawatankuasa bagi merancang pendidikan sekolah Inggeris dan Melayu di negeri Kedah untuk masa hadapan. Antara perancangan yang dilakukan adalah menggalakkan pendidikan di kalangan orang Melayu, membina asrama, sekolah rendah percuma, menyediakan biasiswa, jaminan pekerjaan bagi lulusan Senior Cambridge dan tawaran berkhidmat dalam perkhidmatan Awam bagi jawatan rendah. Tumpuan yang lebih turut diberikan kepada sekolahsekolah vernakular khasnya sekolah Inggeris dengan memastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Pihak kerajaan telah menyediakan sekolah-sekolah dengan menggunakan bangunan bangunan lama bagi menampung pelajar seperti yang berlaku kepada Government English School (GES) yang menggunakan pejabat Menteri Besar Wan Muhammad Saman. Ibrahim School di Sungai Petani pula telah menerima bantuan rumah kedai di Jalan Petri yang dibiayai oleh kerajaan, manakala Kampung Bharu Girls School Alor Setar telah menggunakan istana Cik Champa Chandra iaitu isteri pertama Sultan Abdul Hamid yang dibeli oleh kerajaan sebagai bangunan sekolah. St. Michael dan Michael Institution di Jalan Kanchut, Alor Setar telah dibiayai oleh Gereja Khatolik dan mereka bebas menentukan kurikulum dan sukatan tanpa ada sekatan daripada pihak kerajaan. Malah mereka mendapat sokongan daripada pihak penguasa pelajaran Kedah. (Ahmad Nordin 1981).

Sikap British dalam bidang pendidikan kelihatan terlalu berhati-hati dan berwaspada. British hanya menyediakan peluang pendidikan tinggi kepada segelintir masyarakat Melayu sahaja. Syaratsyarat yang ketat juga dikenakan kepada masyarakat awam yang mengikuti sekolah vernacular Inggeris sehingga menyebabkan tidak ramai pelajar daripada lepasan sekolah tersebut dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Sikap British terhadap pelajar-pelajar pondok dan sekolah agama amat mengecewakan apabila hampir tiada biasiswa diberikan kepada pelajar-pelajar bagi menyambung pelajaran mereka ke Timur Tengah. Kesan Campurtangan British dan Tindakan Ulama dalam Pentadbiran (Ulama Golongan Aristokrat) Kerajaan kepada Masyarakat Melayu di Kedah: Kehebatan British dalam usaha menjajah negeri-negeri di Tanah Melayu tidak dapat dinafikan. Sehingga terdapat di kalangan orangorang Melayu yang menerima baik kehadirannya. Berselindung di sebalik Protection of His Britannic Majesty berjaya mencairkan hati-hati lembut orang-orang Melayu. Penerimaan British bermakna negeri Kedah bersedia menerima segala dasar-dasar yang dibawa. Dalam konteks ulama aristokrat yang berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan sudah pasti hal ini membimbangkan mereka. Dasar British dalam konteks pendidikan agama Islam di negeri Kedah amat buruk. Walaupun British tidak menutup pondok-pondok dan sekolah-sekolah agama yang dibangunkan oleh rakyat namun tekanan seperti pengiktirafan, bantuan, biasiswa, dan peluang pekerjaan amat terhad. Jika ada hanya pelajar lepasan Maahad Mahmud yang menerima biasiswa pengajian. Biasiswa pengajian hanya diberikan kepada seorang pelajar iaitu Dato Paduka Syeikh Abd Majid Bin Mohd Noor (Dato Mursyid Diraja) sebanyak $250. Namun bagi pelajar-pelajar lain yang ingin melanjutkan pelajaran ke Makkah perlu menggunakan kewangan sendiri. Dalam keadaan pendapatan orang Melayu ketika itu yang amat kecil dan perbelanjaan yang semakin meningkat menyukarkan pelajar-pelajar menyambung pengajian di Makkah. Sehingga mereka terpaksa membatalkan niat untuk meneruskan pengajian yang lebih tinggi akibat tidak berkemampuan. Sistem Pendidikan Islam turut mengalami persaingan dengan sekolah-sekolah Inggeris dan Melayu di bawah pengelolaan kerajaan British. Perkembagan sekolah vernacular Melayu dan Inggeris memberi kesan beruk terhadap perkembangan pendidikan pondok di Kedah hidup segan mati tak mahu. Kehadiran pelajar-pelajar ke pusat-pusat pengajian agama semakin merosot, manakala guru-guru terpaksa memilih untuk mencari pekerjaan lain bagi menyara keluarga.

38

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013

Selain itu sekolah-sekolah aliran Inggeris dan Melayu tiada pelajaran Agama Islam sebagai salah satu mata pelajaran yang diajar. Justeru di atas permintaan masyarakat setempat, pendidikan agama diajar di waktu petang dengan pembiayaan sendiri. Pelajaran yang di ajar hanya memberi tumpuan kepada bacaan Al Quran dan Fardhu Ain. Majlis Ugama Islam hanya diberi tugas sebagai Pendaftar Sekolah-sekolah Agama. Di samping memastikan guru-guru agama mendapat tauliah mengajar dan kebenaran menerbitkan kitab daripada Syeikh-ulIslam. Misalnya penerbitan kitab karya Tuan Hussain Kedah, iaituHidayatul Mutafakkirin yang di terbitkan di Mathbaah Ahmadiah, 82 Jalan Sultan Singapura dan Mathbaah Persama, 83-85 Acheh Street, Pulau Pinang bagi cetakan kali kelima, tidak mendapat kebenaran bertulis daripada Syeikh-al Islam. Tuan Hussain Kedah Kedah merupakan ulama tradisional yang banyak menaburkan jasa di negeri Kedah dan beliau antara pengasas pondok-pondok yang berada di Kedah dan Pulau Pinang. Beliau juga turut mewakafkan berelong-relong tanah bagi kegunaan pembinaan masjid dan tanah perkuburan. Beliau juga mengarang kitab-kitab jawi bagi kegunaan masyarakat Melayu yang tidak memahami Bahasa Arab. Tuan Hussain Kedah dianggap melanggar undang-undang Pentadbiran Hal Ehwal Agama Negeri Kedah. Ekoran daripada itu satu surat dikeluarkan oleh Syeikh-ul-Islam Haji Wan Sulaiman B. Haji Wan Sidek dengan diperakui oleh Tunku Mahmud yang membawa kepada penghijrahan Tuan Hussain Kedah keluar dari Padang Lumat. (Ishak 1993). Hal ini sedikit sebanyak menimbulkan konflik di kalangan golongan ulama tradisiaonal. Mereka melihat pemberian tauliah mengajar dan kebenaran menerbitkan kita hanya helah British bagi mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh golongan ulama di Kedah. Masalah yang dihadapi semakin buruk apabila terdapat orang Melayu yang kurang memberi penekanan terhadap pendidikan agama Islam. Hal ini menjadi malapetaka kepada generasi seterusnya kerana ilmu pengetahuan agama merupakan benteng kukuh kepada orang-orang Melayu Islam menangkis dan menyaring budaya yang bertentangan dengan budaya Islam. Lebih malang lagi perlantikan guru agama juga di bawah penguasaan dan pemerhatian British. Terdapat guru-guru agama yang ditamatkan perkhidmatannya tanpa alasan yang kukuh, seperti Haji Darus Bin Haji Hasyim iaitu guru Al-Quran di Gunung dan Sheikh Hj. Said b. Penghulu Muhammad Taib dengan nasihat Chief Kadi dengan alasan tidak mengetahui hukum agama. Sheikh Hj. Said b. Penghulu Muhammad Taib merupakan seorang ulama aktif dalam penulisan karyanya. Sheikh Hj. Said b. Penghulu Muhammad Taib adalah penerbit majalah Nun iaitu majalah pertama di Kedah pada 11 Syaaban 1344 bersamaan 23 39

Februari 1926. Akhbar-akhbar ini mengupas persoalan bahasa dan sastera tradisional, agama, pengetahuan am, sejarah dan perpaduan orang Melayu. Turut mendapat perhatian masyarakat ialah isu-isu politik dan sosio-ekonomi sama ada dalam dan luar negara khasnya dari Timur Tengah. Isu yang dipaparkan meninggalkan kesan kepada pemikiran dan kesedaran masyarakat Melayu di Tanah Melayu. Begitu juga dengan perlantikan Imam, Bilal dan Siak di masjid-masjid turut dipantau oleh British di bawah pengawasan Syeikhul-Islam atau Khadi Besar. Dalam hal ini, ulama aristokrat bertanggungjawab memainkan peranan dalam memastikan perjalanan institusi agama di Kedah mengikut kehendak kerajaan di bawah penasihat British. British mahu Islam berlegar dalam ruang yang sempit dan tidak memberi cabaran kepada mereka. Justeru antara tindakan yang dilakukan adalah menhadkan peranan Masjid, jika sebelum kedatangan British masjid adalah sebagai pusat ilmu, penyebaran Islam, dan pentadbiran masyarakat setempat, namun semasa penjajahan British masjid hanya menjadi pusat ibadah seperti solat berjemaah, sambutan bulan-balan kebesaran Islam seperti Awal Muharam, Maulidul Rasul, Isra Mikraj, Ihya Ramadhan, Aidil Fitri dan Aidil Adha. Aktiviti yang dijalankan seperti musabaqah, ceramah, tadarus Al Quran dan more dibulan Ramadhan. Aktiviti-aktiviti yang berjalan di Masjid Zahir adalah dibawah pengelolaan Khadi Besar, manakala masjid daerah diurus oleh Kadhi-khadi Jajahan (Daerah) masingmasing. Aktiviti seperti ini berjalan begitu lama khasnya di Masjid Zahir dan masjid-masjid di daerah negeri Kedah. Aktiviti sedemikian itu sudah menjadi budaya di dalam masyarakat Melayu di Kedah hingga kini. Malah aktiviti-aktiviti ini dijadikan pentas menyampaikan maklumat kerajaan dan mengikat perpaduan di kalangan masyarakat Melayu supaya bersatu-padu dan taat kepada pemerintah. Namun apa yang mengelirukan, sebahagian masyarakat yang menumpahkan taat setia kepada sultan, masih beranggapan Sultan adalah pemerintah mutlak tanpa menyedari peranan British sebagai penjajah. Faktor perhubungan dan tahap pemikiran yang rendah menyebabkan kurangnya kesedaran terhadap penolakan British dan mereka tidak dapat membezakan pemerintahan dan penjajahan. Walau bagaimanapun terdapat masjid-masjid yang terus mengekalkan kewibawaan tradisional seperti masjid di Kampung Pondok Cegar, Kampung Padang Lumat dan Kampung Gajah Mati yang dipimpin oleh ulama-ulama lebih bersifat pro aktif. Selain daripada aktiviti-aktiviti biasa yang dijalankan, masjid tersebut menjalankan aktivitiaktiviti seperti pengajian Dhuha, muqabalah, tamrin, pengajian umumi dan menyemai semangat perjuangan dan jihad dalam jiwa masyarakat dalam

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013

menentang penjajahan melalui nasyid-nasyid yang dialunkan. Masjid-masjid ini diusahakan oleh ulama-ulama dan masyarakat setempat. Walau bagaimanapun masjid-masjid ini kurang mendapat perhatian daripada pihak pemerintah. KESIMPULAN Penjajahan British di negeri Kedah tururt membawa beberapa perubahan kepada sistem pentadbiran khasnya yang berkaitan dengan agama Islam. Malah British dilihat tidak berminat untuk bekerjasama dengan golongan ulama. Golongan ulama di Kedah adalah golongan yang dihormati dan disegani, mereka juga bersikap tegas dan berani dalam mempertahankan kebenaran. Lebih-lebih lagi terhadap tindakan penjajahan British yang membawa pelbagai perubahan yang merugikan masyarakat Melayu di Kedah. Namun begiu pergolakan politik di Kedah akibat daripada penjajahan British mempengaruhi keputusan dan tindakan yang dibuat oleh ulama golongan aristokrat. Sama ada mereka tiada pilihan atau kurang pengetahuan dan pengalaman politik. Lebih-lebih lagi terhadap dasar pendidikan, perundangan dan pentadbiran. Tempoh lima puluh tahun British menjajah secara rasmi adalah tempoh pendoktrinan British ke atas masyarakat Melayu. Dalam tempoh ini juga British Berjaya mewujudkan golongan masyarakat berjiwa hamba, keyakinan diri yang rendah dan tahap kebergantungan yang tinggi terhadap belas kasihan penjajah. Keadaan bertambah buruk apabila dasar ekonomi British yang membawa orang asing Cina dan India secara besar-besaran ke Tanah Melayu dan tidak terkecuali negeri Kedah. Malah keistimewaankeistimewaan yang diberikan oleh Britis ke atas mereka yang memegang kerakyatan British menyebabkan wujudnya pesaingan yang tidak adil sehingga membawa kemerosotan ekonomi di kalangan orang Melayu. Dalam keadaan rata-rata masyarakat Melayu di Kedah hidup dalam keadaan dhaif, apa yang penting adalah sesuap nasi bagi meneruskan kehidupan. Justeru tidak hairan apabila pelajar-pelajar institusi agama terpaksa meninggalkan pengajian dan guru-guru terpaksa berhenti mencari pekerjaan lain bagi menampung keperluan, memandangkan guru berkhidmat tanpa diberi gaji. RUJUKAN Abd. Manaf Saad. 1979. Persatuan Ulama Kedah. 1365-1376H/1946-1957. Islam Di Malaysia. Persatuan Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: United Selangor Sdn. Bhd. Abdul Rahman Hj. Ismail. 2007. Malaysia Sejarah Kenegaraan Dan Politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Abdul Razak Naufal. 1972. Islam Dan Ilmu Pengetahuan Moden. Singapura: Pustaka Nasional. Ahmad Nordin B. Mohd. Zain. 1981. Sejarah Pendidikan Inggeris Dan Pelajaran Tinggi Di Kedah. Konvensyen Sejarah Negeri Kedah. Kedah: Kerajaan Negeri Kedah. Buyung Adil. 1980. Sejarah Kedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Buyung Adil. 1983. Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan Abad 15-19. Kuala Lumpur: DBP. Cheesemman H.R.. 1954. Education In Malaya 1900-1941. London: University of London Council. Council Decisions T.H. 1329-1330 (T.M. 19111912) - Minit Mesyuarat State Council (14 Muharam 1330 besamaan 14 Januari 1912). Fadhlullah Jamil. 2007. Islam Di Asia Barat Moden: Penjajahan Dan Pergolakan. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd. Fail setiausaha Kerajaan Negeri Kedah 638-1338 H (1919). Faisol Haji Hussain. 1981. Haji Hussain Che Dol (1904-1967) Tokoh Ugama Dan Politik Melayu Kedah. Kedah: Lindungan Bulan Majallah Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Jilid 9 Nov. Bil.1. Farid Mat Zain. 2007. Islam Di Tanah Melayu Abad Ke-19. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd. Hooker. M.B. 1991. Undang-Undang Islam Di Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Ibrahim Ismail. 1987. Sejarah Kedah Sepintas Lalu. Jitra: Universiti Utara Malaysia. Ishak Mohd Rejab. 1993. Haji Husain Mohd Nasir al Masudi al Banjari. Dlm. Ulama Silam Dalam Kenangan disunting oleh Ismail Mat. Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia. Khoo Kay Kim. 1983. Beberapa Aspek Sejarah Kedah: Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia. Khoo Kay Kim. 1991. Ulamak Dan Perjuangan. Muzakarah Ulamak Dalam Konteks Pembangunan Dan Peradaban. Kedah: Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Mahmud Saedon Awang Othman. 1991. Sumbangan Ulama Kepeda Peradaban Umat. Kertas Kerja Muzakarah Ulama Dalam Konteks Pembangunan Dan Peradaban. Kerajaan Negeri Kedah Mat Kassim bin Abdul Majid. Nov.1981. Sultan Abdul Hamid Shah (1864-1945) Pengasas Kedah Moden. Lindungan Bulan Majallah Persatuan Sejarah Malaysia Negeri Kedah. Jilid 9. Bil.1 Md. Nor B. Hashim. April 1980/81. Sistem Dan Kuasa Pentadbiran Dalam Perkhidmatan Tadbir Negeri Kedah. Jebat. Bil. 10.

40

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013

Mohd. Isa Othman. 1990. Politik Tradisional Kedah 1681-1942. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Muhammad Hassan Bin To Kerani Mohd. Arshad. 1968. Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.. Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia 1791-1965. 2008. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara, Malaysia. Roff W.R. 1975. Nasionalisma Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Sharom Ahmat. Tradition And Change In A Malay State: A Study of the Economic and Political Development 1879-1923. Kuala Lumpur: Art Printing Works for the Council of the M.B.R.A.S. 1984.

Surat Menyurat Sultan Abdul Hamid. UndangUndang Penjual Dan Pembeli Getah Dan Bijih Timah T.h.1335 (T.M 1916), N0.11. Wan Shamsuddin (Arena Wati). 1969. Sejarah tanah Melayu Dan Sekitarnya 1400-1967. Kuala Lumpur: Pustaka Antara. Wan Shamsudin Bin Mohd Yusof. 1996. Biografi Ulama Kedah Darul Aman. Alor Setar: Lembaga Muzium Negeri Kedah Darul Aman. Zainal Abidin Abdul Wahid. 1979. Malaysia Sejarah Dan Proses Pembangunan. Kuala Lumpur: Salam Press Sdn. Bhd.

41

You might also like